Menarik dimana di Malaysia pada pagi 11 Februari 2014 dilaporkan ada pengusaha ikan sangkar di perairan Tanjung Kupang, Johor digemparkan dengan ribuan bangkai ikan yang ditemui terapung di dalam sangkar. Dilaporkan kemudian dalam beberapa hari berikutnya berlaku jumlah kematian ikan terus meningkat. Insiden itu berlarutan selama dua minggu yang menyaksikan kematian pelbagai ikan seperti ikan senangin, merah, kerapu dan jenahak di sembilan kolam ternakan ikan. Salah seorang pengusaha dilaporkan mengalami kerugian yang bernilai RM150,000 dan kematian ikan itu dipercayai disebabkan oleh Ledakan Alga Berbahaya (HAB) atau dikenali juga sebagai fenomena air pasang merah iaitu percambahan plankton secara melampau. Sampel air di Selat Johor mengesahkan ledakan mikroalga Karlodinium australe sebagai punca menyebabkan ribuan ikan mati di Tanjung Kupang seperti di laporkan oleh Jabatan Perikanan Johor (Sila lihat foto disebelah). Walaupun ledakan alga berbahaya itu jarang dilaporkan terjadi di Semenanjung Malaysia, fenomena itu bukan sesuatu yang luar biasa di Sabah. Fenomena tersebut pertama kalinya dilaporkan pada 1976 dan ia berlaku setiap tahun sejak dari itu. Pada Januari dan Februari tahun 2013 berlaku fenomena keracunan kerang-kerangan meragut tiga nyawa manakala 40 orang lagi mengadu sakit yang berlaku di Sepanggar dan Inanam di Sabah dimana kes itu kedua-duanya dekat Kota Kinabalu iaitu bandar paling teruk terjejas dengan kes HAB. Pihak Jabatan Perikanan Sabah terus menguatkuasakan amaran air pasang merah yang dikeluarkan pada Oktober 2011. Pada Januari 2012 berikutan air berwarna merah-coklat mula kelihatan di perairan Kota Kinabalu dilaporkan Jabatan Perikanan Sabah memberikan amaran air pasang merah masih dikuatkuasakan dan toksin yang dikesan selama lapan bulan pada tahun lalu masih dapat dilihat dari Tuaran dan Kuala Penyu. Fenomena ini mungkin menjadi petunjuk kepada apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Hasil kajian oleh pakar ekologi marin di Universiti Malaya iiaitu Dr Lim Po Teen dimana fenomena itu berlaku lebih kerap dan terjadi di lebih banyak perairan beberapa dekad lalu dan melibatkan spesies tidak dikenali sebelum ini. Sampel air di Selat Johor mengesahkan ledakan mikroalga Karlodinium australe sebagai punca menyebabkan ribuan ikan mati di Tanjung Kupang. Dalam kes Tanjung Kupang dilaporkan dimana jenis alga berbahaya itu dikenali sebagai Karlodinium australe dimana ia adalah satu penemuan mengejutkan oleh saintis. Saintis laporkan insiden ini adalah kali pertama kali dilihat ledakan spesies ini yang tidak pernah dilaporkan sebagai toksik di Malaysia sebelum ini. Pakar tersebut juga memang pernah melakukan kajian selama 14 tahun mengenai spesies tersebut. Saintis juga ada menjalankan kajian sampel air 10 hari selepas insiden kematian ribuan ikan tersebut. Namun mereka masih menjumpai ketumpatan yang tinggi dalam spesies tersebut di antara satu hingga dua juta setiap liter. Hasil temuan kajian mdndapati isu fenomena ledakan alga itu menjejaskan sejumlah ikan yang banyak. Sampel air itu akan dihantar ke kolaborator Jepun untuk menyukat kadar toksin di dalam bangkai ikan yang telah mati. Saintis yang sudah mengambil 40 spesies mikroalga perosak dan spesis berbahaya di Malaysia serta meramalkan lebih banyak lagi membiak di perairan kita. Sejarah menunjukkan dimana kesan berbahaya sehingga 1990 perkara mengenai masalah yang berkaitan keracunan paralitik kerang-kerangan hanya berlaku pantai barat Sabah. Pada awal 1991 insiden buat pertama kalinya tiga orang mengadu sakit di Semenanjung Malaysia selepas makan kupang dari Sebatu, Melaka (Masa itu saya bertugas di MIADP Melaka). Dilaporkan dimana hanya dalam masa setahun kemudian alga Alexandrium tamiyanavichi disahkan sebagai penghasil toksin. Sejak dari itu fenomena dan kes HAB dilaporkan di pelbagai kawasan di Semanjung Malaysia. Saintis berkata istilah 'air pasang merah' memang asalnya ia agak mengelirukan orang ramai kerana HAB bukan saja menukar air kepada warna merah tetapi coklat dan juga berbuih. Perubahan warna di dalam air dapat dilihat pada waktu pagi dengan jelas. Ia akan tenggelam untuk mengelak cuaca yang terlalu panas dimana selalunya tidak semua ledakan alga berbahaya walaupun jika ia berwarna merah. Dalam kes lain dilaporkan di Lumur, Perak dan Pulau Pinang dimana ada terdapat ledakan alga jenis Ceratium furca yang tidak menghasilkan toksin walaupun ia mempunyai karakter kesan air pasang merah. Kemudian padaa 2010 dilaporkan media dimana ada enam orang dikejarkan ke hopsital di Tumpat, Kelatan manakala seorang daripadanya meninggal dunia selepas makan kerang-kerangan yang mengandungi toksin dari Alexandrium minutum (Sila lihat foto disebelah). Apa pun dilaporkan punca berlaku percambahan Alga seperti yang berlaku di Sabah berlaku secara kebetulan ketika kerja pemasangan paip di dasar laut antara Kota Kinabalu dan Pulau Gaya dijalankan. Terdapat juga kerja-kerja penambakan tanah berhampiran kolam ternakan ikan di Tanjung Kupang ketika ledakan HAB. Satu lagi sumber pengayaan air pantai adalah sangkar ternakan ikan terutamanya apabila baja ikan digunakan sebagai makanan. Lazimnya mana-mana baja yang dimakan akan tenggelam ke dasar laut selalunya akan menyebabkan eutrofikasi. Adalah lebih baik menggunakan makanan yang boleh kekal terapung di dalam air dan ia bukannya tenggelam dengan sangat cepat. Ledakan alga biasanya berlaku di kawasan terlindung dengan pergerakan air yang terhad seperti lagun, pelabuhan dan kawasan Teluk. Sarawak tidak mempunyai masalah besar dengan ledakan alga kerana pergerakan air pasang surut yang konsisten di perairan negeri itu.
Dalam portal hmetro.com dilaporkan kisah bagaimana 'Ledakan alga punca ikan mati' berkait dengan tulisan kali ini. Akhbar tersebut paparkan bagaimana kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak mengambil sampel ikan yang mati di perairan Perak dan Pulau Pinang. Fenomena dan kejadian ikan mati dan terapung yang didakwa berlaku di perairan Perak dan Pulau Pinang menerusi beberapa video tular adalah ikan yang hanyut dari sangkar disebabkan ledakan alga (algae bloom). Faktor itu dilaporkan menyebabkan ikan sukar bernafas dan kemudian ia berenang di permukaan air kemudian menjadi tidak stabil lalu mati. Bagi Jabatan Perikanan Malaysia dalam dakwa pihaknya menerima aduan mengenai kematian ikan secara berperingkat Kuala Kurau, Kuala Gula dan Tanjung Piandang, Perak. Siasatan kemudian dilakukan pada 29 Mei l2020 oleh pihak Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak. Hasil dari siasatan awal menemui kehadiran spesies plankton atau dikenali sebagai ledakan alga Cochlodinum spp yang tinggi di perairan berkenaan. Ledakan alga Cochlodinum ini adalah kejadian yang kerap berlaku di perairan pantai di seluruh dunia pada setiap tahun. Cochlodinium adalah spesies plankton yang toksik terhadap banyak spesies ikan dan kerang-kerangan, namun ia tidak memberi kesan kepada manusia. Dalam perkembangan lanjut dimana pihak jabatan juga mendapati ikan yang mati itu adalah spesies ikan merah dan ikan nyok-nyok, tetapi tiada kes kematian dilaporkan bagi ikan laut liar kerana ia dapat melarikan diri daripada perairan yang mengalami ledakan plankton terbabit. Malah statistik hasil tangkapan nelayan juga kekal tinggi dan ikan di laut masih dalam keadaan baik serta terkawal. Jabatan Perikanan Malaysia menasihati penternak ikan di kawasan itu supaya memindahkan ikan ternakan dari kawasan terbabit ke kawasan yang tiada ledakan serta bersedia bagi menuai ikan jika ia kelihatan tidak normal. Penternak juga dinasihati supaya tidak membuang bangkai ikan ke laut kerana dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan nutrien serta percambahan plankton dan harus mengikut kaedah pelupusan ikan seperti yang sudah ditetapkan. Susulan daripada kes di Perak dan kemudian menular ke Pulau Pinang, pihak jabatan menjangka kejadian terbabit mungkin boleh berlaku di perairan negeri Kedah. Sehubungan itu kalangan penternak di Kedah juga dinasihati supaya berjaga-jaga serta melaporkan kepada Pejabat Perikanan Negeri sekiranya ada perubahan dalam warna air laut atau kelakuan tidak normal pada ikan ternakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK SEBAB... KAJIAN SUDAH ADA...
ADA YANG MAUT...DILAPORKAN MEDIA...
MEMBACA ARTIKEL...DI BACA SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Rejab 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.