Sunday, March 31, 2024

POTENSI MAKAN UBI YACON

UBI YACON
(Smallanthus sonchifolius) yang juga ia dikenali sebagai 'Ubi ajaib' atau 'Ubi Yakon' atau 'Pokok Daun Insulin' mungkin ramai yang kurang mengenalinya. Di laporkan dimana ubi ini baru sahaja di perkenalkan di Malaysia dan di tnam secara komersial oleh petani yang mengetahuinya dan mamou mendapatkan benihnya. Lazimnya ciri pda ubinya yang mempunyai rasa manis dan rangup seperti sengkuang cina dimana ia menjadi kegemaran ramai kepada yang eminati makanan ubi yakon ini. Dalam banyak hal didakwa dimana ubi ini sering digunakan bagi pesakit kencing manis (diabetis) serta mereka yang bermasaalah dengan tekanan darah tinggi. Ubi ini dilaporkan juga sering diambil sebagai makanan untuk pelawas. Walau bagaimana pun apa yang penulis blog dengar dimana ada dakwaan dimana bagi wanita mengandung tidak disyorkan utk memakan ubinya kerana menganggu akan beberapa aspek kesihatan bayunya. Dilaporkan juga dimana bahagian daunnya sangat terkenal untuk diproses sebagai daun teh atau lebih opular sebagai 'Teh Insulin' mereka yang ada masaalah diabetes. Dalam beberapa tinjauan dilaporkan terkini dimana dengan adanya sosmed facebook, blog dan tiktok serta Instagram banyak maklumat yang tersebar dengan cepat kepada orng ramai. Begitu juga di kalangan petani dimana cepat tersebar beberapa jenis tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan eksotik. Tanaman ini didakwa akan memukau beberapa petani yang kuat berimaginasi dengan pelbagai bentuk dan ukuran terutama mejana pendapatan walau pun belum ada kepastian. Penulis blog mendapati dimana salah satu tanaman ini, yang dengan cepat mendapat populariti di Malaysia termasuk Tanaman Ubi Yakon. Ketika berhadapan dengan tanaman dibawah kategori 'sayur' ini di beberapa lokasi dilaporkan ia menarikperhatian jiran yang ingin melihatnya. Ramai yang masih bertanya termasuk soalan apakah keistimewaannya kepada kesihatan, dimana hendak mendapatkan benihnya, bagaimana amalan agronomi untuk menguruskan tanaman, berapa lama di tuai, berapa harga jualan, apakah ia boleh diproses atau tidak dan banyak lagi persoalan. Bagaimana pun belum ada pakej amalan teknologi rasmi yang di keluarkan oleh Jabatan Pertanian atau mana-mana pihak penyelidikan di Malaysia mengenai teknologi dan nilai ekonomi tanaman baru ini. Lebih baik berhati-hati jika ada petani yang hendak menanam secara meluas kerana tidak mahu berulang macam tanaman pernah viral di Malaysia seperti Tanaman Asparagus, Tanaman Hiah Noni, Tanaman Sentang, Tanaman Halia Bara, Tanaman Guarana dan beberapa lagi. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai potensi akan sejenis tanaman dikenali sebagai Ubi Yacon untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Menarik jika dikongsikan info akan apa dia k
ebaikan dan keburukan ubi yacon pada artikel kali ini. Ubi Yacon seakan seperti Artichoke Jerusalem sebagai salah satu sumber polisakarida yang kaya. Ada laporan dimana ia mengandungi sejumlah besar inulin iaitu pengganti semula jadi insulin. Ia dapat mengawal kadar glukos dalam darah dimana ini menjadikan yacon sebagai makanan yang sangat diperlukan dalam diet orang yang menghidap diabetes. Bahan inulin didakwa mempunyai keupayaan untuk mengikat logam berat dan sebatian toksik dalam sel dan mengeluarkannya dengan selamat dari badan. Didakwa dimana ubi dari tanaman yacon mempunyai kesan yang baik terhadap fungsi perut dan usus kerana kandungan seratnya yang tinggi. Bahan serat kasar akan menghilangkan rasa lapar untuk waktu yang lama dan berfungsi sebagai satu keadaan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan bakteria bermanfaat. Perkara ini sekaligus mengehadkan pertumbuhan patogen di saluran gastrointestinal (usus). Sebagai tambahan ada laporan menyatakan dimana akar yacon boleh membantu membersihkan badan melalui sifat pencahar ringan. Pelbagai vitamin dan unsur surih dalam makanan yang sihat ini terlibat dalam meningkatkan metabolisma, mencegah pelbagai jenis penyakit sistem kardiovaskular dan menyokong fungsi sistem saraf yang stabil. Bahan antioksidan yang terdapat di dalam tumbuhan berubi ini mamu menentang radikal bebas dalam tisu sel sehingga memperlambat penuaan mereka. Dalam pada itu jika di buat jus yacon didakwa ia juga mempunyai sifat yang serupa. Apa pun antara ciri keburukan makanan dari ubi tacon ini kepada tubuh manusia hampir tidak ada. Perlu diabaikan sepenuhnya penggunaan ubi tanaman jika berlaku sekiranya intoleransi individu terhadap ubi yacon kerana ia sangat jarang berlaku. Orang yang mengalami peningkatan pengeluaran gas tidak boleh menyalahgunakan kerana ia makan ubi yacon kerana banyaknya serat di dalamnya saja  yang hanya meningkatkan manifestasi kembung perut. Uni yacon dilaporkan ia selamat untuk semua orang dari semua peringkat umur dan keadaan kesihatan.


Komposisi ubi yacon yang di uji dalam makmal dilaporkan dimana ia kaya dengan vitamin dan mineral. Ia di lapor mengandungi vitamin C dengan jumlah yang diperlukan untuk imuniti, vitamin kumpulan B, antioksidan fenol serta asid kafeik dan klorogenik dimana bahannin mambantu dalam memanjangkan usia sel dan tubuh secara keseluruhan. Uni Yacon juga diaporkan mengandungi Selenium (Se) yang mempengaruhi kelenturan sendi dan meningkatkan fungsi pembiakan. Di samping itu ubi yacon mengandungi fosforus (P) dan kalium (K) yang secara langsung mempengaruhi akan sistem kekuatan tisu tulang. Sebilangan besar khasiat dari ubi yacon ini bermanfaat selain rasa ubi yacon eksotik memberi inspirasi kepada banyak penanam untuk menanamnya. Cara makan ubi yacon ini ada pelbagai cara seperti secara sesuai
  direbus, dibakar, digoreng, ditambah dengan hidangan daging, ikan dan daging ayam. Ada kalanya ubi yacon ini dijadikan sebagai 'pencuci mulut' dan sebagai sejenis hidangan manis berdasarkan ubi yacon ini semakin popular. Dilaporkan j uga dimana ubi yacon sesuai juga digunakan dalam penyediaan pelbagai sirap, sebagai bahan tampalan untuk produk pastri dan dijadikan jem. Ubi yacon ini juga boleh digunakan untuk membuat hidangan makanan manis yang berfungsi sebagai makanan alternatif yang sihat pengganti bagi gula-gula (sweets) dan coklat. Kalangan pengguna uniknya ada suka memakan ubi yacon mentah dimana ia cukup menyelerakan. Sebaiknya cara memakannya dengan menyimpannya selama 5 - 7 hari setelah menuai (elakan makan selepas dituai) dan sebaiknya ia di kupas kulitnya dahuu sebeum memakan ubi yacon mentah (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu selain ubinya dimana bahagian pucuk yang muda tanaman sesuai dimakan sebagai salad atau lauk setelah sicelur dulu dan juga dijadikan ulaman. 


Beberapa sumber rujukkan menyatakan dimana ubi yacon juga ia berguna bagi mereka yang mengurangkan berat badan atau ingin menghilangkan saiz pinggang beberapa centimeter. Sebatian aktif dalam ubi ini dilaporkan ia bukan sahaja mampu  membersihkan badan dari toksin akan tetapi juga mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida dalam darah. Perkara ini akan membantu membakar lemak dan ini akan meningkatkan metabolisme seseorang. Kesan dari makanan ubi yakon ini adalah dilaporkan ia akan lebih efektif jika di tanam dan dituai  kawasan kebun yang beriklum panas. Umbi dari kawasan tropika dilaporkan ia ada ciri yang lebih berguna walau pun dilaporkan bekalannya masih kurang dipasaran. Ada kajian mendapati dimana bahan ekstrak akar uni yacon ia sesuai digunakan untuk menurunkan berat badan. Sudah ada produk ini dipasaran dimana permintaan semakin tinggi dan sudah terkenal dengan khasiantnya kepada kesihatan terutamanya jika pengguna cuba menggabungkan penggunaan produk sirap dan amalan makanan seimbang serta melakukan aktiviti senaman yang kerap. Dilaprokan produk tersebut tidak boleh disalahgunakan kerana bahan 'neacar yacon' didakwa boleh menyebabkan ketidakselesaan seseorang sekiranya dos produk diambik dengan kuantiti berlebihan. Sebaiknya kadar dos harian cuma 2 sudu kecil untuk tujuan atasi masalah seperti buang air besar, kembung perut, hidung berair, isu seperti kehilangan selera sementara. Uni yacon terkenal dengan kandungan kalori rendah dan memang ia juga tidak mengandungi lemak dimana sebahagian besar produk adalah karbohidrat yang sukar dicerna. Pada masa yang sama kajian mendapati dimana nilai tenaga 100 g ubi yacon hanya 60 kcal iaitu jumlah yang menjadikannya makanan kesihatan. 


Pembiakan untuk menanam ubi Yacon boleh melalui rizom dan ubinya sendiri. Di negara beriklim sejuk dimana bahan tanaman ini kurang sesuai kerana jangkamasa panasnya pendek tidak seperti di kawasan tropika. Di Rusia cara menanam ubi yakon ini menggubakan rizom bertunas yang di biakan dalam pusat semaian. Sebekum menanam perlu diperiksa dimana mendapatkan bahan tanaman yang banyak atau ada tunas kerana jika tiada tunas makan ia tidak akan hidup. Semasa menanam benih dari tunas akar dimana sebaiknya bahan tersebut disiapkan awal diman di negara beriklim sejuk adalah pada akhir Januari - awal Februari. Prosedur penyebaran benih ubi yacon dilakukan mengikut jadual yang disusun dimana rizom matang pertlu dipotong secara teliti
 untuk tidak mencederakan tunas dan diletakkan di dalam bekas yang berasingan. Sebaiknya rizom dibahagian bawahnya dilapiskan dengan bahan penyerap kelembapan seperti kertas yang ditapis. Filem kaca atau pelekat diletakkan di atas bekas untuk membuat rumah hijau yang tidak stabil bagi tujuan mengawal kelembapan yang tinggi dapat dijaga dengan menyembur dengan air secara berkala. Pstikan benih ini didedahkan berangin bagi elakkan ia busuk yang bermula di akar tanaman. Selepas 2 minggu maka pucuk yacon muda pertama akan muncul dan selepas itu, riizom ini dipotong lagi sehingga setiap tunas baru mendapat satu akar. Potongan segar dirawat dengan bahan arang dimana cara ini semua nutrien akan memberi semua anak benih yang ada dan tidak membentuk yang baru. Seterusnya ia dipindahkan ke tray atau dulang mengandungi bahan substrat nutrien. Diameter tray ini berukuran 30 x 30 cm keatas (Sila lihat foto disebelah).  Kemudian pada akhir minggu ke-8 maka bolehlah anak benih di letakkan di tanah terbuka seselum sesuai ditanam. Petani di Malaysia boleh menanam ubi yacon sebagai salah satu tanaman pilihan mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
UBI YACON... IA DI JADIKAN MAKANAN...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI LAPORAN...
KURANG TERKENAL...DIJUAL DIPASARAN...
BACA ARTIKEL... TIDAK KETINGGALAN...

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1445H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.