Sunday, June 30, 2024

TRICHOMES ATAU DEBU PUTIH - APA DIA ?

DEBU WARNA KEPUTIHAN
atau dikenali TRICHOMES yang terdapat pada sesetengah tumbuhan merupakan satu benda yang ada pada beberapa jenis tumbuhan termasuk pada daun nanas (Ananas comosus). Ramai kalangan penanam nanas mungkin kurang tahu akan kehadiran dan kepentingan bahan trichomes' ini yang berada di belakang atau di bahagian bawah daun nanas (Sila lihat foto diatas). Semasa penulis blog mengikis daun nanas ini (daun benih sulur nanas) mendapati yang bahan ini memang satu tandaaras penting untuk mengetahui akan kesuburan tanaman nanas dimana umumnya boleh di nyatakan lagi tebal dan putih trichomes pokok nanas tersebut adalah lebih sihat bergantung kepada varieti. Sebenarnya nanas boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan atau Group iaitu Nanas CAYENE, Nanas SPANISH dan Nanas QUEEN dimana kesemuanya mempunyai ciri-ciri pokok, buah dan marfologi yang berbeza. Ciri daun nanas slelau dijadikan salah satu kriteria didalam membuat pencirian sesuatu varieti nanas yang penting kerana berlainan kumpulan ia mempunyai ciiri berbeza. Sila baca keterangan setiap kumpulan nanas di bab dibawah. Kewujudan apa yang dikatakan '
Trichomes' yang berada dilaposan luar daun nanas selalu dilihat terutama di daun. Apa pun banyak tumbuhan yang mempunyai 'trichomes' ini selalu di kawasan pucuknya tetapi bagi nanas pada keseluruhan bahagian bawah daunnya. Secara umumnya kehadiran trichome ini adalah berfungsi untuk melindungi tumbuhan daripada serangan herbivore dan ancaman lain. Ia dihasilkan melalui proses biosintesis dimana metabolisma khusus masih kurang di lakukan penyelidikan jelas. Belum ada laporan rasmi yang di lakukan di Malaysia merujuk kepada kepentingan trichome khususnya pada daun nanas. Bagaimana pun penulis blog ada membaca laporan pencirian pendaftaran varieti nanas dimana perkataan 'debu putih' atau trichome pada daun nanas di ambil keterangannya sama seperti kehadiran bahan 'anthicyanin' pada daun nanas tersebut. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai 'debu putih' atau ;trichome' sekadar usaha memberikan maklumat apabila beberapa orang bertanya sekadar dijadikan bahan bacaan. 


Kajian terkini dilaporkan dimana kehadiran trichome ini dikaitkan dengan fungsinya sebagai strukutur bahan penyerap air serta ia melakukan 'menyahtoksik bahan metal' (detoxicfication) daripada bahagian tumbuhan. Peranan ini dilihat penting dalam menentukan keseimbangan ekologi di sekeliling tumbuhan tersebut untuk kelestarian. Bagaimana pun kedua fungsi trichomes tersebut masih kurang di kaji akan kepentingannya kepada tumbuhan dan masih kurang di ketahui. Dalam beberapa penyelidikan oleh saintis melaporkan dimana sebanyak 37 tumbuhan yang mempunyai trichome dimana hanya 14 jenis tumbuhan sahaja yang terlibat dengan aktiviti penyerapan air sementara 37 jenis tumbuhan pula terlibat dengan menyahtoksik bahan metal daripada tumbuhan tersebut. Pokok Nanas adalah sejenis pokok kaktus yang tahan lasak di kawasan kering atau kemarau (ia tidak mudah mati) berbanding dengan ia akan lebih mudah mati jika tenggelam dalam air atau masa hujan akibat serangan serangan penyakit reput perdu atau 'heart rot'. Kehadiran debu putih pada daun nanas boleh di lihat dimana varieti yang mempunyai debu putih yang tebal menunjukkan ia lebih sihat dan lebih tahan lasak daripada varieti nanas yang kurang mempunyai trichomes. Apabila trichome ini d lihat menggunakan microcsope menunjukkan ia mempunyai struktur khas untuk mampu menyerap air. Kebolhan trichomes ini untuk menyerapair disebabkan oleh kesan penurunan kandungan air dalam tumbuhuan (abi
lity of trichomes to absorb water results from their decreased hydrophobicity) berbanding dai keseluruhan bahagian tumbuhan tersebut. Sementara itu penyahtoksik bahan metal berlaku berpunca daripada hubungkait sel asa (basal cell) yang berada pada tidu vaskular yang membolehkan kehadiran 'metal-chelating ligands' untuk mengangkut bahan tersebut didalam daun. Apa pun kaedah sebenar mengenai perkara ini masih belum dapat dijelaskan oleh saintis.


Seperti dinyatakan diatas yang mana bagi kumpulan 
NANAS CAYENE iaitu kultivar ini mempunyai saiz buah yang besar, mata buah yang rata, isinya berwarna kuning pucat dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Nanas jenis ini selalu menunjukkan pertumbuhan tampang (vegetative growth) yang cepat dengan tepi daunnya halus dan berduri dibahagian hujung sahaja. Nanas jenis ini popular ditanam di banyak lokasi seluruh dunia untuk dikalengkan dan mempuyai bentuk buah yang tirus. Senang sahaja nak kenal nanas ini iaitu nanas Sarawak dan Smooth Cayene daripada saiznya dan bentuknya. Kelebihan jenis ini dikatakan rintang terhadap penyakit reput teras dan juga penyakit buah hantu. Salah satu adalah Nanas Sarawak (Di Sarawak nanas ini dipanggil sebagai 'Nanas Paun') yang ada banyak debu putih pada jambul dan daunnya (Sila lihat foto disebelah). Ketinggian pokok sekitar 120 cm dengan bilangan daun sekitar 60 -80 helai semasa pokok tersebut berbunga. Daunya berwarna hijau dengan pigmentasi merah ungu di sepanjang bahagian tengah daun dan ianya berduri tajam di bahagian hujung. Kalau terkena durinya boleh luka dan gatal serta mempunyai trichome yang jelas kelihatan. Nanas ini mempunyai buah paling besar dengan 2-4 kg sebiji bergantung kepada jenis tanah dan kesuburan pokok. Buah nanas Sarawak berbentuk tirus dengan warna kulit hijau gelap. Maklumat dari ramai petani juga mengesahkan nanas ini kurang resposnsif terhadap hormon pil ANA untuk berbuah kerana jenis ini dipengaruhi suhu dan fotokala untuk berbuah. Kajian saintis menunjukan jenis ini perlukan suhu 20 Celsius dengan sinaran siang yang pendek yang tiada di Malaysia. Jenis nanas ini sentiasa dalam keadaan tampang (Vegetative) sahaja di Malaysia dan sukar untuk di aturkan penghasilan buah nanas Sarawak yang seragam dan komersil. Sesekali dapat makan nanas Sarawak yang cukup masak dan baru dipetik terasa 'LIDAS'. Kini dengan adanya beberapa varieti nanas baru yang tidak lidas dilihat populariti nanas yang lidas semakin kurang di tanam di Malaysia.


Dalam pada itu bagi K
umpulan NANAS SPANISH dimana ia adalah popular ditanam di Malaysia untuk tujuan pengeluaran bagi nanas kaleng (untuk di tinkan). Antara yang memang terkenal ialah kultivar Masmerah dan Gandul. Kedua-dua kultivar ini telah ditanam di Johor. Pokok ini mempunyai 35 - 70 helai daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daunnya mempunyai duri dibahagian hujung dan yang istimewa ialah kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang terbit pada pangkal buah. Jambulnya (Crown) nanas ini juga besar dan kadang-kadang terjadi berbilang dan juga menjadi pipih bentuknya. Saiz buah jenis ini sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji yang berbentuk silinder, mata agak dalam dan warna buah hijau bertukar ke ungu gelap atau jingga kemerahan apabila masak. Isinya berwarna kuning keemasan dan berserabut. Buah ini tahan lasak dan tidak mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Apa pun lazimnya buah kumpulan Spanish seperti nanas Gandul mempunyai empulur yang kecil dengan diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Sitrik sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan Aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA atau pun Etephon akan dibubuh pada pokok yang telah sedia untuk digalakan pembungaan (Sekitar 8 bulan). Pokok nanas ini boleh diprogramkan bila masa menanam dan bila masa untuk menuai dengan kiraan yang betul dan jadual penanaman yang boleh di programkan. Bagi KUMPULAN NANAS QUEEN pula selalunya kultivar Queen merupakan antara yang paling popular ditanam di Malaysia. Nanas Moris ini merupakan nanas yang luas ditanam untuk kegunaan segar dan dimasak untuk dibuat pajeri dan sebagainya. Nama lain dalam kumpulan ini seperti nanas Tailung 2 di Taiwan dan nanas Common Rough, nanas Ripley Queen yang ditanam di Australia. Nanas Moris rasanya manis (Gula antara 13-18 darjah brix) dan bentuk buahnya yang tirus. Nanas ini tidak sesuai untuk dikaleng kerana saiznya kecil dengan tekstur isinya rapuh dan warna kuning keemasan yang menarik bila cukup masak. Pokoknya paling kecil berbanding dengan jenis lain dengan warna daun hijau kebiruan serta ungu dibahagian tengahnya dan mempunyai duri. Buah yang kecil berwarna hijau gelap dan tidak mempunyai slip tetapi mampu menghasilkan sulur (suckers) yang banyak. Kultivar ini mampu menghasilkan buah 1 bulan lebih awal daripada kumpulan Cayene dan Spanish. Nanas Moris (Nama asal 'Mauritius') merupakan nanas yang ditanam untuk makan segar dengan jangkamasa menuai singkat sekitar 9-10 bulan sahaja. Nanas jenis ini sangat responsif atau bertindakbalas dengan baik terhadap pengaruhan pembungaan menggunakan pil ANA atau bahan hormon yang lain. Penanaman nanas ini lazimnya ia akan menggunakan bahan tanaman daripada sulur batang yang banyak diperolehi selepas menuai buah dan mencantas daunnya. Varian nanas jenis ini seperti nanas Moris Sungai Balang (16 - 18 Darjah Brix), nanas Moris Slipping (Jenis ini pelik sikit kerana ada slip) dan juga nanas Moris Besar (Buahnya besar sekitar 1.5 - 1.8 kg sebiji). 


Bagaimana kaitan debu putih atau trichomes ini sehingga media pun kurang melaporkannya. Apa yang dilaporkan dalam hmetro.com adalah bagaimana 'Daun nanas makanan haiwan' untuk dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana selalunya bahagian daun nanas dibuang atau dibiarkan kering di ladang akan tetapi jika diolah kepada bentuk baja kompos sekali pun dimana tempoh yang lama diperlukan bagi fasa penguraian. Ini bermakna kalangan petani juga perlu menunggu kira-kira setahun sebelum ia dapat dimanfaatkan untuk sektor pertanian. Teknik pelupusan paling mudah dan menjimatkan adalah dengan cara membakar sisa pertanian itu. Tindakan membakar secara terbuka bagaimanapun dikecam pencinta alam sekitar, sekali gus mencemarkan udara. Dalam menyelesaikan masalah itu, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengolah sisa buangan nanas kepada produk inovatif. Siapa sangka kalau bahan buangan seperti daun nanas dapat menjana pendapatan sampingan kepada petani. Dikenali sebagai pelet sisa nanas, pelet ini dijadikan sebagai bahan makanan bagi haiwan herbivor. Produk inovasi berkenaan meraih pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa. Ia juga dipertandingkan sempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2014), UPM. Dilaporkan projek berkenaan diketuai Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan UPM, Prof Madya Dr Rosnah Shamsudin. yang dibantu rakan penyelidik dari fakulti sama, Muhammad Fakhri Zainuddin dan Dr Mohd Noriznan Mokhtar serta dibantu pensyarah dari Fakulti Pertanian, Prof Dr Dahlan Ismail. Kini produk inovasi berkenaan antara kaedah alternatif untuk mengurangkan bahan buangan dari ladang tanaman. Ia juga untuk memastikan persekitaran yang selamat dengan mencegah pembakaran terbuka di atas tanah dimana ia menghasilkan sebagai sumber serat alternatif untuk ruminan (Sila lihat foto disebelah). Pelet yang dihasilkan meningkatkan pengambilan bahan kering untuk haiwan herbivor dan peratusan lemak susu lembu tenusu. Seluruh bahagian tumbuhan nanas diproses dan tersemperit ke dalam bentuk pelet menggunakan proses penyemperitan. Suhu optimum untuk penghasilan pelet ini adalah 100 darjah Celsius dan kandungan lembapan bahan antara 30 hingga 40 peratus. Cara menghapuskan bahan terbuang adalah dengan menjadikannya sebagai bahan makanan haiwan dimana sisa buangan nanas mempunyai potensi dari segi protein dan kandungan serat yang tinggi. Ia ditukar dalam bentuk pelet, sekali gus menjimat-kan ruang penyimpanan bahan terbuang dan mudah untuk dibungkus. Hasil ujian penghadaman terhadap lembu mendapati hampir separuh berat pelet dihadam dalam masa tiga hari oleh haiwan berkenaan. Kini sudah terbukti pelet ini berkesan dan boleh dihadam serta memberi kesan nilai nutrisi pada haiwan. Di Malaysia dilaporkan iaitu dianggarkan sebanyak 17,000 tan daun nanas dihasilkan untuk tempoh setahun. Jadi pelet yang dihasilkan dapat mengurangkan pembakaran dengan mengambil pokok untuk dijadikan sebagai makanan haiwan. Kaedah didalam pemprosesan pelet, katanya, melalui beberapa fasa seperti pengumpulan sisa pokok, diracik kecil, dijemur dan dikisar dalam ukuran satu milimeter (mm). Ia kemudian dicampurkan bersama air untuk menjadikan strukturnya lebih lembut. Apa pun bahan itu kemudian dipadatkan menggunakan mesin penyempritan pada suhu dan tekanan tertentu sebelum terhasilnya pelet. Kemudian apabila siap pelet dibiarkan dalam suhu 40 darjah Celsius untuk tempoh 24 jam. Pelet ini alternatif kepada penternak yang sebelum ini banyak menggunakan sisa kelapa sawit. Sebenarnya ada potensi besar di Malaysia apabila bahan terbuang menjadi semakin tinggi nilainya menyebabkan industri terpaksa mencari sumber pelet alternatif menggunakan daun nanas. Mungkinkah trichome tiada dibuat kajian didalam kajian ini?. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Amat sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai 'trichomes' pada pokok nanas kerana tidak banyak bahan rujukkan yang membuat analisa mengenainya. Wasallam!!!..
NAMANYA TRICHOMES... KEPUTIHAN WARNA...
PADA DAUN NANAS... IA DILIHAT KETARA...
PERLU DI TELITI... APAKAH KEPENTINGANNYA...
MEMBACA ARTIKEL INI... FAHAM ISU DI BICARA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zhulhijjah 1445H).
Bersamaan 24 Jun 2024.

Saturday, June 29, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 6)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/ dan dari pengalaman penulis blog sendiri. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(26) VARIETI GADONG GREEN DWARF (CN26)
 
Gadung Green Dwarf (GGD)
 merupakan salah satu varieti kelapa renek yang baru sahaja di perkenalkan di Malaysia. Varieti kelapa renek ini telah didaftarkan dengan Senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada 22 Jun 2023 (6 bulan lalu) dengan nombor pendaftarannya sebagai CN26 oleh pemiliknya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Kg Sg Selisik, Ulu Bernam, 44020, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada membuat tinjauan mengenai varieti kelapa ini lebih 7 tahun lalu di nurseri dimana kelapa ini dipercayai ia berasal daripada negara Vietnam dan menjadi pilihan utama penanam kelapa di sana. Penulis blog ada membuat tinjauan kepada beberapa ladang swasta dan petani individu yang sudah menanam varieti kelapa ini di Selangor, Melaka, Johor dan Sabah. Apa pun sepintas lalu sebagai penilaian asas didapati varieti kelapa ini dilihat amat memberangsangkan dari segi penghasilan untuk kelapa tua apa lagi jika buahnya dituai sebagai kelapa muda. Pokok ini mula berbuah seawal 2.5 tahun (yang di tanam di kebung sekitar nurseri di Selangor) dan bagi penanaman di ladang ia mula berbuah selepas 3-3.5 tahun ditanam. Ia merupakan jenis kelapa renek yang cepat berbuah berbanding dengan kebanyakan kelapa 'tall variety' yang mula berbuah selepas 7-8 tahun ditanam. Pada masa ini saya sudah ijirasa air kelapa muda kelapa varieti Gadung Green Dwarf (GGD) dimana disebabkan buahnya yang sederhana besar maka sebiji kelapa tersebut amat sesuai diminum dengan kuantiti air yang banyak. Walau pun pproses pendaftaran kelapa renek yang dipercayai berasal dari negara Vietnam ini agak lama akan tetapi setelah berjaya didaftarkan dan tunjauan di ladang yang sudah berhasil pebulis blog dapati ia mempunyai potens terbaik untuk di komersilkan di Malaysia. Penulis blog percaya mana-mana pekebun kelapa yang masih menanam kelapa Malayan Tall (CN1) yang sudah tua amat di syorkan untuk menanam kelapa renek jenis ini dimasa akan datang. Penulis blog agak kurang pasti harga benih tulen GGD ini tetapi dilaporkan agak mahal juga iaitu dimaklumkan ia dijual runcit lebih dari RM40.00 sepokok bagi anakbenih yang berkualiti. Kepada mereka yang berminat boleh mencari pemilik dan pendaftar syarikat untuk membeli benih kepala CCD yang sudah diperiksa oleh JAbatan Pertanian di bawak Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi setiap konsainan. Beberapa ladang swasta, pekenun kecil di Johor, Sabah dan Selangor dilaporkan sudah menanam varieti kelapa ini secara komersial. Penulis blog sudah membuat tinjauan prestasi pokok kelapa ini di Ladang Basir, Kota Tinggi, Johor yang sudah berbuah (Sila lihat foto disebelah) dan prestasinya agak memberangsangkan.


(27) VARIETI MALAYAN BROWN DWARF (CN28)

KELAPA RENEK COKLAT MALAYA 
atau Malayan Brown Dwarf (MBD) atau nama saintifiknya Cocos nucifera asalnya merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam beberapa plot penyelidikkan mereka yang penulis blog minta agar ia didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia semenjak tahun 2012 lagi. Apa pun variieti MBD ini telah berjaya di daftarkan oleh MARDI dengan nombeo pendaftaran sebagai CN27 dan diluluskan pada 22 Jun 2023 (ia hanya didaftarkan 11 tahun kemudian selepas saya minta dilakukan). Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk tujuan menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Asalnya kelapa MBD ini dipercayai sebagai sejensi kelapa yang berprestasi baik tetapi ia jarang dikenali dan ditanam oleh petani diluar sana. Ada laporan kemungkinan jika ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut pada masa itu (20012-2015) penulis blog ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis  Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimana ia kemudian di daftarken dengan nombor pendaftaran iaitu  CN16  yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Pencirian varieti kelapa SGG (CN16) ini dilakukan terkemudian setelah ia dibuat penelitian oleh pakar kelapa. Asalnya penulis blog dan pakar kelapa di Malaysia memang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD.  Sehingga hari ini belum ada anakbenih tersedia untuk di tanam oleh petani kerana pokok induk yang dikenalpasti tulis berada di Stesyen MARDI Sg. Sumun di Bagan Datuh, Perak. Ada beberapa petani yan menanam varieti kelapa ini di seluruh negara tanpa petani tersebut mengetahuinya.


(28) VARIETI GADONG BROWN DWARF (CN27)

Kelapa Renek Gadong Coklat 
ini telah didaftarkan pada 22 Jun 2023 dengan nama Gadong Brownn Dwarf atau nombor daftarnya CN28 oleh pihak pendaftarnya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Sg Seliseh, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada mengikuti dengan kerap bagaimana varieti kelapa renek ini yang mana ia dipercayai ia berasal dari Vietnam di bawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2015 lagi untuk dijalankan ujian mengikut prosedur ketat oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini dipercayai merupakan Kelapa Vietnam Brown Dwarf yang berprestasi baik di negara yersebut sehingga menjadi salah satu varieti kelapa renek yang agak luas ia di komersilkan penanamannya disana. Penulis blog juga ada membuat tinjauan di beberapa buah ladang yang menanam dengan luas varieti Kelapa Renek Gadong Hijau di Ladang Bertam, di Selangor dan di Ladang Kelapa BCF di Johor. Varieti ini dilihat sudah berbuah dalam masa 3.0 - 3.5 tahun dengan bilangan buah diantara 10 -15 biji setandan dan saiznya adalah jauh lebih besar daripada kelapa MRD, MGD dan MBD. Bagaimana pun dalam dilihat pengeluaran buah kelapa ini pada peringkat awal ada mengeluarkan buah besar bersama putik buah kecil yang unik (Sila lihat foto dibawah). Ia dilaporkan berlaku apabila pokok kelapa ini baru belajar berbuah dan akan stabil apabila pokok berumur 5 tahun kelak.  Apa pun dari segi mula menghasilkan buah awal ia dilihat sama sahaja jangka masanya. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan syarikat nurseri benih Kelapa Gadong Brown Dwarf ini dan mendapati mereka mampu mengeluarkan anakbenih dengan jumah yang banyak. 


(29) VARIETI CAMAERO (CN29) 

Varieti kelapa Camaero ini diberi nombor daftar CN29 adalah varieti baru yang mana ia di biakbaka oleh pihak MARDI malangnya dimana tidak ada sebarang maklumat yang ada di dalam sistem. Penulis blog hairan bagaimana tiada apa-apa maklumat di dalam sistem tersebut dimana ia mungkin disebabkan ia didalam peringkat kajian oleh MARDI. Jika tidak ada apa-apa perkembangan mengenai varieti ini dari pihak MARDI sebaiknya status pendaftaran varieti Camero ini di semak semula atau di gugurkan kerana kesian ramai peanam kelapa yang bertanya dan ingin mendapatkan anakbenih akan tetapi 'senyap' sahaja jawapan pihak terlibat.
Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan PArt 6 yang sesuai untuk di baca kesemuanya sebagai bahan rujukkan. Tindakan wajar mengenai pendaftaran varieti kelapa ini perlu di kemaskini oleh urusetia di Jabatan Pertanian Malaysia semua industri tanaman kelapa negara terus berkembang. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CURUNYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).
Posted from:
Gate F3, Terminal 2,
soekarno-Hatta Int'l Airport,
Jakarta Indonesia.

Friday, June 28, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 5)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu
http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/ dan info dari pengalaman penulis blog sendiri. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(21) VARIETI CARECA (CN21)

Varieti kelapa CARECA ini didaftarkan oleh pihak MARDI dengan nombor daftar CN21. Apa pun varieti ini masih belum di ketahui akan penciriannya dan dipercayai pokok induk masih didalam kajian MARDI. Ia adalah varieti baru yang mana pembekalan anakbenihnya juga masih belum ada. Diharap MARDI akan mampu mengeluarkan anakbenih ini untuk dapat ia dijadikan salah satu pilihan penanam kelapa di Malaysia dimasa akan datang. Penulis blog belum melihat tanaman kelapa varieti ini di tanam oleh petani atau pekebun kecl lokal atau pun di tanam di ladang kelapa di Malaysia. Mengikut kenyataan di laporkan didakwa masih sukar benih ini untuk di komersilkan kerana banyak kekangan. Setidaknya varieti ibenih keapa ini diberikan kepada Jabatan Pertanian untuk di tanam dalam pusat tersebut bagi tujuan pemerhatian.


(22) VARIETI MYLAG (CN22)

Varieti kelapa MYLAG ini didaftarkan oleh pihak MARDI dengan nombor daftar CN22. Apa pun varieti ini masih belum di ketahui akan penciriannya dan dipercayai pokok induk masih didalam kajian MARDI. Ia adalah varieti baru yang mana asas pembekalan anakbenihnya juga masih belum ada. Diharap MARDI akan mampu mengeluarkan anakbenih ini untuk ianya dijadikan salah satu pilihan penanam kelapa di Malaysia dimasa akan datang. Penulis blog baru sekali melihat pokok kelapa MyLAG ini semasa membuat tinjauan teknologi atau lawatan sekitar tahun 2014-2015 dimana sehingga kini percaya belum ada petani yang menanam kelapa ini secara komersial di Malaysia. Adalah wajar kalau kelak tidak ada benih di edarkan untuk pendaftaran varieti ini di gugurkan sahaja daripada senarai varoeti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia. Setidak-tidaknya MARDI boleh memberikan pokok tersebut kepada Jabatan Pertanian untuk di tanam di beberapa pusat Jabatan Pertanian Malaysia.


(23) VARIETI MYLECA (CN23)

Varieti kelapa MYLECA ini didaftarkan oleh pihak MARDI dengan nombor daftar CN23. Apa pun varieti ini masih belum di ketahui akan penciriannya dan dipercayai pokok induk masih didalam kajian MARDI. Ia adalah varieti baru yang mana pembekalan anakbenihnya juga masih belum ada. Diharap MARDI akan mampu dalam mengeluarkan anakbenih ini untuk dijadikan salah satu pilihan penanam kelapa di Malaysia dimasa akan datang. Sama dengan dua varieti kelapa kasil penyelidikan MARDI dimana belum ada benih kelapa ini di komersialkan atau di tanam oleh pekebun kelapa di Malaysia. Sebaiknya benih kelapa ini sudah di berikan sebahagian kepada Jabatan Pertanian Malaysia untuk di tanam di pusat-pusat pertanian mereka tetapi mungkin masih belum berlaku. Di cadangkan jika sudah lebih 10 tahun kelapa ini dilancarkan akan tetapi tiada sumbangannya dalam industri kelapa agar ia di gugurkan sahaja daripada senarai pendaftaran varieti kelapa di negara.


(24) VARIETI CARENI 1 (CN24)

Varieti kelapa CARENI 1 ini didaftarkan oleh pihak MARDI dengan nombor daftar CN24. Apa pun varieti ini masih belum di ketahui akan penciriannya dan dipercayai pokok induk masih didalam kajian MARDI. Ia adalah varieti baru yang mana pembekalan anakbenihnya juga masih belum ada. Diharap MARDI akan mampu mengeluarkan anakbenih ini untuk ianya dijadikan salah satu pilihan penanam kelapa di Malaysia dimasa akan datang. Sama dengan 43 varieti kelapa diatas dimana penulis blog sehingga tahun 2024 ini masih belum pernah melihat kebun tanaman kelapa varirti Careni ini di komersialkan di Malaysia. Kalau sudah lebih 10 tahun kelapa varieti ini di lancarkan dan penanaman kelapa ini tidak ada maka di syorkan agar ia di keluarkan sahaja dari senarai varieti kelapa di Jabatan Pertanian Malaysia. Kenapa perlu lagi ia didaftarkan jika tidak ada sumbangannya kepada industri kelapa negara?. 


(25)  VARIETI CARENI 2 (CN25)

Varieti kelapa CARENI 2 ini didaftarkan oleh pihak MARDI dengan nombor daftar CN25. Apa pun varieti ini masih belum di ketahui akan penciriannya dan dipercayai pokok induk masih didalam kajian MARDI. Ia adalah varieti baru yang mana boleh ia pembekalan anakbenihnya juga masih belum ada. Diharap MARDI akan mampu mengeluarkan anakbenih ini untuk dapat dijadikan salah satu pilihan penanam kelapa di Malaysia dimasa akan datang. 
Kalau sudah lebih 10 tahun kelapa varieti ini di lancarkan dan penanaman kelapa ini tidak ada maka di syorkan agar ia di keluarkan sahaja dari senarai varieti kelapa di Jabatan Pertanian Malaysia. Kenapa perlu lagi ia didaftarkan jika tidak ada sumbangannya kepada industri kelapa negara?. 
Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai untuk ia dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CURUNYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).
Posted from:
Room 710, Hotel Ciputra Cibubur,
Jakarta, Indonesia.

Thursday, June 27, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 4)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam ia menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(16) VARIETI SUNGAI GULANG-GULANG (CN16)

Varieti Kelapa Sungai Gulang-Gulang ini didaftarkan CN18 pada Mac oleh Encik 13 Mac 2013 oleh Ismail bin Tahir beralamat di Lot 160, Batu 5 1/2, Kg. Sg Gulang-gulang, Tanjong Karang, Selangor. Antara info dalam sistem pvp adalah seperti panjang Petiol: 98 cm, Lebar Petiole: 8.0 cm, Panjang Rachis: 330.3 cm, Jumlah anak daun: 206 helai, Panjang anak daun 115.0 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 27 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 83 cm. Juga dikenali dengan nama Sungai Gulang-Gulang. Apa pun pembaca boleh buka artikel tulisan saya dengan pautan berikut untuk membacanya (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik DIsini). memang kelapa ini agak popular suatu masa dulu dimana permintaan dikalangan petani agak tinggi. Kelapa SGG ini sangat popular di kalangan petani suatu masa dulu sehingga sekarang. Pokok induk yang berada di lokasi awal dilaporkan sudah tua dimana pemilik asalnya sudah meninggal dunia akan tetapi pengeluaran anakbenih kelapa SGG ini masih berterusan dan masih mendapat permintaan dikalangan penanam kelapa. Bagaimana pun ia telah di daftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Nasional Plant Variety Listing dan pokok dewasanya sudah banyak yang berhasil dikawasan pekebun kelapa.


(17 )  VARIETI TACUNAN

Varieti Kelapa Renek Tacunan atau Tacunan Dwarf Variety didaftarkan dengan nombor daftar CN17. Kelapa ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Sabah dan ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan, Sabah. Saya ada menulis keterangan mengenai varieti ini dengan pembaca semua membuat pautan kepada artikel saya (Sila Klik Disini) dan beberapa artikel lain. Sila baca akan beberapa keterangan didalam artikel tersebut. Penanaman kelapa Tacunan ini dilaporkan agak meluas di Sabah dimana Jabatan Pertanian Sabah masih aktif mengeluarkan benih kelapa Tacunan kepada penanam kelapa di Sabah daripada beberapa pusat pertanian seperti di Pusat Pertanian Uku Dusun Sandakan (UDARS) dan beberapa pusat pertanian lain. Penghasilan kelapa tacunan di Sabah kurang di ketahui akan jumlahnya kerana maklumat tersebut tidak di laporkan. Di Semenanjung Malaysia pula ada sebuah pusat pertanian iaitu di Kongkong, Johor Bahru, Johor yang mempunyai sekitar 100 pokok Tagnanan (saya yang telah membawa masuk dari Sabah pada tahun 2014) dan sudah berhasil serta mula menghasilkan anakbenih. Ada beberapa pengusaha nurseri swasta yang mendakwa ada menjual benih Tacunan Thailand akan tetapi benih ini masih perlu di kaji kaan ketulinsnnya kerana Jabatan Pertanian masih belum memperakukan benih tacunan dari Thailand ini.


(18) VARIETI TRR (CN18)

Varieti Kelapa dengan nama TRR ini didaftarkan dengan nombor CN18 pada 30 April 2020. Puas penulis blog mencari pencirian varieti kelapa ini tetapi ia tiada didalam laporan tersebut. Apa pun maklumat yang ada cuma pendaftarnya adalah Wan Najib Sabri bin Wan Ali beralamat di Kg. Mentua, Pengkalan Kubor, 16080 Tumpat, Kelantan. Saya kurang pasti bagaimana varieti ini boleh di luluskan pendaftarannya kerana belum pernah melihat ciri varieti TRR ini dan ciri-ciri khas kehebatannya. Varieti kelapa ini belum jelas akan status pendaftarannya kerana ia hanya dilaporkan oleh pegawai Jabatan Pertanian Terengganu dan tidak popular langsung di kalangan petani. Varieti ini mungkin sesuai di semak semula status pendaftarannya di Jabatan Pertanian kerana ia masih kuran penjelasan dan pokok induknya di percayai masih belum ada dalam simpanan bankbenih di Jabatan Pertanian atau MARDI juga. 


(19) VARIETI SAMPOORNA GREEN  (CN19)

Varieti kelapa Hijau Sampoorna atau pun (Sampoorna Green) ini didaftarkan pada 6 Oktober 2022 dengan kelapa jenis public domain. Kela ini didaftarkan oleh Maleya Trading (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 1465, Simpang 3 Rungkup, Batu 24.5, Rungkup, 36100 Rungkup Perak. Saya ada menulis sedikit info mengenai kelapa ini dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini). 
KELAPA VARIETI SAMPOORNA merupakan sejenis varieti kelapa yang baru diluluskan pendaftarannya didalam senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana mungkin masih ramai petani yang belum mengetahuinya. Penulis blog ada menerima banyak pertanyaan mengenai varieti ini dan udah berhubung dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan maklumat kelapa ini yang didaftarkan pada Oktober 2022 lalu (sudah setahun lebih ia didaftarkan). Dalam membuat rujukkan kepada suyarikat pendaftar kepada kelapa ini iaitu di lamanweb iaitu pada https://deejayfarm.com/ dimana mereka dilihat ada mendakwa Deejay Sampoorna® Hybrid Coconut merupakan hasil biakbaka mereka selama 25 tahun. Penanaman kelapa ini sangat terhad di Malaysia dimana benihnya semakin sukar di perolehi masa kini. Ada berita (belum pasti kesahihannya) dimana syarikat pembekal sudah sukar dalam mereka untuk mendapatkan anakbenih benih kelapa ini daripada pembekal induk dari India. 


(20) VARIETI SAMPOORNA GOLDEN (CN20)

Varieti kelapa Sampoorna Golden ini didaftarkan dengan nimbor CN20 dimana ia di daftarkan oleh pemiliknya iaitu Maleya Trading (M) Sdn. Bhd.Lot 1465, Simpang 3 Rungkup, Batu 24.5, Rungkup, 36100 Rungkup Perak.  
aya ada menulis sedikit info mengenai kelapa ini dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini). KELAPA VARIETI SAMPOORNA merupakan sejenis varieti kelapa yang baru diluluskan pendaftarannya didalam senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana mungkin masih ramai petani yang belum mengetahuinya. Penulis blog ada menerima banyak pertanyaan mengenai varieti ini dan udah berhubung dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan maklumat kelapa ini yang didaftarkan pada Oktober 2022 lalu (sudah setahun lebih ia didaftarkan). Dalam membuat rujukkan kepada suyarikat pendaftar kepada kelapa ini iaitu di lamanweb iaitu pada https://deejayfarm.com/ dimana mereka dilihat ada mendakwa Deejay Sampoorna® Hybrid Coconut merupakan hasil biakbaka mereka selama 25 tahun. Sma dengan varieti diatas dimana kelapa ini sedikit sahaja di tanam di Malaysia dan kini ada isu pembekalan benihkelapa ini. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 5 dan Part 6 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CIRINYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).
Posted from:
Room 701, Hotel Ciputra Cibubur,
Jakarta, Indonesia 

Wednesday, June 26, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 3)

 
TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam ia menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain kurang dalam keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

 
(11) VARIETI RENNAL TALL OREN (CN11)

Varieti Kelapa Rennal Tall Orange atau dalam bahasa kita sebagai Kelapa Tinggi Rennal Oren mempunyai nombor daftar CN11. kelapa ini dahulu pernah popular di edarkan oleh kerajaan dan pihak swasta sekitar tahun 1980an. Varieti ini sudah jadi varieti public domain (tidak tertakluk di bawah Akta PVP). Antara ciri varieti ini adalah ia mempunyai panjang petiol iaitu 139.66 cm, lebar petiole berukuran 9.33 cm dan panjang rachis iaitu 410 cm. Mempunyai jumlah anak daun pada purata sebanyak 218.7 helai dengan ukuran panjang anak daun adalah 116.25 cm dan lebar anak daun adalah 5.05 cm. Dilaporkan warna bahagian atas lai daun adalah Kuning Kehijauan (Yellow Green Group 137A) dengan panjang central axis adalah 42.0 cm dimana ia mempunyai ukuran diameter tangkai bunga pada bahagian tengah adalah 90.5 cm. Buahnya berwarna oren dan bersaiz besar. Saya beli, lagi menulis mempunyai artikel mengenai varieti ini dalam blog. Dipercayai varieti kelapa ini mungkin masih ada sedikit di beberapa pusat pertanian kerajaan atau pun dikawasan kebun ladang benih milik swasta atau pekebun kecil kelapa. Bagaimana pun kkelapa ini kini sduah seakan sudah pun ia di lupakan akan kehadirannya dimana sukar mengenalinya.


(12) VARIETI RENNAL TALL GOLD (CN12)

Varieti kelapa Rennal Tall Gold mempunyai nombor daftar CN12 yang juga adalah varieti public domain. Pokok kelapa varieti ini sudah agak sukar di kenalpasti di Malaysia masa ini kerana ia agak kurang popular di tanam masa dulu. Berkemungkinan hanya ada di beberapa pusat pertanian kerajaan atau pun swasta atau di kebun petani. Ciri varieti kelapa ini yang ada didalam rujukkan dimana panjang Petiol: 140.67 cm, Lebar Petiole: 9.61 cm, Panjang Rachis: 419.5 cm, Jumlah anak daun: 230.1 helai, Panjang anak daun 126.44 cm, Lebar anak daun: 4.83 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 137A, Panjang central axis: 39.88 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 111.56 cm. Saya semacam sudah tidak mempunyai maklumat tambahan mengenai varieti kelapa ini dan pokok induk kurang di ketahui sama ada ia masih ada atau tidak di Malaysia. Pihak berwajib perlu meneliti perkara ini sebagai koleksi janaplasma kelapa di Malaysia untuk program biakbaka di masa akan datang.


(13) VARIETI MATAG GREEN (CN13)

 Kelapa varieti Matag Hijau atau Matag Green diberikan nombor rujukkan sebagai CN13 yang didaftarkan pada 12 Mac 2013. Ia didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai jenis public domain. Antara keterangan dalam sistem adalah dimana panjang Petiol: 130.4 cm, Lebar Petiole: 9.35 cm, Panjang Rachis: 395.7 cm, Jumlah anak daun: 224 helai, Panjang anak daun 125.8 cm, Lebar anak daun: 4.05 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 37.4 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 96.9 cm. Sila baca banyak artikel tulisan saya dalam blog Anim Agro Technology untuk mengetahui akan kelapa matag. Kelapa Matag Green ini sudah meluas di tanam di seluruh negara sama ada oleh Estet Kelapa Swasta, Pekebun Kecil mahupun ada yang suka menanamnya secara suka-suka di keliling rumah (jika ia benih hibrid tulis yang di beli). Kelapa ini yang di tuai muda banyak di jadikan sumber 'Air Kelapa Muda' yang popular kerana ia mempunyai kuantiti yang banyak (berbanding kerepa renek) dan harga ladang dilaporkan mencecah RM2.50 -RM3.00 sebiji masa kini. 


(14) VARIETI MATAG OREN (CN14)

Varieti kelapa Matag Oren adalah salah satu kelapa hibrid dengan nombor daftar CN14. Ia di beri gelaran Matag Orange dengan daftar sebagai public domain dan mempunyai ciri panjang Petiol: 125.0 cm, Lebar Petiole: 10.0 cm, Panjang Rachis: 387.1 cm, Jumlah anak daun: 222 helai, Panjang anak daun 136 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 136A, Panjang central axis: 39.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 95.0 cm. Saya ada menulis banyak fakta mengenai penanaman kelapa matag dalam blog Anim Agro Technology untuk di baca. Kelapa ini juga agak meluas di tanam di kalangan pekebun kecil dan beberapa este kelapa swasta di seluruh negara. Benih Kelapa Matag tulin ini hanya ada di bekalkan oleh beberapa pengeluar benih kelapa matag yang di persijilkan ketulinannya melalui Skin Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian. Kelapa Matag ii di petik dalam bentuk kelapa muda (untu air kelapa) dan juga sebagai kelapa tua dimana buahnya memang mendapat permintaan yang baik di kalangan pengguna. 


(15) VARIETI MATAG GOLD (CN15)

Varieti Kelapa Matag Gold ini merupakan salah satu varieti matag yang ada di keluarkan di Malaysia. Varieti ini didaftarkan pada 13 Mac 2013 dengan nombor rujukkan CN15. Ia adalah satu varieti yang public domain dengan ciri panjang Petiol: 140.3 cm, Lebar Petiole: 10.0 cm, Panjang Rachis: 420.95 cm, Jumlah anak daun: 219 helai, Panjang anak daun 138 cm, Lebar anak daun: 5.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 136A, Panjang central axis: 36.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 113.0 cm. Ada banyak artikel tulisan saya dalam blog Anim Agro Technology yang boleh di google iaitu mengenai kelapa matag untuk dibaca. Sama dengan kelapa hibrid Matag yang diatas dimana kelapa Matag Gold ini ada di tanam di kawasan ladang swasta, pekebun kecil dan juga penanam kelapa kawasan keliling rumah (jika benihnya tulin). Penghasilan kelapa ini adalah kelapa muda (untuk air) dan juga kelapa tua dimana harga ladadang agak baik disebabkan ia selalunya bersaiz besar dan kualiti air kelapa mudanya juga enak diminum. 
Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CIRINYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).

Tuesday, June 25, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 2)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam ia menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang  keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(6) VARIETI PANDAN (CN6)

Varieti Kelapa Pandan diberikan nombor daftar CN6 adalah paling popular kerana airnya ada aroma pandan untuk dijadikan minuman. Kelapa adalah varieti pandan public domain dnan adalah kelapa jenis rendah. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Bilangan buah setandan di antara 10-22 biji. Berpelepah pendek dan mempunyai cebis kapas dipangkal pelepah. Anak pokok Kelapa Pandan boleh dikenali melalui bau wangi pandan pada hujung akar yang dihancurkan dan melayur bahagian bawah lai daun. Sila baca beberapa artikel kelapa pandan dalam blog Anim Agro Technology dengan pautan berikut (Sila Klik DIsini)
Penuaian Kelapa Pandan apa yang saya kaji hendaklah di petik dan dipilih dari kedudukan tandan yang paling bawah sekali dimana terletak pada kedudukan selari dengan tandan buah diatasnya apabila saiz buah itu telah sebesar 'gengaman tangan'. Buah kelapa matang akan di petik dengan cara menggunakan sabit dengan galah aluminium yang tajam. Lazimnya dengan ketinggian sekarang antara 15-20 kaki dari paras tanah, maka satu teknik baru di praktikkan di kebun ini. Sebelum memetik hasil tandan kelapa, pekerja mahir (Indonesian worker) akan memotong dulu satu pelepah daun tua dahulu. Pelepah tersebut akan dijadikan 'laluan turun' bagi tandan buah yang dipotong tadi dengan jatuh melorot pada pelepah tadi dan sampai ketanah agar tidak rosak atau pecah. Kaedah menggunakan tangga dan tali kini sudah tidak praktikal lagi untuk memetik tandan kelapa pandan dikebun Ah Tee kerana ianya adalah lambat dan kurang praktikal. Bagaimana pun tangga masih perlu digunakan jika pokok kelapa pandan tersebut sudah kekurangan pelepah untuk dipotong bagi melorotkan tandan kelapa kebawah. Tanaman kelapa pandan adalah tersebar meluas di seluruh negara sama ada ia ditanam secara sepokok dua di keliling rumah atau di tanam secara komersial sehingga puluhan malah ratusan hektar di seluruh negara. Jabatan Pertanian adalah diantara sumber pembekal anakbenih kelapa pandan yang disahkan tulin seperti di Pusat Pertanian Parit Botak, Johor, Pusat Pertanian Teluk Baru di Perak dan banyak nurseri swasta yang ada menanam dan menjual benih kelapa pandan diseluruh negara.


(7) VARIETI TAGNANAN GREEN (CN7) 

Varieti Kelapa Tahnanan Hijau (Tagnanan Green) mempunyai no daftar CN7 yang merupakan varieti public domain. Kelapa ini menjadi salah satu pokok induk untuk menghasilkan kelapa hibrid MATAG. Dalam pencirian dilaporkan ukuran panjang Petiol: 144.8 cm, Lebar Petiole: 11.4 cm, Panjang Rachis: 282.8 cm, Jumlah anak daun: 234 helai, Panjang anak daun 129.2 cm, Lebar anak daun: 4.82 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 42.6 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 81.2 cm. Pokok kelapa tagnanan ini dipercayai ia masih ada di tanam di beberapa pusat Jabatan Pertanian, MARDI dan juga pihak swasta.


(8) VARIETI TAGNANAN OREN (CN8)

Varieti Kelapa Tagnanan Oren atau Tagnanan green juga merupakan salah satu varieti untuk penyediaan benih hibrid kelapa Matag. Ia diadftarkan dengan no CN8. N8KelapaCocos nucifera L.Tagnanan OrangeMac-13Public domainPanjang Petiol: 140.2 cm, Lebar Petiole: 10.6 cm, Panjang Rachis: 418 cm, Jumlah anak daun: 224 helai, Panjang anak daun 124.7 cm, Lebar anak daun: 5.22 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 33.2 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 75.8 cm. Pokok induk ini masih ada di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor untuk dijadikan pokok induk didalam membuat kacukan kelapa Matag oleh Jabtan Pertanian dan dipercayai ada di beberapa ladang kelapa swasta. Penulis blog percaya pokok iTagnanan Green ini ada di tanam di beberapa Pusat Pertanian Jabtan Pertanian, MARDI, Ladang Kelapa Estet swasta dan ditanam oleh beberapa punduduk kampong yang telah berumur di Malaysia.


(9) VARIETI TAGNANAN GOLD (CN9)

Varieti Tagnanan Gold atau CN9 juga salah satu pokok kelapa tinggi untuk penyediaan kalepa hibrid Matag. Kelapa ini adalah jenis public domain yang tidak banyak di tanam masa kini. Debunga kelapa ini dikutip bagi dikacukandengan kelapa MRD atau MYD. Dalam sistem dijeklaskan ciri pokok ini dimanan ukuran panjang Petiol: 145.16 cm, Lebar Petiole: 11.31 cm, Panjang Rachis: 423.33 cm, Jumlah anak daun: 230 helai, Panjang anak daun 130.5 cm, Lebar anak daun: 4.77 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 41.67 cm, tangkai bunga pada bahagian tengah adalah 89.83 cm. Pokok Tagnanan ini masih boleh id cari di beberapa kebun petani dan pusat pertanian di Jabatan Pertanian.


(10)  VARIETI RENNAL TALL GREEN (CN10)

Varieti kelapa Rennal Tall Green dikenali dengan CN10 adalah varieti public domain yang kini agar sukar didapati di Malaysia. Cirinya dimana ukuran panjang Petiol: 144.2 cm, Lebar Petiole: 10.3 cm, Panjang Rachis: 395.16 cm, Jumlah anak daun: 217 helai, Panjang anak daun 124.08 cm, Lebar anak daun: 6.17 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 38.83 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 106.33 cm. Bagaimana pun dipercayai pokok kelapa jenis ini mungkin masih ada di dalam Steysen Pertanian. Penulis blog dapati varieti kelapa ini sudah kurang di tanam dan kurang dikenali dikalangan petani di Malaysia. Bagaimana pun masih ada beberapa pusat pertanian Jabatan Pertanian dan MARDI serta pihak swasta yang dipercayai masih ada pokok kelapa varieti ini.
Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CURUNYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).