Tuesday, April 9, 2024

DAGING KAMBING - APA PERLU TAHU

DAGING KAMBING
adalah sejenis daging yang dihasilkan dari Kambing. 
Daging kambing merupakan daging yang diperoleh daripada haiwan ternakan kambing yang dibela jinak (Capra aegagrus hircus). Setakat 2020 dilaporkan iaitu daging kambing dimakan oleh lebih daripada 10% populasi dunia yang mana kompposisi ini adalah 6% daripada penggunaan daging merah sedunia. Dilaporkan daging kambing juga ia merupakan makanan ruji di Afrika, Asia dan Amerika Selatan serta AmerikaTengah dimana ia juga adalah sejenis makanan istimewa dalam masakan Eropah. Dalam bahasa Inggeris daging kambing di panggil mengikut terminologi khas iaitu LAMB, MUTTON dan HOGGET iaitu mengikut jenis kambing, umur kambing dan negara pengeluar atau pengguna. 'Lamb' adalah daging kambing bebiri dibawah umur 12 tahun dimana giginya belum tumbuh penoh. 'Mutton' pula adalah nama daging kambing bagi bebriri betina atau bebiri jantan yang di kasi berumur hampir dua tahun. 'Hogget' pula diberikan kepada daging kambing bebiri yang berumur kurang dua tahun. Dalam bahasa Malaysia pula tidak terdapat panggilan khusus daging kambing dengan nyata cuma kita panggil Daging Kambing Kampong, Daging Kambing Bebiri dan tidak dibezakan mengikut umur kambing. Ramai orang Malaysia yang takut makan daging kambing dengan pelbagai sebab diantaranya badan jadi panas, berbau hamis, berbau kambing, pening kepala selepas makan, takut darah tinggi, sakit kepala dan pelbagai alasan lagi. Daging kambing di negara kita sering di masak seperti masak kari kambing, sate kambing, kambing panggang, sup kambing, kambing kuzi dan sebagainya. Daging kambing berwarna merah dengan daging bebiri muda berwarna merah muda dan akan menjadi lebih merah kuat apabila kambing lebih dewasa. Saya masih ingat di kampong dulu ketika zaman kanak-kanak, ada memelihara lebih daripada 40 - 50 ekor kambing kampong dalam satu reban besar. Setiap tahun memang ada makan daging kambing segar selain daripada di jual kepada peraih kambing yang datang dari Serom, Muar, Johor. Pada pendapat saya memelihara kambing adalah menguntungkan kerana hasil yang diperolehi memang sangat menggalakkan. Selain daripada untuk mendapatkan daging kambing yang lazat, aktiviti penternakan kambing mampu menghasilkan Kulit Kambing (Boleh di buat kompang untuk bunyi sangat baik), Tahi Kambing (Sumber untuk di jadikan baja organik yang kaya dengan Amonia), Kulit dan bulu kambing (Untuk kraftangan dan Tekstil), Tanduk Kambing (Dibuat kraftangan) dan Usus Kambing (Digunakan sebagai benang dalam pembedahan). Berbanding dengan ternakan lembu, aktivti penternakan kambing tidak memelukan kawasan luas memadai dengan kawasan seluan 3 ekar untuk kawasan ragutan, kandang dan ada sumber rumput dan makanan dari kawasan lain. Artikel menarik kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" pada subuh ini ditulis berkaitan daging kambing apa yang perlu semua pembaca blog tahu faktanya sebagai bahan bacaan semua.


Kalangan orang Malaysia mungkin agak kurang membeli atau makan daging kambing berbanding dengan beberapa negara lain. Mungkin ramai juga kurang tahu apakah dia p
erbandingan diantara daging lembu dengan daging kambing. Fakta menarik apa yang oenulis blog ingin kongsikan dimana kandungan nutrisi bagi kedua-dua daging ini tidak banyak berlainan dan ia mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama dimana kajian mendapati secara perbandingan iaitu kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza akan tetapi kandungan lemak mungkin berbeza. Dilaporkan dari sudut kalori dan lemak dimana daging lembu adalah pilihan yang lebih sihat berbanding kambing. Dilaporkan dimana setiap 100 gram daging lembu didakwa ia mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak berbanding kuantiti sama bagi daging kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 gram protein dan 8.8 gram lemak. Dalam pada itu analisa berkaitan vitamin dan mineral antara daging lembu dan kambing dimana kedua-duanya hampir sama kaya dengan mineral termasuk Zink (Zn),  Selenium (Se), Phosforus (P), Zat besi (Fe), Tembaga (Cu), Potassium (K), Magnesium (Mg), Sodium (Na), Vitamin B, K dan Vitamin D. Walau bagaimanapun dilaporkan yang daging kambing mengandungi protein yang lebih berkhasiat. Ini adalah kerana kebanyakan kambing tidak diproses dan diternak di dalam ladang tertutup sepertimana lembu. Sering ditanya adakah daging kambing lebih sihat berbanding daging lembu dimana kualiti dan khasiat daging banyak bergantung kepada jenis makanan yang diberikan kepada binatang tersebut. Secara logiknya dimana daging daripada binatang yang diberikan rumput adalah lebih sihat dan bersih. Kalau hendak memilih antara keduanya daging kambing secara amnya lebih sihat kerana perusahaan lembu yang sangat meluas pada hari ini menyebabkan susah untuk mendapatkan daging yang diternak secara organik dan diberikan makanan rumput. Kebanyakan pengusaha akan memberikan gandum sebagai makanan kerana lebih murah dan menggemukkan lembu. Manakala kambing pula kebiasaannya diusahakan serta diberikan makanan yang lebih organik dan semula jadi seperti rumput dan hijauan lain. Walau pun kandungan lemak dalam daging kambing adalah lebih tinggi akan tetapi lemak tersebut adalah lemak sihat. Kadungan lemak omega-3 yang sihat untuk jantung adalah lebih banyak memandangkan ia mengambil rumput sebagai makanan. Dari segi kualiti dari sudut kelembutan dan rasa tentunya lebih baik bagi daging kambing berbanding daging lembu dimana ramai kurang tahu dimana ia sesuai dijadikan daging pilihan utama. Bagaimana pun sebaiknya daging merah harus dielakkan daripada menjadi makanan harian semua kerana ada banyak kajian mendapati bahawa pengambilan daging merah dengan cara berlebihan meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes dan mengurangkan jangkahayat atau umur.


Kalangan umum mungkin tidak berapa faham akan ciri-ciri d
aging kambing berkualiti dan begaimana cara terbaik menyediakan sebagai makanan yang hebat dan berkhasiat. Pada penulis blog adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri daging kambing sangat diperlukan. Hal ini bertujuan agar pembaca blog akan dapat membezakan jenis-jenis daging yang banyak dijual di pasaran. Sama ada membeli daging kambing, daging lembu, daging arnab, daging merah lain dari premis yang mempunyai piawaian dan persijilan ada ciri khasnya masing-masing. Dilaporkan peminat daging kambing tahu dimana premis yang ada menjual daging kambing yang berkualiti dan segar atau sejukbeku. Apa pun dilihat iaitu jenis haiwan ruminan ini mempunyai beberapa ciri-ciri daging yang sedikit berlainan dan perbezaan iaitu aspek dari serat pada dagingnya, warna daging, aroma dagingnya sehingga kepada kandungan nutrisinya. Bagi ciri-ciri daging kambing secara keseluruhan boleh dinilai rasa keunggulan berkaitan dengan kandungan nutrisi yang dimilikinya. Walaupun daging kambing terbilang lebih sihat daripada daging lembu akan tetapi awas kerana perlu memerhatikan porsi yang dimakan dan aspek kekerapannya. Perlu fahami akan beberapa ciri daging kambing yang mudah pembaca semua kenali. CIRI WARNA DAGING dimana semasa memilih daging kambing yang tepat disesuaikan melalui ciri-ciri daging kambing dari warnanya kerana jika dibezakan dengan daging sapi iaitu warna daging kambing memiliki perbezaan yang cukup signifikan. Selalunya dilihat daging kambing mempunyai warna daging merah cerah sedangkan warna daging lembi berwarna merah pucat. Kedua jenis daging tersebut memiliki kesamaan apabila dibiarkan terlalu lama terdedah dimana akan timbul tindakbalas lain dimana akan berlaku perubahan warna pada kedua jenis daging ini. Daging kambing dilihat akan berubah warna menjadi warna merah pucat, merah agak keunguan atau agak coklat. Sedangkan pada daging lembu pula dilihat bila terdedah akan ia berubah menjadi warna menjadi coklat gelap. Ciri kedua adalah TEKSTUR DAGING dimana ciri daging kambing yang sangat mudah dikenali dapat dilihat dari teksturnya dimana lazimnya tekstur daging kambing dilihat ia cenderung terasa lebih halus dan lembut serta memiliki serat-serat yang renggang berbanding dengan ciri tekstur pada daging lembu terasa kasar sebab ia mempunyai serat yang kasar, padat dan berira. menyentuk ciri AROMA DAGING atau bau daging diantara keduanya juga ada kelainan. Mengenal bau daging kambing lebih mudah kerana selalunya ia juga memang mempunyai aroma yang khusus. Ciri-ciri khas daging kambing selanjutnya adalah dapat dikesan melalui aromanya. Apa pun pada daging kambing ada bau busuk atau hamis (Dalam bahasa Jawa dinamakan 'Prengus'). Berlainan dengan daging lembu yang cuma beraroma hamis sahaja dan ada sedikit menyengat. Banyak petua yang mana ia boleh dirujuk bagaimana cara untuk menghilangkan bau prengus daging kambing semasa proses penyediaannya. Ramai orang tidak suka makan daging kambing kerana ciri bau ini. Ciri RASA DAGING diantara daging kambing dan lembu juga sesuai di ketahui. Perbezaan daging keduanya boleh diketahui walau pun ia sudah dimasak. Walau pun di masak dengan pelbagai bahan dan rempahratus sekalipun daging kambing akan memiliki aroma yang kuat dan terasa lebih keras atau liat (Bukan bagi kambing muda) sedangkan bagi daging lembu pula ia walau pun masih  cenderung keras atau liat namun sedikit lebih empuk dibandingkan daging kambing.


Mengambil daging merah termasuk jenis daging kambing merupakan satu kelainan bagi masyarakat di Malaysia dimana trend terkini adalah penyediaan daging kambing panggang. Apa pun kandungan Nutrisi Daging Kambing memang agak berlainan dengan daging lembu bergantung kepada banyak faktur. Selain mempunyai  asas perbezaan ciri-ciri daging kambing dan daging lembu yang sesuai di ketahui adalah dilihat melalui kandungan nutrisinya. Kedua jenis daging tersebut memiliki kandungan nutrisi yang berlainan dimana lazimnya daging kambing mengandungi kandungan lemak total, koletserol dan lemak tepi lebih sedikit. Dalam daging kambing ia memiliki kandungan zat besi, potassium dan thiamine yang lebih tinggi. Bagaimana pun kandungan sodium pada daging kambing lebih rendah dibandingkan daging lainnya sedangkan bagi kandungan protein pada daging kambing dianalisa ia hampir sama dengan daging jenis lainnya. Kandungan lemak tepu (atau lemak jenuh) adalah lebih rendah pada daging kambing dapat dikenalpasti apabila daging kambing dimasak dimana akan terlihat lebih banyak cairan lemak yang keluar menitis. Kandungan lemak jenuh dan kolesterolnya yang rendah menunjukkan bahwa daging kambing cukup sihat untuk dimakan. Beberapa petua untuk memilih semasa membeli daging daging kambing dengan memilih daging yang berwarna pink kecoklatan dengan lapisan lemak putih krim. Sebagai ingatan sebaiknya elakkan membeli daging kambing yang sudah berwarna kelabu atau ia terlalu berdarah atau dilihat mempunyai lemak berminyak yang sangat kuning. Apa pun umur dan jenis haiwan boleh membuatkan warna daging berbeza dimana selalunya daging kambing yang lebih tua cenderung mempunyai warna daging yang lebih gelap. Bahagian dan cara menyediakan menu daging kambing perlu disesuaikan. Bahagian Daging Batang Pinang (Loin dan Sirloin) kambing adalah dimana tekstur dagingnya terbaik kerana ia empuk dan aromanya tidak menyengat. Lemak yang ada pada daging di bahagian ini juga agak sedikit dimana ia sangat sesuai digunakan sebagai menu masakan bergulai (termasuk kari kambing), sate kambing dan rendang. Agak pelik kalau ada kalangan peminat yang suka makan bahagian kaki kambing. Bahagian Kaki Kambing (depan dan peha belakang) pula selalu diminati ramai. Bagian dari paha sehingga kaki memiliki otot yang bertekstur keras dimana selalunya cara memasaknya menjadi roast lamb, kari atau pun masak kicap dengan waktu memasaknya agak lama agar ia lebih empuk. Bahagian Rusuk Kambing mempunyai tekstur yang empuk dimana ia dimasak sebagai rusuk panggang atau sup rusuk. Bahagian yang paling viral masa ini adalah bahagian betis kambing (Shank) yang dijual dalam pelbagai jenis masakkan. Bahagian bahu kambing (shoulder) kambing merupakan diantara bahagian yang dijual dengan harga yang lebih mahal dibandingkan bahagian lain. Bahagian ini apa yang selalunya diketahui dimana ia mempunyai tekstur empuk dan sesuai digunakannya sebagai sate dan steak. Disyorkan juga agar pembaca blog ini dapat memakan sayuran berupa mentimun dan lain-lain setelah makan daging kambing untuk mengawal kes tekanan darah tinggi dan kesan kolesterolnya. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... SELAMAT HARI RAYA 2024....
DAGING KAMBING... ADA DI MALAYSIA....
KAMBING MASAK KARI... ENAKNYA DIA...
KAMBING PANGGANG... PADA HARI RAYA....
PELBAGAI FAKTA .... SUDAH DI CERITA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Syaaban 1445H).
Posted from:
Room 1406, Millesime Hotel,
Iskandar Puteri, Johor Bahru,
Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.