Wednesday, April 10, 2024

BAGAI MENDAPAT DURIAN RUNTUH

SELAMAT HARI RAYA 1 SYAWAL 1445H TAHUN 2024...
Peribahasa lama 'BAGAI MENDAPAT DURIAN RUNTUH' memang satu ungkapan yang masih relevan dan masih digunakan dikalangan masyarakat tempatan masa kini. Peribahasa yang berasaskan kepada sifat pokok durian ini yang mengugurkan akan buah yang telah masak untuk ia dijadikan asas didalam penciptaan ungkapan indah ini. Merujuk beberapa sumber manyatakan maksud atau makna peribahasa ini adalah 'Mendapat untung banyak yang tidak disangka-sangka atau tidak perlu bersusah payah'. Kalau dahulu bentuk perniagaan yang konvensional agar sukar untuk mendapatkan untung yang banyak yang tidak disangka-sangka tetapi di zaman milenium ini dilaporkan ada ramai yang berniaga atas talian (On-line busines) yang menjadi kaya mendadak dengan adanya kemudahan di internet. Dilaporkan ada ramai mereka dari pelbagai umur menjadi jutawan setelah berjaya menjadi youtubers, tiktokers, bloggers, IG, medsos lain dan sebagainya ibarat 'bagai mendapat durian runtuh' sahaja kaedahnya. Bagi menjelaskan ungkapan ini boleh juga dijadikan ayat contoh seperti 'Encik Arif Aiman bagai sudah dia mendapat durian runtuh apabila memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah telefon bimbit (HP) jenama I-phone berharga RM5,000 keluaran terkini setelah memasukki pertandingan cabutan bertuah dipasaraya bulan lepas'. Rezeki seseorang itu memang berlainan diantara individu apa lagi kalau mendapat rezeki yang tidak dijangka-jangka. Pada penulis blog dimana di Malaysia sudah ramai juga warganya yang mendapat 'durian runtuh' seperti menerima atau menjadi pemenang dalam Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional saban bulan dan hadiah bonanza di penghujung tahun. Memang sudah berpuluh orang yang jadi gembira setelah menjadi pemenang juga dalam lain-lain cabutan bertuah oleh pelbagai syarikat belibelah dan pihak lainnya. Pendek kata rezeki seseorang yang tidak dijangka ia akan datang dengan kehendak Allah jua. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana kaitan antara peribahasa 'Bagai mendapat durian runtuh' dalam aspek teknikal pertanian dan insiden sebenar kisah yang telah berlaku dalam laporan media.


Tanaman Durian
(Durio zibethinus Murr.) merupakan satu tanaman atau satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian varieti premium masa kini. Kalau dahulu aktiviti penanaman durian dilakukan secara tradisional dan guna pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 550 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian terkini pada tahun 2021 adalah seluas 78,772 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 400,636 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2021). Aktiviti penuaian durian adalah antara perkara yang agak unik berbanding dengan penuaian hasil tanaman buah-buahan tropika yang lain. Ini kerana di Malaysia buah yang matang akan gugur ketanah secara semulajadi (Sila lihat semulajadi). Jangkamasa kemasakan bagi buah durian iaitu dari bunga selalunya mula berkembang hingga buah masak dan gugur ialah di antara 90 - 120 hari bergantung kepada varieti yang ditanam. Tempoh kemasakan bagi varieti durian berlainan mengikut varieti ditanam dan faktur cuaca. Buah yang masak selalunya adalah ringan dimana terdapat bunyi geseran ulas-ulas isi dengan bahagian pangsa. Di Thailand ada alat khas iaitu APBD yang digunakan untuk mengesan perkara ini (Sila klik disini). Apa pun ada panduan untuk menentukan masa sesuai untuk memetik buah durian berubah mengikut cuaca setempat dan ciri-ciri buah. Beberapa ciri-ciri buah durian yang matang yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menentukan masa yang lebih tepat bagi memetik buah durian termasuk akan didapati berlaku kejadian ring yang nyata di pangkal duri bagi 80% permukaan buah. Buah matang juga mempunyai sisik di kulit tangkai durian yang mudah luruh dan dilihat ada perubahan warna pada buah serta bahagian tangkai buah di lapisan absis menjadi semakin tebal. Buah durian dalam satu ladang tidak masak serentak dan akan luruh atau gugur dalam tempoh 4 minggu. Pada minggu pertama lazimnya apa yang penulis blog periksa dimana kualiti buah agak tidak bermutu yang akan luruh. Peluruhan adalah kemuncak pada minggu kedua dan ketiga dan menurun pada minggu berikutnya. Buah durian boleh luruh pada bila-bila masa dalam sehari iaitu pada waktu siang atau malam untuk dikutip, dibersihkan, digredkan dan dimakan atau dijual.


Sebaiknya hasil buah durian yang gugur sendiri mempunyai daya penyimpanan yang pendek iaitu di antara 3- 5 hari. Jika buah durian tersebut melibatkan jarak penghantaran ke destinasi tempatan tidak bermasaalah kerana boleh dihantar dengan kadar segera adalah penting. Jika jadual penghantaran tidak dapat dilaksanakan dengan segera sebaiknya buah durian perlu disimpan di dalam keadaan yang sesuai sama ada diproses untuk aktiviti penyimpanan buah durian dibuat dalam bentuk sebiji buah dan diambil isinya. Teknologi penyimpanan durian di Malaysia menunjukkan bahawa buah durian segar boleh disimpan selama 7 hari sahaja pada suhu 25°C - 30°C dengan kadarn 85% - 90% nilai kelembapan bandingan. Buah durian yang disejukbekukan pada suhu 23.2°C boleh dilanjutkan tempoh penyimpanan kepada dua (2) bulan tanpa menjejaskan mutu isinya. Buah yang belum masak tidak sesuai disimpan pada suhu 10°C atau kurang kerana secara teknikalnya ia boleh menyebabkan warna kulit menjadi hitam dan buah tidak masak bila suhu dinaikkan. Tempoh bagi penyimpanan buah tanpa bungkusan pada suhu 10°C dan 85% - 90% RH adalah 14 hari. Penyimpanan isi durian tanpa kulit akan menjimatkan kos ruang. Teknologi lain dimana ulas-ulas durian boleh juga disejukbekukan dengan cepat ke suhu 60°C dan kemudian disimpan pada suhu 8°C. Ulas-ulas durian ini boleh disimpan selama satu tahun tanpa menjejaskan mutu. Ulas-ulas durian boleh juga disejuk bekukan ke suhu 23°C dan boleh disimpan selama 3 bulan. Teknologi ini menggalakkan pengeksportan buah durian ke destinasi yang mengambil masa lama dalam perjalanan di samping penjualan isi durian di luar musim. Berbalik kepada tujuan pasaran tempatan lazimnya kaedah penggunaan lori yang berbumbung yang ditutup dengan kanvas adalah disyorkan untuk tujuan membawa buah durian ke destinasi tempatan. Bakul-bakul jenis rotan atau kayu atau kotak Corrugated Fibre Board (CFB) yang berisi buah durian perlu disusun dalam satu atau dua lapisan supaya masih ada pengudaraan di persekitaran lori. Waktu yang sesuai yang digalakkan bagi pengangkutan buah ialah di waktu malam untuk mengurangkan kemerosotan mutu buah. Bagi pasaran luar negeri pula kini pengangkutan dengan kapal laut lebih murah. Selalunya kontena kargo perlu ditetapkan suhunya pada paras 10°C - 15°C dengan 85% - 90% RH. Walau pun lazimnya sebilangan besar pengeluaran durian adalah untuk penggunaan tempatan namun kini sudah ada durian yang dieksport ke China dengan kapalterbang. Teknik sejuk beku durian telah diperkenalkan untuk membantu membolehkan buah durian di ekspot keluar negara seperti tinjauan penulis blog di Raub yang di hantar ke USA (Sila lihat foto disebelah). Durian segar yang dijual di gerai tepi jalan biasanya durian dijual melalui peraih kepada pengguna dimana terdapat juga durian dijual di tepi jalan oleh pekebun sendiri. Bagi pasaran eksport pula aktiviti ini adalah dijalankan hanya boleh dibuat oleh pemborong dan pengeksport yang berwibawa. Banyak juga penulisan saya yang telah dijadikan bahan rujukkan oleh pensyarah, pelajar, pengusaha serta penyekidik mengenai durian. Sudah berjuta pembaca yang membaca berdasarkan kepada analisis data yang tekah saya buat. Ada sesetengah yang menggunakan maklumat dari blog saya untuk dijadikan buku, jurnal dan tesis sebagai bahan rujukan. 


Dalam portal bharian.com dilaporkan kisah 'Ini barulah 'durian runtuh' dimana kalangan penduduk Kampung Tanah Paya Langkap, Limbang di Sarawak ada menunjukkan durian kura-kura di kebun yang ada kelainan musim ini. Kisah dari Sarawak menyatakan dimana kalangan para penggemar durian tempatan di Sarawak kini 'berpesta' apabila Raja Buah itu melambak di pasaran sejak lebih sebulan lalu. Namun ketika orang ramai berebut-rebut membeli durian pelbagai variati yang dijual pada harga rendah, ada yang mungkin tidak mengetahui malah tidak pernah melihat sejenis durian yang dikenali sebagai 'durian kura-kura' yang hanya ditemui di utara Sarawak, khususnya Limbang dan Miri. Durian kura-kura unik kerana ia berbuah di batang dan pangkal pokok, tidak seperti durian lain yang berbuah di dahan. Dilaporkan penduduk Kampung Tanah Paya Langkap, Limbang, Sukirny Mokti, 39, berkata durian unik itu mendapat namanya kerana kedudukan buahnya di pangkal sehingga mencecah tanah. Asal usul durian itu digelar durian kura-kura oleh penduduk tempatan di Limbang ini ialah kerana kedudukan buahnya yang rendah, bukan seperti dakwaan yang mengatakan bau durian itu seperti bau kencing kura-kura. Didakwa memang jauh lari dari fakta kerana yang sebenarnya penduduk tempatan memberi gelaran itu sebab buahnya berada di kedudukan rendah sehingga kura-kura pun boleh mencapainya. Dakwa Sukirny dimana ada satu lagi keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Durian kura-kura mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri yang apabila matang tekstur durian itu seperti buah nangka, sedikit berair dan manis seperti cempedak atau nangka tetapi jika dipetik ketika belum cukup matang rasanya seperti kubis manis. Saiz ulasnya dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan (sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga) cuma isinya dilihat berwarna putih. Saiz buah serta biji durian kura-kura berwarna hampir sama seperti biji buah pakan (biji berwarna coklat)," katanya. Durian kura-kura perlu dipetik kerana buahnya tidak luruh seperti durian biasa dan cara mengetahui buah cukup matang ialah dengan mengetuk kulitnya. Ia sama dengan cara mengetahui buah nangka atau cempedak yang sudah matang usianya sebelum dipetik. Durian kura-kura berbuah sama musim dengan durian lain dan pemiliknya perlu kerap menjenguk kerana bimbang kedudukan yang rendah menyebabkan buahnya diganggu pelbagai haiwan liar selain tupai atau kera. Dalam masyarakat Bisaya di Limbang dimana durian terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu 'Lampun' iaitu durian biasa, 'Lalit' iaitu sejenis durian kuning dan yang ketiga 'Dedaan'. Dedaan itu pula ada dua jenis iaitu durian Pakan dalam kategori 'Deda'an Sawat' kerana ia berbuah di dahan, manakala durian kura-kura pula adalah 'Deda'an Ser'iba' kerana buahnya di pangkal pokok. Bagaimanapun tidak dapat dipasti dari mana asal usul durian kura-kura dan mengapa ia hanya ditemui di utara Sarawak khususnya di Limbang dan Miri. Pokok yang ada sekarang kebanyakan diwarisi daripada generasi terdahulu dan kemungkinan spesies durian kura-kura adalah spesies durian liar. Adalah dipercayai durian itu ditemui oleh nenek moyang kami masyarakat Bisaya ketika mereka membuka hutan untuk tanaman padi huma pada zaman dahulu dan kemudiannya mengambil biji durian itu untuk ditanam. Berikutan keunikan durian itu ramai yang cuba menanamnya, namun boleh dikatakan 90 peratus tidak menjadi. Ia mungkin disebabkan faktor cuaca mahupun pengaruh tanah dan alam sekitar yang membuatkan durian sukar untuk hidup. Faktor itu mungkin yang menyebabkan durian kura-kura hanya ditemui utara Sarawak khususnya di Bahagian Limbang.


Kisah dalam media tempatan bertajuk 'Cikgu Rosli jadi 'jutawan ekspres' bila menang RM1 juta' amat sesuai dan amat berkaitan dengan peribahasa ini, Beliau dan isterinya dilihat menerima replika cek RM 1 juta selepas beliau memenangj cabutan bertuah BSN SSP pada satu majlis pelancaran modul celik kewangan KPM BSN Sekolah sekolah rendah dan Sekolah Menengah di Evo Mall Bangi.  Seorang guru yang bakal bersara tahun hadapan menerima 'durian runtuh' apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-92. Guru Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu Bagan Serai, Perak (59) dakwa dia tidak menyangka akan memenangi RM1 juta hasil usahanya menyimpan secara konsisten dalam BSN SSP sejak tahun 2009. Apa pun dakwanya peribahasa 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian' menjadi tuah buat dirinya yang dinobatkan sebagai pemenang bagi bulan September 2023. Dia yang mula menabung SSP dengan simpanan serendah RM200 kemudian naik ke RM500. Mungkin juga keberkatan orang berikan duit pada saya (seperti) daripada anak-anak dan sesiapa yang sumbang, saya akan simpan," katanya selepas Majlis Pelancaran Modul Celik Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan BSN Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sebuah pusat beli-belah di Bangi. Ditanya mengenai perancangannya terhadap wang dimenangi itu dia nyatakan dia akan digunakan mengerjakan ibadah haji selain menampung perbelanjaan dua orang anaknya yang kini menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT). Dakwanya dia mahu pergi Haji kerana umrah saya sudah pergi tahun 2016. Kalau nak ikut giliran memang lambat lagi. Alhamdulillah rezeki yang ada hari ini dapat saya pergi dengan cepat bersama isterinya. Kalau pergi dengan Tabung Haji atau cara pintas pun perlu RM30,000. Kalau dua orang RM60,000. Nak elok sikit mungkin lebih RM50,000 untuk seorang. Rosli turut menyatakan dia memilih membuat simpanan dalam BSN SSP adalah kerana berminat dengan hadiah lumayan ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan. Dia yang berminat tengok orang dapat rumah banglo, kereta mewah dan wang tunai.  Padanya dia rasa ini peluang yang tidak rugi untuk dilakukan bagi tujuan simpanan kita, ditambah pula kadar dividen ditawarkan. Menambah lagi dakwanya daripada segi simpanan kewangan, perlunya ada sasaran jangka masa pendek dan panjang. Dia juga amat  kagum dengan hadiah dari BSN SSP ini yang juga disebabkan peningkatan hadiah itu makin bertambah dan ia menyebabkan saya berasa seronok sangat. 
Semuga artikel ini memberi info berguna berkaitan peribahasa 'Bagai Mendapat Durian Runtuh' kepada semua pembaca setia bagi blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAGAI MENDAPAT... DURIAN RUNTUH SAJA...
RUNTUH BANYAK... PREMIUM JENISNYA...
MENDAPAT REZEKI... TIDAK DISANGKA...
BERSYUKUR SAHAJA... SEDEKAH JUGA...

SELAMAT HARI RAYA 2024!....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.