Wednesday, February 7, 2024

AYAM DI TAMBAT DI SAMBAR HELANG

Peribahasa lama pilihan kali ini adalah 'AYAM DI TAMBAT DI SAMBAR HELANG' yang pada penulis blog menarik untuk di kupas mengenai kiasan ini dalam teknologi pertania. Apa pun peribahasa ini melibatkan dua jenis unggas iaitu Ayam dan juga Burung Helang. Mencari maksud peribahasa ini adalah sebenarnya 'Orang yang kehilangan secara tiba-tiba' atau 'lost item in the sudden'. Gambaran dalam peribahasa ini boleh juga dimaksudkan dengan 'ada orang yang tiba-tiba hilang tanpa sebarang khabar atau berita'Kalau di lihat dimana kiasan ini menyatakan dimana ayam di tambat atau diikat mungkin ayam kesayangan pemiliknya atau atam yang sudah disedia untuk disembelih bagi dijadikan lauk di lokasi khas. Bagaimana pun tanpa pengetahuan pemiliknya yang berjauhan dengan ayam tersebut tiba-tiba seekor helang besar telah menyambar ayam tersebut dan membawa lari ketempat lain untuk dijadikan makanannya. Apa bila pemilik ayam ity cuba melihat ayam yang diikat tersebut ternyata ayamnya sudah tiada lagi seakan dia sudah kehilangan benda kesayangannya secara tiba-tiba sahaja. Maka terpaksalah dia mungkin kekedai runcit membeli satu tin ikan sardin untuk dijadikan lauk pada kali ini kerana ayam yang hendak disembelih sudah hilang. Kejadian seperti ini dilihat masih relevan di zaman millunium ini dimana ia sangat berkait dalam kehidupan harian. Paling selelu didengar adalah berkaitan dengan kes-kes kehilangan talipon bimbit (handphone) dimana kecuaian pemiliknya menyebabkan HP miliknya yang diletak dimana-mana sekejap (seperti direstoren semasa makan ingin masuk ketandas) dan suruh kawan menjaganya akan tetapi bila keluar tandas ia sudah hilang tanpa disedari oleh rakannya bak kata orang 'ayam ditambat di sambar helang'. Kehilangan telefon bimbing jika dilaporkan ke Balai Polis terdekat pun selelu akan di tanya banyak soalan semasa membuat laporan dan pihak polis juga akan kata ' Kalau kehilangan handphone atau laptop atau kamera ini encik memang susah hendak jumpa balik,,, satu dalam seriba kalau hendak dapat semula'. Pengalaman yang pernah penulis blog lalui ini memang 'kena' dengan peribahasa ini kerana ia berlaku beberapa kali dalam perjalanan hidup selama ini untuk dijadikan panduan. Maka semua orang mesti lebih berhati-hati dalam menjaga dan menyimpan alatan eletronik berharga seperti ini kerana 'kecuaian adalah sebab utama kehilangan atau kecurian'. Artikel pada pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa yam dan helang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penulis blog akan kupas mengenai Industri Ternakan Ayam di Malaysia untuk dikaitkan dengan peribahasa ini dalam aspek pertaanian. Industri ini merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan juga banyak negara lain di dunia. Haiwan berkaki dua yang dipanggil sebagai Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk di,ama antara jenama ayam paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Kini ada banyak lagi restoren makanan berasaskan ayam muncul diseluruh dunia. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC dimana dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng resepi KFC. Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi sepanjang masa?. Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negara amat tinggi berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama seperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Penternakan ayam meliputi pelbagai jenis unggas iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga BURUNG termasuk juga ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 260,826,321 ekor di ternak pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut sebanyak 171,980,685 ekor adalah dari jenis Ayam Pedaging, sebanyak 62,162,143 ekor adalah Ayam Telur, sebanyak 15,473,432 ekor adalah Ayam Pembiakbaka dan sebanyak 11,210,061ekor adalah Ayam Kampong. Sementara itu terdapat sebanyak 9,780,573 ekor ternakan itek dilapor di Malaysia pada tahun 2019 (Sumber: Perangkaan Ternakan di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar 2020). Apa pun dilaporkan penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1.5 juta metrik tan setahun dimana daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Ramai akan jumpa daging ayam ini dihidangkan di restoran sema sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam goreng Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan. Kenaikan harga ayam daging di Malaysia sejak tahun 2023 menarik dan menjadi topik pperbincangan hangat apabila harga mencecah lebih RM12.00 sekilogram akibat kos makanan yang tinggi yang perlu diimport.


Burung Helang (Eagle atau Raptor) merupakan salah satu daripada haiwan burung yang terdapat di seluruh Malaysia iaitu ia  termasuk ada di Sabah dan Sarawak. Apa pun memang negara Malaysia juga merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut. Ramai orang pernah pergi atau berkunjung ke 
Langkawi dimana namanya adalah satu kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu 'Burung Helang'. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi dan antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ciri-ciri burung helang secara umumnya dimana helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia akan menjaga anaknya sehingga mampu terbang. Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor) dimana makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam (Ini yang orang dulu mencipta peribahasa - ayam di tambat disambar helang). Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh. Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Menarik kisah dalam sinarharian.com yang bertajuk 'Apakah raja semua haiwan?' untuk dikongsikan dan ditulis semula berkait denga peribahasa ini. Apa yang penulis suka berita ini dimana ia bincangkan mengenai ayam. Dikatakan memang besar masalah ekonomi di Malaysia dimana ia bukan mengenai ekonomi, pengangguran, kos sara hidup, gaji minimum atau pandemik Covid-19 akan tetapi isu juga sepenting daripada masalah ayam atau kekurangan ayam dan kenaikan harga haiwan itu. Haiwan ayam sangat penting kepada masyarakat negara ini dimana lagu Ayam nyanyian Jalil Hamid sangat popular dan semakin relevan pada penulis blog. Masyarakat sememangnya terpersona dengan ayam berbanding haiwan-haiwan lain kerana penulis blog tahu apabila diselidiki sudah ada terdapat tidak kurang 40 peribahasa bahasa Melayu menggunakan perkataan ‘Ayam’ termasuk tajuk artikel kali ini iaitu 'ayam ditambat di sambar helang' dan lain-lain seperti peribahasa ‘Seperti Ayam Berak Kapur’, ‘Kalau Kucing Keluar Tanduk, Barulah Ayam Boleh Bersusu’, ‘Ajak-Ajak Ayam’, ‘Ayam Jalak’, ‘Ayam Tambatan’, ‘Bagai Ayam Mengeram Telur’, ‘Cakar Ayam’, ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’. Kenapa agaknya bukan haiwan kucing atau anjing disambar helang atau kerbau tambatan. Mungkin di mana-mana sahaja pembaca blog ini pergi, ayam mudah didapati sama ada di kampung-kampung dimana ternakan ayam hampir dibela di setiap rumah. Dilihat lazimnya akan ada  reban kecil dan jika ada nasi berlebihan diberi makan dan telur diambil. Jadi apabila krisis kekurangan dan kenaikan harga ayam timbul, pastinya ia menjadi masalah nasional terbesar mengalahkan darurat dimana pihak kementerian berkaitan seperti tiada masalah lebih menggoncang dunia. Penternak dan peniaga ayam memberi amaran jika kenaikan harga ayam tidak dilayan, bekalan akan terganggu. Rakyat Malaysia akan hidup tanpa ayam seperti Kentucky Fried Chicken tanpa ‘chicken’. Apa pun tuntutan kenaikan ayam itu berlaku kurang dua bulan sebelum bulan Ramadan dan diikuti Aidilfitri. Ketika itu lebih 60 peratus rakyat negara ini akan berbelanja besar daripada membeli juadah ayam untuk berbuka sehingga rendang ayam pencen ketika pagi Aidilfitri. Jika dilihat setiap kali musim perayaan selalunya harga ayam akan meningkat dimana pihak kerajaan melalui KPDNHEP akhirnya terpaksa campur tangan menangani krisis ayam. Apa pun untuk melegakan ribuan penternak ayam daging dan telur ayam, kerajaan memberi subsidi sebanyak lebih RM500 juta kepada penternak untuk tempoh selama empat bulan. Ia bagi memastikan bekalan daging dan telur ayam mencukupi. Kini dengan sekelip mata diman daging dan telur ayam berjaya memasuki kategori ‘barangan prestij’ yang sama ada dikawal harga atau mendapat subsidi kerajaan seperti bekalan elektrik bukan komersial, RON95, diesel, beras, minyak masak, gas petroleum cecair, gula dan gandum. Jadi setiap kali pengguna memakan ayam maka pembayar cukai akan merasai dimana sebahagian cukai yang dibayar dalam ayam yang dimakan. Biasanya keadaan ini akan berlarutan kerana pelbagai tekanan daripada permintaan tinggi kepada harga dedak ayam. Masalahnya, Malaysia bukan tidak kurang tanah. Pergi sahaja ke mana-mana jalan sama ada tanah luas terbentang. Kebanyakan tidak diusahakan. Jika setiap penduduk di kampung diberikan insentif untuk membela ayam (sesuatu yang bukan luar biasa), masalah bekalan ayam dapat diselesaikan. Penduduk kampung akan mendapat meluaskan sumber pendapatan dan negara tidak terjerumus ke dalam krisis. Jadi tidak hairan peribahasa seperti ‘Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tiada Siapa Yang Tahu’. Berusaha keras adalah lebih 80 peratus daripada ‘tuah’. Masa untuk mencari tuah ayam dengan berusaha. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KESAYANGAN... DI TAMBAT DIKAKINYA...
HELANG DATANG... MEREMBAT GANASNYA...
ORANG YANG HILANG... APA KHABARNYA...
PERLU WASPADA... ELAKKAN BERLAKUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.