Monday, April 15, 2024

PLASTIK DALAM PERTANIAN - BAGAIMANA!

PENGGUNAAN PLASTIK
dalam sektor pertanian adalah suatu perkara yang penting dimana amat sering di jadikan sebagai penutup batas, dinding dan bumbung Rumah Struktur Pelindung Hujan, Peralatan Pertanian dan banyak lagi. Apa pun kepentingan bahan plastik memang sangat perlu didalam sektor hiliran juga dimana tanpanya sektor pertanian akan terjejas produktivitinya. Pada penulis blog mendapati dimana bahan
Plastik atau 'plastic' ini sebenarnya adalah bahan yang dijumpai pada berbagai tahap kehidupan manusia termasuk bidang pertanian, perindustrian, perubatan, aeroangkasa dan kegunaan rumahtangga. Penggunaan plastik dalam pertanian sudah menjadi keperluan dan amat sukar dielakkan sebab ia dimanfaatkan dalam berbagai bentuk bersama teknologi dan amalan agronomi tanaman. Plastik di sektor pertanian dapat di beli untuk digunakan sebagai bahan untuk kemasan, alat membungkus media tanam dan paling ketara juga sebagai alat-alatan pertanian seperti penutup batas ataupun bahan dalam kawalan perosak iaitu menjadi penghalang kepada kemasukkan serangga perosak. Dilaporkan dimana ada sekitar 10 juta metrik tan bahan plastik digunakan pada sektor pertanian setiap tahunnya seperti didakwa oleh saintis yang bernama Richard Thompson iaitu pakar plastik di FAO pada tahun 2023. DInyatakan dimana penggunaan plastik dalam sektor pertanian memang tidak dapat dihindari akan tetapi untuk jangkamasa panjang maka ia memberi kesan kepada kesan kelestarian alam sekitar. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan di University of Vienna banyak mengungkap fakta-fakta kesan penggunaan plastik dalam pertanian yang memang sudah menjadi amalan pertanian dalam ianya akan menghasilkan bahan makanan, Dilaporkan penggunaan plastik ini dilihat lebih banyak kesan nagatif berbanding dengan kesan positif terutama terhadap kesan sisabaki dalam tanag dan ancaman kepada kesuburan tanah. Ini kerana bahan plastik adalah bukan organik yang susah atau lama untuk dapat di uraikan dalam alam sekitar. Apabila berada dalam tanah untuk suatu jangkamasa lama, maka plastik dalam tanah tersebut menyebabkan kejadian 'tanah mati' atau menjadi tidak subur dan pengurangan hasil tanaman yang amat ketara. Saya ada menulis artikel mengenai isu ini dalam artikel sebelum ini untuk dirujuk (Sila Klik Disini). Tumpukkan plastik dalam tanah memberikan kesan buruk kerana plastik sangat sulit untuk terurai dan dapat menumpuk dalam tanah dimana kemudian kesan buruk yang biasa terjadi akibat penggunaan plastik pada pertanian adalah penurunan aspek kesuburan tanah dan hasil tuaian serta potensi gangguan kesihatan dari impak toksik beracun pada plastik yang masuk ke dalam rantai makanan. Apa pun disyorkan dalam isu ini memang penulis blog berpendapat perlu ada strategi utama yang harus dilakukan sebagai rasionalisasi pengunaan plastik sehingga penggunaannya dapat efisien dan lebih selamat. Cara terbaik dengan meminimakankan kesan pencemaran akibat dari penggunaan bahan plastik. Kajian oleh saintis bernama Thilo Hoffmann dalam laporan jurnal Nature of the Communications Earth and Environments nyatakan dimana bahan plastik harus dipastikan dapat terurai secara biologi (biodegradable) dan syorkan bahan berbahaya dan beracun dalam plastik harus diganti dengan bahan alternatif yang lebih selamat. Bahan tersebut bagaimana pun hasru sehebat dengan bahan plastik dari aspek teknikalnya dimana diantara parameter penggunaan plastik dalam pertanian dapat disesuaikan dengan inisiatif global seperti Perjanjian Plastik PBB (UNEA 5.2).  Penulis blog setuju dengan isu dimana tidak mustahil penggunaan plastik di sektor pertanian menjadi lebih ramah lingkungan. Dalam blog "Anim Agro Technology" pada Hari Raya Aidilfitri 3 Syawal 1445H ini saya sukacita untuk membincangkan akan kepentingan produk plastik dalam sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sejak lama dimana teknologi dan amalan pe
nggunaan plastik di sektor pertanian yang dilihat ia telah membantu industri pertanian untuk mampu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman, membantu dalam memperbaiki kualiti bahan makanan dan mengurangkan isu jejak karbon. Kehadiran bahan plastik pada industri pertanian bukan hanya memungkinkan tanaman mampu untuk tumbuh dalam pelbagai ancaman cuaca tetapi juga membantu menghasilkan hasila tanaman yang klebih terjamin kualitinya dan konsisten. Namun isu bagaimana penggunaan bahan plastik dalam industri pertanian dilihat akan memberi kesan negatif kepada kelestarian alam sekitar dalam jangkamasa panjang. Mengkaji akan sejarah didalam cara penggunaan plastik pada sektor pertanian dimana ia mula berlaku apabila produk ini pertama kali ditemukan pada abad ke-19. Penelitin mendapati dimana bahan
 plastik baru digunakan pada sektor pertanian pada tahun 1940-an semasa E.M. Emmert iaitu seorang holtikulturis dari University of Kentucky menjumpai bahawa penggunaan bahan 'plastik film' dapat melindungi tanaman diusahakan dimana mampu dalam menghasilkan hasil dengan yang lebih baik semasa tuaian. Apa pun pada awalnya dimana bahan plastik pertanian ini hanya ia digunakan sebagai bahan pengganti kaca pada rumah kaca (greenhouse) disebabkan aspek harganya yang lebih murah dan lebih tahan lama juga. Penggunaan plastik ini memungkinkan pembaharuan rekabentuk rumah kaca yang dulu bersegi kepada rekebentuk rumah kaca yang lebih cekap dan efektif dalam menghantarkan cahaya matahari kepada tanaman didalamnya. Bahan plastik ini boleh disesuaikan kepada bentuk separa bulat, berkelok dan ia dilihat mampu menjaga tanaman di dalamnya. Bahan lapisan plastik dalam pertanian ini memang sesuai ia digunakan sebagai panel rumah kaca sehingga kini dimana di Malaysia sudah menjadi kelazimnya ia di jadikan bumbung Rumah Kalis Serangga (RKS) atau Rumah Pelindung Hujan (SPH) dimana dijual dalam berbagai kualiti dan harga berlainan. Bahan plastik ini meluas di gunakan di kawasan pertanian tanah tinggi seperti di Cameroon Highland untuk tanaman pelbagai jenis sayuran termasuk jenis sayuran temperate dan bunga-bungaan dengan skala komersial. Malahan banyak jenis tanaman yang sesuai di tanam walau pun pada musim hujan (sayuran akan rosak jika di tanam di kawasan tanah terbuka) apabila kena hujan yang deras. Pemilik kebun dengan sistem SPH dilihat mudah bekerja di bawah SPH yang bumbungnya adalah bahan plastik sama waktu hujan atau panas tengahari. Kini perancangan pengeluaran hasil tanaman dapat di progrmkan kerana kurang gangguan masaalah cuaca.


Penggunaan bahan plastik dalam industri pertanian yang popular adalah sebagai Penutup Batas dan juga Bumbung atau Dinding Rumah Kaca (Struktur Pelindung Hujan). Dalam kes ini dilihat dimana fu
ngsi rumah kaca dapat diibsratkan sebagai ruang ICU bagi tanaman. Rumah kaca berguna untuk membantu tanaman mendapatkan cahaya yang cukup selain. Rumah kaca juga ditujukan membantu menciptakan keadaan dan persekitaran yang ideal bagi tanaman di dalamnya untuk dapat tumbuh optima dimana ia melindungi tanaman daripada kesan cuaca ekstrim atau ancaman serangga perosak. Di kawasan pertanian tanah tinggi Cameroon Highland dilihat amat banyak struktur ini yang menggunakan plastik dilihat dari kejauhan (Sila lihat foto disebelah). Struktur berbentuk 'Poly-Tunnel Structure' bersusun di beberapa lokasi di kawasan lereng bukit dimana sudah menjadi kelaziman. Semasa penulis blog bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang ada membuat kajian akan penggunaan struktur SPH dimana ia mencecah lebih 40% daripada kawasan dibuat kajian penanaman sayuran dan bunga-bungaan di Cameroon Highland pada tahun 2016 atau sekitar 580 hektar. Ada berbagai jenis bentuk rumah SPH daripada yang berbentuk moden dan berbentuk konvensional. Dikawasn tanah rendah juga ada di pasang bangunan plastih SPH untuk penanaman beberapa jenis tanaman bernilai tinggi seperti melon, halia, cili, timun jepun, herba dan sebagainya. Salah satu yang ada penulis blog lihat adalah struktur 'Low Tunnels' dimana ia ada diamalkan petani dan struktur low tunnels memiliki fungsi yang kurang lebih serupa dengan rumah kaca. Ada beberapa jenis tanaman yang biasanya sesuai ditanam dalam low tunnel antara lain seperti tanaman asparagus, tembikai, strowberi, dan banyak jenis lagi. Beberapa tahun lalu di laporkan dalam media dimana akibat dari isu pekebun membina 'Plastic Rain-Shelter' di beberapa kawasan berbukit yang ditarah untuk mereka memperluaskan kawasan penanaman sayur antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang yang menyebabkan kejadian maut. Apa pun bagi penulis blog dimana di samping masalah kerakusan pencerobohan tanah di Cameron Highlands ada kes seperti pemasangan struktur pelindung hujan Plastic Rain-Shelter (rumah plastik) yang tidak sesuai oleh pekebun juga antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur. Pemasangan akan struktur Plastic Rain-Shelter oleh pekebun dalam skala besar tanpa reka bentuk yang sesuai ter­utamanya di lereng bukit, dikatakan menyebabkan air hujan yang mengalir ke sungai menjadi lebih deras dan banyak serta menyebabkan hakisan. Isu ini turut dipersetujui oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui media dimana pakar penyelidik alam sekitar dan pekebun sendiri bahawa pemasangan Plastic Rain-Shelter perlu mempunyai sistem reka bentuk yang sesuai di kawasan lereng bukit. Struktur ini atau lebih dikenali sebagai rumah plastik yang mempunyai reka bentuk hampir sama dengan rumah hijau berfungsi untuk mengurangkan kadar kelembapan hasil tanaman dan menghasilkan produk tanaman yang lebih berkualiti. Kajian dilaksanakan oleh MARDI dan Jabatan Pertanian dengan laporan yang memang menyatakan kadar aliran air meningkat di kebun yang menggunakan Plastic Rain-Shelter. Dilaporkan juga hasil kajian berjudul 'Sustaina­bility of Current Agricultural Practices in the Cameron Highlands' atau 'Kemampanan Amalan Pertanian Masa Kini Di Cameron Highlands' pada 2005 itu mendapati berlakunya kes-kes peningkatan aliran air yang terkumpul di ladang kebun bunga yang menggunakan yang telah pun gunakan Plastic Rain-Shelter berbanding ladang sayur yang tidak menggunakannya. Jika berlaku hujan lebat berlaku akibatnya SPH kebun bunga dilihat menyumbangkan banjir lumpur berbanding ladang kebun sayur.


Penggunaan bahan plastik penutup batas bagi tujuan kawalan rumpai juga sering dilakukan. Penutup bumi atau 'Mulsa' ini dilihat merupakan bahan penutup tanaman makanan dimaksudkan untuk menjaga kelembapan tanah serta menekan berlakunya proses untuk pertumbuhan rumpai yang boleh menjadi punca serangan penyakit dan perosak tanaman. Penggunaan bahan plastil penutup batas jenis 'Silvershine' ini merupakan amalan agronomi bagi penanaman seperti sayur-sayuran, tembikai, melon, tomato, nanas dan banyak jenis lagi. Cara pemasangan plastik penutup batas ini boleh dilakukan secara manual atau menggunakan jenteria khas yang mampu mempercepatkan proses bagi kawasan luas dan komersial (Sila lihat foto disebelah). Apa pun tujuan penggunaan bahan ini dilihat ia dapat
 menjaga keadaan suhu tanah yang ideal bagi pertumbuhan akar tanaman juga mencegah rumput tumbuh atas batas atau tanah tertentu agar rumpai ini tidak mengambil nutrisi dan air serta perumah kepada patogen perosak. 
Paling signifikan penggunaan bahan plastik dalam sektor pertanian adalah didapal pemasangan sistem pengairan tanaman di ladang. Sistem pengairan penting dalam menentukan air dpat di bekalkan kepada tanaman dengan tahap kecekapan terbaik. Keperluan air kepada tanaman akan membolehkan tumbesaran tanaman mengikut program disusun sehingga penuaian hasil dapat dilakukan bagi menghasilkan hasil yang produktif serta banyak dengan ada jaminan kualiti serta selamat dimakan. Air dapat disimpan di kolam pengairan atau tangki sementara simpanan air yang menggunakan bahan plastik untuk menghindari kebocoran dan diedarkan melalui paip utama atau paip secondary (Gunakan bahan HDPE), PVC, tiub pengairan titis atau menggunakan 'sprinkler gun' dalam mempastikan bekalan air dapat di hantar kepada tanaman. Dalam pertanian dimana bahan plastik ini termasuk pelbagai jensi plastik seperti jenis Polikarbonat (PC) yang biasa digunakan untuk atap rumah kaca, jenis Polipropilena (PP) iaitu plastik tahan air yang biasa digunakan untuk menampung hasil pertanian serta jenis Polivinil Klorida (PVC) iaitu plastik yang sering digunakan untuk perpipaan sistem irigasi dan hidroponik. Bakul Tuaian Hasil selalunya diperbuat daripada bahan plastik dimana ia akan disusun diatas kenderaan secara sistematik untuk perjalanan yang jauh.Semuga artikel ini mmemberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology HAri Raya Aidilfitri 1445H kali ini. Wasallam!!!..
.
BAHAN PLASTIK... IA BANYAK GUNA...
SEKTOR PERTANIAN... TERSEDIA DIA...
PENUTUP BATAS... BUMBUNG SPH JUA...
MEMBACA ARTIKEL...WOI MENARIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1445H).
SELAMAT HARI RAYA 2024!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.