Friday, February 2, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 3)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee basah di Malaysia dari yang dihasilkan oleh pihak usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya dihidangkan kering, berkuah atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info menarik mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini. Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(6) MEE LAKSA

Mee Laksa asasnya adalah jenis mee yang diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada proses yang khusus. Penulis blog paling suka makan Laksa Johor, Laksa Penang dan Laksa Sarawak. 
Laksa pula adalah makanan berasaskan mee yang pada suatu masa dahulu ia adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina Peranakan di Melaka. Kini makanan dari mee laksa adalah juadah yang sudah popular di kalangan rakyat Malaysia dan diangkat sebagai makanan tradisi terutamanya Laksa Penang dan Laksa Johor. Laksa diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada tempat asal usul laksa tersebut. Misalnya apa yang penulis blog faham ada nama Laksa Kedah (beras), Laksa Johor (spaghetti) dan Laksa Sarawak (Bihun). Laksa juga dibahagi kepada tiga jenis iaitu laksa berasaskan santan (coconut-based) dan juga laksa berasaskan asam (tamarind-based), ataupun kedua-duanya sekali. Laksa boleh ditemui di rantau Nusantara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Selatan Thailand. Disebabkan oleh budaya dan sumber yang berlainan maka kelainan resepi dan bahan mee laksa adalah sebenarnya ia menjadi semakin unik kepada sesuatu tempat. Pada penulis blog dimana.   hidangan laksa melibatkan mee (biasanya mee beras) yang disajikan dalam kuah yang kaya dan berempah. Kuah laksa  biasanya dibuat dengan campuran santan, rempah-rempah seperti serai, lengkuas, kunyit, dan cabai, serta bahan-bahan lain seperti ikan. Tekstur dan rasa laksa dapat bervariasi bergantung pada jenis laksa yang disajikan. Secara umum dimana kuah laksa memiliki cita rasa pedas, masam, dan sedap. Mee dalam laksa dapat memiliki tekstur yang kenyal atau lembut, tergantung pada jenis mee yang digunakan dan cara penyajiannya. Dengan variasi yang beragam, laksa menjadi salah satu hidangan yang kaya akan cita rasa dan tekstur, mencerminkan keanekaragaman kuliner di kawasan Asia Tenggara. Saya ada menulis mengenai nama sejenis Laksa Seekoq yang popular di Langkaei dimana ia boleh di akses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Laksa ini memang enak dimakan terutama di pulau peranginann di tepi laut.


(7) SUHUN (Soon)


Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yang kurang kenal dengan Mee Suhun atau selalu dipanggil sebagai 'Soon' sahaja. Apa pun memang ada kelainan diantara mee suhun dengan bihun iaitu suhun selalu ia berbentuk panjang seperti mee hoon akan tetapi dilihat dimana warnanya adalah agak cerah (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog tekstur suhun ini memang kenyal dan ia menjadikannya sangat unik jika dibandingkan dengan jenis mee yang lain. Apa pun dilihat dimana mee suhun bukanlah sejenis mee yang menjadi bahan utama dalam makanan jenis mee sepertii yang lain sebaliknya ia lebih kerap digunakan sebagai bahan sampingan seperti dalam sayuran, lontong sayur dan somtam. Kehadiran suhun didalam makanan ini akan menambahkan lagi keenakan kuliner tersebut. Saya ada menulis mengenai penggunaan mee suhun dalam blog ini yang boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini)SAMBAL GORENG JAWA mungkin ramai kalangan rakyat Malaysia terutama dari orang Jawa yang mengenali dan tahu memasaknya. Penulis blog memang sangat suka makan sambal goreng jawa ini yang disediakan dan dimakan terutama semasa suam panas dari kuali kerana memang sudah terbiasa semasa dahulu tinggal dikampong di Muar, Johor untuk menikmatinya dalam majlis kenduri. Terdapat banyak resepi sambal goreng jawa ini bergantung kepada lokaliti, modal dan citarasa masyarakat jawa tempatan. Bagaimana pun bahan asas dan cara memasaknya hampir sama kecuali beberapa bahan dan ramuan yang digunakan. Saya ada menulis mengenai sambal goreng jawa ini beberapa tahun dahulu yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Bergantung kepada bahan-bahan yang selalu digunakan lazimnya terdapat banyak resepi dan jenis sambal goreng jawa ini iaitu bergantung kepada kreativiti dan juga citarasa. Sambal goreng jawa ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun lazimnya dimakan dengan nasi putih atau bersama dengan lauk pauk yang lain. Apa yang unik mengenai resepi makanan ini adalah dimana bagi masyarakat jawa sebenarnya makanan ini adalah bukanlah dihidangkan ikut suka-suka hati sebaliknya ia akan dihidangkan untuk majlis keramaian seperti kenduri Baca Yasin malam Jumaat, Kenduri Tahlil, Ruahan dan Jamuan Hari Raya. Makanan ini kini telah dikomersilkan dimana ia merupakan salah satu komponen pada Makanan NASI AMBENG yang juga popular dikalangan orang Johor. Walau pun apabila dikomersilkan Nasi Ambeng disebut sebagai Nasi Ambeng tetapi ianya adalah serupa.


(8)  MEE LAKSAM

LAKSAM
adalah makanan yang di perbuat daripada mee laksam. Pada penulis blog yang memang suka makan laksam terutama ketika sarapan padi di pantai timur memang menyeronokkan. Lazimnya makanan l
aksam (dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu) merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan ia boleh dimakan bersama kuah (Sila lihat foto disebelah). Cara membuat mee laksam mudah dibuat jika seseorang itu berpengetahuan membuatnya dan sesuai di makan sebaik sahaja ia disiapkan. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak dan di kukus didalam pengukus sehingga masak (agak lembut). Kemudian apabila mengeras sedikit maka langkah selanjutnya adalah ia akan digulung menjadi panjang dimana ia sudah sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang selalinya apa yang penulis blog lihat ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam dan mudah dimakan juga. Selalunya mengikut cara membuatnya dimana makanan laksam juga boleh dimakan bersama kuah lemak kuning bersama daging. Apa pun mee laksam adalah salah satu hidangan yang sangat unik kerana ia sejenis mee yang tidak digunakan dalam hidangan makanan lain dan hanya terdapat pada laksam yang penuh dengan santan. Keunikan laksam ini perlu ditekan agar menjadikan tekstur mee yang mirip dengan tepung beras pasti akan memberikan rasa kenyang kepada sesiapa yang memakannya dan memang enak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.