Thursday, May 23, 2024

KISAH AMARAN KUPANG BERACUN

ANCAMAN KUPANG BERACUN
telah menjadi viral dimana kes ini ada berlaku beberapa kali di Malaysia dimana pihak berwajib dan media tempatan sering memberikan amaran agar tidak memakannya. KUPANG atau SIPUT SUDU merupakan sejenis SIPUT (mollusk) iaitu dari keluarga siput yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk menjadi hidangan istimewa Makanan Laut yang sering di nikmati di restoren ikan bakar. Terdapat spesis kupang atau siput sudu di dalam Air Laut (Pteriomorpha spp) dan juga spesis didalam Air Tawar (Palaeoheterodonta spp) dan juga spesis Kupang Zebra (Heterodonta spp). Nama Kupang memang asalnya amat popular dikalangan masyarakat di SelatanTanah Air seperti di Melaka, Muar dan Negeri Sembilan dan beberapa dikawasan lain ianya lebih dikenal dengan nama Siput Sudu. Hidupan ini mempunyai dua keping kulit berbentuk seperti sudu yang berwarna hijau berlumut dan akan mudah terbuka apabila di masak. KUPANG juga merupakan nama sebuah Bandar di NTT Indonesia sementara di Utara Semenanjung Malaysia, 'Kupang' juga bermaksud sebagai Duit Syiling Malaysia. Duit syiling 50 sen juga di panggil sebagai '50 kupang'. Apa pun dikatakan m
elalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini dimana siput sudu laut adalah merupakan sejenis makanan laut yang popular di seluruh dunia termasuk di Eropah, Cjina, Jepun dan popular di negara Belanda dan Belgium sebagai makanan istimewa. Kupang di sana akan biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula dilaporkan kupang ini atau siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut jenis lain atau dimasukkan ke dalam pasta yang sangat popular di sana. Dalam pada itu di Turki kupang akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir). Di Malaysia pula paling popular adakah resepi 'Kupang Tiga Rasa' dimana ia menjadi hidang kegemaran ramai pengunjung di restoren Ikan Bakar. Apa pun sama seperti makanan laut lain dimana kupang ini merupakan sumber protein yang baik. Artikel subuh ini dalam suasana hujan lebat saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah dan amaran dalam media tempatan akan kupang beracun yang merbahaya kepada pengguna sebagai bahan rujukkan semua.


Isu bermula apabila pada 4 Mei 2024 beberapa akhbar utama tempatan termasuk portal bernama laporkan bagaimana '
Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF' dipaparkan di media. Foto sebelah dimana Wan Muhammad Aznan (kiri) dan Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan Kasim Tawe menunjukkan lokasi kupang dan air. Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan. Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Wan Aznan Abdullah berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari oleh biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. Faktor cuaca panas juga antara punca alga ini membiak dengan cepat dalam perairan tersebut namun ia tidak menjejaskan hidupan laut lain seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. DOF  menasihatkan orang ramai supaya tidak makan kupang dalam tempoh 20 hari iaitu selepas musim perayaan ini kita akan ambil lagi sampel untuk diuji, sebelum membuat pengesahan bahawa kupang di sini selamat untuk dimakan. Jabatan Perikanan pula akan meneruskan pemantauan dengan cara pengujian secara berkala mengikut prosedur ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan. Jabatan Perikanan dengan kerjasama dengan anggota penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin di perairan di sini bertujuan memastikan tiada tangkapan serta jualan kerang-kerangan di daerah ini. Pengusaha kupang berdaftar di sini adalah di Pasir Panjang dengan 40 penternak termasuk tidak berdaftar. Bagaimana pun semua kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan kerana kemudian seperti kes dahulu ia akan neutralise sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan. DOF kini mengambil banyak sampel air turut diambil di perairan Melaka dan Johor namun didapati disana selamat dan tiada kehadiran atau pembiakan alga tersebut. Dilaporkan sebelum ini dimana Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan kini seorang mangsa keracunan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson.


Beberapa akhbar tempatan dan media eletronik melaporkan dimana 'Kupang Port Dickson masih tidak selamat di makan - Jabatan Perikanan Negeri Sembilan' wajar dijadikan rujukkan yang disiarkan pada April 2024. Kupang di Port Dickson masih tidak selamat untuk ianya dimakan dan amaran larangan untuk penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) iaitu Kasim Tawe. Beliau berkata yang hasil analisis sampel kedua kupang dan air diambil daripada perairan Port Dickson oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat. Jabatan Perikanan masih memerlukan tiga ujian lagi untuk mengenal pasti sama ada perlu diteruskan atau batalkan larangan mengambil serta menjual kupang dari lokasi terbabit. Sampel ketiga sudah diambil hari ini dan dijangka Jumaat ini untuk keputusannya. Apa pun dikatakan buat masa ini kupang di kawasan itu masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan. Kadar biotoksin yang dikesan dalam sampel kedua lebih rendah berbanding sampel pertama namun ia masih belum mencapai kadar selamat untuk manusia iaitu 800 per bilion (ppb). Kehadiran biotoksin di perairan terbabit juga berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan dipercepatkan oleh proses perubahan cuaca atau kandungan nutrien air laut di perairan itu. Pada 4 April 2024 lepas dilaporkan hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan. Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. 
Cuaca panas dikenal pasti antara faktor yang menyebabkan alga itu membiak dengan cepat dan menjadi sumber makanan kepada kupang dan kerang. Kupang dan kerang yang memakan alga tersebut akan mengumpul toksin di dalam tisu cangkerangnya. Toksin semula jadi yang dihasilkan oleh spesies alga terbabit tidak akan musnah walau kupang dan kerang tersebut telah dimasak atau disejuk bekukan, sekali gus boleh menyebabkan keracunan kepada sesiapa yang makan kupang dan kerang beracun. Individu yang makan kupang dan kerang tercemar dengan toksin ini boleh mengalami gejala ringan seperti muntah, sakit perut dan cirit birit. Dalam kes serius, beliau boleh mengalami komplikasi seperti kesukaran bernafas dan lumpuh. Bagaimanapun, pembiakan alga berkenaan hanya menjejaskan hasil laut bercengkerang seperti kupang dan kerang, manakala hidupan laut lain, seperti ikan dan udang, masih selamat untuk dimakan. Bagi seorang pengusaha kupang di Kampung Telok Sinting, Pasir Panjang, Port Dickson, Encik Othman Sulaiman, 41 tahun, kejadian kupang beracun yang kali pertama berlaku sejak puluhan tahun perusahaan kupang dan kerang dijalankan di Port Dickson itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Menurut beliau, lazimnya menjelang Aidilfitri mereka mampu menjual kupang hingga memperoleh pulangan lumayan antara RM5,000 hingga RM10,000, namun pada 2024 mereka dipukul dengan laporan kupang beracun itu. Dilaporkan Encik Othman berkata beliau memiliki lebih 400 pancang kupang (teknik ternakan kupang) dengan setiap pancang menghasilkan lebih 20 kilogram kupang. Akan tetapi  apa boleh buat apabila tiba untuk tuai hasil ia beracun pula. Selalunya tempoh penternakan kupang sebelum ia matang dan boleh dijual ialah kira-kira 10 bulan. Dalam pada itu bagi penternak kupang yang turut mengusahakan restoran makanan laut ZZ Santai Seafoods di Port Dickson iaitu Zulkifle Mohamad dakwa kejadian kupang beracun memberi tekanan kepadanya kerana menanggung kerugian berganda, hingga terpaksa mencari alternatif melakukan kerja kampung, termasuk membuat rakit untuk mencari ikan buat menjana pendapatan. Apa pun sejak beberapa tahun mengusahakan restoran makanan laut, beliau biasanya memperoleh jumlah pendapatan sekitar RM2,000 setiap malam dengan mana pendapatan berganda pada setiap hujung minggu hasil menjual pelbagai masakan berasaskan kerang dan kupang. Kini apabila berlaku kejadian kupang beracun, restoran saya kosong, semua pelanggan batalkan tempahan dan tidak berani hendak datang ke restoran. Walaupun saya ada menjual menu makanan laut selain kupang dan kerang, pelanggan tetap tidak datang kerana bimbang keracunan,” katanya, yang turut menjual kupang dan kerang segar. Dalam laporan lain bagi penternak kupang yang sudah puluhan tahun menjalankan penternakan kupang dan kerang, tetap bersyukur kerana kejadian itu memberi hikmah buat lebih 80 penternak kupang dan kerang tidak berdaftar. Penternakan mereka kini di jalankan secara persendirian dimana apabila berlaku kejadian seperti ini maka agak sukar untuk kerajaan beri bantuan. Bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana insiden ini, kami kini menjadi penternak kupang dan kerang berdaftar. Jadi, sekiranya ada kejadian seumpamanya lagi, lebih mudah untuk kerajaan bantu.


Dalam portal bhnews.com dimana isu kes '
Kupang beracun mungkin berpunca pencemaran logam berat - Aktivis' dimana pihak berkuasa mengambil sampel kupang dan kerang di Kampung Telok serta Sungai Sekawang, Port Dickson. Berita ini melaporkan dari Negeri Sembilan dimana insiden keracunan membabitkan kupang di Port Dickson berkemungkinan ada kaitan dengan pencemaran logam berat. Dilaporkan aktivis Alam Sekitar iaitu Noor Fadzli Shah nyatakan pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan di sepanjang Selat Melaka. Dilaporkan dimana haiwan bercengkerang ini mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain bagi memperoleh sumber makanan. Memang masih tidak ramai orang di Malaysia yang sedar kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia. Kenyataan ini dikeluarkan iaitu berkair dengan kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan kupang dan kerang dari perairan Port Dickson pada 24 April 2024 dimana berlaku selepas lapan individu terpaksa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dilaporkan dimana kini keadaan laut Selat Melaka yang cetek dan berlaku kes peningkatan sektor perindustrian di kawasan pelabuhan serta muara sungai menjadikan ia penyumbang utama pencemaran terbabit.


Dalam portal bhnews.com terkini semasa artikel ini di tulis dimana '
Jabatan Perikanan masih pantau kupang beracun di PD' sebagai rentetan isu kupang beracun di Negeri Sembilan wajar di kongsikan. Apa pun dilaporkan dimana hasil ujian makmal terkini mendapati kupang di perairan pantai Port Dickson masih mengandungi biotoksin. Isu pencemaran kupang di perairan pantai Port Dickson sejak April 2024 lalu masih lagi dalam pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) kata Exco Kanan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Kajian sampel kupang diperoleh dari semasa ke semasa untuk dijalankan ujian klinikal iaitu termasuk hasil keputusan ujian terkini yang diperoleh dimana ujian makmal terkini yang dilakukan mendapati kupang di perairan pantai Port Dickson mempunyai kandungan biotoksin sebanyak 498 per bilion (ppb) dan ini adalah ali pertama kandungan biotoksin di bawah 800 ppb selepas hampir lapan sampel diambil sebelum ini dan mengikut kaedah analisis (Detection of Paralytic Shellfish Poisoning – PSP). Kerajaan negeri sudah mengarahkan DOF Negeri Sembilan untuk menjalankan satu lagi analisis identifikasi jenis plankton sebelum sebarang keputusan membenarkan pengambilan kupang diumumkan kepada orang ramai. Pada April lalu, DOF mengesahkan kupang dari perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, ia berdasarkan analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur yang mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia pada kupang yang diambil sampel di perairan pantai daerah itu. Dalam pada itu dilaporkan dimana selain kupang, DOF mensihatkan orang ramai supaya tidak juga mengambil kerangan seperti lala, kerang dan lokan di Port Dickson selain pihaknya tidak membenarkan kerangan itu dijual dan dipasarkan dalam pasaran awam. Apa pun didakwa berdasarkan perkembangan semasa diyakini semua kupang di perairan pantai Port Dickson akan kembali selamat untuk dimakan tidak lama lagi. Sebagai langkah awal dimana pihak DOF Negeri Sembilan merangka pelan galakan pemasaran dan promosi pengambilan kupang atau bahan makanan berasaskan kerang-kerangan (dwicangkerang) bertujuan untuk dilaksanakan apabila ujian makmal mendapati ia selamat digunakan kelak. DOF Negeri Sembilan akan berusaha menyelaras setiap pelan galakan pemasaran dan promosi itu bersama-sama jabatan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan. Bagaimana pun pada masa ini dimana Kerajaan Negeri Sembilan menasihati semua pengguna agar terus mematuhi arahan pihak berkuasa dengan tidak memungut dan memakan hasil dwicangkerang dari perairan pantai Port Dickson yang sehingga kini kandungan biotoksin berada di bawah paras bahaya.


Portal hmetro.com juga laporkan dimana '
Kupang tercemar: Pengusaha akur arahan 'berehat' sementara waktu' adalah wajar dikongsikan. Nelayan di Port Dickson dilaporkan dimana mereka yang pengusaha kupang akur apabila kajian menunjukkan kupang di perairan Port Dickson sudah tercemar dan terpaksa dihentikan pengeluarannya demi kesihatan orang ramai. Pihak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Sembilan mengesahkan hasil analisis yang dilakukan terhadap kupang dan air di perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang, di sini, dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan. Bagi seorang penternak kupang Mohd Khairil Mohd Rashid (31) dimana dia sudah menternak kupang hampir enam tahun lalu. Dia dakwa sehingga kini belum pernah terjadi peristiwa kupang beracun seperti yang berlaku sejak beberapa hari ini hingga menjejaskan perusahaan keluarganya itu. Ini adalah pertama kali berlaku sejak keluarga saya mengusahakan ternakan kupang namun akur dengan arahan pihak berwajib agar kami 'berehat' sebentar mengeluarkan kupang terutamanya di musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Kalangan nelayan khususnya pengusaha kupang di sini juga sememangnya terjejas namun kami akur dengan arahan ini demi keselamatan orang ramai terutamanya penggemar kupang. Dia berharap keadaan akan pulih segera dan apa yang agak melegakan dan kupang ternakannya tidak mati seperti kerang. Dakwanya keadaan ini memang merugikan kerana mereka tidak boleh mengeluarkan kupang untuk dipasarkan sehingga keadaan pulih seperti sedia kala dan kami percaya ia akan pulih biarpun terpaksa mengambil masa sedikit. Jika kupang diternak kelak habis mati maka kerugian mungkin cecah puluhan ribu ringgit dan berharap agar Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perikanan buat siasatan serta kajian lebih lanjut lagi. Bagi penternak dimana mereka tidak tahu apakah kupang yang diternak sudah dicemari racun sehinggalah berlakunya kes keracunan. Meraka dakwa adalnya memang tidak tahu dan menjual kepada peraih untuk dipasarkan kepada orang ramai sehingga DOF mengeluarkan kenyataan kupang kami ada toksik. Kemudian dimaklumkan ada beberapa orang sudah disahkan mengalami keracunan selepas makan kupang dan kami serahkan kepada pihak berwajib membuat siasatan. Bagi penternak lain, Othman Sulaiman (40) dakwa memang dilihat tiada perkara luar biasa yang dilihat berlaku di kawasan perairan itu malah baginya kes kupang mati adalah perkara biasa. Dia pasti keadaan itu akan mengambil masa terutama untuk mendapatkan keyakinan pembeli yang bimbang jika terbeli kupang beracun. Kalau sebelum ini iaitu dua minggu sebelum raya orang sudah tempah kupang dan biasanya untuk seorang akan tempah sekurang-kurangnya 10kg untuk dibuat rendang dan dimakan di pagi raya. Kini apabila terjadi isu macam ini kalangan penternak pun tidak dapat turun ke laut namun harapnya beberapa hari ini mereka akan dapat turun semula ke laut dan pencemaran kupang pulih kembali secepat mungkin. Terdahulu dilaporkan Jabatan Perikanan laporkan dapatan berdasarkan analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mengatakan kupang di laut Port Dickson disahkan ada berlaku pencemaran. Hasil analisis yang dijalankan mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia pada sampel kupang yang diambil di perairan Port Dickson. Jabatan akan meneruskan pemantauan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurang dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan. Apa pun buat masa ini DOF nasihatkan agar orang ramai disarankan tidak mengambil kerangan seperti lala, kerang dan lokan di Port Dickson selain pihaknya tidak membenarkan kerangan itu dijual dan dipasarkan dalam pasaran awam.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IA KUPANG...BERKULIT KERASNYA...
ISINYA BESAR...RAMAI YANG SUKA...
RESEPI POPULAR...KUPANG TIGA RASA...
AWAS BERACUN... DILAPOR DI MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3043, Aras 3,
ParkRoyal A'Formosa Ressort,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.