Sunday, March 31, 2024
POTENSI MAKAN UBI YACON
Saturday, March 30, 2024
CARA BAGI MENGHALAU BURUNG GAGAK
Cara menghalau burung termasuk burung gagak hitam pertama adalah dengan cara memasang 'Birds Spikes'. Biasanya kita panggil Birds Spikes atau sebagai 'Paku Burung' apabila ingin memasangnya. Kaedah ini dilihat sesuai atau boleh ia dipasang iaitu disekitar permukaan tepi bumbung atau dibahagian tepi kawasan tingkap atau mana-mana tempat binaan yang biasanya burung termasuk gagak akan datang bertenggek. Penggunaan alat Spikes Burung ini selalunya ia mampu menghalang burung dari turun untuk hinggap kerana paku tajam menyakitkannya dimana ia tidak akan singgah di kawasan tersebut lagi setelah kemudian mengetahuinya. Birds Spikes ini ada dalam berbagai bentuk dan dibuat samada dari bahan besi atau plastik. Pilihan jenis spikes adalah bergantung kepada jenis burung yang biasa datang hinggap di lokasi atau diatas dahan pokok juga (Boleh menggunakan jenis dawai berduri yang dililit didahan pokok jika mahu). Penulis blog palig lazim melihat pesawah, pekebun buah dan penternak ikan kolam yang memasang JARING BURUNG atau sebarang jenis jaring sesuai di lokasi khusus dimana ia menghalang pergerkan burung. Apa pun biasanyan kaedah memasang jaring amat sesuai untuk menghalang kedatangan burung di kawasan yang terbuka luas. Cara ini adalah untuk menghalang burng masuk ke kawasan kebun atau di kawasan dikawasan gudang. Dengan memasang jaring yang bersesuaian bergantung pada saiz burung yang mahu dihalang lazimya kemudian premis dapat dihindari dari serangan burung. Dalam menghalau burung ada kaedah atau cara dengan Memasang ALAT ULTRASOUND atau digelar juga sebagau alat ultrasonik atau Alat Sonik. Ia sesuai bagi kawasan yang diganggu burung seperti dikawasan yang ramai orang dimana cara ini adalah agak berkesan dan selamat. Alat ultrasonik mengeluarkan bunyi berfrekuasi tinggi atau rendah yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia tetapi tidak disukai oleh haiwan burung untuk mendekatinya. Bunyi itu sebaliknya memberikan gangguan kepada deria burung dan kesannya adalah alatan bunyi ultrasonik maka burung akan seterusnya menjauhi kawasan tersebut.
Dalam pada itu di luar negara maju yang masih ada dengan gagak mereka kini menggunakan teknik memasang 'Lazer' yang didakwa ia mampu untuk menghalau burung termasuk spesis gagak dari singgah atau datang ke kawasan peralatan dipasang. Alat lazer ini selalu ia menghasilkan sejenis cahaya 'tembakan lazer' yang yang biasanya kuat dan sentiasa berubah warna dimana ia akan membuatkan burung takut untuk menghampiri kawasan tersebut. Burung-burung yang melihat cahaya kuat ini akan lari tanpa membuatkan mereka tercedera. Walau pun teknologi ini agak kurang di lihat di Malaysia akan tetapi mungkin mereka yang berhampiran dengan kawasan pokok dimana gagak tidur boleh membeli lampu lazer (murah sahaja) di pasar malam atau secara on-line dan menyuluh kelompok gagak di malam hari. Mungkin kalau gagak tidak juga mahu beredar maka boleh di cantas atau di tebang sahaja dahan tersebut. Satu lagi alat yang mungkin sesuai digunakan untuk menghalau burung dan gagak adalah menggunakan DRONES. Drone kini merupakan salah satu gadget atau alatan eletronik yang mudah di beli di kedai atau pun secara on-line juga. Walau pun kos agak tinggi akan tetapi dilaporkan penggunaan drones ini memang ia mampu menghalau burung dari masuk kawasan yang luas seperti ladang. Drone yang boleh terbang digabungkan ia dengan bunyi burung pemangsa laximnya akan menghalau burung lain dari masuk ke kawasan tersebut. Bagaimana pun bagi burung gagak Malaysia belum ada kajian yang dilakukan bagi menggunakan drones bagi menghalau burung gagak dikawasan bermasaalah. Adakah ia sesuai kerana harga drone juga bukan murah.
Salah satu kaedah yang mungkin boleh di gunakan bagi menghalau gagak adalah dengan memasang SISTEM RENJATAN LETRIK. Kaedah ini sesuai di kawasan yang selamat daripada gangguan manusia dan haiwan lain serta berkeadaan tinggi. Lokasi sesuai mungkin di kawasan tingkap, bumbung rimah, dekat dahan pokok dimana gagak suka berkumpul, tiang tenggek dekat tong sampah dan sebagainya. Pemasangan sistem renjatan ini menggunakan kuasa letrik yang minima sahaja sekiar 6-10 joule dimana tidak membahayakan kepada manusia tetapi jika tersentuh maka akan terkejut akibat renjatan tersebut. Dawai renjatan itu akan disentuh gagak dimana kejutan tersebut menyababkan ia akan lari. Apa pun kaedah ini dilihat sebagai satu kaedah selamat dengan gunakan 'timer' dimana disesuaikan masa burung gagak suka hinggap terutama pada waktu hendak tidur malam. Renjatan letrik kecil yang tidak merbahaya dan tidak akan cederakan burung ini adalah selamat dan mampu menghalau burung dari datang lagi ke kawasan tersebut. Kaedah lain adalah dengan menyapu BAHAN MELEKIT pada dahan atau tempat gagak selalu bertenggek. Bahan melekit ini mudah di perolehi melalui pembelian secara on-line terdiri daripada pelbagai jenama, bahan dan kekuatannya. Kaedah sapuan gel atau semburan bahan melekit pada kawasan yang sering disinggahi oleh burung dimana apabila gagak hinggap dan rasa lekit tersebut membuatkan mereka rasa tidak selesa dan seterusnya melarikan diri atau melekat di lokasi. Salah satu cara yang agak kurang di gunakan adalah dengan cara PASANG LEMBAGA yang boleh menakutkan burung gagak. Walau pun cara ini dilihat sebagai murah dan mudah akan tetapi dari aspek keberkesanannya mungkin agak kurang efektif. Tapi di kawasan sawah padi memasang 'orang-orang' mampu menghalau burung pipit. Memasang BONEKA PEMANGSA berbentuk seperti burung pemangsa (helang atau burung hantu) dilihat satu cara berkesan untuk menjauhkan burung gagak. Memasang CERMIN MUKA juga boleh dilakukan dimana sinaran dari cermin akan menakutkan gagak juga. Cara yang agak kurang logik dilakukan seperti ada kalangan yang memasang gambar burung pemangsa yang ditakuti gagak serta memasang bebola terapung di lokasi. Bagaimana pun bergantung kepada kreativiti seseorang dan komuniti untuk menghalau gagak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Friday, March 29, 2024
STRUKTUR PELINDUNG HUJAN - APA DIA?
Kini ramai yang sudah tahu apakah dia istilah STRUKTUR PELINDUNG HUJAN atau SPH dalam dunia pertanian sektor tanaman. Apa pun bagi penulis blog yang sudah lebih 45 tahun dalam sektor pertanian memahami dimana Struktur Pelindung Hujan (SPH) struktur berbumbung yang melindungi tumbuhan yang ditanam didalamnya daripada terkena hujan yang lebat dan sinaran matahari matahari terik di waktu siang. Lazimnya pada bahagian bumbung SPH akan menggunakan bumbung terdiri bahan plastik yang mempunyai lapisan dari perlindungan UV. Terdapat banyak jenis plastik ini daripada jenis basic yang murah serta selalu cepat koyak sehingga jenis canggih yang mahal dan tahan lama. Apa yang penulis blog tahu dimana kerangka SPH menggunakan batang atau tiang yang diperbuat daripada batang paip, besi, kayu atau pun bahan ain yang kukuh. Terdapat banyak rekabentuk SPH dari yang konvensional sehingga rekagentuk moden yang komplikated. Saiz SPH juga berbeza-beza mengikut keperluan dan juga jenis tanaman hendak di usahakan. Terdapat SPH yang di pasang dengan jaring sebagai dinding dengan ukuran ubang sekecil 32 mesh (paling meluas digunakan) untuk menghalang serangga menganggu tanaman didalam SPH. Apa yang penulis blog faham dimana bumbung plastik yang menghalang UV light bagi mempastikan tanaman tidak cepat layu. Bumbung akan menghalang hujan lebat dimana ia bertujuan mengurangkan serangan penyakit disebabkan air hujan dan kelembapan seperti jenis kulat. Bumbung plastik yang menghalang curahan hujan juga melindungi baja dan semburan racun kimia daripada membazir apabila terkena hujan selepas di aplikasikan. Walau pun kelihatan canggih akan tetapi SPH mempunyai cabaran dan kelemahan tersendiri. Kos pembinaan SPH adalah tinggi dimana ini akan menyebabkan ROI (return to investment menjdi lambat). Dalam pada itu kos penyelenggaraan SPH juga tinggi terutama bahagian plastik pada bimbung yang mudah roak atau koyak disebaban banyak faktor. Dalam kes proses pendebungaan ada isu tersendiri apabila agen pedebungaan seperti serangga, angin dan sebagainya tidak boleh berfungsi didalam SPH. Ia akan menyebabkan penghasilan rendah jika tidak dibantu dengan memasukkan lebah atau kelulut atau menggunakan 'wind blower' untuk proses pendebungaan. Apa pun sebaiknya jenis tanaman yang bernilai tinggi dan berikan pulangan baik sahaja sesuai di tanam di dalam SPH. Artikel malam ini dari tingkat 7, Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru pada 16 Ramadan 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia SPH sebagai satu bahan untuk dijadikan rujukkan pembaca semua.
Trend terkini dimana SPH dijadikan ikon untuk menarik golongan anakmuda menceburi bidang pertanian terutama dalam sektor tanaman. Struktur Pelindung Hujan (SPH) kini dijadikan sebagai satu keperluan untuk penanaman pelbagai jenis tanaman termasuk dalam usaha untuk melaksanakan proses penanaman halia secara fertigasi. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Cameroon Highland, Pahang tentunya dapat melihat bertapa banyaknya SPH di gunakan dalam sektor tanaman dan florikultur di kawasan tanah tinggi tersebut. Beberapa jenis tanaman sayur dan bunga komersil untuk pasaran domestik dan eksport seperti tomato, kobis bulat, timun jepun, cili benggala, salad dan sebagainya di lihat menggunaka SPH. Paling lazim dimana kebanyakan etani komerisl yang mempunyai SPH akan melakukan Sistem Tanaman Secara Fertigasi. Pilih jenis tanah yang rata dimana ini memudahkan kerja pembinaan SPH). Bagi penulis blog mendapati dimana SPH sesuai dibina agar faktor persekitaran luar dapat dikawal. Semasa berpuluh tahun terlibat dengan pertanian pernah melihat bagaimana evolusi penggunaan SPH di MAlaysia sejak awal atahun 1980'an sehingga kini. SPH SPH yang terdapat masa kini ada yang berskala besar yang lebih komersial seperti jenis dome, gable, jack roof atau jenis struktur yang berkos rendah yang lebih ekonomik seperti jenis fertigasi SPH Rakyat yang di perkenalkan oleh JAbatan Pertanian Malaysia. Penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi penggunaan SPH untuk tanaman tomato di Raub, Pahang seluas 25 ekar dalam satu lokasi yang bersambung dan mampu menghasilan ribuan kg tomato sebulan (Sila lihat foto disebelah). Pengusaha ini mencipta pelbagai inovasi dalam membuat kerja penyelenggaraan SPH seperti yang saya pernah tuis dalam blog ini sebelum ini.
Apa pun baik di bincangkan apakah dia kelebihan kalau petani komersial jika mereka menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH). Dilaporkan dimana SPH mampu membantu untuk mengawal faktor persekitaran luar seperti hujan lebat yang mana selalunya ia boleh mengakibatkan kerosakan fizikal terhadap tanaman yang ditanam secara terbuka. Pemasangan jenis plastik khas di bumbung adalah lutsinar (membenarkan 70-80% cahaya) dimana ini akan mengurangkan pancaran sinar matahari yang terik dan berterusan kepada tanaman yang boleh mempengaruhi pada proses pertumbuhan tanaman. Bermodalkan bajet yang baik maka dilihat ketahanan bahan binaan daripada bahan lebih berkualiti akan bertahan lama dan sentiasa kukuh daripada ancaman angin kuat, hujan lebat dan ancvaman lain. Dalam SPH perlu ada sistem pengudaraan baik bergantung kepada ketinggian dan keluasan SPH dimana semuanya perlukan kemahirn menguruskan termasuk memasang kipas agar udara boleh beredar dengan baik didalam SPH. Apa yang penulis blog tinjau dimana selalunya kapasiti tanaman terpilih akan dapat ditingkatkan bergantung kepada jarak tanaman dan saiz SPH serta pengurusan agronomi yang sistematik. Hasil beberapa testimoni dimana ramai petani dakwa dimana kos yang lebih ekonomik dan mesra pengguna melalui pelbagai pendekatan dalam menggunakan bahan SPH serta rekabentuk yang sesuai. Biasanya bahagian bumbung SPH yang ditutupi dengan plastik lutsinar UV ditambah dengan kegunaan jaring hitam 50-70% akan memberikan keteduhan cahaya sesuai diaplikasikan untuk tanaman seperti jenis halia fertigasi kerana kesan lindungan kepada tanaman seperti dengan cara mengurangkan cahaya yang sampai terus kepada tanaman adalah bagus. Ia dapat mengawal daripada sinaran matahari yang terlalu terik yang mampu mengancam pertumbuhan pokok halia. Keberkesanan SPH apa pun selalunya boleh dipertingkatkan dengan memasang jaring kalis serangga sebagai dinding bagi kawalan perosak serangga dan struktur ini di gelar 'Struktur Kalis Serangga' atau SKS. Bagi mengatasi masaalah pendebungaan tanaman seperti tomato dan meloh yang ditanam dalam SPH kini sudah ada teknologi meetakkan log kelulut beberapa minggu untuk membantu proses pendebubgaan. Bagi SPH tomato mereka menggunakan 'Alat Wind Blower' dengan di pikul pekerja dan berjalan di antara barisan tanaman tomato pada waktu sesuai membantu proses pendebungaan tomato. Pemasangan 'big size yellow sticker' dilihat membantu mengawl serangga seperti Kutu Thrips didalan SPH (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kini semaih canggi rekabentuk SPH dibina dan pelbagai inovasi sudah di amalkan pemilih SPH di Malaysia.
BUAT STRUKTUR...PELINDUNG HUJAN...
ADA BUMBUNG...TIANGNYA PUN TAHAN...
HUJAN LEBAT... TANAMAN DILINDUNGKAN...
BERBAGAI BENTUK... PELBAGAI REKAAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 717, Hotel Impiana,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1445H).
Thursday, March 28, 2024
CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS (Part 2)
TANAH BRIS (Bris soil) merupakan salah satu jenis tanah bermasaalah yang terdapat di Malaysia. Apa pun menyentuh mengenai kewujudan jenis tanah bermasaalah dimana di Malaysia merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah untuk ia dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik sandard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasaalah di Malaysia. Tanah bermasaalah terdiri dari 5 jenis iaitu jenis TANAH ASID SULFAT, TANAH GAMBUT, TANAH BEKAS LOMBONG, TANAH BRIS dan TANAH MASIN. Kebanyakan tanah bermasaalah ini memang ia memerlukan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasaalah ini. Pada penulis blog dimana jenis Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah jenis mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Sila baca artikel saya mengenai tanah bermasaalah dengan pautan (Sila klik disini). Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Pengurusan tanah jenis ini dilakukan dengan kaedah pembajaan dan penggunaan Baja Organik yang banyak. Baja organik mampu meningkatkan kelembapan tanah dan membekalkan unsur makanan kepada tanaman. Kawasan tanah jenis ini perlukan bekalan air yang konsisten dengan pemasangan sistem pengairan yang sempurna melalui sistem pengairan renjis, sistem pengairan titis, mist dan sebagainya. Pastikan sistem saliran tanah jenis ini juga sempurna. Cara memberi baja kepada pokok disesuaaikan agar lebih kerap dilakukan kerana masaalah kadar larut resap yang tinggi. Penggunaan sistem sungkupan diatas tanah sesuai digunakan seperti penggunaan plastik silvershine, rumpai kering, jerami padi, lalang dan sebagainya. Penambahan tanah atas adalah disyorkan dilaksanakan. Pemilihan jenis tanaman sesuai untuk tanah jenis ini penting seperti jenis tanaman jangkapendek, sayur-sayuran, mangga, nenas dan sebagainya termasuk tembikai. Artikel pada subuh 9 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi 'Bris Fixer' hasil kajian MARDI mengenai perapi tanah Bris untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.
Dalam portal berita sinarharian.com ada melaporkan kisah bagaimana 'Tuai hasil lumayan tanam jagung' di Kelantan yang sesuai di kongsikan. Kisah dari Kelantan ini melaporkan dimana penanam pokok jagung berkelompok di Kampung Paloh, Kelantan ini telah mendapat hasil tuaian lumayan pada musim kedua tanaman itu pada tahun ini. Pendapatannya sekitar RM3,000 tersebut diperolehi itu berikutan pokok jagung yang bebas daripada ancaman ulat selain faktor cuaca panas dan hujan sekali-sekala. Bagi Kamarulzzaman Kail (65 tahun) dimana dia menenam pokok jagung manis Varieti 1603 dan 1606 iaitu diusahakan berlima dengan penanam lain di tanah ladang seluas 2.2 hektar. Pokok jagung tidak perlu disiram jika cuaca hujan ketika menunggu proses matang. Jagung manis memerlukan tempoh antara 70 hingga 75 hari untuk matang dan sedia dituai selain memerlukan cuaca panas serta dingin atau bukan kemarau. Ulat juga tidak ada ketika musim kedua ini dimana ia membantu mendapatkan hasil pertanian yang sangat baik sebanyak dua kali ganda berbanding musim pertama tahun ini. Penanaman jagung secara berkelompok itu sudah dilakukan sejak tahun 80-an dengan hasil-hasil jagung dijual secara runcit dan borong di sekitar negeri Kelantan termasuk Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) tang terdapat di Tunjong, Kota Bharu. Jualan secara runcit dilakukan di sepanjang bahu jalan di kawasan Paloh dengan harga bagi empat batang jagung ialah RM5 atau tiga batang untuk saiz yang lebih besar. Berita ini bagaimana pun tidak menyatakan sama ada tanah yang digunakan adalah tanah bris atau mendapat rawatan sewajarnya jika ianya adalah tanah bris. Rakannya Mohd Hafizudin (32) pula nyatakan musim baharu penanaman akan bermula pada Ogos ini dan mengharapkan perkara sama iaitu cuaca baik serta bebas serangan serangga untuk mereka harap mendapatkan hasil jagung yang terbaik. Sama seperti musim kali ini diharapkan musim-musim akan datang akan ada keadaan cuaca panas dan dingin serta tidak banjir sebelum tiba musim menuai. Lokasi ladang yang berada di tebing sungai Kelantan berhampirna pantai ini juga memang ia berisiko banjir yang akan menenggelamkan serta merosakkan pokok-pokok jagung jika berlaku. Sebagai petani muda dia melakukan aktiviti penanaman jagung tersebut setelah dia menerima bantuan enjin pam air dan jentera untuk membina batas tanaman daripada Jabatan Pertanian Kelantan. Jabatan Pertanian juga memberikan bantuan baja kerana memang kos membeli baja adalah antara yang tinggi dalam proses untuk penanaman jagung. Kini satu guni baja seberat 50 kilogram berharga RM210. Proses membaja perlu dilakukan sebanyak dua kali setiap musim dengan sebanyak tiga kilogram akan digunakan bagi setiap 0.4 hektar luas tanaman. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....