Friday, May 17, 2024

KOSTING TANAMAN TEMBIKAI 2023

KOSTING TANAMAN TEMBIKAI
(Citrullus lunatus) sudah banyak berubah pada masa ini akibat banyak faktor yang mana ia naik berbanding dengan 10 tahun dahulu. Tanaman Tembikai yang popular di Malaysia adalah Tembikai Merah untuk pasaran domestik dan eksport.
 Keluasan tanaman tembikai di Malaysia pada tahun 2023 seluas 8,523 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 179,753 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tembikai paling luas di tanam di Kelantan (2,187 ha) diikuti dengan Pahang (2,129 ha) dan Johor (793 ha). Analisa kos pengeluaran tanaman kontan termasuk tembikai d lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakunya wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci penulis blog syor supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya paparkan kosting tanaman Tanaman Tembikai semuga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat kajian dan perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Buah Tembikai atau Buah Semangka merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai jenis buah yang diminati oleh semua golongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh banyak pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri dengan kesemuanya adalah diimport dari luar negara (Sila lihat foto diatas). Malaysia masih belum lagi mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan walau pun dari segi buah tembikai segar banyak di eksport.



KOSTING TANAMAN TEMBIKAI (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : TEMBIKAI (Citrullus lunatus)

2. Varieti Tembikai    : TEMBIKAI MERAH

3. Kepadatan Pokok  : 2,000 pokok/hektar

4. Jarak Tanaman      : 2.0 m x 2.5 m

5. Jangkahayat          : 3 bulan

6. Intensiti tanaman setahun : 3 kali

 

ALIRAN WANG MASUK (Semusim/ Setahun):

                                            SEMUSIM            SETAHUN

7. Hasil Tembikai (Kg/ha)        30,000                90,000 

8. Harga Ladang (RM/kg)        1.50                   1.50

9. Pendapatan Kasar (RM)    45,000,00          135,000

10. Pendapatan Bersih (RM)   26,071.65      86,908.65


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/Setahun):

                                               SEMUSIM            SETAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)      15,570                 Tiada

12. Kos Bahan Input (RM)         11,547                  29,721

13. Kos Tenaga Kerja (RM)        4,800                 14,400

14. Kos Pelbagai (RM)               1,680                      0

15. Kos Luar Jangka (10%)       9011.35              32,290.05

16. Jumlah Kos Pengeluaran   18,928.35            48,091.35


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 532%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 313,685.57

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 2.64 

20.  Titik Pulang Modal              : RM 9.57 

21. Tempoh Pulang Modal         : Tahun 1 


Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana '
Petani Jatuh Hati dapat Hasil Tembikai Lumayan' menarik di kongsikan. Kisah dari Marang, Terengganu nyatakan setelah hilang punca pendapatan sebagai pembantu operasi syarikat pembinaan berikutan Covid-19 memaksa seorang anak muda beralih kepada bidang pertanian. Dilaporkan dengan pelaburan RM7,000 dilakukan Muhammad Azwa (30) berjaya dalam mengusahakan tanaman tembikai seluas 2 ekar (kira-kira 0.8 hektar) buat kali pertama di Kampung Alor Ketitir, Merchang yang membuahkan hasil (Sila lihat foto diatas). Dia dakwa ada mengusahakan tanaman itu bermula akhir Disember tahun 2021 sehingga kini selepas tidak lagi mendapat tawaran bekerja di tapak projek kesan daripada wabak pandemik itu. Dulu asalnya dia tidak terfikir untuk berkebun apa lagi bidang itu kurang popular dalam kalangan anak muda, namun disebabkan tiada pekerjaan selain tidak mahu berpeluk tubuh serta nasihat daripada ibu bapanya maka dia memberanikan diri. Dia mengeluarkan modal RM7,000 dengan niat untuk berkebun di tanah milik bapa dan ternyata dimana semua penat lelah itu berbaloi. Dia bukan setakat mendapat modal semula, malah hasilnya cukup lumayan bermula perolehan RM5,000 pada tuaian pertama dengan setiap biji tembikai mencecah berat antara 6 - 9 kilogram (kg). Kemudian selepas tuaian seterusnya membawa hasil buah tembikai merah sehingga 15,000kg dimana dia mula 'jatuh hati' untuk mengusahakan tanaman tembikai jenis boci yang hanya mengambil masa selama 75 hari manakala tembikai kuning mengambil masa 65 hari sebelum boleh dituai. Harga pasaran tembikai (harga ladang) sekitar RM1.50 bagi satu kilogram di kebun dan boleh mencecah RM2 dimana selain mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pemborong dan penduduk sekitar. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM TEMBIKAI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.