Saturday, April 13, 2024

KEPERLUAN TELAGA TIUB MUSIM KEMARAU

KEPERLUAN TELAGA TIUB DI MUSIM KEMARAU
di Malaysia kembali menjadi topik hangat saban tahun. Apa pun Telaga Tiub (Tube Well) merupakan satu cara atau sistem yang digunakan untuk mendapatkan air dari dalam tanah dengan menggunakan paip PVC yang ditanam ke dalam tanah dan juga merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari kedalaman tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi. Penulis blog beberapa kali terlibat didalam pembinaan telaga tiub di banyak lokasi terutama dikawasan projek pertanian yang sering terjejas bekalan air pertanian di musim kemarau dahulu. Ada telaga tiub yang sangat berjaya dan ada yang kurng berjaya setelah usaha mencari dan menggalinya dijalankan. Apa pun dilapangan dilaporkan ada pelbagai cara boleh digunakan untuk mengerudi dan memasang paip ini. Apa yang penting adalah selepas itu air dari dalam paip PVC ini dipam dengan menggunakan pam tangan atau pam elektrik melalui laluan paip getah ke atas ia berterusan dan selalunya mempunyai kualiti yang boleh digunapakai. Dilapangan ada jenis telaga tiub yang dibina dengan dengan baik di mana tiub atau paip keluli tahan karat sepanjang 100 - 200 milimeter garispusat (3.9 - 7.9 inci) di seluruhnya ditanam ke dalam akuifer bawah tanah. Apa yang penting juga dibahagian bawah tanah sebaiknya sudah dilengkapi dengan saringan (penapis) dan alatan pam yang sesuai mengangkat air kepermukaan untuk tujuan domestik atau pengairan pertanian. Kedalaman telaga yang diperlukan bergantung pada kedalaman lapisan simpanan atau laluan air dalam tanah. Biasanya tiub atau selongsong telaga tiub ini boleh menggunakan besi atau PVC yang tahan lama. Air yang masuk kedalam tiub ini akan sentiasa merembes dari sekelilingnya dimana dalam beberapa kes tertentu ia juga mengandungi zarah pasir atau kelodak yang mana ia boleh menyebabkan cepat pam cepat rosak (akibat haus bergeser dengan pasir pada injapnya). Penting juga dipasang penapis sesuai untuk menghalang pasir dan kelodak. Dilaporkan dimana antara kelebihan pengairan telaga tiub seperti sebenarnya dengan teknik betul dan kajian awal air bawah tanah mudah didapati. Terdapat takungan air atau laluan air bawah tanah yang kadangkala cetek berdekatan dengan permukaan tanah dan ada yang berada jauh kedalam tanah. Jika jumlah takungan air bawah tanah ini banyak maka ia mampu mengairkan kawasan pertanian yang luas walau pun pada musim kemarau berpanjangan. Bergantung kepada sistem dan teknologi yang digunakan untuk membina telaga tiub ia memang satu kaedah yang terbaik untuk tujuan domestik dan sektor pertanian terutamanya untuk tanaman makanan. Artikel subuh ini pada 24 Ramadan 1445H dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis rencana mengenai kepentingan telaga tiub dimusim kemarau yang banyak dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Semasa artikel ini di tulis memang sedang berlaku kemarau dan suhu panas terutama di beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia. Akhbar bhnews.com laporkan iaitu kisah '
KADA sedia peruntukan RM6 juta hadapi kemarau' memang sesuatu yang diperlukan oleh petani. BH laporkan dimana foto iaitu Mohd Faizul (tiga kiri) dilihat sedang mengagihkan 25 pam backward kepada sebahagian 24 pesawah di jajahan Kota Bharu Utara serta Kota Bharu Selatan ketika hadir hadir di Pejabat KADA Melor, Kelantan. Pihak KADA telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi berdepan musim kemarau tahun ini. Menurut Pengurus Besarnya Mohd Faizul Mustafa nyatakan dimana peruntukan itu membabitkan usaha pembelian pam backward, pembinaan telaga tiub bersama diesel atau petrol, pam kitar semula, pam mudah alih serta penggunaan jentera. Dilaporkan perbelanjaan besar diperlukan bagi memastikan hasil yang diperoleh sepanjang musim ini mencapai sasaran iaitu antara 4.3 tan sehingga 4.5 tan per hektar. Bagi bajet membina telaga tiub kita dapat peruntukan sebanyak RM500,000 untuk pembinaan 100 unit dan setakat ini sudah 26 unit dibina malah kita beri bersama enjin serta diesel atau petrol. Bagi bajet untuk Pam Backward pula sebanyak RM400,000 disediakan dan setakat ini dimana KADA sudah menyediakan 150 unit dengan 40 unit sudah diagihkan kepada pesawah di jajahan Kota Bharu Utara serta Kota Bharu Selatan. Selain itu, KADA juga menyediakan pam kitar semula di empat tempat dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun 2024 ini. Sebanyak RM800,000 pula diberikan bagi penyediaan pam mudah alih daripada sejumlah peruntukan RM6 juta itu juga termasuk kos membaiki mana-mana pam sedia ada. Terdahulu Mohd Faizul hadir di Pejabat KADA Jajahan Kota Bharu Selatan, di sini mengagihkan 25 pam backward kepada 24 pesawah kawasan itu (Sila lihat foto disebelah). Hasil tinjauan sudah dibuat di Rumah Pam Kemubu di dapati paras air sungai menurun berikutan musim kemarau. KADA kini sedang menjalankan kerja membersihkan mendapan serta lumpur untuk memudahkan pengaliran air ke 16,000 hektar sawah di bawah seliaan KADA dan memang sangat di harapkan pesawah dapat mengikut arahan dan jadual penanaman padi yang dikeluarkan oleh KADA bagi mengelakkan kerugian dalam musim kemarau ini.


Dalam portal berita sinarharian.com pula dilaporkan dimana '
Petani disaran guna telaga tiub solar' menarik di kongsikan. Kisah dari Sik, Kedah melaporkan dimana sistem telaga tiub solar membantu petani mendapatkan bekalan air pada musim kering, sekali gus memperolehi hasil tanaman yang baik. Menurut pihak Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama, Azman Nasrudin nyatakan dimana kini telaga menggunakan sumber solar itu membantu masalah-masalah pengairan di kawasan sukar mendapatkan bekalan air. Memberitahu wartawan dimana walaupun kini harganya agak tinggi akan tetapi untuk jangka masa panjang ia mampu memberikan pulangan lebih baik buat mereka yang guna telaga ini untuk kegunaan omestik dan pertanian. Apa pun mungkin kerajaan boleh cadangkan kepada pengusaha-pengusaha pertanian berskala besar yang mempunyai modal baik untuk guna sistem ini kerana dilihat ia mudah untuk kerja diselenggara dan jimatkan wang. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Telaga Tiub Sistem Solar di Pusat Latihan Pertanian, Charok Padang, Sik, Kedah. Dilaporkan daripada segi kos dimana kerajaan negeri Kedah bersedia berbincang dengan petani bagi membantu mereka membeli alat tersebut. Kosnya mungkin akan dibincang lagi dimana dimaklumkan mahalnya sistem itu bukan kerana sistem panel solar itu akan tetapi pada kerja-kerja asas iaitu kerja pengerudian untuk dapatkan sumber air kerana ia memerlukan jentera khusus dan kepakaran khas. Di Kedah setakat ini ada empat petani menggunakan sistem ini dimana ada 2 unit di daerah Padang Terap serta 1 unit di setiap lokasi di Gajah Mati, Pendang dan Pokok Sena. Dilaporkan dalam tempoh sejam dimana keupayaan telaga tiub solar ini dapat mengeluarkan 1,140 liter air. Lazimnya menurtu pegawai Jabatan Pertanian dimana masa terbaik guna sistem ini adalah pada waktu tengah hari dimana petani yang berminat boleh terus dengan jabatan pertanian yang terdekat untuk dapatkan khidmat nasihat.


Baru-baru ini pada April 2024 dilaporkan dimana '
Kemarau: KADA jangka 5,000 hektar padi terjejas, solat mohon hujan' menarik di kongsikan sebagai salah satu cara mennangani isu kemarau di Kelantan. Dilaporkan aktiviti solat sunat istiaqa dilakukan bagi memohon hujan dan membantu mengurangkan masalah petani di Stesen Pam Kemubu, Kota Bharu untuk memohon hujan. Kira-kira 5,000 daripada lebih 9,000 hektar kawasan padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan terjejas jika kemarau dilaporkan kini semakin meruncing. Menurut Pengerusi KADA, Muhammad Hussin nyatakan ini berlaku berikutan kawasan berkenaan sangat kering mengakibatkan tanah merekah dan tanaman itu rosak teruk. Kini sawah padi di Kota Bharu Selatan dan Kota Bharu Utara antara yang terjejas dan banyak yang tidak dapat diselamatkan. Anggaran jumlah kerugian keselurunan hanya akan dapat diketahui pada hujung musim selepas acara solat sunat istisqa bagi memohon hujan di Stesen Pam Kemubu di sini pada Jumaat. Ada seluas 4,000 hektar sempat dibantu melalui pembinaan sistem telaga tiub dengan peruntukan sebanyak RM500,000. memberitahu sebelum ini sebanyak RM200,000 diluluskan dan RM300,000 pula diluluskan dalam mesyuarat pengurusan dua minggu lalu. Sekarang pembinaan telaga tiub masih dilakukan manakala peruntukan juga sedang diagihkan supaya semua kerja-kerja itu dapat diselesaikan dengan segera. Selain itu KADA turut berharap pembinaan pam air Kemubu 3 dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu Jun 2026 dan dapat menangani masalah kekurangan air ketika kemarau. Kini pam sedia ada tidak mampu berfungsi kerana paras air terlalu rendah ketika kemarau iaitu 2.48 meter sedangkan pengeroperasiannya pada paras 3.5 meter. Ada seramai 300 jemaah menyertai solat sunat istisqa dengan harapan dapat membantu petani menghadapi masalah itu. Media sebelum ini melaporkan KADA membuat keputusan melakukan pembenihan awan lebih awal berikutan kemarau luar biasa di negeri ini mengakibatkan kerosakan serius tanaman padi. Kemarau paling teruk dalam sejarah penubuhan KADA kira-kira 50 tahun lalu itu turut mengakibatkan ribuan hektar hektar padi rosak.


Dalam pada itu sebuah portal kerajaan negeri laporkan dimana '
RM300,000 tangani kesan el Nino di kawasan pertanian' di Kelantan telah di umumkan pada 3 April 2024. Apa pun dilaporkan dimana di Kota Bharu kerajaan negeri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 bagi menyediakan telaga tiub dan pam air bagi mengatasi masalah kekurangan air di kawasan pertanian. Menteri Besar Kelantan Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata dimana kalau sebelum ini kerajaan negeri melulus peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan tersebut kesan fenomena el Nino sekarang kini ia ditambah lagi. Pihak Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi sentiasa memantau aktiviti pertanian ekoran musim kemarau. Dilaporkan baru-baru ini kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi. Kini dengan sejumlah tambahan lagi peruntukan sebanyak RM100,000 sudah pun menjadikan jumlah keseluruhan RM300,000 dibelanjakan bagi membina telaga tiub dimana kalau tidak cukup insyaAllah kerajaan negeri akan boleh tambah. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di MABNA Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini. Penulis blog yang beberapa tahun pernah terlibat dengan menyediakan telaga tiub atau di sesetengah negeri ia dipanggil sebagai 'Air Boring' sahaja. Boring itu berasal dari perkataan 'menggali' atau 'bore' tanah sehingga menjumpai air bawah tanah yang dicari. Sila baca tulisan saya dengan pautan berikut (Sila Klik disini). Air ini sebenarnya ialah air yang dipamkan melalui proses pengerudian (boring) dari air bawah tanah ke permukaan tanah melalui laluan paip. Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil dari lapisan batuan keras granite atau batuan keras lain dan air disedut dari dalam tanah lebih 20 meter atau beratus meter daripada permukaan bumi. Air yang diekstrak dipercaya lebih berkualiti kalau dibandingkan dengan air dari permukaan sungai dan kolam. Air telaga tiub ini selalunya akan menjadi bekalan air yang banyak digunakan di beberapa lokasi sebagai bekalan harian. Perkara yang penting untuk menentukan air mata di kawasan untuk digali telaga tiub ini adalah lokasinya. Bukan semua kawasan adalah sesuai untuk digali kerana di sesetengah tempat, airnya akan berbau busuk dan berwarna merah disebabkan mengandungi toksik logam atau air asidik yang tidak sesuai bagi digunakan sebagai air minuman atau pun air untuk tanaman. Selain itu juga sebaiknya kawasan yang berhampiran dengan sistem kumbahan seperti tangki kumbahan adalah tidak sesuai digali kerana air kumbahan mungkin akan diserap masuk ke dalam air bawah tanah itu dan tercemar air bawah tanah kawasan tersebut. Tambahan pula, kawasan yang terdapat air paya, sawah padi, kawasan tanah gambut dan berhampiran laut juga tidak sesuai untuk digali telaga tiub. Walau pun pada setengah lokasi warna dan rasa air bawah tanah ini agak berlainan dengan air paip akan tetapi ujian perlu dijalankan untuk menilai akan kualitinya sebelum ia digunakan. Tempat yang sesuai adalah di kawasan tanah liat dan di bawahnya terdapat lapisan pasir yang bertindak sebagai penapis semula jadi sebelum air tersebut disedut ke permukaan bumi. Kualiti air yang disedut dari air bawah tanah adalah mempunyai risiko untuk diminum terus. Ia mempunyai kebarangkalian pengguna yang meminum air bawah tanah tanpa rawatan terdedah dengan bakteria leptospira yang akan menyebabkan penyakit leptospirosis atau dikenali sebagai penyakit kencing tikus. Di samping itu dilaporkan dimana air tanpa rawatan mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan pengguna jika menggunakannya dalam masa jangka panjang. Bagi kegunaan domestik air yang bersih merupakan salah syarat utama untuk kehidupan manusia. Sebaiknya penggunaan air bawah tanah mendapat lesen penggunaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa air tersebut adalah selamat diminum mengikut standard yang ditetapkan bawah 'Air Minuman Berbungkus' dan 'Air Mineral Semula Jadi' Jadual ke-25 dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!...
MUSIM KEMARAU... SUDAH TIBA....
AIR KURANG... TANAMAN SIKSA...
BAJET KERAJJAN...SELALU ADA...
TELAGA TIUB.. ANTARA DIBINA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.