Tuesday, May 7, 2024

SEPERTI ITIK MENDAPAT AIR

Hebat peribahasa atau pun ayat perumpamaan Melayu 'SEPERTI ITIK MENDAPAT AIR' yang ada ia berkaitan dengan sektor pertanian untuk dibincangkan. Mungkin kalangan pembaca blog ada pernah mendengar akan peribahasa ini atau sudah mengetahui dengan jelas akan maksudnya, Memang peribahas yang gunakan baiwan itek sangat kurang berbanding dengan kiasan menggunakan ayam yang lebih 40 peribahasa gunakan ayam. Apa pun di rujuk kepada sumber rasmi dimana maksud peribahasa ini adalah 'Orang yang gembira kerana mendapat apa dihajatinya' dengan sempurna. Penulis blog lihat dimana i
tik sinonim dengan air dan ciri dimana itik pandai berenang dan suka kepada air adalah lumrah alam. Ada peribahasa 'seperti mengajar itik berenang' dan sebagainya yang bermaksud satu perbuatan yang sia-sia kerana itu sememangnya sudah pandai berenang. 
Tetapi betulkah itik suka kepada air dan jika memelihara itu perlu membuat kolam bagi memberi peluang itik berenang?. Secara umumnya memang itik suka main air dan suka berenang. Namun tidak semua jenis itu bersifat sedemikian. kerana masih ada jenis itu yang tidak minat sangat hendak berenang dan tidak tahan kepada hujan. Jenis Itik Penelur atau Itik Khaki Campbell sebenarnya tidak perlu kepada kolam untuk berenang dan tidak tahan cuaca hujan. Jika hujan berterusan beberapa jam dan itik tidak berada di dalam reban yang terbumbung, itik khaki campbell akan mati kesejukan. Sebab itu apa yang penulis blog lihat ada penternak itik penelur hanya perlu menyediakan makanan dan air minuman yang sekukupnya dan apabila tiba masanya itu berkenaan akan bertelur dengan baik. Sebaiknya bagi tujuan untuk mengelak reban itik berbau busuk maka biasanya penternak itik penelur akan menyediakan kolam atau bekas yang berisi air untuk itik membasahkan badan walaupun bukan dalam erti kata 'suka' main air. Memang selalu begitulah melihat itik suka bermain air di tasik atau pada waktu hujan ialah dari jenis itik nila atau serati. Itik jenis ini lasak dan mempunyai ketahanan untuk berdepan perubahan cuaca, termasuk hujan yang berterusan.  Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaitan peribahasa seperti itik mendapat air dalam teknologi penternakan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


ITIK (Ducks) merupakan sejenis haiwan daripada keluarga Anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (Avian) yang mempunyai dua kaki dan suka pada habitat air sama ada air tawar atau air masin. Itek adalah haiwan bersaiz kecil daripada kumpulan angsa. Saya dapati itek ini diternak bertujuan untuk mendapatkan hasil daging dan juga telurnya. Ia sesuai dipelihara didalam satu kawasan kandang yang lazimnya mempunyai air sebagai keperluan semulajadinya. Itek amat suka berenang dan berjalan didalam kawasan peliharaan dan sering mengeluarkan bau kuat serta bunyi bising dan kuat apabia bergerak berkumpulan. Itik mempunyai paruh yang digunakan untuk menyudu yang bentuknya rata dan lebar. Antara makanan itek yang biasa adalah seperti rumput, tumbuhan akuatik, amfibia, serangga kecil, ikan, cacing, moluska dan yang terkini adalah makanan formulasi khas dihasilkan dikilang. Penternakan itek di Malaysia banyak terdapat dibeberapa negeri di Malaysia dimana ada banyak sumber air (Sawah padi) dan ramai populasi kaum Cina seperti di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Itik mempunyai daya tahan hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam. Laporan Jabatan Perkhidmatan Verteninar (JPV) menunjukkan negeri-negeri utama pengeluar telur itik di Malaysia adalah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sama ada untuk itek daging atau itek telur. Laporan JPV juga menyatakan terdapat 7.92 juta ekor itek diternak di Malaysia pada tahun 2012. Bagi negeri-negeri Kedah dan Perlis lazimnya perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang letaknya berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Ujudnya laut yang berdekatan memang akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi. Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri. Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.


Daging itik mempunyai nilai pemakanan dan rasa enak yang unik jika dimasak dengan sempurna. Ianya telah dinikmati oleh pengguna di seluruh dunia sejak berabad-abad lamanya. Pada hari ini daging itik masih popular dan dilihat ia masih mempunyai permintaaan yang tinggi di kebanyakkan negara di dunia terutamanya di Asia. Mereka yang jarang atau tidak pernah merasa daging itik bagaimana pun dilaporkan akan dapati ia ada dua kekurangan. Antaranya adalah kurangnya pengetahuan tentang bagaimana kaedah menyediakan masakan daging itik dengan sempurna. Sebenarnya proses memasak daging itik tidak jauh berbeza berbanding dengan daging yang lain. Mereka yang tidak tahu akan daging itik juga selalunya beranggapan bahawa daging itik mempunyai kadar kolesterol yang tinggi yang mana ianya diperakui benar jika mengambil kira kepada seekor itik. Tetapi tidak pada bahagian paha dan dada yang telah pun di buang kulitnya. Fakta Pemakanan Daging itik pada penulis blog sesuai dikupas. Apa pun terdapat fakta yang menyatakan masalah tentang pengambilan makanan berlemak secara berlebihan semakin meningkat selaras dengan pembangunan ekonomi di banyak negara dalam dunia semenjak separuh abad yang lalu. Makanan kini semakin dipelbagaikan dan mampu dibeli oleh pengguna dari pelbagai taraf terutaa di Malaysia dimana sebut sahaja hendak makan apa semuanya ada. Ini kerana kos sara hidup semakin meningkat dimana dalam tahun 2023 ini ramai terkesa kenaikan harga barang termasuk makanan. Pada hari ini juga dilihat orang ramai menyedari betapa pentingnya pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol dan lemak pada kadar yang betul. Bagi daging itik iaitu sama seperti makanan lain juga dimana daging itik boleh disenaraikan dalam diet pemakanan yang seimbang. Menurut pakar pemakanan menyatakan adalag sangat penting untuk mengetahui kuantiti pengambilan daging itik dalam sehari atau secara berkala. Untuk mengamalkan diet yang seimbang sebaiknya seseorang perlu bijak dalam menentukan kuantiti atau jenis makanan yang diambil (itu pun jika fanatik suka makan daging itik). Seseorang yang berdiet sebenarnya perlu mengetahui kuantiti makanan yang diambil bagi mengelakkan diri daripada mengambil makanan jenis berlemak, kalori dan kolesterol secara berlebihan. Ini juga memang diperakui benar iaitu samada daging itik ialah sebahagian daripada diet seimbang atau tidak. 


Penulis blog merujuk dengan data dimana rakyat Malaysia paling banyak memakan Daging Ayam dengan sebanyak 75.6 kg setahun daripada senumlah 97.1 kg daging setahun atau 77.85% daripada jumlah daging yang diambil (Sila lihat jadual diatas). Tidak ada pun data mengenai jumlah pengambilan daging itek direkodkan didalam jadual diatas yang mungkin memang amat sedikit sekali. Penulis blog pun memang sudah berbelas-belas tahun tidak pernah membeli dan makan daging itek. Last sekali semasa jamuan hari raya di pejabat dahulu dimana ada di potluck rendang itek dari kakitangan pejabat. Berbalik kepada info daging itik (atau makanan yang lain-lain) terdapat dalam sesuatu menu, adalah penting untuk menjaga sukatan makanan lain yang terdapat didalam menu yang sama. Hayat Penyimpanan Itik dilaporkan ada fakta yang mana ia menyatakan daging itik jarang diambil berbanding dengan daging-daging yang lain seperti daging ayam, lembu atau babi yang mana, adalah mudah untuk menyenaraikan daging itik dalam menu mingguan. Ianya sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh badan badan kesihatan di USA atau Amerika Syarikat seperti Pakar Pemakanan dan Nutrisi yang menyatakan jumlah diet yang disyorkan (RDA’s). Persatuan jantung Amerika (AHA) juga menyediakan garispanduan bagi mengelakkan pengambilan kalori, lemak, lemak tepu, dan kolesterol secara berlebihan. Dengan memilih daging itik yang tertentu seperti bahagian paha dan dada yang telah dibuang kulit juga memenuhi piawai yang ditetapkan tanpa mengurangkan makanan yang lain didalam menu yang sama. Karkas itik segar boleh disimpan hingga tiga hari jika dibungkus dan disimpan di dalam refrigerator, jauh daripada daging lain. Karkas itik beku boleh disimpan selama 10 -12 bulan di dalam freezer, dan potongan karkas boleh disimpan hingga 6 bulan. Bagi menyimpan beku karkas atau potongan karkas itik, pastikan ianya dibungkus dengan kemas tanpa udara. Jangan bekukan karkas atau bahagian karkas itik yang sudah dinyah beku. Karkas itik boleh dinyahbeku dengan beberapa cara. Cara yang paling selamat adalah dengan cara menyahbekukannya di dalam refrigerator kerana ianya menghadkan kehilangan jus dari daging dan pembentukan bakteria yang Seperti daging yang lain, daging itik juga salah satu daripada sumber protein yang tinggi Ianya juga mengandungi asid amino yang seimbang. Daging itik juga mengandungi beberapa khasiat yang lain seperti zat besi, phosphorus, zink, kuprum, selenium, thiamin, ribofavlin, niasin, asid pantothenic, vitamin B6, vitamin B12 dan sedikit potasium, magnesium, vitamin E, vitamin A, vitamin A dan asid folik. Persoalan adalah makan daging itek ini memudaratkan dimana dilaporkan karkas itik yang berbungkus boleh dimasukkan ke dalam refrigerator tetapi perlu ada beberapa tempat di bahagian bawah bagi tujuan membolehkan air cairan keluar. Karkas itik seharusnya dinyahbeku dalam masa 48 jam dalam refrigerator pada suhu sekitar o 0 C. Apabila diperbandingkan, daging itik mempunyai kadar nutrien yang sama dengan daging yang lain. Bahagian potongan itik ini boleh disenaraikan di dalam menu untuk mereka yang menitikberatkan pengambilan makanan yang sihat. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMANYA ITEK.... DI AIR SUKANYA...
HIDUP BERKUMPULAN...UNIKNYA....
ORANG GEMBIRA.. DAPAT HAJATNYA...
KENA BERUSAHA... PASTI BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.