Sebagai langkah umum dimana syor iaitu sebaiknya dielakkan daripada memakan sebarang tumbuh-tumbuhan liar yang tidak dikenal pasti. Sebagai contoh dimana ada cendawan liar yang dijumpai disekitar kebun atau hutan yang mungkin mempunya warna, bentuk, ciri-ciri lain menyerupai cendawan yang biasa ada di dapati di pasar namun ia tidak boleh diambil atau dimakan kerana beracun (Sila lihat foto disebelah). Walau pun semuanya seakan sama dengan cendawan busut atau seumpamanya akan tetapi ia mungkin daripada spesis cendawan kemungkinan ia adalah beracun adalah tinggi dan sekiranya dimakan ia boleh membawa padah buruk. Ada banyak kes-kes kecemasan dilaporkan di media akibat termakan cendawan yang beracun di Malaysia. Dari sudut tumbuh-tumbuhan pula dilaporkan memang ada banyak tumbuhan di sekitar rumahyang mana ia boleh menyebabkan keracunan. Contohnya adalah seperti pokok duit-duit, pokok pisang tanah (keladi dieffenbachia) dan pokok ubi gadung yang merupakan spesis pokok beracun yang selalunya ditanam atau untuk menghiasi kawasan perumahan. Dalam pada itu terdapat jenis haiwan atau serangga berbisa yang biasanya mudah ditemui di sekitar rumah seperti semut merah, lebah, tebuan, lipan dan semut kayap (atau lebih dikenali sebagai (Charlie) dan juga spesis-spesis ular berbisa. Sebaiknya pengetahuan berkaitan hidupan marin yang memang ia beracun atau berbisa juga amat bermanfaat dan boleh membantu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku keracunan. Sebagai contohnya dimana sesiapa sahaja yang ingin bermandi-manda di pantai perlu ambil tahu waktu yang selamat untuk berekreasi di kawasan laut yang bertujuan bagi mengelakkan jenis hidupan laut atau haiwan yang bermusim seperti obor-obor. Dalam pada itu spesis hidupan laut yang beracun seperti ikan buntal dan ikan lepu batu ‘stonefish’ juga perlu dielakkan dari terkena sengatannya. Sebaiknya juga apabila berlaku kes keracunan dapatkan penyebab dan juga cari nama spesifik dan sebarang maklumat berkaitan dengan jenis tumbuhan, haiwan atau serangga. mkluma ini seterusnya adalah sangat penting untuk membantu menentukan rawatan paling sesuai kepada mangsa oleh pihak pakar perubatan. Pengetahuan asas diperingat awal dalam pengendalian kes keracunan juga mustahak agar dapat mengurangkan racun menular dan merebak ke seluruh badan. Pada penulis blog dimana ilmu pengetahuan menangani dan mengendalikan kes keracunan toksin semulajadi adalah kritikal bagi individu yang kerjayanya berhubung rapat dan sentiasa terdedah kepada kemungkinan keracunan toksin semulajadi. Apa pun didalam komusiti perlu dibuat latihan kesedaran dan pendedahan awal perlu dijalankan kepada semua rakan tetangga supaya mereka boleh mengendalikan kes-kes keracunan sebelum dibawa kepada doktor. Sebenarnya langkah mencegah adalah lebih baik daripada merawat dimana perlu sentiasa semua orang berwaspada dalam segenap aktiviti bagi mengelakkan berlakunya keracunan toksin semulajadi.
Menyentuh mengenai isu bahan Toksik Dalam Tumbuhan pada penulis blog memanglah tidak dinafikan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat dinegara banyak khasiat perubatan dan telah digunakan sejak turun untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Penyakit ini sama ada berkaitan dengan sistem perkumuhan, jantung dan perjalanan darah dan sebagainya. Walau telah diamalkan dengan berkesan oleh pengamal perubatan tumbuhan akan tetapi di;aporkan dimana jenis tumbuhan yang sama boleh menyebabkan keracunan jika tidak diamalkan dengan baik. Sesuatu bahan kimia semula jadi boleh dijadikan penawar pada tahap kepekatan tertentu dan sebaliknya bertindak sebagai pada kepekatan yang lain. Antara bahan kimia utama yang boleh didapati memberi kesan keracunan termasuk bahan ALKOLOID, ALLERGEN, SIONOGEN dan beberapa lagi. Bahan Alkaloid apa yang penulis blog faham dimana ia biasanya terdapat di bahagian akar, biji, daun dan kulit pokok. Di antara tumbuhan yang terlibat adalah daripada famili Amaryllidaceae, Buxaceae, Compositaea, Euphorbiaceae, Leguminosae, Liliaceae, Loganiaceae, Papaveraceae, Rananculaceae dan Solanaceae. Biasanya bahan alkaloid meracuni sistem saraf dan boleh menyebabkan kehilangan koordinasi, sawan, sakit perut, muntah dan cirit-birit. Terdapat juga alkaloid yang boleh menyebabkan berlaku kerosakan hati. Jenis Allergen pula ia biasanya terdapat dalam getah dan daun pokok. Kehadiran bahan ini dilaporkan ia boleh menyebabkan peradangan kulit (dermatitis), mata dan lapisan membran. Di antara tumbuh-tumbuhan yang dilaporkan mengandungi allergen adalah Pokok Lipan (Pedilanthus tithymaloides) dan Pokok Duit (Epipremnum aureum). Jenis ketiga iaitu bahan Sianogen adalah satu bahan yang amat toksik dan boleh menyebabkan kematian jika termakan dan tidak dirawat dengan betul. Antara tumbuhan yang terkenal dengan dengan kandungan sianogen ialah ubi kayu (Manihot esculenta). Beberapa varieti ubi kayu diketahui mengandungi sianida dari jenis sianogenik glikosida. Jenis lain bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan adalah daripada jenis perencat enzim, glukosinolat, asid amino, protein, peptid, lipid dan saponin beracun.
Penting diketahui bagaimana langkah-langkah awal perlu dilakukan jika berlaku kes Keracunan Tumbuhan. Ia adalah satu jenis tindakan kecemasan yang perlu diberi jika termakan atau terkena tumbuhan beracun. Sebaiknya jika seorang individu termakan racun tumbuhan maka langkah awal perlu diambil sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan yang selanjutnya. Rawatan awal sangat penting bagi tujuan untuk menyelamatkan mangsa. Antara rawatan yang perlu diberi adalah seperti berikut pertama sekali dengan memerhatikan tanda atau simpton yang dizahirkan mangsa sama ada gatal-gatal, radang, muntah atau cirit birit. Sebaiknya jika mangsa tidak muntah maka dia perlu dibantu atau dirangsang untuk muntuh dengan memasukkan jari kedalam mulut mangsa sehingga muntah. Ini akan mengeluarkan bahan toksik yang termakan. Kemudian diberikan mangsa minum air atau susu dengan banyak melarutkan toksik yang ada didalam badan. Sebelum dibawa mangsa ke hospital sebaiknya dikumpulkan semya maklumat penting. Antaranya adalah dengan mengenalpasti jenis tumbuhan yang dimakan sama ada dengan mengambil gambar atau dibawa tumbuhan tersebut ke hospital (tetapi berhati-hati semasa mengambl atau membawanya). Maklumat tentang jumlah atau berapa banyak dan bahagian tumbuhan dimakan dan dari manakah bahan tumbuhan tersebut dimakan. Info mengenai berapa lamakah tumbuhan tersebut sudah dimakan. Penulis blog juga ingatkan jika maklumat tidak tepat dimana ia berkemungkinan mangsa akan menghadapi masalah yang lebih serius dan seterusnya boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan lain yang menyebabkan kesusahan. Semua adalah bergantung kepada jenis toksik dimana memang ada toksik yang bertindak dengan pantas dalam sistem tubuh manusia. Sps pun dengan segera mangsa di bawa ke hospital untuk rawatan profesional.
Seterusnya penulis blog kongsikan maklumat bagaimana cara untuk mengelakkan Karacunan Tumbuhan. Ada beberapa perkara seharusnya diingati bagi mengelakkan berlaku insiden keracunan tumbuhan. Pada penulis blog penting bagi semua untuk tahu ilmu berkenaan JENIS TUMBUHAN yang terdapat dikawasan rumah atau ditanam khusus di taman. Tumbuhan tersebut hendaklah dikenalpasti dari segi nama, rupa bentuk dan bahagian yang mempunyai sifat keracunannya sama ada buah, daun, batang atau bunga. Sifat keracunan tumbuhan tersebut sama ada menyebabkan radang kulit, sesak dan lain-lain juga harus diketahui. Amalan seterusnya adalah dengan mempastikan TIDAK MAKAN mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan liar yang tidak pasti tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. Cendawan liar adalah sangat merbahaya jika termakan yang jenis beracun. Sebaiknya juga DIAJAR ANAK-ANAK supaya tidak bermain dengan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenalpasti beracun. Jika dikawasan ruma ada tumbuhan liar yang dikenalpasti toksik atau beracun makan sebaiknya segera di musnahkan. Amalan membakar buah dari tumbuhan beracun tidak akan menghilangkan toksid yang terkandung didalamnya dan tidak selamat dimakan kerana toksik hanya akan larut dalam air sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERLU DIKENALI...PERLU WASPADA...
JIKA TERKENA...RAWATLAH SEGERA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM ISINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Rejab 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.