Tuesday, March 26, 2024

AGROVOLTAIC - PERTANIAN DENGAN TENAGA

AGROVOLTAIC
merupakan satu terminologi baru yang juga di panggil 'Sistem Agrivoltaik' atau 'Sistem PhotoVoltaic pertanian' yang mana ia kini sedang membangunkan bersama kawasan tanah yang sama untuk kedua-dua kuasa fotovoltaik suria (solar panel) dan juga untuk aktiviti pertanian. Pada penulis blog dimana teknologi baru ini menjanjikan dalam usaha untuk  meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan penggunaan air, di samping memperoleh tenaga dan juga memberikan pendapatan tambahan. Ia adalah konsep baru yang menghubungkan tiga elemen paling asas dalam kehidupan moden iaitu MAKANAN (food), AIR (water) dan TENAGA (energy). Dilaporkan dimana kaedah bagi penggunaan 'Panel Suria' atau 'Panel Solar' kini semakin popular bagi menghasilkan tenaga untuk pelbagai kegunaan dengan teknologi melibatkan 'tenaga yang boleh dipernaharui' atau 'renewable energy'. Panel suria boleh diletakkan tinggi sesuai untuk membolehkan jenis tumbuh-tumbuhan tertentu yang hanya jumlah cahaya matahari yang betul dan kemudian cahaya matahari yang berlebihan boleh dituai untuk tenaga elektrik. Kaedah ini dilihat sebagai satu pendekatan terbaik di Malaysia yang mempunyai sinaran matahari lumayan sepanjang tahun untuk di laksanakan. Pada penulis blog walau pun pernah melihat prosek seperti ini di beberapa lokasi mendapati ia boleh dijadikan salah satu pendekatan dimasa akan datang dengan lebih meluas. Kaedah ini mampu menghasilkan lebih banyak pendapatan negara berbanding dengan jika tanpa aktiviti tanaman di bawahnya. Agrivoltaics ialah hubungan simbiotik di mana kedua-dua panel solar dan tanaman mendapat dimanfaatkan kerana ia membantu antara satu sama lain untuk berprestasi lebih baik melalui amalan agronomi yang selamat dan cekap. Pada zaman ini mungkin sudah ramai di antara pengguna yang mahukan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui dapat dilaksanakan dalam negara akan tetapi di manakah kawasan yang sesuai bagi tujuan meletakkan semua panel solar perlu di lakukan berdasarkan perundangan sedia ada. Ini kerana apabila pemasangan solar semakin berkembang maka ia mungkin boleh menganggu kelestarian penduduk yang berhampiran untuk jangkamasa panjang. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis untuk memahami apakah dia maksud pertanian 'Agrovoltaic' yang sudah mula di sebut umum sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua. Ini kerana hasil dari kerja penyelidikan yang dilakukan oleh saintis Perancis Christophe Dupraz dan pasukannya dimana ia menunjukkan bahawa sistem agrivolta ini mampu untuk meningkatkan produktiviti tanah global daripada 35% kepada 73%. Wow!...


Dilaporkan dimana pakar sains berkaitan dengan teknologi aplikasi Sistem Tenaga Suria membuat penyelidikan bagi dapat mengetahui bagaimana sinaran suria dan tanaman makanan boleh dilaksanakan. Banyak kajian di negara maju terutama yang beriklim temperate dan beriklim tropika yang dijalankan bagi mendapatkan teknologi paling terbaik untuk tujuan ini. Salah satu kajian yang dilakukn di beberapa negara seperti di Swit
zerland, Jerman dan Austria sebagai projek perintis dimana saintis menggunakan 720 modul solar dwi-muka yang meliputi sekitar 1- 3 hektar. Mereka memasang panel dengan cukup tinggi dimana cara ini akan membolehkan beberapa jenis tanaman terpilih akan menerima jumlah cahaya matahari yang hampir sama seolah-olah mereka tumbuh secara semula jadi dalam keadaan biasa. Apa dilaporkan dimana kegiatan pertanian dimulai pada milenium ke-4 pada desa perbukitan di bahagian tenggara Turki. Aktiviti pertanian dimulakan dengan secara sederhana dengan benih tanaman sesuai seadanya dan sistem peralatan  sederhana. Sebenarnya di peringkat awal tiada perancangan memasang infra asas dan peralatan khas untuk bertani. Kemudian apabila semakin meluas dan lama teknologi agrovoltaic ini dilihat sudah semakin banyak peralatan dan rekabentuk yang lebih cekap dan effisien. Kini dilihat yang teknologi agrovoltaic ini merupakan inovasi berkonsepkan 'win-win approach' yang walau pun kos agak tetapi tetapi sesuai untuk jangkamasa panjang dan mesra alam. Sebenarnya teknologi ini maka semua kegiatan sektor pertanian terutamanya untuk tanaman makanan dan ternakair dilihat iamenjadi lebih mudah untuk dilakukan oleh manusia. Berbagai inovasi berhasil diciptakan dan sudah digunakan di lapangan dimana ada sebahagian negari yang sudah dibuat di negara kita. Paling canggih dimana teknologi sistem fertigasi yang moden amat sesuai dengan konsep inovasi pertanian agrovoltaic ini yang menguntungkan beberapa pihak.


Penulis blog ingin kongsikan akan beberapa fakta menarik mengenai teknologi agrovoltaic ini sebagai cara memehaminya. Fakta pertama dimana cara ini boleh m
engoptimakan hasil disesuatu kawasan sehingga 186%!. Apabila penduduk di seluruh dunia kian mengalami peningkatan di setiap tahunnya dimana akibat dari peningkatan penduduk berbanding adalah terbalik dengan ketersediaan kawasan sesuai pertanian yang sentiasa mengurang. Berlaku juga isu persaingan diantara sektor pertanian yang menghasilkan makanan dengan sektor tenaga yang juga semakin meningkat keperluannya. Kini dilaporkan sudah ada satu inovasi iaitu namanya Agrivoltaic atau pun  AgrovoltaicAgrivoltaic memiliki konsep penggabungan iaitu antara pertanian dan penghasil tenaga letrik dimana dengan cara memanfaatkan sumber energi yang tidak pernah habis di dunia iaitu dari matahari (sun). Sementara itu dimana maksud 'Agrivoltaic boleh ia membantu mengatasi kedua isu ini dalam kekurangan kawasan untuk pertanian masa kini. Fakta pertama adalah dimana  Agrivolatic mengkombinasikan diantara sektor pertanian dan tenagaPertanian dan energi adalah kedua aspek yang memakan banyak kawasan namun sangat penting untuk kehidupan manusia. Konsep Agrovolatic yang menggabungkan keduanya adalah satu sinergi atau dikenal juga dengan istilah sebagai 'Green Deal'. Hasil dari kombinasi keduanya meningkatkan efisiensi kawasan tanah lapang sehingga 186%. Pada penulis blog dimana sistem Agrivolatic menggabungkan pertanian dan energi dalam satu lokasi yang mana ada panel solar dipasang yang bertujuan untuk menyerap cahaya matahari untuk menjadi tenaga.  Dalam pada itu dibawahnya dipasang sistem tanaman (sepertii fertigasi) bagi penanaman pelbagai jenis tanaman akanan yang diperlukan. Fakta kedua adalah dimana sistem agrovoltaic mampu menghasilkan simbiosis mutualisme dimana sistem ini merupakan kaedah penyelesaian yang lebih menguntungkan bagi kedua belah pihak. Pihak diantara penjana tenaga dan sektor pertanian adalah bentuk simbiosis gabungan yang boleh memberi keuntungan dimana bagi sektor pertanian ia mengurangkan proses penguapan (respiration) disebebkan atau akibat suhu panas matahari yang terlalu terik dimana umumnya ia kurangkan kes-kes kematian tanaman akibat kekeringan. Sistem Agrovoltaic juga berpotensi aspek penggunaan air. Panel solar yang dipasang juga mampu potensial untuk mengurangi kebutuhan air. Bagi sistem fertigasi pastinya ia menjimatkan bil letrik yang dijana dari panel solar. Pastinya panel solar yang banyak akan menjadi suber tenaga yang besar untuk komuniti. Apabila ada tanam lazimnya ia akan menurunkan suhu (suhu keliling jadi rendah) kerana faktur kelempaban dari sistem tanaman. Ini beri keadaan dimana panel solar akan bekerja lebih optimal jika berada pada suhu rendah. Selain itu ada penjimatan kos merata tanah bagi tanaman sistem fertigasi kerana kos meratakan tanah disekalikan dengan kos pemasangan panel solar diperingkat awal. 


Fakta seterusnya dimana sistem sgrovoltaic ini mempunyai beberapa jenis yang mmana ia boleh disesuaikan dengan keperluan. Sistem ini boleh disesuaikan sama ada ia berskala mega, skala sederhana atau skala kecil untuk di rekabentuk mengikut keperluan. Apa pun semasa membuat perancangan dimana  perlu juga 
mempertimbangkan beberapa faktor utama termasuk apakah jenis-jenis tanaman premium yang ditanam. Setiap tanaman memiliki kehendak agronomi yang berlainan termasuk keperluan cahaya matahari, jangkahayat, masa menuai, sistem pertumbuhan (jenis pokok, menjalar atau umbisi) dan terpenting sesuai untuk ditanam dengan adanya naungan panel solar diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Merujuk kajian dilakukan dimana konsep Agroviltaic ini ada 3 jenis sistem rekabentuk iaitu Ground Mounted, Elevated dan Solar Greenhouse. Jenis Ground Mounted sesuai dipasang bagi sistem berskala besar dimana susunan panel solar adalah senget (miring) sehingga boleh disesuaikan dengan tanaman agar menerima cahaya matahari berlebihan. Jenis Elevated pula panel solar akan disusun dengan sistem lebih renggang dan jarak lebih jauh diantara panel solar dimana ia sesuai untuk tanaman yang berukuran besar. Paling selalu dilihat adalah jenis Solar Greenhouse yang mana ia adalah merupakan sistem yang menggabungkan diantara panel solar dengan struktur rumah hijau (greenhouse). Greenhouse boleh menggunakan tenaga letrik dari panel solar yang dihasilkan untuk menjana keperluannya seperti pencahayaan, pam air, mengawal suhu dan menjalankan sistem pengairan. Fakta setrusnya dimana terdapat beberpa masalah atau isu dalam sistem ini semasa pengoperasiannya. Antara cabarannya adalah dimana kos pemasangan sistem ini dilihat sangat mahal dimana panel suria adalah kelengkapannya adalah dikenali sebagai bahan yang tinggi kosnya. Dalam aspek pertanian akan dilihat tanaman perlu di tukar-tukar atau dilakukan penggiliran tanaman agar kejadian serangan perosak dan penyakit dapat di minimakan agar memberikan hasil yang banyak dan berkualiti. Oleh kerana cuaca di tropika ini panas dan belum banyak kajian dilakukan perlu waspada akan faktur Return to Investment (ROI) yang perlu di teliti dari peringkat awal lagi. Bagaimana pun bagi penulis blog percaya yang sistem agrovoltaic ini memang mempunyai potensi yang besar di masa depan di Malaysia. Ia selaras dengan beberapa buah negara maju yang sukses memempraktikkan sistem ini selaras dengan konsep revolusi hijau (green technology) yang di war-warkan. Di laporkan beberapa negara yang maju dalam sistem ini termasuk di Eropah, Jepun, Korea Selatan, China dan USA. Malaysia sebagai negara tropika mampu melaksanakan sistem agrovoltaic ini dengan baik melalui perancangan strategik menjana tenaga eletrik dan ia mampu untuk menjamin pengeluaran makanan. Selama ini isu kebergantungan penjanaan eletrik menggunakan minyak dan arang batu boleh di tinggalkan dan diggantikan dengan guna panel solar bagi menjana eletrik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM AGROVOLTAIC... INOVASI ADA...
GABUNG PERTANIAN... DAN TENAGA...
SESUAI DI GUNA... DALAM MALAYSIA...
TENAGA DIJANA... MAKANAN DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.