Saturday, May 18, 2024

KOSTING PISANG BERANGAN 2023

KOSTING TANAMAN PISANG BERANGAN
(Musa spp) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Keluasan tanaman pisang di Malaysia pada tahun 2023 dilaporkan seluas 27,580 hektar meliputi pelbagai varieti dengan hasil sebanyak 342,833 metrik tan. Tanaman pisang dilaporkan ia paling luas di tanam di Johor (8,366 ha) diikuti dengan Pahang (3,540 ha) dan Sabah (4,292 ha) yang mana dilihat kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan juga ada sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting bagi tanaman Pisang Berangan semoga ia dapat dijadikan panduan pembaca dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Saya ada menulis banyak artikel dalam blog ini mengenai tanaman pisang termasuk bagi jenis pisang beragan. Amalan agronomi penanaman pisang berangan dimana s
etiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja. Apa pun pengalaman penuis blog dimana untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja dan selebihnya dibuang bersama jantung. Amalan ini penting untuk dapat petani dalam menghasilkan buah ynag besar dan berat yang maksimum. Dalam pada itu setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam dimana menggunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja. Sebaiknya pada anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur. Kemudian setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.  Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh. Amalan agronomi termasuk pembajaan boleh dilakukan dimana semasa mula menanam diberikan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam dan setelah pokok berumur 3 bulan tabur baja subur iaitu baha NPK 15:15:15. Seterusnya setelah pokok berumur 6-7 bulan maka beoleh di tabur baja buah NPK12:12:17:2 dimana cara memberikan baja pada kadar hanya segenggam atau pun sebanyak 250gram setiap pokok. Kerja mengawal rum[u atau merumpai menggunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk kerja merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok untuk elakkan pokok tumbang. Sebaiknya bagi meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air dan dipasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum. Mengenai kawalan penyakit dimana jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih. Akhir sekali semasa memetik pisang berangan dimana sebaiknya buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau dilighat sudah kering.
 


KOSTING TANAMAN PISANG BERANGAN (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : Pisang Berangan (Musa spp)

2. Varieti Tanaman  : Pisang Berangan Tempatan

3. Jarak Tanaman   : 2.5 meter x 2.5 meter 

4. Kepadatan          : 1,600 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 2 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (2 tahun):

7. Potensi Dapat Hasil         :  67,200 kg 

8. Purata harga (RM/kg)      :  RM2.00 

9. Pendapatan Kasar          : RM 134,400.00

10. Pendapatan Bersih       : RM   16,694.00 


ALIRAN WANG KELUAR ( 2 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan  : RM 33,170.00

12. Kos Bahan Input               : RM 47,931.00

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 28,800.00

14. Kos Pelbagai                    : RM 2,200.00

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 117,806.00


ANALISA KEWANGAN PISANG BERANGAN:

16. IRR (Internal rate of Return)   : 26%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 8,846.00

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 1.14

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.14)

19. Titik Pulang Modal Betik         : RM 1.75 

20. Tempoh Pulang Modal Betik   : Tahun ke 2


Menarik dalam bharian,com melaporkan dimana 'FGV sasar hasilkan sejuta pisang klon tahun 2022' untuk dirujuk. Apa pun di;aporkan dimana Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan pasaran. Penerokaan FGV Holdings Bhd (FGV) dalam kajian pisang klon membuka peluang kepadanya untuk mereka  menghasilkan pengeluaran besar-besaran varieti berkualiti tinggi dengan sasaran menghasilkan sejuta pisang klon menjelang 2022. Sasaran itu adalah peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran semasa untuk memenuhi permintaan pasaran khususnya pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang, yang sekali gus membolehkan FGV memenuhi sekitar 30 peratus permintaan penggunaan negara untuk pisang. Kualiti tinggi benih pisang klon yang dihasilkan terbukti dengan lebih dari enam juta ramet pisang berangan terjual antara 2007 hingga Julai 2020, menjadikan FGV salah satu pengeluar benih pisang klon terbesar di Malaysia. Pusat Inovasi FGV yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan industri sawit di dalam tempoh tanam semula dan petani pisang di negara ini. Kini dengan beberapa penyelidik yang berpengalaman dan berdedikasi dalam pengeluaran kultur tisu, nasihat teknikal dan operasi tapak semaian, FGV mempunyai kepakaran untuk menyokong usahawan agro pisang dan pekebun kecil dengan benih pisang klon yang terbaik, kontrak pengklonan pisang dan pertanian kontrak. Ini selari dengan langkah strategik FGV untuk meluaskan inisiatif Pertanian Bersepadu dan pada masa sama meningkatkan pengeluaran pisang tempatan dengan sasaran penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus atau bersamaan 1.7 juta anak benih yang akhirnya akan meningkatkan kehidupan petani pisang di Malaysia. Jenis Pisang dikenal pasti mempunyai permintaan yang paling tinggi dan tanaman kontan terlaris di Malaysia yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kelapa sawit semasa fasa belum matang dengan cara menggunakan sistem tanaman selingan. Varieti pisang yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan petani tempatan adalah Pisang Berangan dan FGV kini menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Pokok pisang induk FGV iaitu klon berangan diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman. Anak benih pisang klon yang dihasilkan oleh FGV bebas dari penyakit, mempunyai pertumbuhan yang seragam dan mampu menghasilkan hasil lebih awal dibandingkan dengan bahan penanaman sulur. Anak pokok pisang klon FGV merangkumi beberapa jenis seperti tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis tersedia untuk pembelian pukal di lima tapak semaian yang terletak di Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor) dan Lahad Datu (Sabah). Anak pokok pisang klon juga dijual secara dalam talian melalui platform Shopee di bawah FGV Agri Services Sdn Bhd. FGV kini mengembangkan bahan penanaman klon untuk tanaman bernilai tinggi seperti nanas, buluh, vanila dan tanaman air untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 

INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.