Sunday, June 30, 2024

TRICHOMES ATAU DEBU PUTIH - APA DIA ?

DEBU WARNA KEPUTIHAN
atau dikenali TRICHOMES yang terdapat pada sesetengah tumbuhan merupakan satu benda yang ada pada beberapa jenis tumbuhan termasuk pada daun nanas (Ananas comosus). Ramai kalangan penanam nanas mungkin kurang tahu akan kehadiran dan kepentingan bahan trichomes' ini yang berada di belakang atau di bahagian bawah daun nanas (Sila lihat foto diatas). Semasa penulis blog mengikis daun nanas ini (daun benih sulur nanas) mendapati yang bahan ini memang satu tandaaras penting untuk mengetahui akan kesuburan tanaman nanas dimana umumnya boleh di nyatakan lagi tebal dan putih trichomes pokok nanas tersebut adalah lebih sihat bergantung kepada varieti. Sebenarnya nanas boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan atau Group iaitu Nanas CAYENE, Nanas SPANISH dan Nanas QUEEN dimana kesemuanya mempunyai ciri-ciri pokok, buah dan marfologi yang berbeza. Ciri daun nanas slelau dijadikan salah satu kriteria didalam membuat pencirian sesuatu varieti nanas yang penting kerana berlainan kumpulan ia mempunyai ciiri berbeza. Sila baca keterangan setiap kumpulan nanas di bab dibawah. Kewujudan apa yang dikatakan '
Trichomes' yang berada dilaposan luar daun nanas selalu dilihat terutama di daun. Apa pun banyak tumbuhan yang mempunyai 'trichomes' ini selalu di kawasan pucuknya tetapi bagi nanas pada keseluruhan bahagian bawah daunnya. Secara umumnya kehadiran trichome ini adalah berfungsi untuk melindungi tumbuhan daripada serangan herbivore dan ancaman lain. Ia dihasilkan melalui proses biosintesis dimana metabolisma khusus masih kurang di lakukan penyelidikan jelas. Belum ada laporan rasmi yang di lakukan di Malaysia merujuk kepada kepentingan trichome khususnya pada daun nanas. Bagaimana pun penulis blog ada membaca laporan pencirian pendaftaran varieti nanas dimana perkataan 'debu putih' atau trichome pada daun nanas di ambil keterangannya sama seperti kehadiran bahan 'anthicyanin' pada daun nanas tersebut. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai 'debu putih' atau ;trichome' sekadar usaha memberikan maklumat apabila beberapa orang bertanya sekadar dijadikan bahan bacaan. 


Kajian terkini dilaporkan dimana kehadiran trichome ini dikaitkan dengan fungsinya sebagai strukutur bahan penyerap air serta ia melakukan 'menyahtoksik bahan metal' (detoxicfication) daripada bahagian tumbuhan. Peranan ini dilihat penting dalam menentukan keseimbangan ekologi di sekeliling tumbuhan tersebut untuk kelestarian. Bagaimana pun kedua fungsi trichomes tersebut masih kurang di kaji akan kepentingannya kepada tumbuhan dan masih kurang di ketahui. Dalam beberapa penyelidikan oleh saintis melaporkan dimana sebanyak 37 tumbuhan yang mempunyai trichome dimana hanya 14 jenis tumbuhan sahaja yang terlibat dengan aktiviti penyerapan air sementara 37 jenis tumbuhan pula terlibat dengan menyahtoksik bahan metal daripada tumbuhan tersebut. Pokok Nanas adalah sejenis pokok kaktus yang tahan lasak di kawasan kering atau kemarau (ia tidak mudah mati) berbanding dengan ia akan lebih mudah mati jika tenggelam dalam air atau masa hujan akibat serangan serangan penyakit reput perdu atau 'heart rot'. Kehadiran debu putih pada daun nanas boleh di lihat dimana varieti yang mempunyai debu putih yang tebal menunjukkan ia lebih sihat dan lebih tahan lasak daripada varieti nanas yang kurang mempunyai trichomes. Apabila trichome ini d lihat menggunakan microcsope menunjukkan ia mempunyai struktur khas untuk mampu menyerap air. Kebolhan trichomes ini untuk menyerapair disebabkan oleh kesan penurunan kandungan air dalam tumbuhuan (abi
lity of trichomes to absorb water results from their decreased hydrophobicity) berbanding dai keseluruhan bahagian tumbuhan tersebut. Sementara itu penyahtoksik bahan metal berlaku berpunca daripada hubungkait sel asa (basal cell) yang berada pada tidu vaskular yang membolehkan kehadiran 'metal-chelating ligands' untuk mengangkut bahan tersebut didalam daun. Apa pun kaedah sebenar mengenai perkara ini masih belum dapat dijelaskan oleh saintis.


Seperti dinyatakan diatas yang mana bagi kumpulan 
NANAS CAYENE iaitu kultivar ini mempunyai saiz buah yang besar, mata buah yang rata, isinya berwarna kuning pucat dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Nanas jenis ini selalu menunjukkan pertumbuhan tampang (vegetative growth) yang cepat dengan tepi daunnya halus dan berduri dibahagian hujung sahaja. Nanas jenis ini popular ditanam di banyak lokasi seluruh dunia untuk dikalengkan dan mempuyai bentuk buah yang tirus. Senang sahaja nak kenal nanas ini iaitu nanas Sarawak dan Smooth Cayene daripada saiznya dan bentuknya. Kelebihan jenis ini dikatakan rintang terhadap penyakit reput teras dan juga penyakit buah hantu. Salah satu adalah Nanas Sarawak (Di Sarawak nanas ini dipanggil sebagai 'Nanas Paun') yang ada banyak debu putih pada jambul dan daunnya (Sila lihat foto disebelah). Ketinggian pokok sekitar 120 cm dengan bilangan daun sekitar 60 -80 helai semasa pokok tersebut berbunga. Daunya berwarna hijau dengan pigmentasi merah ungu di sepanjang bahagian tengah daun dan ianya berduri tajam di bahagian hujung. Kalau terkena durinya boleh luka dan gatal serta mempunyai trichome yang jelas kelihatan. Nanas ini mempunyai buah paling besar dengan 2-4 kg sebiji bergantung kepada jenis tanah dan kesuburan pokok. Buah nanas Sarawak berbentuk tirus dengan warna kulit hijau gelap. Maklumat dari ramai petani juga mengesahkan nanas ini kurang resposnsif terhadap hormon pil ANA untuk berbuah kerana jenis ini dipengaruhi suhu dan fotokala untuk berbuah. Kajian saintis menunjukan jenis ini perlukan suhu 20 Celsius dengan sinaran siang yang pendek yang tiada di Malaysia. Jenis nanas ini sentiasa dalam keadaan tampang (Vegetative) sahaja di Malaysia dan sukar untuk di aturkan penghasilan buah nanas Sarawak yang seragam dan komersil. Sesekali dapat makan nanas Sarawak yang cukup masak dan baru dipetik terasa 'LIDAS'. Kini dengan adanya beberapa varieti nanas baru yang tidak lidas dilihat populariti nanas yang lidas semakin kurang di tanam di Malaysia.


Dalam pada itu bagi K
umpulan NANAS SPANISH dimana ia adalah popular ditanam di Malaysia untuk tujuan pengeluaran bagi nanas kaleng (untuk di tinkan). Antara yang memang terkenal ialah kultivar Masmerah dan Gandul. Kedua-dua kultivar ini telah ditanam di Johor. Pokok ini mempunyai 35 - 70 helai daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daunnya mempunyai duri dibahagian hujung dan yang istimewa ialah kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang terbit pada pangkal buah. Jambulnya (Crown) nanas ini juga besar dan kadang-kadang terjadi berbilang dan juga menjadi pipih bentuknya. Saiz buah jenis ini sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji yang berbentuk silinder, mata agak dalam dan warna buah hijau bertukar ke ungu gelap atau jingga kemerahan apabila masak. Isinya berwarna kuning keemasan dan berserabut. Buah ini tahan lasak dan tidak mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Apa pun lazimnya buah kumpulan Spanish seperti nanas Gandul mempunyai empulur yang kecil dengan diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Sitrik sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan Aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA atau pun Etephon akan dibubuh pada pokok yang telah sedia untuk digalakan pembungaan (Sekitar 8 bulan). Pokok nanas ini boleh diprogramkan bila masa menanam dan bila masa untuk menuai dengan kiraan yang betul dan jadual penanaman yang boleh di programkan. Bagi KUMPULAN NANAS QUEEN pula selalunya kultivar Queen merupakan antara yang paling popular ditanam di Malaysia. Nanas Moris ini merupakan nanas yang luas ditanam untuk kegunaan segar dan dimasak untuk dibuat pajeri dan sebagainya. Nama lain dalam kumpulan ini seperti nanas Tailung 2 di Taiwan dan nanas Common Rough, nanas Ripley Queen yang ditanam di Australia. Nanas Moris rasanya manis (Gula antara 13-18 darjah brix) dan bentuk buahnya yang tirus. Nanas ini tidak sesuai untuk dikaleng kerana saiznya kecil dengan tekstur isinya rapuh dan warna kuning keemasan yang menarik bila cukup masak. Pokoknya paling kecil berbanding dengan jenis lain dengan warna daun hijau kebiruan serta ungu dibahagian tengahnya dan mempunyai duri. Buah yang kecil berwarna hijau gelap dan tidak mempunyai slip tetapi mampu menghasilkan sulur (suckers) yang banyak. Kultivar ini mampu menghasilkan buah 1 bulan lebih awal daripada kumpulan Cayene dan Spanish. Nanas Moris (Nama asal 'Mauritius') merupakan nanas yang ditanam untuk makan segar dengan jangkamasa menuai singkat sekitar 9-10 bulan sahaja. Nanas jenis ini sangat responsif atau bertindakbalas dengan baik terhadap pengaruhan pembungaan menggunakan pil ANA atau bahan hormon yang lain. Penanaman nanas ini lazimnya ia akan menggunakan bahan tanaman daripada sulur batang yang banyak diperolehi selepas menuai buah dan mencantas daunnya. Varian nanas jenis ini seperti nanas Moris Sungai Balang (16 - 18 Darjah Brix), nanas Moris Slipping (Jenis ini pelik sikit kerana ada slip) dan juga nanas Moris Besar (Buahnya besar sekitar 1.5 - 1.8 kg sebiji). 


Bagaimana kaitan debu putih atau trichomes ini sehingga media pun kurang melaporkannya. Apa yang dilaporkan dalam hmetro.com adalah bagaimana 'Daun nanas makanan haiwan' untuk dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana selalunya bahagian daun nanas dibuang atau dibiarkan kering di ladang akan tetapi jika diolah kepada bentuk baja kompos sekali pun dimana tempoh yang lama diperlukan bagi fasa penguraian. Ini bermakna kalangan petani juga perlu menunggu kira-kira setahun sebelum ia dapat dimanfaatkan untuk sektor pertanian. Teknik pelupusan paling mudah dan menjimatkan adalah dengan cara membakar sisa pertanian itu. Tindakan membakar secara terbuka bagaimanapun dikecam pencinta alam sekitar, sekali gus mencemarkan udara. Dalam menyelesaikan masalah itu, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengolah sisa buangan nanas kepada produk inovatif. Siapa sangka kalau bahan buangan seperti daun nanas dapat menjana pendapatan sampingan kepada petani. Dikenali sebagai pelet sisa nanas, pelet ini dijadikan sebagai bahan makanan bagi haiwan herbivor. Produk inovasi berkenaan meraih pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa. Ia juga dipertandingkan sempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2014), UPM. Dilaporkan projek berkenaan diketuai Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan UPM, Prof Madya Dr Rosnah Shamsudin. yang dibantu rakan penyelidik dari fakulti sama, Muhammad Fakhri Zainuddin dan Dr Mohd Noriznan Mokhtar serta dibantu pensyarah dari Fakulti Pertanian, Prof Dr Dahlan Ismail. Kini produk inovasi berkenaan antara kaedah alternatif untuk mengurangkan bahan buangan dari ladang tanaman. Ia juga untuk memastikan persekitaran yang selamat dengan mencegah pembakaran terbuka di atas tanah dimana ia menghasilkan sebagai sumber serat alternatif untuk ruminan (Sila lihat foto disebelah). Pelet yang dihasilkan meningkatkan pengambilan bahan kering untuk haiwan herbivor dan peratusan lemak susu lembu tenusu. Seluruh bahagian tumbuhan nanas diproses dan tersemperit ke dalam bentuk pelet menggunakan proses penyemperitan. Suhu optimum untuk penghasilan pelet ini adalah 100 darjah Celsius dan kandungan lembapan bahan antara 30 hingga 40 peratus. Cara menghapuskan bahan terbuang adalah dengan menjadikannya sebagai bahan makanan haiwan dimana sisa buangan nanas mempunyai potensi dari segi protein dan kandungan serat yang tinggi. Ia ditukar dalam bentuk pelet, sekali gus menjimat-kan ruang penyimpanan bahan terbuang dan mudah untuk dibungkus. Hasil ujian penghadaman terhadap lembu mendapati hampir separuh berat pelet dihadam dalam masa tiga hari oleh haiwan berkenaan. Kini sudah terbukti pelet ini berkesan dan boleh dihadam serta memberi kesan nilai nutrisi pada haiwan. Di Malaysia dilaporkan iaitu dianggarkan sebanyak 17,000 tan daun nanas dihasilkan untuk tempoh setahun. Jadi pelet yang dihasilkan dapat mengurangkan pembakaran dengan mengambil pokok untuk dijadikan sebagai makanan haiwan. Kaedah didalam pemprosesan pelet, katanya, melalui beberapa fasa seperti pengumpulan sisa pokok, diracik kecil, dijemur dan dikisar dalam ukuran satu milimeter (mm). Ia kemudian dicampurkan bersama air untuk menjadikan strukturnya lebih lembut. Apa pun bahan itu kemudian dipadatkan menggunakan mesin penyempritan pada suhu dan tekanan tertentu sebelum terhasilnya pelet. Kemudian apabila siap pelet dibiarkan dalam suhu 40 darjah Celsius untuk tempoh 24 jam. Pelet ini alternatif kepada penternak yang sebelum ini banyak menggunakan sisa kelapa sawit. Sebenarnya ada potensi besar di Malaysia apabila bahan terbuang menjadi semakin tinggi nilainya menyebabkan industri terpaksa mencari sumber pelet alternatif menggunakan daun nanas. Mungkinkah trichome tiada dibuat kajian didalam kajian ini?. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Amat sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai 'trichomes' pada pokok nanas kerana tidak banyak bahan rujukkan yang membuat analisa mengenainya. Wasallam!!!..
NAMANYA TRICHOMES... KEPUTIHAN WARNA...
PADA DAUN NANAS... IA DILIHAT KETARA...
PERLU DI TELITI... APAKAH KEPENTINGANNYA...
MEMBACA ARTIKEL INI... FAHAM ISU DI BICARA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zhulhijjah 1445H).
Bersamaan 24 Jun 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.