Tuesday, February 6, 2024

DURIAN KURA-KURA - VIRAL DI MEDIA

DURIAN KURA-KURA
(Durio testudinarium) merupakan sejenis durian hutan yang ada di jumpai di Malaysia dan negara jiran lain. Penulis blog yang pernah melihat pokok jenis ini di Pahang dahulu semasa bertugas disana memang suka melihat akan keunikan durian ini yang berbuah di pangkal atau bawah pokok. Pokok durian jenis ini berbeza dengan pokok durian yang lain dari segi buahnya yang tumbuh di perdu atau bahagian bawah batang pokok. Ia tidak memiliki bau yang kuat apabila masak. Selalunya durian kura-kura ini  atau lebih dikenali sebagai durian kakura ini banyak didapati di Negeri Sabah dan Sarawak. Makna 'Testudinarium' yang diberikan ini sebenarnya adalah didalam bahasa Itali yang bermaksud 'kura-kura'. Apa yang penulis blog faham dimana ia mempunyai keunikannya tersendiri berbanding durian dari jenis yang lain dari segi nama saintifiknya yang tidak sama kerana durian biasa termasuk varieti Musang King dikenali dengan nama Durio zibethinus sementara jenis ini adalah Durio testudinarium.  Buah durian kura-kura ini keluar dari pangkal pokok dan menyerupai bentuk seperti kura-kura (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selalunya ada terdapat jumlah buah diantara 80 ke 100 biji buah durian dibahagian pangkal pokok durian tersebut. Dalam kes lain dilihat dimana buah ini juga dilihat ia turut keluar dibatang pokok tersebut. Buahnya berbentuk bujur dengan mempunyai warna kulit buah sama dengan buah durian biasa iaitu berwarna hijau kekuningan atau perang. Durian ini tidak mempunyai bau yang kuat seperti durian kampong atau durian premium yang ada di tanam dikawasan durun. Apabila masak dan dibelah apa yang penulis blog lihat dimana isi durian ini selalunya ia berwarna putih atau kuning dan mempunyai tekstur yang lembut. Apabila dibuat ujirasa dimana isi durian ini sedikit lemak, sedikit manis dan sangat berair apabila masak. Buah durian kura-kura memang tidak ada atau jarang dijual kerana orang tidak tahu akan durian ini tetapi di Sabah dan Sarawak ia kadang-kadang ada dijual di pasar tamu atau pasar biasa juga. Baru-baru ini viral didalam media dan sosmed mengenai durian kura-kura dimana ada yang dakwa ia adalah 'durian baru ditemui' walau pun sebenarnya memang sudah lama ada dan diketahui oleh mereka yang berkecimpong dalam bidang pertanian khususnya pakar dalam dunia durian. Artikel tengahari Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya jika saya gembira untuk menulis mengenai durian kura-kura yang viral di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita utusan.com dengan kisah bertajuk '
Durian kura-kura’ muncul di Pahang, ditemukan penduduk Kampung Sengkela, Raub' menarik dikongsikan. Dilaporkan kalau sebelum ini ramai penduduk di utara Sarawak iaitu Limbang dan Miri mengenali raja buah yang dikenali ‘durian kura-kura’ atau nama saintifiknya Durio testudinarum yang mempunyai rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Kini bagi penduduk Kampung Sengkela di sini bila ada penemuan durian kura-kura dianggap unik kerana belum pernah ditemukan sebelum ini menjadi heboh sehingga ramai pencinta buah durian dari Lembah Klang dan penduduk daerah ini datang untuk melihat lebih dekat buah itu. Kepada penduduk yang pertama menemui spesies unik raja buah itu, Nurul Zalikha dakwa dia pertama kali menemukan sebatang pokok durian di pinggir Kampung Sengkela ketika mula berbunga di pangkal pokok beberapa bulan lalu. Sejak mula berbunga dia kerap berulang-alik ke pokon durian ini untuk mengetahui perkembangannya dan setelah beberapa bulan ia mula mengeluarkan putik seterusnya berbuah hampir 60 biji dalam kedudukan yang dekat pangkal pokok. Setelah berbuah tekstur kulitnya berduri, manakala warna buah berlainan dengan durian biasa, iaitu kelihatan (berwarna) ungu kehitaman. Dia belum pernah menemukan durian kura-kura dan sebelum ini tidak tahu nama spesies itu yang banyak terdapat di Sarawak. Dari situ dia menghebohkan penemuan itu kepada penduduk di situ termasuk seorang rakannya, iaitu ahli Kelab Pencinta Durian yang juga peraih buah-buahan Kampung Damak, Jerantut iaitu Ahmad Mustapha supaya datang melihat sendiri buah itu (Sila lihat foto disebelah). Dia yang tidak tahu tekstur bahagian pangsa, ulas, warna serta rasa isi buah ini kerana buah ini belum masak. Dalam pada itu bagi kalangan penduduk Kampung Sengkela iaitu Khalid nyatakan pokok durian tersebut di pinggir kampung itu akan tetapi dia sebelum ini tidak tahu yang pokok durian itu berbuah penghujung tahun ini dan muncul buah yang disifatkan agak unik kerana belum pernah melihatnya. Khalid juga tidak perasan pokok durian ini berbuah dalam kedudukan rendah di pangkal pokok walaupun kadangkala berulang-alik ke dusun berdekatan mencari durian kampung sehinggalah diberitahu oleh seorang penduduk. Pokok ini tumbuh hampir 60 tahun lalu dan tidak tahu siapa yang menanamnya kerana sebelum ini kawasan ini merupakan hutan tebal. Durian kura-kura ini boleh dijadikan benih baharu sekiranya ada pakar yang boleh membuat cantuman tunas sebagai satu inovasi yang boleh dijadikan produk buah-buahan tempatan komersial seperti durian lain. Ahmad bersama rakannya dari Kelab Pencinta Durian dan Durian Hunter telah melawat ke kawasan pokok durian kura-kura di Kampung Sengkela hari ini. Seorang ahli kelab ini mengesahkan spesies ini merupakan durian kura-kura yang boleh didapati di beberapa tempat di Sarawak. Apa pun menerusi maklumat daripada rakannya di Sarawak dimana keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Durian ini mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri, iaitu saiz ulasnya dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan (sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga) cuma isinya berwarna putih, manakala bijinya berwarna coklat. Spesies itu perlu diteliti dengan melihat melihat tekstur ulas dan rasa isinya adakah sesuai untuk dibuat cantuman tunas dengan durian lain dan peringkat awal bakal dijenamakan sebagai Durian Kura-kura Pahang. 


Terbaru akhbar sama laporkan '
Dulu ada 60 biji, sekarang tinggal 13 biji durian kura-kura’ yang di ujirasa. Kisah dari Raub, Pahang yang viral ini berlaku sejak ditemukan minggu lalu, buah durian yang aneh dan unik, spesies ‘durian kura-kura’ mendapat perhatian ramai dan malah buahnya kini semakin berkurangan. pa pun dilaporkan ketika mula ditemukan di Kampung Sengkela dekat sini masih terdapat 60 biji buahnya tetapi sekarang cuma tinggal 13 biji berada di pangkal pokok.  Durian kura-kura ini menjadi fenomena baharu selepas beritanya tersiar di akhbar Utusan Malaysia kelmarin malahan tular di laman sosial Facebook, ramai peminat durian berpusu-pusu ke kampung tersebut untuk melihat lebih dekat durian aneh itu.ISI durian kura-kura berbeza dengan buah durian lain dan tidak bersifat komersial.  bagi penduduk Kampung Sengkela dimana ada kalangan penduduk yang ramai datang mengambil dan mereka pada waktu malam, manakala buah selebihnya beberapa agensi kerajaan serta para penyelidik bidang pertanian dan botani juga datang untuk membuat kajian biologi mengenai buah tersebut. Sejak disiarkan akhbar Utusan Malaysia dan tular di laman sosial, ramai orang datang dari sekitar daerah ini malahan dari Lembah Klang, malah dari negara luar, Filipina untuk melihat buah itu. Buah durian kura-kura kini semakin berkurangan selepas diambil oleh orang dimana ada juga individu yang mengambil pada waktu malam kemungkinan semata-mata untuk mengetahui keseluruhan dan merasai isi buah tersebut di samping ada sesetengahnya bagi tujuan untuk perubatan tradisional. Pegawai dari Jabatan Pertanian Raub yang datang membuat pagar mengepung saki baki buah durian ini untuk keselamatan di samping tujuan membolehkan kajian spesies ini terus dilakukan serta boleh dilihat oleh orang ramai. Melihat akan isinya yang dipaparkan memang menarik juga buah durian kura-kura ini (Sila lihat foto disebelah). Penemuan spesis baru durian ini di Raub memang viral sehingga mengegarkan peminat durian tempatan. 


Dalam portal bh.com dimana kisah bertajuk '
Durian Kura-Kura unik berbuah di batang, pangkal' juga wajar dikongsikan. bagi seorang penduduk dikenali sebagai Mokti Radayun dari Kampung Tanah Paya Langkap, Limbang, Jaifani Mokti dimana dia ada pokok durian kura-kura yang berbuah. bagi para penggemar durian tempatan di Sarawak kini 'berpesta' apabila Raja Buah itu melambak di pasaran sejak lebih sebulan lalu. Namun ketika orang ramai berebut-rebut membeli durian pelbagai variati yang dijual pada harga rendah akan tetapi ada yang mungkin tidak mengetahui malah tidak pernah melihat sejenis durian yang dikenali sebagai 'durian kura-kura' yang hanya ditemui di utara Sarawak, khususnya Limbang dan Miri. Durian kura-kura unik kerana ia berbuah di batang dan pangkal pokok, tidak seperti durian lain yang berbuah di dahan. Kepada pemilik pokok durian ini dimana mereka dakwa durian unik itu mendapat namanya kerana kedudukan buahnya di pangkal sehingga mencecah tanah (Sila lihat foto disebelah). Dakwa mereka asal usul durian itu digelar durian kura-kura oleh penduduk tempatan di Limbang ini ialah kerana kedudukan buahnya yang rendah, bukan seperti dakwaan yang mengatakan bau durian itu seperti bau kencing kura-kura. Dakwaan itu memang jauh lari dari fakta kerana yang sebenarnya penduduk tempatan memberi gelaran itu sebab buahnya berada di kedudukan rendah sehingga kura-kura pun boleh mencapainya. Dakwa Mokti lagi dimana satu lagi keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Apa pun didakwa durian kura-kura mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri yang apabila matang tekstur durian itu seperti buah nangka, sedikit berair dan manis seperti cempedak atau nangka tetapi jika dipetik ketika belum cukup matang rasanya seperti kubis manis. Saiz ulasnya dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan (sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga) cuma isinya berwarna putih. Saiz buah serta biji durian kura-kura berwarna hampir sama seperti biji buah pakan (biji berwarna coklat). Durian kura-kura perlu dipetik kerana buahnya tidak luruh seperti durian biasa dan cara mengetahui buah cukup matang ialah dengan mengetuk kulitnya. Ia sama dengan cara mengetahui buah nangka atau cempedak yang sudah matang usianya sebelum dipetik. Durian kura-kura berbuah sama musim dengan durian lain dan pemiliknya perlu kerap menjenguk kerana bimbang kedudukan yang rendah menyebabkan buahnya diganggu pelbagai haiwan liar selain tupai atau kera. Dikalangan masyarakat Bisaya di Limbang, durian terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu 'Lampun' iaitu durian biasa, 'Lalit' iaitu sejenis durian kuning dan yang ketiga 'Dedaan'. Dedaan itu pula ada dua jenis iaitu durian Pakan dalam kategori "Deda'an Sawat" kerana ia berbuah di dahan, manakala durian kura-kura pula adalah "Deda'an Ser'iba" kerana buahnya di pangkal pokok.  Apa pun tidak dapat dipasti dari mana asal usul durian kura-kura dan mengapa ia hanya ditemui di utara Sarawak khususnya di Limbang dan Miri. Pokok yang ada sekarang kebanyakannya diwarisi daripada generasi terdahulu dan kemungkinan spesies durian kura-kura adalah spesies durian liar. Adalah dipercayai durian itu ditemui oleh nenek moyang kami masyarakat Bisaya ketika mereka membuka hutan untuk tanaman padi huma pada zaman dahulu dan kemudiannya mengambil biji durian itu untuk ditanam. Keunikan durian itu ramai yang cuba menanamnya, namun boleh dikatakan 90 peratus tidak menjadi. Ia mungkin disebabkan faktor cuaca mahupun pengaruh tanah dan alam sekitar yang membuatkan durian sukar untuk hidup. Faktor itu mungkin yang turut ia menyebabkan durian kura-kura hanya ditemui utara Sarawak khususnya di bahagian Limbang.


Dalam portal hmetro.com pula ada melaporkan bagaimana '
Durian berbuah di pangkal pokok dipercayai spesies baru' untuk dikongsikan. Kisan dari Raub dimana spesis durian yang berbuah di pangkal pokok dianggap unik dan belum pernah ditemukan sebelum ini sehingga ramai pencinta buah durian dari Lembah Klang dan penduduk sekitar daerah ini datang di Kampung Sengkela dekat sini, untuk melihatnya sendiri. bagi seorang penyelidik durian, Dr Abdul Aziz Zakaria berkata dimana dia sendiri pada mulanya ia adalah durian 'kura-kura' dari spesies 'Durio testudinarius' dari keluarga Malvaceae yang terdapat di Borneo sebaliknya ia tidak sama. Dakwanya melihat dari sifatnya dimana ia jenis durian spesis 'Durio johoricus' tetapi muncul pelbagai andaian dan kemungkinan besar ia daripada spesies yang baharu yang belum diketahui. Beliau adalah berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Florida, Amerika Syarikat dan juga Doktor Falsafah dari Utah State Universiti, Amerika Syarikat yakin ia adalah spesies baharu dan bukan dari spesies 'Durio johoricus'. Walaupun durian ini spesies baharu, diharapkan penduduk tempatan menjaga dan tidak memusnahkannya kerana jenis durian ini perlu disimpan sebagai satu khazanah baharu hutan negara. Dia berharap ada pihak berkaitan yang akan turut berusaha menjalankan penyelidikan yang menyeluruh agar spesies ini dipelihara dan menambah koleksi durian hutan negara serta potensinya. Sementara itu, pengemar durian, Aidi Rosli Khalim yang turut serta ke Kampung Sengkela berkata, dia turut terkejut dengan kemunculan durian jenis itu. Sebelum ini dia hanya mengetahui durian berbuah di pangkal pokok banyak ditemui di Sabah dan Sarawak dan 'Durio pinangianus' pernah ditemui di Sungai Sedim di Kulim, Kedah beberapa tahun yang lalu. Jenis 'Durio malaccensis' pula dipercayai banyak di sekitar Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang dan Terengganu dan dikenali sebagai durian batang, durian daun atau durian tong. Dalam pada itu bagi spesis 'Durio johoricus' juga berbunga pada batang pokok dan dipercayai pernah dijumpai di Endau-Rompin, Selai, Segamat dan Pahang dan kini di Kampung Sengkela dipercayai spesies baru. Dilaporkan bagi seorang peraih durian di Kampung Damak, Jerantut dikenali sebagai Ahmad Mustapha pula berkata yang dia bersama rakannya dari Kelab Pencinta Durian dan Durian Hunter melawat ke kawasan pokok duarian itu. Bagi seorang ahli kelab ini pada awalnya mengesahkan spesies ini merupakan durian kura-kura yang boleh didapati di beberapa tempat di Sarawak. Maklumat daripada rakan di Sarawak, keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa, saiz dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan iaitu sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga dan bijinya berwarna coklat. Penduduk Kampung Sengkela, Nurul Zalikha Uzir, 28, antara paling awal menemui buah unik itu berkata, pertama kali dia menemukan sebatang pokok di pinggir jalan kampung ini ketika mula berbunga cantik berwarna ungu di pangkal pokok beberapa bulan lalu. Sejak berbunga, saya kerap berulang-alik ke pokok durian ini untuk mengetahui perkembangannya dan setelah beberapa bulan ia mula mengeluarkan putik seterusnya berbuah hampir 60 biji dalam kedudukan di pangkal pokok. Ia mula berbuah kira-kira empat bulan selepas penemuan bunga pokok ini, kelihatan kulitnya berduri berwarna ungu kehitaman dan tidak menjangka ia adalah buah durian dan peliknya berbuah di pangkal pokok.  Bagi Nurul Zalikha antara paling awal menemui buah unik itu di pinggir jalan kampung ini ketika mula berbunga cantik berwarna ungu di pangkal pokok beberapa bulan lalu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua par pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN UNIK... BENTUK KURA-KURA...
DI BAWAH POKOK...KUMPUL BUAHNYA...
BUAH ELOK... BOLEH DIJADIKAN BAKA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bayu Damai, Sungai Rengit,
Pengerang, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(5 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.