Sunday, April 14, 2024

ISU KEJADIAN 'TANAH MATI' TANAH TINGGI

TANAH MATI dikiaskan sebagai jenis tanah yang sudah tidak subur atau terbiar begitu sahaja. Di Malaysia agak kurang dibicarakan isu 'tanah mati' akan tetapi banyak di laporkan kewujudan tanah terbiar. Definisi 'Tanah Terbiar' adalah jenis tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Pada penulis blog faham dimana tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi kerana tanah adalah lapisan yang mampu mendukung kehidupan tumbuhan-tumbuhan diatasnya dimana ia menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain bergantung kepada banyak sebab. Dari segi ilmu sains tanah dilaporkan yang tanah yang terdiri dari lapisan Pedosfera iaitu bahagian yang terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera dan hidrosfera. Pembentukan tanah ini di kenali sebagai atau pedogenesis iaitu proses yang juga merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah. Sebanrnya tanah adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai cir-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana cara menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman. Pada penulis blog dimana istilah 'Tanah Mati' mungkin sesuai di namakan juga sebgaai 'TanahYang Terbengkalai'[ atau 'abandones land fimna ia adalah tanah yang telah rosak teruk akibat ekstraktif atau proses industri atau mana-mana bentuk pembangunan perbandaran yang menyebabkan masa untuk pemulihannya memakan masa yang lama dan boleh menjadi gangguan awam sementara ia dipulihkan (Sila lihat foto diatas). Apa pun di kupas akan beberapa ciri-ciri mengenai tanah mati yang boleh untuk ia di rujuk. Terdapat beberapa ciri-ciri tanah terbengkalai termasuk ciri dimana keadaan topografi yang kompleks atau tidak normal seperti ada terdapat lubang besar pada tanah setelah lokasi tersebut pernah dijadikan tapak sisa buangan sampah atau bahan merbahaya lain. Tanah ini juga selalunya ada beberapa tahap berbeza untuk menjadikannya ia berlaku kes keadaan tidak stabil disebabkan oleh sisa yang terkumpul, terdedah, tanah terdedah atau kejadian tanah yang kemudian tenggelam atau pun menjadi tanah hakisan. Pastinya tanah akan mati jika terdapat sisa buangan yang Toksik. Toksik ini juga berpunca oleh kejadian semulajadi atau disebbkan oleh perbuatan manusia. Tanah mati dikaitkan juga dengan keadaan sistem saliran air yang terganggu dimana ia boleh menyebabkan banjir tanpa di duga walaupun hanya hujan yang sedikit atau kenaikan paras air laut. Ada juga yang mendakwa kejadian tanah terbengkalai selalu berkait dengan ketiadaan atau atau ketidakhadiran pemilik tanah tersebut yang menyebabkan ia tidak terurus. Apa pun berkemungkinan dimana di dalam lingkungan kawasan akses terhad dengan ketiadaan kemudahan infrastruktur normal seperti ketiadaan akses jalan masuk atau keadan rupabumi yang kurang baik. Ada kes tanah mati yang berpunca dari akibat berlakunya runtuhan bangunan yang boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang menghampirinya. Selalunya ada keadaan dimana akibat dari bangunan runtuh akan mana ia menjadikan isu tanah sekelilingnya menjadi kosong dan terbiar. Tanah mati juga berkait dengan situasi dimana tanah tersebut sudah tidak subur disebabkan ia berada dikawasan sekelilingnya berada dalam keadaan terik (di kawasan gurun) atau di kawasan yang ada rumah setinggan serta keadaan tanah bermasaalah lain. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta mengenai apakah dia 'Tanah Mati' sebagai salah satu bahan rujukkan pembaca semua.


Be
berapa laporan media ada menyatakan dimana kes dan isu 'Kejadian Tanah Mati mengancam sektor pertanian di Cameroon Highland' wajar di kupas laporannya. Isu bagaimana dengan penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan aktiviti pembajaan secara berlebihan tanpa kawalan menyebabkan tanah di sekitar Cameron Highlands, Pahang agak berisiko menjadi tanah mati. Laporan tersebut menyatakan dimana berlaku isu kejadian dimana tanah di sekitar Cameron Highlands berisiko menjadi tanah mati apabila pengusaha ladang dikesan berterusan menggunakan baja secara berlebihan tanpa kawalan. Apa yang di kesan dimana ada kawasan seluas 3,500 hektar di tanah tinggi itu diusahakan dengan aktiviti pertanian termasuk hampir 800 hektar ditanam dengan tanaman bunga-bungaan. Isu bagaimana kejadian 'tanah mati' atau 'tanah miskin’ yang dikategorikan sebagai tanah bermasalah boleh menggugat ekonomi petani dan pengusaha ladang di kawasan tanah tinggi itu. Penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang meluas di kawasan tanaman di kawasan itu juga antara punca utama tanah di situ cenderung menjadi ‘miskin’ dan mati. Apa pun dilaporkan dimana sebahagian besar kawasan tanah atau dianggarkan 70% daripada 200 pengusaha ladang bunga di Cameron Highlands menggunakan SPH. Isu tanah mati di Cameron Highlands pernah menjadi ancaman buat petani pada dekad lalu. Akibat dari aktiviti pembukaan ladang sayur secara meluas dan terkawal di lereng-lereng bukit di kawasan ini memang ia boleh menganggu ekosistem alam sekitar. Kini isu kejadian tanah mati didakwa menjadi lebih serius iaitu khususnya di kawasan tanaman bunga secara besar-besaran di bawah SPH termasuk tanaman bunga kekwa. Dalam masa sama dimana kuantiti baja yang terlalu tinggi memberi kesan terhadap tumbesaran bunga kekwa dan mengganggu tekstur tanah terbabit. Kalangan saintis mendapati dimana tumbuhan yang ditanam di bawah SPH tertumpu pada bunga-bungaan bernilai tinggi seperti kekwa dan ros. Keadaan ini kerana kedua-duanya sensitif kepada kelembapan selain tidak sesuai ditanam di kawasan terbuka sehingga menyebabkan pokok mudah terjebak dengan serangan penyakit akibat air hujan. Berlaku keadaan dimana air hujan yang jatuh keatas atap bumbung plastik akan 'cepat lari' atau cepat memasukki perparitan dan terus meluncur kekawasan takungan tanpa meresap kedalam tanah. Ini menyebabkan berlaku kes hakisan tanah dan juga boleh nenyebabkan kejadian banjir disebabkan air yang terlalu cepat turun dari lereng kawasan SPH. Kini cra bertanam didalam SPH pun sudah tidak menggunakan media tanah sebaliknya dengan sistem fertigasi yang menggunakan mesia cocopeat (dari sabut kelapa yang di proses).


Kejadian bagaimana berlaku aktiviti p
engumpulan baja berlebihan di kawasan pertanian tanah tinggi Cameroon Highland juga perlu di analisa. Biasanya bagi kawasan pertanian biasa secara konvensional yang diamalkan secara terbuka kes atau masalah akumulasi garam (pengumpulan) dari baja dalam tanah kurang serius kerana adanya hujan yang dapat melarutkan kandungan garam dalam tanah melalui larutresap atau saliran. Kes berlainan bagaimanapun memang ia berbeza di kawasan pertanian di Cameroon Highland dimana kebanyakan tanaman di lakukan dibawah SPH berikutan tanah yang ditanam bunga tidak terdedah kepada cahaya matahari dan air hujan secara semula jadi. Ini memjadikan kejadian 'Tanah mati' mudah berlaku akibat akumulasi (pengumpulan) baja berlebihan dalam tekstur tanah. Penggunaan baja dalam kuantiti yang banyak untuk jangka panjang akhirnya ia akan meresap dalam tanah. Semakin lama di lakukan amalan ini kemudian kandungan baja semakin tinggi di dalam tanah sehingga ia kemudian boleh menyebabkan tanah itu mati dan tidak lagi sesuai untuk penanaman bunga-bungaan mahupun sayur-sayuran. Apa pun secara saintifik dimana sekiranya tanah tersebut terus digunakan secara rakus sehingga mengabaikan proses 'rehat dan rawat' maka kesannya akan ada kemungkinan tanah ini akan tidak lagi sesuai untuk penanaman bunga-bungaan atau sayur-sayuran tanah tinggi. Kajian menunjukkan dimana kejadian mengenai kesan SPH terhadap tanah dimana jika masalah tanah yang mengandungi kepekatan baja yang tinggi dapat dikurangkan melalui dua kaedah. Penulis blog difahamkan dimana langkah pertama adalah dengan kaedah membuka bumbung plastik SPH sedia ada agar air hujan dapat melarutkan kandungan baja yang terkumpul dalam tanah bermasalah yang sudah lama tiada menerika air hujan. Kemudian langkah kedua pula bolej juga tanah itu perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti pertanian buat satu jangka masa bagi mengembalikan kesuburan tanah. Ini sesuai dilakukan dengan jadual dan masa yang tepat dimana kalau membuka bumbung SPH di lakukan pada musim kemarau atau tiada hujan maka ia kurang sesuai juga. Dalam pada itu disyorkan agar masa yang diperlukan untuk pemulihan tanah bermasalah mungkin mengambil masa satu hingga tiga musim penanaman iaitu antara tempoh tiga bulan hingga setahun dimana semua ini juga memang tertakluk kepada tahap keseriusan kejadian atau status tanah mati itu. Kajian ada mendapati dimana memang tanah mati adalah sukar untuk pulih sepenuhnya seperti asal kerana tanah bermasaalah tersebut memerlukan tempoh rehat yang panjang untuk kembali normal. Perlu awas dimana apabila tanah telah teroka dan penggunaan sepenuhnya sumber daripada tanah dengan amat aktif maka kemungkinan kejadian tanah mati atau keadaan tanah menjadi tidak subur adalah mudah berlaku.


Penulis blog pernah berkunjung ke kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland banyak kali semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang. Ia dilakukan bagi meman
tau bagaimana aktiviti pertanian Cameron Highlands dapat di lestarikan sekitar tahun 2015-2017. Sejak masa itu sehingga kini dilaporkan sering sekali di dengar isu berkaitan Cameron Highlands seperti penerokaan haram, pencerobohan tanah, monopoli pekerja asing serta pelbagai masalah alam sekitar. Kini isu tanah di sekitar kawasan pelancongan itu berisiko menjadi ‘tanah mati’ pula timbul. Masalah yang telah membelenggu kawasan pelancongan tanah tinggi itu dimana ia perlu diberi perhatian serius khususnya bagi memastikan kelangsungan sektor pertanian. Di percayai dimana kawalan ketat harus diambil supaya pengeluaran sayur-sayuran yang menjadi industri penting Cameron Highlands tidak lenyap. Pihak berkuasa perlu sentiasa lakukan pemantauan ke atas pembukaan tanah yang berleluasa agar aktiviti sektor eko- pelancongan tidak terjejas. Sebarang tindakan atau amalan berisiko menjejaskan sektor pertanian tidak boleh dikompromi dengan mengambil kira Cameron Highlands sebagai salah satu pembekal utama sayur-sayuran untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Seperti dilaporkan dimana penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang meluas di kawasan tanaman antara punca utama tanah di situ cenderung menjadi ‘miskin’ dan mati. Sebahagian besar iaitu dianggarkan 70 peratus pengusaha ladang bunga di Cameron Highlands menggunakan SPH. Media pernah laporkan dimana bidang penguatkuasaan sering terdedah risiko rasuah lebih-lebih lagi jika agensi itu terbabit secara langsung dengan urusan berkaitan lesen dan penguatkuasaan. Ada dakwaan dimana tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian pernah ia dinafikan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang terus meneroka tanah secara haram untuk keuntungan dan merisikokan penduduk sekitar dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh. Menurut Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) R. Ramakrishnan dia memberi amaran iaitu tidak mustahil korban nyawa akibat banjir dan tanah runtuh akan meningkat gara-gara sikap pihak berkuasa yang menutup mata dan memekakkan telinga dengan penerokaan haram ini. Laporan banjir lumpur dan tanah runtuh yang pernah media laporkan berlaku di Lembah Bertam dakwanya hanya satu permulaan kecil kepada bencana yang lebih besar. Tanah di Cameron Highlands tiada lagi yang sesuai untuk pertanian kerana mengikut Jabatan Pertanian hanya jenis tanah yang  di bawah 25 darjah (kecerunan) boleh dimakujan sebalikna jika melebihi tahap tersebut atau lebih tinggi dari itu memang tidak sesuai. Ini kerana tanah di Cameron Highlands ini tidak cukup batu untuk kurangkan hakisan dimana pada masa ini paras hakisan adalah 200 tan sehektar setahun. Isu seperti aktiviti penerokaan berterusan khususnya di tanah rizab sungai menyumbang peningkatan sampah ke Empangan Sultan Abu Bakar seperti kes hampir kesemua tanah rizab di tepi tebing sungai sudah pun ia diteroka dengan aktiviti pertanian. Apa pun dilaporkan di bawah garis panduan tertentu mengambil contoh kelebaran sungai 10 meter dimana kawasan 10 meter tebing kiri dan kanan adalah diwarta tanah rizab sungai dimana sebarang aktiviti menebang pokok adalah ia tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut. Bagaimana pun dilaporkan hampir kesemua tanah rizab di ceroboh dan hanya tinggal sekangkang kera akibat dari ketamakan pihak yang mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar. Media laporkan dimana berlaku kebimbangan apabila kealpaan pihak berkuasa ini akan menyumbang risiko lebih besar. Sudah ada banyak kampung terdedah kepada risiko empangan pecah akibat tidak dapat menampung kapasiti air dan sampah yang akan mengorbankan nyawa yang lebih tinggi. Kejadian tanah mati dan pengurusan sistem pertanian dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland perlu di lakukan dengan lebih sistematik agar lebih lestari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH MATI...ISUNYA BAGAIMANA...
DI TANAH TINGGI... DI LAPOR MEDIA...
ADA SPH LUAS... MENGANCAM DIA...
MEMBACA ARTIKEL... INGATAN SEMUA..

By,
M Anem,
Senior AGronoomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.