Wednesday, May 8, 2024

BAJI DAHAN MEMBELAH DAHAN

Mungkin ramai dikalangan pembaca yang belum pernah mendengar peribahasa 'BAJI DAHAN MEMBELAH DAHAN' kerana ianya agak jarang didengar dan dibincangkan sebelum ini. Sejak dulu dikawasan 
Nusantara Melayu ini dimana penduduknya terdiri daripada beberapa puak Melayu yang mempunyai budaya hampir sama oleh itu peribahasa mungkin akan berlainan dari satu tempat ke satu tempat. Setelah penulis blog membuat rujukkan rupanya ada peribahasa yang sangat jarang didengar sebelum ini berkaitan dengan teknik pembiakan tanaman iaitu membaji dahan seakan perbuatan seperti Tut Pokok untuk membuat benih sahaja bunyinya. Bagaimana pun setelah dikaji rupanya maksud peribahasa ini adalah 'Membuat kebajikan kepada orang dengan menggunakan perbelanjaan orang itu sendiri' yang sulit mungkin untuk difahami jika sekali baca. Dalam penjelasan lain ia di maksudkan dengan 'Membuat kebajikan kepada orang dengan perbelanjaan orang itu sendiri' yang agak mudah difahami atau 'Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri' atau secara kasar ada yang berikan maksud sebagai 'Memboroskan harta tuannya'. Apa pun 'Baji' meru[akan kepingan kayu keras yang di porong dan dibentuk tirus (seperti kon panjang) yang selalu digunakan dalam kerja-kerja pembinaan rumah terutama untuk mengukuhkan tiang gelegar diketatkan pada lubang kayu pada rumah tradisional kayu. Penulis blog dulu mempunyai rumah limas tradisional yang berada ditanah gambut dimana setiap beberapa tahun akan tidak sekata tiangnya dimana ia menyebabkan rumah senget. Oleh itu tiang rumah akan di cabut bajinya bengi membolehkan ia di samaratakan dengan kesemua tiang rumah dengan menggunakan alat Jack Besi. Akan tetapi dalam kes memotong kayu untuk kegunaan bahan bakar (selalunya kayu getah yang besar di tebang) untuk dipotong kecil-kecl menjadi kayu api bagi memasak makanan semasa rewang kenduri majlis kahwin) akan dikumpulkan. Alat baji akan memasukkan kecelah kayu dan di ketuk sehingga potongan kayu akan terbelah dua dan seterusnya di jadikan bahan bakar (Sila lihat foto paling atas). Kayu api ini akan disusun dan dikumpulkan sehingga cukup kering dan sesuai dijual atau dijadikan bahan masak. Peranan kayu baji ini semakin kurang digunakan kerana cara memasak kini sudah menggunakan dapor dan gas masak. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas bagaimana kaitan peribahasa ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam sektor pertanian perkataan baji ini banyak terkait dengan aktiviti pembiakan tumbuhan iaiatu CANTUMAN BAJI. Apa pun teknik pembiakan ini merupakan cara pembiakan secara vegetatif yang popular untuk banyak jenis pokok berkayu seperti pokok buah-buahan. Selalunya di k
ebanyakan negara yang membangun telah memperkenalkan pelbagai teknologi dan inovasi baru dalam bidang pertanian. Ini adalah penting sabagai syarat peningkatan output dan produktiviti negara dalam bidang pertanian. Pembiakan anakbenih tanaman boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk Kaedah Cantuman Sisi, Cantuman Mata Tunas, Cantuman Baji dan juga Cantuman Tut (Marcot). Kaedah pembiakan melalui cantuman baji mungkin masih ada yang kurang tahu akan tekniknya berbanding dengan kaedah pembiakan vegetatif yang lain. Pada penulis blog yang banyak kali membuat cantuman baji dimana definisi Cantuman Baji adalah satu kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau pokok induk atau pokok penanti untuk dapat ianya menghasilkan varieti pokok pilihan atau dapat hasilkan pelbagai warna (bagi pokok bunga) atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Cantuman yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan varieti atau klon-klon baru yang lebih baik. beberapa langka dalam melakukan cantuman baji perlu dipatuhi bagi menjayakan aktiviti pembiakan tersebut. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu penanti dan sion. Sediakan duku pokok penanti iaitu pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman ini dan juga disediakan Sion iaitu bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti. Jenis pokok dikotiledon (pokok hiasan) adalah pokok yang sesuai untuk dibuat cantuman baji. Ini kerana kita memerlukan ranting untuk membuat cantuman bajii tersebut. Syarat-sayarat yang dilihat sebelum membuat cantuman baji dimana periksa agar pokok mesti segar dan bebas dari penyakit dan ia datangnya dari sama spesies. Sebaiknya ukuran garispusat (diameter) batang atau ranting sion dan penanti adalah sama dimana ia kemudian sebaiknya dibuat pada waktu pagi atau petang. Selalunya akan ada unsur getah pada pokok yang dipotong untuk dibuat cantuman baji jangan dibiarkan terlalu lama sehingga kering. Lakukan cantuman baji dan setelah 2-3 minggu maka ia mesti diperiksa cantuman dan sekiranyan sion berwarna hijau bermakna cantuman adalah berjaya untuk dijadikan anak benih dan sebaliknya jika sion kering maka cantuman baji adalah gagal.


Peribahasa ini memberikan makna iaitu  'memboroskan harta tuannya' dimana pembayangnya adalah berkaitan dengan membelah dahan menggunakan baji untuk memudahkan kerja dan menghasilkan kayu api bagi tujuan memasak. Pada penulis blog lebih baik mengetahui akan apakan kalau memasak dengan kayu berbanding cara moden yang lain.
 Kayu Api boleh di cari sendiri (jika tinggal di kawasa kampong) atau dengan gas atau dengan dapur letrik atau cara lain. Kenapa kayu api selalu dikaitkan sebagai masakan istimewa berbanding dengan gunakan bahan bakar gas?. Pernahkah semua pembaca blog ini menikmati akan hidangan yang dimasak oleh tiga jenis alat memasak yang utama ketika ini?. Cuba bayangkan masakan yang dimasak menggunakan kayu api berbanding dengan cara lain. Apa pun sekiranya ada tidak pernah merasai ketiga-tiga rasa makanan yang disediakan dengan menggunakan cara masakan sila baca sehingga habis. Selalunua juka sesiapa berkunjung ke kawasan-kawasan luar bandar (tidak perlu ke pedalaman) maka dilaporkan masih ada banyak lagi rumah penduduk kampung yang mempunyai dapur kayu api walaupun didalam dapur rumah itu sudah ada pelbagai alatan memasak moden lain yang canggih dan mahal.. Persoalan kenapa mereka masih menyediakan satu ruang khas untuk memasak menggunakan kayu api memang ada sebabnya. Memang ada faktur kelebihan dan kekurangan bagi setiap alatan ini. Pada penulis bloh yang sejak kecil sehingga masuk asrama penoh makan dikampong dengan masakan gunakan kayu masih kekal diingatan. Kini menganalisa akan kelebihan dapur kayu api dimana seperti orang dulu cakap 'makanan yang dimasak dengan kayu selalu lebih wangi, jimat dimana kos terlibat hanya kayu, macis dan getah kering. Selalunya semasa keadaan cuaca sejuk maka boleh duduk didapur untuk panaskan badan atau 'berdiang' bersama keluarga. Cara ini sudah tidak perlu risau akan berlakunya letupan gas atau renjatan elektrik lagi. Selalunya sambil menenak nasi boleh buat kerja membakar ikan atau ikan kering atau ubikayu atau pisang bakar untuk dimakan awal. kemudian arang daripada kayu api yang dibakar (abu) boleh dijadikan baja tanaman yang kaya dengan nutrien seperti Potaium (P) bagi menyuburkan tanaman. Dalam kes tertentu memasak gunakan kayu boleh lebih cepat selesai berbandingdengan gunakan dapur letrik atau dapur gas. Paling kurang diketahui diman asap kayu mampu menghalau nyamok dan asap kayu juga mengandungi bahan kimia yang membolehkan tanaman buah-buahan kelilin rumah terhindar dari serangan serangga perosak. Bagaimana pun pada penulis blog tetap ada juga kelemahan memasak gunakan kayu api. Pertama adalah memang agak susah atau lambat untuk menghidupkan api diawal proses berbanding dnegan petik suiz sahaja untuk dapur letrik dan gas. Penting sentiasa kena jaga api semasa memasak tekut api besar maka masakan manjadi hagus pula atau api mati semasa memasak. Kawalan api berlaian mengikut fasa memasak dan pastikan guna peniup sesuai untuk marakkan api. Masaalah lain semasa musim hujan dimana kayu api basah sukar untuk digunakan. Apa lagi ia banyak asap juga yang memedihkan mata. Kalau tidak pandai maka tangan kena jelaga atau arang jadi kotor atau hitam dan jika kena baju putuk anak sekolah ... kirim salam sahaja. Api kayu menyebabkan periuk dan kuali menjadi hitam jelaga dan mesti selalu dibersihkan juga. Perlu disediakan dapur khas untuk daput kayu kerana jika tidak rumah boleh terbakar.


Dalam hmetro.com dilaporkan kisah bagaimana seorang berusia masih 'Terus gigih cari kayu api' di Air Molek, Melaka untuk dikongsi dan ditulis semula kali ini. Dilaporkan dimana ketika dimana 
kebanyakan rumah sudah menggunakan dapur gas ada seorang pencari kayu api iaitu Nordin Mat Kaus dari Kampung Pangkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka masih gigih meneruskan pekerjaan itu. Dia yang berumur 79 tahun sudah hampir 70 tahun bekerja mencari kayu api dan dia tetap tabah dan sabar dengan tugasan berkenaan, walaupun permintaan semakin berkurangan. Kalau 40 tahun dahulu permintaan masih tinggi berikutan kebanyakan rumah menggunakan kayu api, perubahan zaman dan teknologi merubah permintaan bahan bakar terbabit. Kini dia lega sebab masih ada membeli kayu api pokok getah bagi tujuan memasak kenduri kampung dan majlis perkahwinan, walaupun agak terhad. Dia yang bermula sejak kecil dengan membantu abangnya yang sudah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini inilah rezeki membesar dan menyara 10 anak yang kini masing-masing sudah berkeluarga. Dakwanya ada seorang daripada mereka kini membantunya mencari kayu api di hutan atau kebun kebun milik penduduk yang kebiasaan tumbang. Dia bermula dengan menggunakan parang, gergaji dan kapak sebelum kebelakangan ini menggunakan mesin pemotong kayu. Apa pun dimaklumkan bagi membelah kayu api berkenaan dia masih menggunakan kapak dan ia dijual dengan harga RM100 bagi 50 keping. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
MEMBAJI KAYU... DIBELAH AKHIRNYA....
BAJI KAYU... DI KETUK KEDALAMNYA...
PERIBAHASA LAMA...GUNA HARTA...
TUANNYA TAK TAHU... SUKA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.