Friday, May 17, 2024

KOSTING TANAMAN MELON FERTIGASI 2023

KOSTING TANAMAN MELON 
(Cucumis melo Linn) sudah banyak berubah pada masa ini akibat banyak faktor yang mana ia naik berbanding dengan 10 tahun dahulu. Tanaman Melon dilaporkan dalam kategori tembikai iaitu untuk pasaran domestik dan sedikit eksport. Keluasan tanaman tembikai (termasuk melon) di Malaysia pada tahun 2023 seluas 8,523 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 179,753 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tembikai paling luas di tanam di Kelantan (2,187 ha) diikuti dengan Pahang (2,129 ha) dan Johor (793 ha). Analisa kos pengeluaran tanaman kontan termasuk tembikai d lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakunya wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci penulis blog syor supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya paparkan kosting tanaman Tanaman Melon Fertigasi semuga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat kajian dan perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Tanaman buah Melon adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga Cucurbitaceae yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon sangat digemari kerana rasa yang sedap, manis, bentuk yang agak menarik dan digemari oleh semua golongan masyarakat. Cara menanam melon dilakukan di tanah lapang atau secara Fertigasi didalam rumah Struktur Pelindungan Hujan (SPH) yang ditanam untuk sepanjang tahun untuk pasaran domestik dan juga eksport.  
Penyediaan tanah dengan membajak dikawasan terbuka akan dibuat dengan menaikan batas bagi kawasan tanah rendah seperti tanah sawah. Sebaiknya amalkan MYGAP dengan penggiliran tanaman antara cucurbit dengan tanaman lain. Gaulkan baja organik dengan kadar 20-30 mt sehektar kedalam batas dan tutup dengan plastik silvershine sebagai sungkupan. Plastik ini dapat mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah, mengawal serangga perosak dan memudahkan pembajaan. Tanaman melon adalah sangat sensitif dengan pemberian baja dan jika tidak diberikan akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah. Baja NPK yang disyorkan adalah baja Nitrojen (60-120 kg/ha), P (20-40 kg/ha) dan K (120-140 kg/ha). Sebaiknya pengapuran sebanyak 100-140 kg/ha diberikan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Melon seperti juga tembikai mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyerang dimana mampu serta boleh merugikan petani dengan teruk. Pengalaman penulis blog dalam mebuat tinjauan dikawasan tanaman melon diseluruh negara mendapati dimana ada beberapa kali menjumpai petani yang rugi besar akibat tidak mendapat hasil kerana diserang penyakit. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium sp melonis) boleh menyerang disemua peringkat. Penyakit Kulapok Berdebu atau Powdery Mildew (disebebkan oleh Erysiphe spp atau Sphaterotheca spp) juga mampu merosakan tanaman dengan teruk dan terutama di akhir peringkat penanaman. Penyakit Kulapok atau Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) juga amat merbahaya kepada tanaman melon yang perlu dikawal. Penyakit Lecuh Anak Benih (Didemella bryoniae) dan Penyakit Antraknos (Collectotricum lagenarium) juga menyerang tanaman melon. Isu serangan Reput Akar Bakteria (Ervinia traichepila) dan Penyakit Virus Mozek juga menyerang melon. Maknanya tanaman melon memang mudah diserang penyakit. Kawalan menggunakan racun serangga, amalan giliran tanaman, penggunaan plastik silvershine, pembajaan yang cukup dan sentiasa membuat 'farm surveilance'. Tanaman melon memerlukan teknik kawalan yang baik bagi mempastikan penghasilan yang baik dan berkualiti. Kosting bagi tanaman elon fertigasi ini boleh berubah jika menanam berlainan varieti dan sistem fertigasi yang berlainan juga.



KOSTING TANAMAN MELON (0.4 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : MELON (Cucumis melo)

2. Varieti Tanaman     : MELON (Banyak varieti)

3. Bilangan SPH (60'x100') : 4 unit (1 unit = 3 bay)

4. Kepadatan Pokok           : 4,800 polibeg

5. Jarak Tanaman Fertigasi: 0.6 m x 0.6 m

6. Jangkahayat ekonomik   : 0.25 tahun

7. Intensiti tanaman setahun : 3 musim

 

ALIRAN WANG MASUK (Semusim/ Setahun):

                                            SEMUSIM            SETAHUN

7. Hasil  Melon (Kg/ha)         9,600                28,800 

8. Harga Ladang (RM/kg)        4.00                   4.00

9. Pendapatan Kasar (RM)    38,400              115,200

10. Pendapatan Bersih (RM)   26,071.65      86,908.65


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/Setahun):

                                               SEMUSIM            SETAHUN

11. Kos Awal SPH + infra (RM)  150,940                 Tiada

12. Kos Bahan Input (RM)          22,103                  29,721

13. Kos Tenaga Kerja (RM)          4,800                 14,400

14. Kos Pelbagai (RM)               32,703                  74,076

15. Kos Luar Jangka (10%)       1,625.15              2,942.15

16. Jumlah Kos Pengeluaran   34,338.15            48,091.35


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 25%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 65,206.54

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.31 

20. Titik Pulang Modal                : RM 3.05 

21. Tempoh Pulang Modal         : Tahun 3 


Menarik dalam hmetro.com kisah dimana usahawan melon 'Berkebun Sebelum Subuh' 
menarik untuk di kongsikan. Apa pun jik aberbudi kepada tanah maka lambat-laun akan mendapat hasilnya. Siapa sangka jika ia bermula sekadar hobi mengisi masa lapang untuk melepaskan tekanan bekerja seharian seorang pelukis pelan Mohamad Yazid (33) kini mampu berbangga apabila kebun mini melon yang telah diusahakannya membuahkan hasil lumayan (Sila lihat foto diatas). Usaha bapa kepada seorang cahaya mata itu wajar diberikan pujian kerana daripada hanya 10 pokok, halaman rumahnya kini memiliki kira-kira 900 pokok melon yang baru berbuah dan dituai. Dia dakwa meskipun berasal daripada keluarga pekebun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu mencetuskan minat yang serius untuk berkebun kerana ia menjadi terapi menghilangkan tekanan kewangan dan emosi. Tanaman pertama di buat dalam kawasan halaman rumahnya adalah padi kemudian pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kubis, sawi, terung, timun, cili, salad, jagung dan banyak lagi. Kalau sebelum ini, rumah lama memiliki keluasan tanah yang terhad dan alhamdulillah apabila dapat berpindah ke rumah baharu yang mempunyai halaman lebih luas, ia ibarat syurga buatnya. Disebabkan melon memerlukan penjagaan rapi, kini saya hanya memberi tumpuan kepada tanaman itu sahaja. Pada setiap musim ada empat jenis melon ditanam iaitu 3 varieti terdiri dari Golden Melon (Chanchai dan Khaitongkham dari Thailand), R41 dari Belanda dan satu lagi Sweet Emerald dari negara Malaysia. Dia selalu mencuri masa untuk berkebun sebelum Subuh dan selepas waktu kerja hingga ke lewat malam. Apa pun kini semua empat melon itu menjadi pilihan kerana ia lebih manis dan rangup sesuai dengan cita rasa masyarakat di Malaysia. Menanam melon memiliki cabaran tersendiri kerana ia jenis sensitif yang perlu dibelai dan dijaga setiap hari, bukannya 'tanam dan tinggal'. Memandangkan ditanam secara terbuka di halaman rumahnya apabila tanaman itu turut juga berdepan dengan cabaran cuaca. Pokok mudah mati jika ditimpa hujan yang kerap selain itu, harga baja juga semakin meningkat dan saya terpaksa mencari kaedah penanaman lain yang lebih menjimatkan penggunaan baja seperti dengan menggunakan kaedah High Density Planting (HDP). Ini sekali gus dapat maksimum ruang dengan hasil yang lebih lumayan. Dia juga dakwa tanaman melon bukanlah tanaman bermusim dan ia hanya mengambil masa antara 60 hingga 72 hari untuk satu pusingan. Selalunya satu pokok hanya mengeluarkan sebiji buah dan selepas selesai tuaian, pokok perlu dibuang selain kawasan dibersihkan untuk persediaan musim tanaman baharu. Melon adalah sejenis tanaman sensitif dimana ia memerlukan penjagaan rapi. Pada musim ini, semua pokok mengeluarkan buah yang diharapkan, saya bersyukur kerana usaha ini membuahkan hasil sekali gus dapat menambah pendapatan keluarga. Kebun ini juga hasil bantuan tenaga anak, isteri dan ahli keluarga lain yang banyak membantu memberi sokongan serta meringankan kerja menanam. Dia kini berhasrat meluaskan kawasan tanaman melon dan mengalu-alukan sekiranya ada pihak ingin bekerjasama kerana ketika ini modal yang digunakan terhad iaitu menggunakan simpanannya sendiri. Kursus untuk sesiapa mempelajari ilmu pertanian juga agak mahal dan dia mengambil inisiatif mempelajari sendiri melalui media sosial dan perkongsian ilmu daripada individu yang terlebih dahulu menceburi bidang tanaman itu. Bagi yang ingin mula berkebun di halaman rumah, nasihat saya sebaik-baiknya memulakan dengan tanaman yang lebih mudah dahulu dan sediakan medium tanah yang sesuai. Kena dapatkan sedikit sebanyak ilmu mengenai tanaman yang mahu ditanam dan paling penting jangan sesekali berputus asa. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
TANAM MELON...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.