Friday, May 24, 2024

KOSTING TANAMAN JAGUNG MANIS 2023

KOSTING TANAMAN JAGUNG MANIS
(Zea mays) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai serta pendapatan.
Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan dapat menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Jagung Manis semoga ia dapat dijadikan panduan dalam semua membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman makanan yang dipilih semua pembaca.


Penggunaan Benih Jagung Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung di Malaysia yang mana sumber benih adalah 90% diimport. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung manis. Diantara keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid jagung manis yang telah lama terbukti adalah dimana jagung hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka atau komposit jika diberikan persekitaran yang baik. Dalam pada itu diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah ia mampu memberikan hasil yang tinggi serta jumlah keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. Kebanyakan jagung manis hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. Apa pun didapati walaupun ia berhasil tinggi tetapi pada amnya pokoknya adalah lebih kecil dan rendah daripada jenis komposit. Sementara itu antara beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti bagi jagung manis varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran perlu difahami petani. Ini kerana varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk tujuan penanaman seterusnya walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana faktur kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Pastinya harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit daripada benih dari varieti pendebungaan terbuka. Pastikan sentiasa membeli beji benih dari penjual atau pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. Petani juga perlu pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang sering ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid.




KOSTING JAGUNG MANIS (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : JAGUNG MANIS (Zea mays)

2. Varieti di tanam      : Jagung Manis Hibrid

3. Jarak Tanaman      : 0.45 m x 0.60 m

4. Kepadatan Pokok  : 37,000 pokok/hektar

5. Jangkahayat Tanaman     : 3 bulan

6. Intensiti tanaman setahun : 3 musim setahun


ALIRAN WANG MASUK (Semusim/ 3x Setahun):

                                            SEMUSIM            SETAHUN

7. Hasil Jagung (Kg/ha)          40,000                120,000 

8. Harga Ladang (RM/tgkl)        0.65                   0.65

9. Pendapatan Kasar (RM)     26,000               78,000

10. Pendapatan Bersih (RM)   4,994.50          24,014.25


ALIRAN WANG KELUAR CILI MERAH (Semusim/Setahun):

                                               SEMUSIM            SETAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)      17,500              Tiada

12. Kos Bahan Input (RM)      10,775.00         24,725.00

13. Kos Tenaga Kerja (RM)         8,400                 25,200

14. Kos Pelbagai (RM)               830.00             1,430.00

15. Kos Luar Jangka (10%)    1,000.25              2,570.75

16. Jumlah Kos Pengeluaran 21,005.25           53,985.75


ANALISA KEWANGAN (TANAMN UNTUK 3 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 40%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 29,398.58

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.33 

    (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.33)

20.  Titik Pulang Modal              : RM 0.49 

21. Tempoh Pulang Modal         : Musim ke 3 


Dalam portal hmetro.com dilaporkan kisah 'Sepakat tanam jagung manis' di Jeli, Kelantan yang hebat. Foto diatas menunjukkan bagaimana para peserta menunjukkan jagung manis yang diusahakan berkualiti sama dijual di Cameron Highlands. Dilaporkan dari tanah terbiar sejak beberapa tahun kini ia sudah dimanfaatkan lima penduduk dengan pertanian iaitu mengusahakan tanah seluas 4.8 hektar itu secara berkelompok dengan tanaman jagung manis hingga memberi pulangan hasil lumayan. Mereka adalah penduduk daripada Kampung Kuala Balah di Jeli, Kelantan yang mengusahakan tanaman itu setahun lalu hingga berjaya menanam hampir 30,000 pokok jagung semusim. Pada tahun 2023 ini mereka sudah menanam jagung itu dalam tiga musim membabitkan lebih dua bulan semusim dan permintaan pasarannya juga menggalakkan. Selain dijual yang mentah sebanyak 14 tongkol RM10, mereka juga sepakat membuka gerai di tepi Jalan Jelawang-Jeli untuk pasaran jagung rebus. Ketua kumpulan tanaman jagung berkelompok itu, Mat Izman Mat Hussin dakwa tanaman jagung manis yang diusahakannya antara paling luas. Walau pun memang ada juga penduduk lain berbuat demikian akan tetapi tidak seluas kumpulannya dan mempunyai kemahiran mengeluarkan jagung bermutu. Apa pun didakwa tanah di kawasan itu lebih lama terbiar dan melihat kepada keadaan kerugian ada kesepakatan untuk memajukannya secara beramai-ramai. Tanaman yang diusahakan di kawasan itu juga melihat kepada musim dan mungkin selepas ini diusahakan pula dengan tembikai kerana musim tengkujuh. Apabila mereka tanam tembikai mungkin hasil dapat dikeluarkan pada Ramadan tahun depan dan sudah tentu mendapat pasaran baik hingga mampu dalam meningkatkan keuntungan. Musim seterusnya mungkin pelbagai sayur-sayuran seperti lada solok, timun batang dan terung sebelum datang semula pusingan jagung. Kampung Kuala Balah terkenal sebagai pengeluaran jagung manis setanding dengan Cameron Highlands, Pahang. Ada juga pemborong daripada beberapa daerah di Kelantan datang membelinya untuk dijual secara rebus di tempat mereka. Apa pun tanman jagung itu sentiasa mendapat khidmat nasihat daripada jabatan berkaitan khususnya Jabatan Pertanian Kelantan dan baja serta racun dikongsi bersama. Sehari paling kurang dapat kutip 1,500 tongkol jagung dan berlaku kes hampir 3,000 tongkol apabila ada permintaan lebih daripada itu. Mereka kini menggunakan pelbagai jentera bermula daripada membersih kawasan, membajak dan menanam bagi menjimatkan masa. Jagung disini dijual 14 tongkol RM10 akan tetapi saya dimaklumkan ada dijual di Cameron Highlands lebih mahal sekitar 5-7 tongkol RM10. Biasanya jagung itu dijual dengan harga RM1 setongkol hingga mendapat pasaran lebih 200 tongkol sehari dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM JAGUNG MANIS...KOS DIADAKAN...
MEMBERIKAN HASIL...KERJA DILAKUKAN....
BERAPAKAH JUMLAH...IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... JADI SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.