Monday, March 25, 2024

SEPERTI PELANDUK DUA SERUPA

Pilihan peribahasa kali inii adalah 'SEPERTI PELANDUK DUA SERUPA' dimana ia menggunakan haiwan pelanduk atau kancil atau napoh sebagai kiasan yang bersangkutan pada maksud dan terlibat dengan bidang pertanian. Apa pun memang menarik digunakan peribahasa ini sepanjang zaman dimana peribahasa 'seperti pelanduk dua serupa' memberi maksud sebagai 'mempunyai wajah yang sama' atau dapam bahasa biasa sebagai 'pasangan kembar' yang sama atau seiran wajahnya. Walau pun ada individu lain yang sama dengan seseorang ia juga akan dipanggil dengan kiasan 'pelanduk dua serupa'. Dalam media golongan artis dan selebriti adalah golongan yang sering dikait-kaitkan dengan peribahasa ini bagi membayangkan kecantikan atau kesamaan yang ditujukan. Apa pun bagi memahami akan peribahasa ini sesuai dibuatkan ayat contoh 'Seorang ketua kampong telah  menegur Husin kerana dia menyangkakan yang dia itu adalah Hasan yang rupanya seiras kerana ada bidalan seperti pelanduk dua serupa saja ketika majlis kenduri kahwin di kampong'. Mungkin dikalangan manusia memang belum mampu membezakan 'wajah' atau pun 'identifikasi' jika diberikan dua ekor pelanduk yang mana satu abang atau adiknya. Ini kerana jika dilihat seimbas lalu sahaja pun mungkin ramai tidak akan kenal diantara pelanduk jantan dengan pelanduk betina bila melihat wajahnya. Ini kerana kepala dan badan pelanduk yang kecil dan comel ini agak sama sahaja kelihatannya. Ini menyebabkan orang dulu-dulu mendapat idea dengan menyatakan 'pelanduk dua serupa' yang bermakna dua individu yang seiran sahaja kelihatannya. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan kaitan antara peribahasa ini dengan info penting teknologi pertanian dan kisah di media untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


HAIWAN PELANDUK
(Tragulus spp.) atau Kancil merupakan sejenis haiwan mamalia yang kecil dan banyak diperkatakan didalam cerita dongeng kepandaiannya di zaman kanak-kanak lagi. Cerita 'Sang Kancil' dengan pelbagai variasi kisahnya memang merupakan satu ingatan kepada kita semua. Bagaimana pun setelah dewasa kebanyakan pembaca blog hanya dapat melihatnya semasa melawat di Zoo sahaja. Memang sukar untuk anda berpeluang melihat pelanduk hidup liar di hutan. Pelanduk dilaporkan sejenis haiwan berkaki empat dari rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus. Lazimnya haiwan yang didakwa 'cerdik' ini mempunyai berat sekitar 0.7 - 8.0 kg seekor. Bagi ukuran badannya pla cuma sekitar 40 -75 cm dimana ia dikelaskan sebagai haiwan ungulat yang kecil sekali di dunia. Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina dan Pulau Jawa. Sesetengah spesis pelanduk kurang dikenali akan tetapi semuanya adalah dipercayai bersifat nokturnal (aktif waktu malam) dan makan daun-daun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal. Pelanduk dilaporkan hidup secara bersendirian atau ianya berpasangan. Biasanya pelanduk jantan tumbuh gigi taring panjang dimana sama ada [elanduk jantan atau pun betina tidak tumbuh tanduk yang digunakan untuk bertarung. Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain dimana lazimnya pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakan. Membuat beberapa rujukkan dimana pelanduk pada asalnya hanya dikenali dua spesis iaitu dalam genus Tragulus iaitu Tragulus napu (Dikenali sebagai Napuh) yang agak besar saiznya dan Tragulus javanicus (di kenali sebagai Kancil atau pelanduk Jawa) yang saiznya agak kecil. Bagaimana pun kemudian pada tahun 2004, genus Tragulus nigricans dan Tragulus versicolor dipecahkan dari Tragulus napu dan Tragulus kanchil dan Tragulus williamsoni dipecahkan dari Tragulus javanicus. Di Malaysia pelanduk adalah haiwan yang dilindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 atau P.U. (A) 345 dibawah Jabatan Perhilitan dimana pesalah boleh dihukum


Fakta menarik yang pertama mengenai bagaimana 'Bekal pelanduk ke seluruh negara' dilaporkan dalam media tempatan. Biasanya seekor pelanduk dewasa mampu mencapai berat sehingga tiga kilogram (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menternak haiwan pelanduk secara liar mampu untuk menjadikan haiwan itu tidak mengalami stres. Fakta bagaimana perkara itu dikongsikan Hairulnizan Ghazali (45 tahun) yang berpengalaman menternak haiwan itu secara komersial sejak lima tahun lalu. Dakwanya pelanduk cukup dikenali sebagai haiwan yang mempunyai karakter pemalu dan sukar mendedahkan diri apabila berada di hutan. Biarpun dipelihara dalam kurungan dengan suasana seperti habitat semula jadi yang dipenuhi dengan pokok amat penting supaya pelanduk selesa dan tidak berasa terancam. Beliau kini mengambil inisiatif sendiri dengan menanam pokok di dalam kurungan untuk mengadaptasikan keadaan seperti di dalam hutan sebenar. Dia berikan makanan asas pelanduk termasuk daun ludai, daun maya dan daun simpoh air yang dicarinya sendiri di hutan. Kemudian dia turut menanam pokok hutan di sekitar kurungan sebagai stok bekalan makanan. Dilaporkan langkah ini sangat penting untuk memastikan pelanduk yang diternak dapat hidup dengan lebih baik selain dapat mengelakkan stres dimana pelanduk memiliki potensi besar untuk berkembang. Keadaan 'stres' boleh berlaku apabila pelanduk berasa terancam selepas melihat individu yang tidak dikenali dan pemangsa seperti burung hantu serta helang. Pelanduk yang stres akan menunjukkan perubahan termasuk dilihat bersendirian, kurang makan dan warna bulu bertukar. Sekiranya dibiarkan berterusan lazimnya maka pelanduk boleh mati. Pelanduk yang menunjukkan gejala ini akan ditangkap dan dikuarantin selama 10 - 14 hari untuk diberi lebih perhatian. Walau pun menyedari cabaran yang dihadapi, minat mendalam terhadap haiwan liar ini mendorong Hairulnizan menternak pelanduk secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar di Batu Kurau, Perak. Berbekalkan modal dan pengalaman sendiri kini dia bermula dengan menternak 10 pelanduk (tiga jantan dan tujuh betina) di dalam kurungan untuk proses pembiakan. Dia mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk membiakkan pelanduk sehingga berjaya memiliki 70 ekor. Awalnya dalam usaha untuk menangkap pelanduk bagi dijadikan baka induk, dia memohon lesen menangkap haiwan itu daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan kemudian dia memohon lesen untuk menyimpan. Apabila induk sudah stabil maka dia mohon permit pembiakbakaan, lesen menjual hidupan liar dan lesen panel penandaan. Apa pun dilaporkan sehingga kini dia sudah membekalkan pelanduk hidup ke seluruh Semenanjung Malaysia. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam menternak pelanduk adalah kebersihan dan pemakanan. Kebersihan di dalam kandang dapat mengelakkan pelanduk terkena jangkitan penyakit yang diakibatkan oleh cacing. Daripada segi pemakanan pula, ia perlu diberikan mengikut waktu ditetapkan, namun pada kuantiti yang tidak terlalu banyak. Pelanduk mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana selalu ia mendapat permintaan yang tinggi di negara ini. Kini dia sedang menaik taraf kurungan untuk menambah ternakan bagi memenuhi permintaan pasaran. Dia tidak menolak untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk bersama-sama mengembangkan ternakan pelanduk secara komersial.


Kisah dalam media lokal bertajuk '
Pelanduk Dua Serupa copy Wajah Fazura' antara kisah selebriti yang berkait dengan peribahasa ini. Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah. Apa pun disepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan. Proses pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia. Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era. Baru-baru ini tular di halaman tiktok apabila ada seorang wanita berkongsi video tentang daging steak. Tetapi lain pula yang netizen perasan, ramai mengatakan wajahnya begitu mirip dengan pelakon terkenal, Fazura. Bukan sahaja wajah, tetapi suara dan cara bercakap juga sama sehingga membuatkan ramai keliru. Video tersebut mendapat sebanyak 2 juta tontonan dan 100 ribu sukaan sehingga Fazura sendiri memberikan komen kepada video tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kai ini. Wasallam!!!...
SEPERTI PELANDUK.. DUA SERUPA...
PASANGAN KEMBAR...JADI MANGSA...
SELALU DIGUNAKAN... DIMANA SAJA...
DALAM MEDIA... BANYAK KISAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).
Posted from Desaru, Kota Tinggi,
Johor DT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.