Saturday, May 25, 2024

KOSTING TANAMAN KUNYIT 2023

KOSTING TANAMAN KUNYIT
(Cucuma domestica) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Kunyit dari keluarga Zingiberaceae di Malaysia pada tahun 2023 dilaporkan cuma seluas 196 hektar dengan hasil sebanyak 1,654 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). 
Kajian penulis blog mendapati tanaman kunyit dalam kategori Tidak Popular untuk di konmersialkan dimana jumlah keluasannya yang amat sedikit berbanding dengan jumlah produk kunyit yang diperlukan. Kebanyakan produk berasaskan kunyit adalah diimpot dari luar negara terutama dalam industri serbuk kari dan lain-lain industri berkaitan. Kini kunyit hanya banyak di tanam dibeberapa negeri seperti di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah. Hampir 40% tanaman kunyit adalah di Negeri Selangor terutama berada dibebarapa kawasan tanah gambut untuk pasaran segar sahaja. Maklumat yang saya dapati mendapati penanaman kunyit secara monokrop komersil yang luas amat jarang dijumpai kerana kebanyakan petani menanam kunyit secara kecil-kecilan. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman kunyit semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Penulis blog dapati dimana keadaan tanah sesuai bagi tanaman kunyit, biasanya bersaliran sempurna dan subur yang terdapat pada tanah jenis lom. Tanah rendah yang boleh bertakung air tidak sesuai kerana ianya peka terhadap keadaan terendam. Ketahanan pH tanah bagi tumbuhan ini adalah antara pH4.3 dan pH7.4. Pada tanah yang terlalu kering ketika musim yang agak panjang saya syorkan agar bantuan pengairan diperlukan. Sistem pengairan renjis atau sistem pengairan titis boleh digunakan mengikut kemampuan jika ditanam secara meluas. Benih kunyit boleh ditanam dengan mengambil cebisan rizom dari bahan yang terpilih berat 20kg tiap-tiap satu digunakan sebagai bahan tanaman pada kadar 2.0 tan/hektar. Rizom perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 1-2 mata tunas. Untuk mendapatkan cebisan bahan tanaman yang sihat, dinasihati memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil. Untuk memastikan cebisan rizom ini bebas dari penyakit, racun kulat digunakan. Sila baca tulisan saya dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi.  Bagi tujuan ini cebisan rizom direndam dalam larutan kulat selama 15-30 minit. Untuk mendapatkan pokok yang seragam pra-cambahan selalunya diamalkan. Ini memastikan tiada berlaku kegagalan pertumbuhan pada sesuatu lubang tanaman itu. Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan. Pembajaan kunyit dengan menggunakan baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang masa penanaman. Hasil kunyit sebanyak 15 – 25 t/ha. Selepas lebih kurang 9 - 10 bulan ditanam, rizom boleh dituai apabila pokok menjadi kuning, dengan menggalinya menggunakan cangkul. Pembungkusan secara pukal tidak melebihi 40kg menggunakan bekas yang kukuh. Beg dari jenis polietilena, beg kertas dan beg dari jenis filem polivinil klorida boleh digunakan untuk tujuan pembungkusan runcit. Produk kunyit segar lazimnya dijual secara timbangan berat berbanding dengan kunyit yang digunakan untuk pemprosesan bagi dijadikan serbuk dalam buntil guni.


KOSTING TANAMAN KUNYIT (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : KUNYIT (Cucuma domestica)

2. Varieti Ditanam      : KUNYIT TEMPATAN

3. Kepadatan Pokok  : 55,000 pokok/hektar

4. Jarak Tanaman      : 0.4 m x 0.6 m

5. Jangkahayat          : 10 bulan 

6. Intensiti tanaman setahun : 1 kali (10 bulan)

 

ALIRAN WANG MASUK (Semusim /  3 tahun):

                                            SEMUSIM           3 TAHUN

7. Hasil Tanaman (Kg/ha)        25,000            75,000 

8. Harga Ladang (RM/kg)        3.00                  3.00

9. Pendapatan Kasar (RM)     75,000             225,000

10. Pendapatan Bersih (RM)   9,827.55      46,765.55


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim / 3 tahun):

                                               SEMUSIM            3 TAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)      20,720                 0

12. Kos Bahan Input (RM)         31.685               54,735

13. Kos Tenaga Kerja (RM)       28,800               86,400

14. Kos Pelbagai (RM)               1,820                 10,600

15. Kos Luar Jangka (10%)       3,103.45          8,487.35

16. Jumlah Kos Pengeluaran   65,172.35      178,234.35


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 70%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 33,421.60

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.26 

20.  Titik Pulang Modal              : RM 2.38 

21. Tempoh Pulang Modal         : Tahun ke 2 


Ramai pembaca blog ini kurang pasti dimana khasiat Kunyit Segar atau Kunyit Serbuk (poedwer) yang mana lebih baik untuk digunakan. Kunyit adalah salah satu rempah atau bumbu masakan di dapur yang banyak digunakan dalam berbagai jenis masakan di Malaysia. Kunyit boleh ia dapat digunakan secara langsung dalam bentuk kunyit segar atau boleh di beli dalam bentuk serbuk (powder) yang mudah digunakan serta ia banyak dijual di banyak rangkaian presmis. Kunyit serbuk menjadi selalunya lebih banyak menjadi pilihan ramai tukang masak dan dijadikan bahan alternatif sebab ia lebih cepat di gunakan semasa memasak. Meski pun begitu dilaporkan dimana kunyit segar atau kunyit mentah memiliki rasa dan aroma yang lebih kuat dalam meningkatkan cita rasa makanan yang dihasilkan. Selain itu penulis blog tahu dimana memang ada terdapat perbezaan lain antara keduanya iaitu khususnya dalam bidang nutrisi dan kesihatan dimana aspek ini ada sesekali di bincangkan sehingga menjadi pertimbangan untuk mendapatkan manfaat yang diinginkan. Asasnya dimana ada beberapa aspek perbandingan antara kunyit mentah dan serbuk yang boleh di ambilkira. Pertama dimana ada kajian menndapatu dimana kandungan bahan curcumin dalam kunyit segar atau mentah mengandungi kandungan kepekatan bahan cucurmin yang lebih tinggi daripada kunyit serbuk. Ia disebabkan dimana kunyit serbuk sudah melalui beberapa proses yang membuatkan kadar cucurminnya kemungkinan akan berkurang dimana secara langsung maka manfaat kunyit bagi darikunyit mentah pastinya lebih tinggi dan lebih berkhasiat. Kedua dimana kandungan nutrisi lain seperti bahan mineral dan vitamin dalam kunyit mentah juga lebih kaya dibandingkan kunyit serbuk. Memproses kunyit menjadi serbuk boleh menyebabkan hilangnya sejumlah zat volatile sehingga mengurangkan kandungan nutrisinya secara langsung. Ketiga dimana kandungan minyak esensial dalam kunyit adalah baik untuk terapuetik atau aromaterapi dimana minyak esensial inidikenali sebagai turmerone dan atlantone. Minyak esensial yang terkandung dalam kunyit mentah lebih banyak daripada kunyit yang berbentuk serbuk. Minyak ini akan berkurangan atau hilang sepenohnya apabila di proses menjadi kunyit serbuk. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KUNYIT...ILMUNYA DI PERLUKAN...

MODAL PERMULAAN...BENIH DIADAKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.