Sunday, December 31, 2023

TEKNOLOGI PERTANIAN DAN KEPERLUANNYA

TEKNOLOGI PERTANIAN
(Agriculture Technology) pada penulis blog 
merupakan penerapan prinsip-prinsip matematika dan ilmu pengetahuan sains agronomi dalam cara aplikasi dimana ia digunakan secara ekonomik semua sumber asas pertanian dan sumber semulajadi alam untuk kesejahteraan manusia. Halatuju pertanian masa hadapan tidak lagi harus bergantung kepada konsep keperluan tanah yang luas serta penggunaan tenaga buruh yang ramai di lapangan dalam cara menjalankan aktiviti-aktiviti perladangan. Perkembangan teknologi pertanian sudah lama diperkenalkan dan diaplikasi oleh usahawan-usahawan yang berjaya memaksimumkan pengeluaran malah mengurangkan kos pengeluaran melalui penggunaan teknologi dalam pengurusan ladang tanaman mereka sendiri dengan produk lebih berkualiti. Di Malaysia ada pernah didengar mengenai 'Pertanian 4.0' yang mana ia merupakan perkembangan pertanian iaitu seiring Industri 4.0 ataupun dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Keempat di mana sektor pertanian melibatkan penggunaan mesin yang dapat menghantar, menerima dan bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem pengacaraan setempat dan melalui rangkaian komunikasi yang membolehkan ia berinteraksi dengan mesin lain bagi membolehkan manusia mengeluarkan barangan dan menjalankan perkhidmatan dengan cekap. Pengurusan ladang dapat dijalankan dari pusat kawalan dan pengurangan penggantungan terhadap tenaga buruh dapat dilaksanakan dengan lebih cekap. Penggunaan sistem penderiaan, komputer dan komunikasi seperti yang ada di kenderaan, dron dan jentera lain boleh dicapai sepenuhnya hari ini dengan teknologi. Selain itu apa yang penulis blog lihat dimana penggunaan Sistem Pengesanan Global (GPS) dan rangkaian mudah alih dengan penghantaran data dan analisis data raya (Big Data) memberikan informasi yang lebih tepat bagi pengurusan sesuatu tanaman dilakukan. Dilaporkan dimana pada 2050 dijangka populasi dunia akan meningkat sebanyak 9.8 bilion dan keperluan makanan dunia pada waktu itu dijangka akan meningkat sehingga 70%. Bagaimana pun jika kaedah pertanian sedia ada sekarang tidak mampu untuk memenuhi peningkatan keperluan makanan ini maka akan berlaku krisis bekalan makanan dunia. Di Malaysia sering dilaporkan dimana Malaysia perlu terus mengimport sebanyak 30% bekalan beras untuk mencukupkan keperluan tempatan. Isu timbul apabila sekiranya berlaku bencana alam yang tidak diingini seperti serangan perosak dan penyakit yang mana ia boleh menjejaskan bekalan makanan dunia dan menjejaskan jumlah import makanan negara. Antara beberapa jenis teknologi yang hangat diperkatakan untuk mengatasi masalah ini ialah kaedah Pertanian Tepat yang tercetus daripada fenomena Internet Kebendaan (IoT). Teknologi ini digolongkan dalam “teknologi yang menimbulkan gangguan” kerana ia akan merubah norma proses biasa kepada norma yang baharu. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi pertanian dan kepentingannya dalam menentukan jaminan makanan dunia dan negara khususnya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sektor pertanian diantara sektor yang perlukan perubahan teknologi didalam meningkatkan pengeluaran dan juga ia membaiki kualiti produk yang dihasilkan. 
Penggunaan teknologi ada dilakukan seperti amalan kaedah Pertanian Tepat (Precicion Farming) dengan kaedah menggunakan gabungan teknologi untuk mengukur dengan tepat bagi setiap proses pertanian bagi memastikan setiap sumber digunakan dengan optimum. Ini bermakna sumber-sumber yang digunakan adalah dalam keadaan berkadar boleh ubah dan bukannya berkadaran tetap. Teknologi yang digunakan termasuklah GPS, sensor, dron, kecerdasan buatan (AI) dan robotik. Sebagai contoh dron digunakan untuk mengambil gambar imej tanaman dan imej ini boleh dianalisis untuk mengesan penyakit pada pokok, kadar klorofil, kadar kelembapan tanah dan kewujudan serangga perosak. Apa pun secara saintifiknya dengan mengetahui kadar kelembapan tanah maka kalangan petani dapat mengetahui kadar air yang diperlukan oleh tanaman mereka. Begitu juga dengan kadar klorofil dan penyakit pokok yang membolehkan pemberian baja dan racun dapat digunakan dengan sewajarnya secara tepat di kawasan yang memerlukan sahaja. Dalam masa itu terkini dimana penggunaan sensor di ladang pula ianya boleh mengukur tahap keasidan dan kealkalian tanah. 
Teknologi dalam bidang pertanian ini dapat melakukan kerja sedia ada yang dibuat secara manual dengan lebih cepat dan tepat. Projek Pertanian Tepat di kawasan sawah padi di MADA, Kedah dan IADA Seberang Perak menunjukkan penjimatan penggunaan baja sehingga 25% sehektar dan kos operasi buruh dapat dikurangkan sehingga 50% sehektar dimana ini dilihat telah mengoptimumkan pengeluaran hasil padi. Ramai yang masih kurang mampu menggunakan Pertanian Tepat ini yang dilaporkan dapat membantu masalah global yang selalu dihadapi oleh para petani. Ini termasuk kekurangan sumber air, variasi cuaca yang tidak menentu, kos tenaga yang mana ia semakin meningkat dan aspek kekurangan sumber tanah. Terdapat juga desakan daripada masyarakat yang inginkan proses penghasilan produk pertanian menjadi lebih telus dimana kini dengan pendekatan kaedah Pertanian Tepat maka semua data-data yang diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan ini dapat dijana secara automatik dengan lebih cepat dan tepat. Penggunaan air yang berlebihan dilihat dapat dikurangkan dan hasil dapat ditingkatkan walaupun secara penggunaan keluasan kawasan yang sama. Kecanggihan teknologi membolehkan serangga yang menyerang tanaman dapat dikesan dari jarak ketinggian 200 kaki dari udara dan hanya kawasan yang terjejas sahaja yang perlu disembur dengan racun serangga perosak menggunakan drone. Data-data tersedia ini dapat dihidangkan kepada pengguna pada masa nyata bagi menunjukkan hasil pertanian memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Teknologi Pertanian Tepat ini hadir kerana wujudnya gabungan teknologi yang menyokong antara satu sama lain. Kecerdasan buatan dapat menganalisa imej-imej yang diambil oleh dron bagi membantu sistem membuat keputusan. Imej-imej ini pula disokong dengan data-data daripada sensor yang dipasang di ladang pertanian atau ternakan. Dron dan jentera pembajak pula dapat bergerak dengan cekap menggunakan teknologi GPS. Kesemuanya ini pula dihubungkan melalui Internet dan membolehkan pemilik ladang membuat kawalan di telefon bimbit. Gabungan teknologi ini membolehkan satu sistem automasi dilakukan daripada fasa pertama penggemburan tanah sehingga ke fasa akhir di mana tuaian dilakukan.


Sering di war-warkan dimana t
eknologi moden boleh pikat generasi muda bertani ada dilaporkan dalam media dan ketika ucapan kalangan pemimpin. Isu-isu bagaimana di Malaysia dilaporkan purata umur pesawah di kawasan jelapang padi MADA di Kedah dan Perlis adalah sekitar 60 tahun sudah di ketahui umum. Bagi sektor kelapa sawit pula penulis blog dapati dimana ada lebih 80% pekebun kecil berumur lebih 45 tahun. Mungkin isu ini menjadikan sektor pertanian sering dianggap sektor yang dimonopoli golongan berumur dan berkemahiran rendah. Ini bukanlah sesuatu yang unik di Malaysia kerana perkara sama juga dihadapi negara lain mengenai profil petani mereka sama ada di negara maju atau negara membangun. Kajian yang sudah dijalankan juga menunjukkan kekurangan pembabitan generasi muda mungkin kerana tiada akses kepada sumber utama pertanian iaitu tanah, tenagakerja, modal kewangan dan kekurangan sumber kewangan. Bagaimana pun masa ini dengan kehadiran teknologi dalam pertanian mungkin mampu mengurangkan jurang ini. Pertanian moden tidak lagi perlukan ruang tanah luas mahupun tenaga buruh ramai. Teknologi pertanian moden seperti teknik susun-tindih, serta teknologi hidroponik terkini mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta keperluan ruang minimum. Usahawan yang menerokai bidang pertanian tidak perlu modal tanah tinggi. Evolusi dalam teknologi dalam pertanian juga menyebabkan kos peralatan pertanian moden semakin rendah lantas kos permulaan minimum. Bagi generasi muda daripada keluarga petani dan mempunyai tanah agak luas, kepesatan teknologi dalam bidang pertanian mampu menggalakkan mereka terus bertani iaitu sebagai petani moden generasi kedua. Lazimnya bagi  mengurus ladang yang agak besar dimana teknologi secara penggunaan dron serta automasi boleh mengurangkan lagi kebergantungan kepada tenaga buruh ramai lantas dapat mengurangkan kos operasi. Teknologi satelit juga mampu membantu petani memantau kawasan bermasalah dengan lebih tepat dan menyeluruh. Penggunaan imej satelit berserta dron dapat mengenalpasti kawasan yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus di samping mengenal pasti risiko dan serangan penyakit secara lebih tepat. Apabila ada pembabitan generasi muda dalam bidang pertanian maka isu ini perlu dilihat di luar skop dan sistem pertanian sedia ada iaitu secara konvensional. Ini terpapar melalui minat generasi muda mencari sumber makanan alternatif seperti protein buatan. Sebagai contoh, proses pembiakan serangga sebagai protein alternatif yang dahulunya dilaksanakan usaha tani tradisional kecil-kecilan di pedalaman Asia, kini mendapat tempat agropreneur muda di Amerika Syarikat dan Perancis. Dua negara ini membawa kaedah pembiakan serangga sebagai sumber protein alternatif ke tahap lebih tinggi melalui kaedah automasi.


Da
lam pada itu sering dibincangkan mengenai kepentingan 'Pertanian Bandar' yang sesuai dilaksanakan di Malaysia dengan amalan termasuk sistem fertigasi, teknologi hidroponik dan juga aplikasi foliar fertilizer. Pada penulis blog kalangan generasi muda yang semakin peka terhadap isu alam sekitar juga mempengaruhi penyertaan dalam pertanian moden. Dalam keinginan mendapatkan makanan yang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, generasi muda terutama yang tinggal di kota banyak terbabit dalam 'pertanian bandar.' Bentuk pertanian terbaru ini dilihat ia merangkumi teknologi hidroponik terkini, teknologi penderiaan jauh (lebih dikenali sebagai teknologi remote sensing) dan teknologi pencahayaan untuk penanam dalam bangunan. Apa pun kepesatan teknologi sebagai daya penarik kepada belia untuk membabitkan diri dalam bidang pertanian telah menjadi strategi utama di banyak negara. Di Eropah dilaporkan dimana sungguhpun jumlah generasi muda dalam pertanian adalah rendah namun tahap kemahiran mereka adalah lebih tinggi dengan amalan dan bantuan pengeluaran melalui teknologi moden. Statistik menunjukkan dimana seorang setiap lima petani muda Eropah mempunyai pendidikan dan latihan pertanian secara formal dimana ini memang berlainan dengan situasi di Malaysia dimana petani lebih berumur di lapangan dan menjalankan aktiviti bertani kebanyakannya adalah melalui pengalaman bertani. Di samping itu dilaporkan dimana kalangan petani muda di Eropah di bawah umur 35 tahun dan mereka membuat pelaburan purata tertinggi jika dibandingkan petani yang lebih berumur. Ini menunjukkan petani muda lebih berminat untuk gunakan teknologi dan automasi dalam sektor pertanian. Di Jepun pula yang maju dalam banyak aspek dilaporkan dimana jumlah generasi muda dalam pertanian juga beransur meningkat. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan 23,000 orang pekerja di bawah umur 49 tahun pada 2015 iaitu berbanding sejumlah 18,000 dalam lima tahun sebelumnya. Kebanyakan petani muda di Jepun berkelulusan tinggi serta guna teknologi pertanian terkini. Kes lain merujuk kepada isu ini di UK yang dilaporkan petani millennial kini mereka lebih berkemahiran tinggi dan mesra teknologi serta meletak pertanian sebagai karier pilihan kehidupan. Penulis blog dapati dimana ada banyak negara seluruh dunia dimana mereka memperkenalkan pelbagai dasar baru membabitkan penggunaan teknologi sebagai pemangkin untuk menarik generasi muda menyertai bidang pertanian. Walau pun kini di Malaysia juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan beberapa program seperti memmperkenalkan Program Agropreneur Muda. Program ini juga dilaksanakan di pelbagai Jabatan dan agensi pelaksana. Kajian mendapati dimana tahap perkembangan teknologi dalam pertanian ini sebagai satu agenda penting untuk Malaysia dan sedang berusaha mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam. Padapenulis blog adalah tidak mustahil kalau dalam pada masa singkat dimana tahap kemahiran serta kelulusan menjadikan petani moden di Malaysia mungkin setaraf pekerja profesional di syarikat antarabangsa.


Salah satu perkara tekologi dalam bidang pertanian yang
 perlu berubah seiring dengan revolusi industri 4.0 adalah melalui pengeluaran tanaman makanan terutama dengan kaedah berteknologi terkini seperti penggunaan teknologi baru untuk pengeluaran makanan. Ini boleh dilakukan dengan cara meningkatkan kecekapan rantaian makanan serta bekerjasama dalam industri teknologi dan penggunaan iaitu dengan pelaksanaan teknologi dron, analisis data, penggunaan internet, pertanian tepat dan nanoteknologi. Contohnya semasa penulis blog melawat projek 'RoofTop farming' di Singapura pada beberapa tahun lalu dimana mereka mengaplikasikan teknologi Vertical System Farming secara fertigasi dan organik (Sila lihat foto disebelah). Kini ia diperluaskan lagi di beberapa kawasan perumahan dan mampu memberikan produk sayuran daun berkualiti. Kemudian penulis blog sempat melawat beberapa projek 'Vertical Farming' dimana teknologi penanaman pokok sayuran secara vertical farming dijalankan di menara jenis aluminium setinggi enam meter di Singapura. Pertanian ini dilakukan dengan menggunakan sistem ini mempunyai banyak kelebihan seperti pengeluaran yang lebih terancang dapat dilaksanakan sepanjang tahun. Penggunaan sumber air, cahaya dan tenaga buruh yang lebih cekap dan kawasan yang terlibat tidak dipengaruhi oleh cuaca (Sila lihat foto paling bawah). Hasil yang dituai dilaporkan adalah bebas daripada bahan kimia racun serta ia sesuai dilaksanakan di semua kawasan , persekitaran dan tanah. Di samping itu produktiviti sayuran ini dapat ditingkatkan sehingga 4 kali ganda kuantiti atau jumlahnya berbanding pertanian secara konvesional. Hasil teknologi ini dilihat dalam kualiti atau bentuk premium, segar, bernutrisi dan selamat dimakan. Selain itu teknologi pertanian moden di kaitkan dengan Penanaman Tanaman Makanan sepertui Sayuran Di bawah Tanah atau didalam bangunan. Ia adalah salah satu teknologi pertanian di dalam bandar yang besar dan pesat membangun bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Di Tokyo dilaporkan sudah ada sebuah kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan Pasona telah membangunkan sawah dan kebun sayuran di ruangan bawah tanah di sebuah Pasaraya iaitu Nomura yang mempunyai 27 tingkat aras dan terletak di Otemachi di Bandar Tokyo. Apa pun dilaporkan kawasan tersebut yang luasnya 3,000 meter persegi ditukar kepada sawah dan kebun yang ditanam dengan 100 jenis tanaman termasuk padi, sayur, bunga dan rempah (Sila lihat foto paling bawah). Sinaran matahari yang telah ditukar kepada lampu-lamu LED dan lampu high pressure sodium vapor. Keperluan-keperluan asas tersebut dikawal oleh komputer di mana suhu, cahaya dan air adalah seperti di habitat asal tanaman. Telah dilaksanakan sejak tahun 2005 dimana sudah ada sembilan projek yang sama telah dibangunkan dan kini semakin banyak. Ianya juga telah dijadikan sebagai satu destinasi perlancongan teknologi pertanian yang menarik perhatian ramai di Jepun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TEKNOLOGI PERTANIAN...APA DIA...
SENTIASA BERUBAH... ICT DIGUNA...
PENGHASILAN TINGGI...BERHARGA...
PERLU BERUBAH... PETANI MUDA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
pRecint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1445H).

Saturday, December 30, 2023

DAPUR TIDAK BERASAP

Pada penulis blog peribahasa 'DAPUR TIDAK BERASAP' adalah satu peribahasa yang agak unik kerana kiasan menggunakan dapur yang selalu digunakan untuk aktiviti menyediakan makanan akan tetapi tidak ada asap keluar menberitahu semua bahawa penghuninya tidak memasak untuk makan. Apa pun penulis blog berpendapat kiasan ini hanya merujuk kepada sapur kayu tradisional di kampong yang masih menggunakan kayu api yang lazimya akan mengeluarkan asap apabila di bakar semasa memasak.  Dapur ini memang terletak diatas rumah kayu tradisional seperti rumah penulis blog zaman dulu sekitar tahun 1970'an sehingga 1980'an sebelum menjadi rumah batu kemudiannya. Kini kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun menggunakan dapur gas yang memang kurang asapnya berbanding dengan bahan bakar kayu atau pun ramai yang sudah menggunakan dapur eletrik (ada pelbagai model dari oven, microwave, ketuhar sehingga kepada air fryer). Bagaimana pun merujuk beberapa sumber dimana peribahasa 'Dapur tidak berasap' sebenarnya ia bermaksud sebagai 'Terlalu miskin'. Kiasan ini mungkin punyalah miskin seseorang atau keluarga itu sehingga tidak mampu memasak makanan untuk dinikmati. 
Penulis blog dahulu sering mendengar istilah .Miskin Tegar', Miskin dan Miskin Sementara semasa menjalankan tugas. Akan tetapi sekarang ini sudah banyak istilah yang digunakan iaitu Moskin Tegar, Miskin, B40, M40 dan T20. Istilah ini pada penulis blog dimana B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) yang bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Penulis blog merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dimana definasi miskin adalah 'tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya peribahasa kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Sumber - Kamus Dewan Edisi Keempat). Menarik juga jika dikongsikan apakah beberapa perkataan lain yang sinonim dengan miskin antaranya adalah fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara, azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit, makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apa pun lazimnya ada dua perkataan atau kata terbitan mengenai miskin yang digunakan iaitu 'memiskinkan' dan juga perkataan 'kemiskinan'. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maksud peribahasa diatas dengan pertanian dan meklumat kemiskinan yang lain untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan bagi mengekalkan keaslian makanan warisan maka kalangan masyarakat zaman dahulu mempunyai peralatan yang khusus untuk memasak. Peralatan-peralatan yang digunakan mempunyai fungsi yang tersendiri dan direka untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Ia juga dibuat menggunakan sumber-sumber yang terdapat di sekeliling mereka dan kebanyakannya berasaskan kayu, tanah liat, batu, seramik, besi, buluh, lidi, daun mengkuang, besi dan tembaga. Peralatan dapur ini perlu diketengahkan kerana ia merupakan warisan zaman dahulu yang perlu diberi pendedahan kepada generasi kini. Selain itu, pendedahan peralatan ini boleh membantu untuk dikomersialkan dan diinovasi selaras dengan teknologi terkini. Rakyat Malaysia sejati mempunyai identiti mereka tersendiri iaitu baik dari segi cara hidup, percakapan, budaya dan paling utama pada penulis blog adalah makanan dan cara masakannya. Namun begitu perubahan berlaku seiring peredaran masa dimana ada banyak rutin tradisional telah dilupakan dan semakin terhakis dihambat arus kemodenan. Tidaklah bermaksud kemodenan itu sesuatu yang negatif ataupun membawa keburukan kerana perkembangan teknologi sememangnya membantu hidup menjadi lebih mudah dan menyenangkan, namun jauh di sudut hati penulis blog pun rindu akan cara hidup tradisi dahulu yang tradisional. Seronok juga apabila dapat sesekali mengimbau kembali memori di mana tugasan seharian masa dulu terutamanya memasak dimana ia perlu dilakukan dengan penuh tekun dan usaha yang bukan sedikit. Hasilnya adalah makanan dinikmati dengan cukup memuaskan melalui rasanya apabila sesuatu hidangan telah siap terhidang di depan mata. Ingatan mengimbau danmeneroka kembali bagaimana caranya orang-orang Malaysia zaman dahulu memasak dengan dapur kayu adalah unik. Ia tidak seperti menggunakan dapur elektrik atau dapur gas, memasak menggunakan dapur kayu memerlukan teknik yang tersendiri dan mengambil masa yang lama. Bahan bakarnya ialah terdiri daripada ranting kayu, dahan-dahan kayu yang kecil dan juga batang kayu yang dipotong. Pertama sekali adalah api perlu dihidupkan menggunakan ranting atau dahan kayu yang kecil terlebih dahulu agar mudah untuk api menyala atau ‘lekat’. Sebolehnya kita harus mengelakkan menggunakan minyak tanah untuk menghidupkan api di kayu kerana akan meninggalkan bau pada makanan kelak. Setelah api mula hinggap di dahan kayu yang kecil tersebut baharulah batang kayu yang lebih besar akan diletakkan menjadi bahan bakar. Seterusnya adalah makanan yang ingin dimasak akan diletakkan di atas tungku di sekeliling api dan api tersebut perlu pandai dikawal supaya makanan tidak menjadi hangit. Apa yang istimewanya memasak menggunakan dapur kayu ialah aroma smoky ataupun kayu bakar yang akan terhasil pada nasi ataupun air yang direbus, menjadikan ia sememangnya rasa dan memori yang sukar dilupakan.


Asap (Smokes) merupakan wap atau gas yang terhasil daripada proses seperti pembakaran. Dari segi teori apa yang saya baca, asap ini dapat dibezakan mengikut huraian istilah yang sesuai untuk digunakan. Asap Air adalah gas yang dihasilkan daripada air yang mendidih atau ia lebih mudah dipanggil sebagai 'Wap Air'. Asap Air telah banyak digunakan didalam industri untuk memasak bahan mentah. Ia juga telah mengerakkan keretapi zaman dulu. Asap Api pula merupakan asap yang terhasil daripada pembakaran bahan asas yang terbakar. Asap api ini mempunyai warna berbeza mengikut jenis bahan bakar. Kalau bahan dibakar terdiri daripada bahan organik seperti tanah gambut, kayu, rumput, daun pokok, batang pokok dan sebagainya, ia lazimnya akan berwarna kebiruan hingga kehitaman. Bahan bakar daripada bahan getah, plastik, polimer pula menghasilkan asap yang berwarna hitam pekat dengan bau yang kuat. Asap daripada pembakaran minyak petrol kenderaan juga dapat kita bezakan antara minyak petrol premium dengan minyak disel. Asap Belerang atau asap daripada gunung berapi juga merupakan asap yang terhasil daripada kepanasan magma dari dalam perut bumi yang keluar melalui kerak bumi pada puncak gungung berapi. Saya dapat melihat asap belerang ini ketika melawat gunung berapi Indonesia beberapa kali. Saya juga berada di Filipina selepas seminggu berlaku kejadian letupan Gunung Pinatubo iaitu semasa berkursus di SEARCA, Los Banos. Asap Beracun adalah asap yang mengandungi bahan racun sama ada terhasil daripada proses semulajadi atau diformulasi untuk tujuan industri. Saya ada menulis artikel bertjuk 'Asap dan Pertanian' yang sesuai dibaca dengan membuat pautan seperti berikut (Sila Klik Disini)
Amalan membakar sisa ranting, dahan, daun kering dalam dusun termasuk dusun durian hasilkan asap. Penulis blog sendiri campakkan ranting dan daun diatas api dan hasil dari pembakaran sisa organik seperti kayu dan daun-daun tumbuhan yang dibuat dikawasan tanaman buah-buahan disekeliling rumah amat lazim dijalankan. Saya ada menulis kepentingan asap di kebun durian dan boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini). Pembakaran ini sering dijalankan oleh tuan rumah pada waktu pagi atau petang dengan tujuan asalnya adalah untuk membersihkan sampah sarap dikawasan rumah dikampong tradisional. Selain daripada kawasan rumah jadi bersih, ramai dikalangan kita kurang menyedari akan kesan aktiviti pembakaran tersebut dalam bidang pertanian. Pemerhatian dan kajian penulis blog mendapati dimana asap yang dihasilkan akibat dari proses pembakaran bahan organik membantu didalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan. Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'Nafthalene gas' yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman.


Menarik kisah dalam utusan.com bertajuk 'Kerana Rahmah, dapur tidak berasap?' untuk ditulis semula dan dijadikan bahan rujukkan. Ini kerana dilaporkan rata-rata pembeli akan tersenyum riang apabila menu Rahmah diperkenalkan. Program Menu Rahmah dilancarkan 31 Januari 2023 dimana ia menyasarkan keperluan makanan harian bagi golongan berpendapatan rendah. Menu ini ialah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang dan lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran. Ia menawarkan harga berpatutan iaitu RM 5.00 sepinggan dan dilaporkan ada hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui program ini. Formulanya lebih kurang sama seperti formula menu untuk rakyat yang pernah diperkenalkan kerajaan 12 tahun dulu. Namanya sahaja berubah. Pun begitu sekurang-kurangnya rakyat ada pilihan. Hakikatnya jika berlaku sebarang perubahan itu dimana ia boleh sahaja dilakukan lebih-lebih lagi kalau ia keluar daripada arahan kerajaan. Apa yang lebih penting adalah ekurang-kurangnya penggguna nampak ada berlaku kerjasama antara kerajaan dengan pemain industri makanan dan minuman dalam menjayakan program ini. Sebenarnya menu Rahmah ini pun tidak jauh berbeza daripada menu yang saya atau kita nikmati hampir setiap hari di tempat kerja atau sekolah iaitu ada nasi, lauk dan sayur. Akan tetapi imungkin harganya kadangkala melebihi RM10. Pendapat penjual makanan menyatakan harga naik sebab semasa membeli bahan mentah dari pasarpun harganya sudah tinggi. Mahu atau tidak kenalah di jual pada harga berpatutan. Siapa yang mewajarkan harganya pun tidak ada yang mampu untuk menjawabnya. Sebagai pelanggan selalunya bayar sahaja dimana kalau terasa mahal atau harga melampau maka pelanggan tidak berkunjung lagi buat kali kedua. Namun agak berlainan apabila menu Rahmah ini diperkenalkan dimana tiba-tiba ramai pula peniaga yang mampu turunkan harga makanan dijual. Apa yang nyata harga berkenaan mampu memikat pembeli dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Selalunya kalau sekali dua tidak laku maka jangan cepat salahkan kerajaan tidak bijak menangani situasi sebab risiko dalam perniagaan itu bagaikan isi dengan kuku. Menu ini dilaporkan hanyalah suatu pilihan kepada pembeli dan jangan beri kebergantungan sepenuh kepadanya. Sebaiknya janganlah sebab ada Rahmah pengguna akan lupa hingga dapur langsung tidak berasap. Digalakkan juga agar semua mengusahakan memasak sendiri untuk keluarga. Rakyat Malaysia umumnya walau pun katanya berada dalam kesukaran hidup akan tetapi masih ramai suka makan di kedai yang nyata memang tinggi kosnya khususnya bagi orang yang datang berkeluarga. Sebaiknya buatlah  pesanan makanan jangak berlebihan sehingga dibuang begitu sahaja.   Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAPUR TAK BERASAP...TERLALU MISKIN DIA...
KEMISKINAN TEGAR... MASIH ADA DI MALAYSIA...
BANYAK KATEGORI...  BANYAK BANTUANNYA....
MENU RAHMAH... BUKAN PENYELESAIANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1445H).

Friday, December 29, 2023

CEKUR MANIS DAN FAKTA MENARIK

SAYUR CEKUR MANIS
(Sauropus androgynus) adalah sayuran dari keluarga Euphorbiaceae dimana penulis blog dapati ia adalah merupakan sayuran tradisional. Ia adalah pokok yang tumbuh renek dan mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas. Ramai dikalangan rakyat Malaysia terutama generasi Y kurang kenal akan tumbuhan ini yang didakwa berkhasiat. Oleh itu saya akan paparkan bagaimana mengenali dan apakah khasiat cekur manis. Ini kerana mungkin ramai belum lagi mengenali pokok cekur manis apatah lagi ia merupakan sayuran tradisional yang biasanya diperoleh di kawasan luar bandar. Pada batang terdapat ranting ranting lateral pendek dan daunnya tumbuh secara berselang seli hingga ke hujung. Daun cekur manis beraroma sedikit bila diramas, buahnya globos berukuran1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan (Sila lihat foto diatas). Cekur manis juga dipanggil sayur pucuk manis atau asin asin dan mempunyai warna hijau gelap serta ditanam di Asia Tenggara, India,Sri Lanka dan selatan China. Cekur manis kaya dengan kabohaiderat, lemak, serabut, asid amino, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2 dan C. Dari segi khasiat makanan, daun, pucuk boleh dimasak air, digoreng atau dimakan mentah. Buah cekur manis boleh dijadikan jeruk manis. Khasiat ubatan cekur manis boleh merangsang pengeluaran susu ibu dan ubat bagi memulihkan wanita lepas bersalin, ia mengubat demam panas, masalah buang air kecil, merawat pening, melawaskan kencing dan hidung berdarah. Artikel subuh ini selepas solat subuh saya terus menuls dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta menarik tentang cekur manis serta mengupas akan kehebatan khasiat tumbuhan ini sekadar berkongsi maklumat dalam kedinginan pagi.



Cekur manis atau dikenali juga dengan nama lain seperti taruk manis, cekup manis, asin-asin, sweet leaf bush (inggeris), mani cai (cina), rau ngot (Vietnam) atau nama saintifiknya Sauropus androgynus adalah merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Tergulung dalam keluarga Euphorbiacea dimana pucuk daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan atau boleh juga dijeruk. Pokok cekur manis adalah sejenis pokok renek yang berbatang keras dan mempunyai banyak cabang yang keluar dari pangkal pokok. Daunnya kecil berwarna hijau tua, berbentuk lonjong, tirus dihujung dan lebar dipangkal. Daunnya tersusun pada tangkai secara berselang seli manakala tangkai daunnya tersusun berselang seli pada setiap cabang. Bunganya kecil berwarna merah tua, buahnya kecil, bulat dan berwarna hijau muda. Pucuk cekur manis dimakan sebagai sayuran yang dimasak rebus bersama ikan bilis atau udang kering. Boleh juga dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin. Pokok cekur manis mudah dibiakkan menggunakan keratan batang muda atau biji benih. Di kampong, tanaman ini tumbuh meliar di kawasan redup namun kini terdapat pengusaha atau petani yang mengusahakan secara komersil. Tumbuhan renek saka ini boleh tumbuh setinggi 8 meter jika tidak dicantas. Oleh itu tanaman separa berkayu ini perlu dicantas agar ia banyak bercabang serta dapat mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan dan dapat mereka mengekalkan ketinggian 1-2 meter untuk penghasilan yang tinggi. Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi. Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru.


Cekur manis merupakan sumber vitamin K yang baik dan berupaya menjadi pembersih darah dan awet muda jika dimakan sebagai sayur. Dalam perubatan tradisional melayu, cekur manis dikatakan mampu memperbanyakkan susu ibu dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan ditampal pada payu dara ibu hingga kering. Selain dari itu, air rebusan cekur manis juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi atau kencing tidak lawas manakala air rebusan akarnya boleh juga merawat demam serta rosak pundi kencing. Bagaimana pun menurut satu kajian di Taiwan, pengambilan air cekur manis secara berlebihan akan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Ini disebabkan kepekatan tinggi alkaloid papaverine yang terkandung dalam cekur manis. Cekur manis juga dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular). Dalam pada itu pernah jug dilaporkan dimana pembaca blog perlu berhati-hati semasa makan cekur manis agar bermanafaat. Pucuk cekur manis memang secara tradisinya dapat digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu dan ia merupakan sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral. Dilaporkan dimana kandungan zat dalam cekur manis adalah jauh lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain. Bagaimana pun dilaporkan dimana pucuk cekur manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin) dimana justeru itu fakta penting dilaporkan pengambilan ekstrak pucuk cekur manis yang berlebihan boleh menyebabkan toksik. Kesan ini di rasai dengan adanya simptom seperti pening, mengantuk dan juga sembelit. Dalam satu laporan dari Taiwan dimana ada lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan. Kemudian dilaporkan daripada jumlah tersebut dimana 5 pesakit pula terpaksa menjalani 'lung transplant' kemudian di hospital. Sebaiknya dielakkan memakan pucuk cekur manis mentah atau sebaiknya masak dulu dan jangan makan berlebihan walau pun suka.


Dalam beberapa penulisan dan laporan akhbar dilaporkan dimana sayuran cekur manis lawaskan kencing. Ini kerana masaalah kencing tidak lawas merupakan gejala yang memang merimaskan kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian terutama ketika penghidapnya berada di kawasan tumpuan umum atau sedang sibuk dengan tugasan penting. Gejala yang dikenali sebagai ''urge incontinence'' ini sebenarnya sering membelenggu pada kehidupan dan pemikiran pesakit yang kebanyakannya lelaki berusia 50-an dan ke atas. Ini kerana mereka lazimnya terlalu kerap berasa hendak membuang air kecil sedangkan air kencing yang keluar hanyalah sedikit. Dalam situasi lain pula dikalangan pesakit mungkin tidak puas ketika mereka membuang air kecil kerana merasakan masih ada baki air kencing yang tidak keluar. Ini menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama di dalam tandas ataupun jika ingin terus beredar akan sentiasa bimbang kemungkinan baki air kencing itu menitik atau mengalir tanpa disedari sehingga membasahi pakaian. Herba pilihan iaitu pokok CEKUR MANIS atau ASIN-ASIN atau nama saintifiknya Phyllanthus frondosus memang telah lama dikenali ramai kerana ditanam sebagai sayur-sayuran dan digunakan dalam masakan. Apa yag unik dimana selama ini anda tentu sering menikmati keenakan daun cekur manis yang dimasak lemak putih dicampur bersama keledek yang menimbulkan kesan aroma pembangkit selera (Sila lihat foto disebelah). Tetapi mungkin tidak ramai mereka yang mengetahui bahawa daun cekur manis juga sejak dulu sering digunakan oleh pengamal rawatan tradisional kerana ia juga mempunyai banyak khasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

CELUR MANIS... CEKUR BERBEZA...
MUDAH DITANAM... CACAK SAHAJA...
PETIK SELALU... BANYAK PUCUKNYA...
KHASIAT TERBAIK... PERLU AMALNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1445H).

Thursday, December 28, 2023

BUNGA ROS DAN CERITANYA

BUNGA ROS
(Rosa spp) merupakan sejenis tanaman berbunga yang juga di kenali sebagai Bunga Mawar dari keluarga Rosaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan berperdu dimana batamgnya selalu berduri dan bunganya berbau wangi. Banyak warna bunga ros yang cantik dan ia menjadi kesukaan manusia dan haiwan atau serangga yang keluar daripada atas daun bunga yang bersusun. Penulsi blog dapati ada beratus-ratus jwni bunga ros diesluruh dunia dengan pelbagai cara pertumbuhannya daripada jenis yang tumbuh meegak atau pun jenis yang memanjat yang tingginya boleh mencapai 2 - 5 meter. Adaa sepsis bunga ros tertetu yang dilaporkam ia mampu tumbuh dengan merayap kepada pokok lain sehingga mencapai 20 meter. Kebanyakkan pokok bunga ros ini dilihat ia mempunyai daun yang panjangnya antara 5 -15 cm dengan dua-dua berlawanan (pinnate). Daunnya adalah  majmuk yang setiap tangkai daun terdiri dari paling sedikit 3 - 5 helai anak daun dan ada pula mempunyai 9 - 13 helai anak daun dan daun penumpu (stipula) berbentuk lonjong. Daunnya bertulang dengan hujungnya tirus dan bahagian tepi daun bergerigi. Apa pun di kawasan tropika dimana pokok bunga ros ini daunnya aka ada disepanjang tahun berwarna hijau dan tidak berlaku keguguran seperti di kawasan negara beriklom temperate. Dalam pada itu b
unganya terdiri dari 5 helai daun mahkota dengan perkecualian Rosa sericea yang hanya memiliki 4 helai daun mahkota. Di antara warna yang popular bagi bunga ros adalah Merah, Putih, Kuning, Merah muda, Biru dan warna campuran lain yang menarik hasil kacukan atau bunga ros hibrid. Bahagian Bunga selalu ia menghasilkan buah agregat (berkembang dari satu bunga dengan banyak putik) yang disebut 'rose hips' dimana putik selalu berkembang menjadi satu buah tunggal (achene) sedangkan kumpulan buah tunggal dibungkus daging berada pada bahagian luar. Bunga ros yang cantik ini disukai banyak serangga termasuk lebah, tama-rama, semut atau serangga lain yang membantu dalam proses pendebungaan. Ada beberapa sepsis bunga ros yang sangat kaya dengan Vitammin C semulajadi. Antara isu dalam penjagaan tanaman bunga ros adalah ia mudah diserang beberapa jenis penyakit terutama Penyakit Karat Daun yang menyebabkan keguguran daunnya. Bunga ros juga menjadi pilihan beberapa jenis larva Lepidoptera yang menyerang tanaman ini. Dalam aspek ekonomi dimana bunga ros selain daripada dijadikan Bunga Keratan (Hiasan) dimana ia ad ciri antobakterial, antivirus, anti radang dan kaya dengan vitamin C untuk kesihatan. Terdapat 3 kumpulan asas bunga ros iaitu Wild Roses, Old Garden Roses dan juga Modern Roses. Artikel pada tenghari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberipa cerita menarik tentang Bunga Ros untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Ada banyak cara dan kaedah didalam menanam dan menjaga tanaman bunga ros di rumah atau secara komersil. Ada cara untuk menanam dan menjaga bunga ros agar subur dan cantik dimana lazimnya bunga ros merupakan bunga yang menjadi lambang cinta dan kasih sayang yang sering dihadiahkan pada hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya. Biasanya ia dibeli dari kedai bunga dan ia juga tidak tahan lama. Penulsi blog yakin ramai jarang tanam bunga ros kerana ramai yang beranggapan ia sukar dijaga, mudah diserang penyakit dan jug ia memerlukan banyak perhatian namun itu semua sebenarnya dapat diatasi jika anda ada minat. Perlu dis
ediakan persekitaran yang sesuai dan periksa lokasi penanaman dapat limpahan cahaya matahari yang banyak. Sebaiknya ia terdedah atau mendapat 6 jam sinar matahari sama ada ia ditanam di atas tanah ataupun di dalam pasu. Pastikan juga ada media tanaman yang sesuai dengan nilai pH tanah yang sedikit asidik yang hampir kepada neutral iaitu sekitar pH5.5 -7.0.  Semasa menanam perlu disediakan lubang penanaman yang sesuai sekitar ukuran 15 - 18 inci dalam dan 18-24 inci luas lubang. Media tanaman sebaiknya ada dicampurkan baja organik dan diberikan nutrien yang sesuai. Tanam abakbenih bunga ros kedalam lubang penanaman dan dipadatkan serta disiram dengan ait selepas itu. Bagi pokok bunga ros yang digali keluar dari tanah, pastikan ia direndam bahagian akarnya sekurang-kurangnya 12 jam untuk memastikan suhu dapat disesuaikan dengan tanah tempat anda menanamnya nanti. Pada lubang yang telah disiapkan untuk bunga ros dipastikan mencampurkan sedikit campuran tanah sedia ada dan juga baja superphospate. Pokok bunga ros memerlukan suhu yang spesifik untuk tumbuh dengan subur terutama sekali pokok yang baru ditanam iaitu suhu sekitar 40 - 60 Celcius bagi memastikan pokok dapat menyesuaikan diri di kawasan baru dan akar dapat tumbuh dengan kuat. Penyiraman perlu dibuat setiap hari terutama sekali dalam musim panas. Bubuh sumhkupan sesuai diatas tanaman bunga rros seperti menggunakan bahan rumput kering, bahan organik, daun-daun, sabut kelapa dan sebagainya yang menyerap air dan berfungsi untuk menyimpan kelembapan. Letak sungkupan ini dalam 1 - 2 inci tebalnya di bahagian batang pokok supaya ia mampu mendapat kelembapan dan menyerap air yang mencukupi. Periksa dimana jika terdapat tompok hitam dan cendawan kecil yang menyerang ia akan merebak jik atidak dikawal dan menyebabkan daun-daun berguguran. Serangan kulat juga melemahkan pokok dan menyebabkan ia tidak cukup kuat untuk menghasilkan bunga yang betul-betul lebat dan mekar.  Pemberian baja organik dan baja NPK 10:10:10 sesuai diberikan atau formulasi sedia ada dipasaran.


Bagaimana pun ada banyak amalan agronomi dan petua sesuai dilakukan kepada tanaman bunga ros di kawasan rumah. Pokok bunga Ros mempunyai reputasi sebagai sukar untuk menjaga akan tetapi sebenarnya tidaklah begitu sukar jika ada minat. Jika mendapat siraman air dan cahaya matahari yang betul serta sedikit dandanan maka seterusnya tanaman bunga ros akan kelihatan cantik dan subur. Penulis blog kongsikan beberapa amalan agronomi yang penting dilakukan untuk mendapatkan kepuasan dalam penanaman bunga ros. Pertama adalah aspek penyiraman dimana tanaman pokok bunga ros ini perlu di siram secukupnya dimana air mesti sampai kira-kira 2 inci dari permukaan tanah. Aktiviti siraman mestilah di lakukan setiap hari sebelum matahari naik iaitu dengan memandikan(soaked deep) pokok bunga ros di dakwa ia adalah jauh lebih baik daripada menyiramnya secara sedikit. Pastikan juga pressure air siraman tidak terlalu kuat kerana ia akan melecurkan atau boleh ia merosakan daun dan bunga ros itu sendiri. Amalan Pembajaan terbaik adalah dengan menggunakan jenis baja 'All Purpose Fertilizer' kerana ia mempunyai jumlah nutrien tumbuhan yang seimbang iaitu terdiri dari unsur N (nitrogen), P (fosforus) dan K (kalium). Cara pembajaan sangat penting untuk pokok bunga ros ini dibuat sebagai bahan atau sumber nutrien atau makanan untuk tanaman ini mampu berbunga dan membesar. Salah satu tips adalah bagi menguatkan batang dan ranting pokok bunga boleh dicampurkan satu sudu garam (Magnesium sulfat) kedalam setiap satu gelen air siraman yang sesuai ia dilakukan 2 - 4 minggu sekali. Sebaiknya pokok bunga ros ini hendaklah disiram terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti pembajan untuk mengelakkan pokok dari "stress". Jika tidak ia akan melecurkan daun dan bunganya.  Perlu dilakukan apa yang dikatakan sebagai 'Andaman Bunga Ros' dimana ia adalah untuk mencantikan pokoknya. Perlu dipastikan gunting yang di gunakan untuk mengandam pokok sentiasa tajam supaya tidak merosakka ranting atau dahan pokok. Periksa dimana semua dahan dan ranting, daun dan bunga yang mati atau rosak hendakkalah di buang terus. Dahan, daun dan bunga yang rosak ini sebenarnya ia akan terus merebut lebih banyak nutrient daripada ranting atau dahan, daun dan bunga yang sihat yang diperlukan. Periksa dan pastikan ranting yang bertindih, terjurai keluar dan menjalar ke bumi hendak lah di gunting untuk memberi ruang kepada ranting yang sihat dimana kemudian cara ini dilihat pokok akan nampak lebih kemas dan menarik. Apabila kesemua daun, ranting dan bunga yang mati atau berpenyakit di buang, maka prosess ini akan membuatkan pokok bunga ini lebih senang untuk ia dapat mengeluarkan putih-putik bunga yang baru. Pastikan kesemua daun, dahan dan bunga yang mati dan berpenyakit di buang ke dalam tong sampah atau di tanam untuk tujuan bagi mengelakkan dari berjangkit ke pokok lain. Buat aktiviti p
emangkasan (pruning) kerana ia adalah sangat mustahak untuk membentuk pokok bunga ros ini agar ia sentiasa berada dalam bentuk yang menarik dan kemas. Pemangkasan di lakukan sebulan sekali ataupun ketika ranting-ranting telah keluar dari bentuk asalnya dan untuk mengelakkan mata tunas baru mati sebaiknya kerja pangkasan hendaklah di buat 1/4 inci atas dari mata tunas. Kerja meracun serangga perosak pada pokok bunga ros ini adalah process yang tidak boleh di lupakan. Pokok bunga ini memang ia di sukai oleh semut dan juga serangga perosak yang lain. Kerja meracun hendaklah di lakukan seminggu sekali mengikut sukatan yang tercatat pada label.


Dalam bab ini penulis blog ingin untuk kongsikan fakta atau cerita mengenai 10 fakta menarik mengenai bunga ros. 
Pokok Bunga Mawar atau ros adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Terdapat pelbagai jenis dan spesis ros di serata dunia. Ia juga sering dijadikan sebagai simbol cinta dan persahabatan. Dalam pada itu aspek kecantikannya menjadi kegemaran setiap wanita. Dalam bidang kosmetik juga ia banyak digunakan sebagai salah satu bahan untuk produk kecantikan. Pada penulis blog memang suka akan bunga ros yang berwarna biru (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah dilaporkan ada fossil bunga ros yang pertama dijumpai di kawasan Florissant, Colorado, USA. Fossil bunga ros ni dianggarkan berusia 35 juta tahun dan kini disimpan di Florissant Fossil Beds National Monument, Amerika Syarikat. Dalam pada itu fakta bagaimana jenis bunga ros hitam sebenarnya tidak wujud dimana ianya hanyalah ilusi minda sahaja. Spesis ros yang seakan-akan warna hitam adalah 'The Turkish Halfeti. di mana ia dilapor sebenarnya berwarna merah gelap (dark reddish-crimson color). Dalam pada itu dilaporkan bunga ros paling mahal dalam dunia adalah Jenis Juliet yang berharga RM20 juta untuk dibungakan (to breed) dan mengambil masa 15 tahun untuk berbunga. Paling unik fakta dimana Bunga Ros 'Applause' adalah bunga ros biru yang pertama wujud iaitu hanya pada November 2009 yang dihasilkan oleh Suntory Flower Limited, Tokyo diamana dilaporkan sebelum iini memang tidak ada bunga ros berwarna Biru. Dalam pada itu dilaporkan dimana bunga ros paling besar yang berkembang di dunia adalah bersaiz 84cm diameter dengan tangkai setinggi 1.8m dimana bunga ros ini ada ditanam di California, Amerika Syarikat. Pihak NASA telah menghantar bunga ros pertama ke angkasa lepas pada tahun 2002 untuk mengkaji kesan graviti rendah pada bau bunga ros. Ideanya adalah untuk tingkatkan bau pada banyak produk konsumer. Fakta ke 7 mengenai bunga ros adalah dimana bunga ros paling tua di dunia berusia 1,000 tahun iaitu spesis yang terletak di St. Mary’s Cathedral, Jerman dimana dilaporkan yang bunga ini dipercayai ditanam sekitar tahun 815. Semua spesis ros ada 5 kelopak kecuali jenis Rosa sericea yang hanya ada 4 kelopak sahaja. Spesis ini biasanya dijumpai di Gunung Himalaya dengan paras ketinggian adalah pada 2 - 4 km. Terdapat gugusan rimbunan ros paling besar di dunia mempunyai lebih 200,000 kuntum bunga ros iaitu di Tombstone, Arizona. Ada laporan dimana jenis Rose Hip (buah Bunga ros) yang mana ia mengandungi sumber vitamin C yang sangat tinggi, begitu juga dengan Vitamin A dan B. Jenis bunga Rose Hip dikatakan tumbuhan yang paling tinggi Vitamin C dan dijadikan sumber bahan vitamin C yang terbaik didunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA ROS.... MAWAR JUGA SAMA....
BANYAK CERITA...MENARIK FAKTA...
MUDAH DI TANAM.. SUDAH DI JAGA...
BACA ARTIKEL... INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Ma;aysia.
(14 Jamadilakhir 1445H).

Wednesday, December 27, 2023

POKOK SEMAMBU - FAKTA MENARIK

POKOK SEMAMBU
atau Pokok Neem (Azadirachta indica) adalah tumbuhan iaitu pokok hijau berdaun lebat dengan mempunyai banyak cabang dan daun yang merimbun. Pokok ini mengeluarkan batang berdahan yang mempunyai helaian-helaian daun dimana setiap daun matang berwarna hijau gelap yang sama. Pokok ini akan mengeluarkan bunga putih kecil di hujung ranting apabila cukup matang (Sila lihat foto diatas). Apa yang seronok melihat pokok ini adalah dimana ia mengeluarkan buah berukuran 1.2 -1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10m- 10.5 meter tinggi dengan lilitan batang pokok berukuran lebih kurang 2 - 3 meters apabila cukup membesar. Batangnya keras dan apabila diuji didapati seakan bertonik dengan rasa pahit dimana ia amat memberi kesan memberangsangkan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang. Bijinya mempunyai bahan minyak dimana ia ada banyak kegunaan dikenali sebagai Minyak Neem. Minyak ini dianggap bernilai kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai bahan penting dalam kawalan serangga perosak tanaman. Antara elemen yang pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan sebagai ‘Nimbin’, ‘Nimbinin’ dan ‘Ninbidin’ iaiitu bahan aktif yang penting didalamnya. Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu bahan ‘Nimbidin’ mengandungi bahan iaitu Sulfur. Bahagian bunganya menghasilkan bahan iaitu Glukosid, Nimbosterin dan minyak kegunaan yang berbau sangat menusuk hidung. Sementara itu bahan Nimbosterol nimbecetin dan Asid fatty juga terkandung dalam bahagian bunga pokok Semambu. Bunganya yang juga mengandungi bahan yang pahit dan minyak pahit perengsa. Buah neem juga mengandungi bahan yang pahit iaitu bahan utama menghasilkan nimbin, nimbinin, nimbidin dan minyak kegunaan. Pokok neem mudah ditanam dan tidak ada masaalah serangan serangga perosak. 
Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai mambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa fakta menarik mengenai pokok semambu atau pokok neem sebagai salah satu bahan rujukkan kepada pembaca blog semua.


P
ada penulis blog yang it mendapati dimana pokok semambu dianggap sebagai sejenis pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan juga selalu banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India. Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat kesan terbakar.  Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.  Daun semambu juga didakwa ia boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imuniti, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walaubagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu sebaiknya mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu. Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox. Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.


Paling menarik adalah fakta bagaimanakah Cara Mandi Air Semambu bertujuan untuk merawat ruam badan. Kejadian '
naik ruam' di badan boleh berlaku kepada sesiapa dimana ia berlaku d anggota tertentu seperti ruam dibahagian dada, tangan, kaki dan sebagainya. Mengikut beberapa testimoni dimana  dikalangan masyarakat tepatan ada petua iaitu mandi AIR DAUN SEMAMBU untuk jadi salah satu kaedah rawatan. Beberapa kenyataan ada keluarkan testimoni dimana selepas 2 hari mandi air semambu maka kes batuk dan ruam pun berkurang (tanpa makan ubat moden). Ia adalah satu kaedah rawatan tradisiona dan dilaporkan sangat bagus semua pembaca apabila hendak guna cara-cara lama atau cara tradisional tanpa ubat-ubatan. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana daun semamdu boleh di makan dlam bentuk segar atau dalam bentuk pproses (tablet, pil dan sebagainya). Diantara khasiat daun seamambu termasuk ia boleh melegakan masalah penghadaman, sebagai penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga didakwa mampu untuk memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah selain dari mampu meningkatkan sistem imun. Daun semambu juga akan mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Apa pun yang paling penting adalah semasa hendak mengambil ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu. DIlaporkan juga minyak dari pokok semambu membantu untuk mencegah keguguran rambut, kejadian uban dan merawat kelemumur. Minyaknya juga sesuai dijadikan kepada produk minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang. Dalam pada itu daun semambu yang dijadikan air atau serbuk didakwa akan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, Alahan kulit, Ruam, Gatal-gatal,  kurap dan juga mampu untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar, Penulis blog paparkan bagaiman acara menjadikan daun semambu untuk diamalkan madi untuk atasi masaalah ruam. Pertama dimana petik daun semambu dan basuh sebersih-bersihnya kerana tidak mahu ada bakteria atau binatang lain di sebalik daun semambu. Seterusnya daun segar ini di kisar dengan bender bercampur air bersih. Ia dikisar sehingga kelihatan daunnya menjadi cukup halus. Langkah seterusnya adalah menapis daun semambu yang telah di kisar tadi. Ini supaya sewaktu dibilas nanti tiada sisa hampasnya dan ia boleh di tambah air untuk mengurangkan kepekatan air semambu didalam bekas untuk mandian. Kemudian air semambu siap dan boleh digunakan untuk bilas badan selepas mandi. Perlu diingatkan bilas juga air semambu di bahagian telinga, hidung dan mata. Air semambu ini memang rasanya pahit jika termasuk kedlam mulur dan sebaiknya cuba elakkan untuk diminum. Biarkan air semambu meresap ke badan seketika sehingga gak kering sebelum di lap dengan tuala sehingga bersih. Amalan mandi air semambu ini bukan sahaja untuk kanak-kanak sahaja akan tetapisesuai untuk orang dewasa asalkan air disediakan mencukupi. Daun semambu banyak ditanam di tepi jalan atau kawasan kampung yang mudah didapati untuk pelbagai tujuan.


Penyakit Demam Campak merupakan satu penyakit yang pernah menyerang manusia termasuk penulis blog suatu masa dahulu. Ada yang 
selalu tersilap antara demam campak dengan cacar air yang lebih dikenali sebagai chickenpox. Ibubapa perlu ketahui apakah tanda demam campak yang boleh terjadi pada anak dimana 'Measles' atau demam campak adalah jangkitan pernafasan yang mudah menular. Ia menyebabkan ruam kulit seluruh tubuh bersama gejala seperti selesema. Jangkitan ini berpunca daripada virus dan sangat berjangkit. Dianggarkan 9 daripada 10 individu tidak divaksin campak akan dijangkiti jika berdekatan dengan individu yang telah dijangkiti. Ia merebak melalui udara yang mengandungi titisan cecair yang dijangkiti virus daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Individu yang dijangkiti virus ini biasanya akan juga menunjukkan tanda demam campak selepas 7 hingga 14 hari. Mereka yang dijangkiti pula mudah menyebarkan penyakit ini bermula 4 hari sebelum dan selepas ruam berkembang, terutamanya semasa demam, hidung berair dan batuk. Faktor risiko terdedah kepada demam campak adalah termauk pesakit tidak menerima suntikan vaksin campak bagi melancong ke luar negara, terutamanya kepada negara membangun. Sesiapa yang mengalami kekurangan vitamin A selaludia cenderung mengalami gejala dan komplikasi teruk. Antara simptom demam campak adalah batuk kuat, hidung berair, demam panas dan mata merah. Bagi kanak-kanak dimana ia juga boleh mengalami tanda demam campak seperti 'Bintik Koplik' atau bintik merah kecil dengan biru-keputihan di tengah atau dalam mulut sebelum bermulanya ruam. Ruam akan berkembang selepas 3 hingga 5 hari simptom bermula, adakalanya dengan demam panas sehingga 40°C. Ruam merah atau coklat kemerahan akan bermula sebagai bintik merah rata pada dahi. Kemudian ia akan merebak ke seluruh muka, leher dan tubuh yang merangkumi tangan serta kaki. Demam dan ruam yang dialami biasanya secara perlahan-lahan akan surut setelah beberapa hari.Slain perubatan moden dilaporkan mandi air daun semambu juga boleh atasi demam ini. Bila sudah dapat daun semambu ia mesti dibersihkan daun dari kotoran dan makhluk yang menghuni pada daun. Pisahkan daun dari batang dan tangkainya dibuat dengan berhati-hati kerana pada bahagian tepi-tepi daun ini tajam atau ada yang sedikit berduri terkait jari boleh luka. Rebus daun tersebut sehingga bertukar warna sedikit untuk kegunaan mandi 2 kali sehari pagi dan petang. Masa hendak mandi sebaiknya diramas-ramas daun tu sekejap untuk mengeluarkan bahan yang di perlukan untuk merawat demam campak tu. Mandi seperti biasa dimna untuk mandian terakhir jiruskan air daun semambu bersama dengan daunnya sekali pada badan yang terkena demam campak dan tidak perlulah bilas kelak ia tidak berkesan pula rawatan. Sebagai ingatan dimana daun semambu yang digunakan untuk mandi terseut sebaiknya ia jangan di buang. Keringkan daun tersebut dimana ia boleh diletakkan sebagai hamparan di tempat tidur pesakit yang terkena campak, Ini untuk menyejukkan dan mengurangkan gatal, bisa dan miang agar seterusnya agar orang yang kena demam campak boleh tidur lena. Caranya tabur di atas tempat tidurnya dan dilapik dengan sehelai kain nipis (kain batik pun boleh). Dalam pada itu amalkan mengisar daun semambu dan gaulkan dengan bedak sejuk. Sapukan di tempat yang terkena campak untuk mempercepatkan pengecutan gelembung-gelembung campak yang tumbuh di badan. Juga untuk mengurangkan terjadinya kesan parut akibat dari demam campak itu. Campuran daun semambu dan bedak sejuk ini juga di katakan boleh merawat penyakit kurap. Sebaiknya untuk mempercepatkan bisa demam campak keluar adalah disarankan minum air kelapa muda. Kelapa muda segar tanpa apa-apa tambahan seperti dicampur gula atau air batu kerana akan hilang keberkesanannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK SEMAMBU... DAUN BERGUNA...
MUDAH DI CARI... ADA DIMANA-MANA...
DIJADIKAN UBAT...RUAM MUDAHNYA...
DEMAM CAMPAK... SESUAI AMALANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 122, Hotel Sri Malaysia,
Bandar Mersing, Mersing,
Johor,
Malaysia.
(15 Jamadilawal 1445H).

Tuesday, December 26, 2023

TEKNOLOGI GUNA LAMPU UNTUK TANAMAN

TEKNOLOGI GUNA LAMPU untuk tanaman sudah pun banyak diperkatakan didalam sektor pertanian moden dimana ia perlu dilakukan bagi aktiviti penanaman di dalam bangunan atau pun pencahayaan pada malam hari. Keperluan Malaysia untuk menambahkan lagi pengeluaran makanan tempatan semakin kritikal apabila di nyatakan nilai Import Makanan pada tahun 2022 meningkak kepada RM75 billion semasa perasmian HPPNK Kebangsaan 2023 di Ipoh, Perak oleh Perdana Menteri. Oleh itu pelbagai cara perlu dilakukan bagi Malaysia dapat meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan import. Teknologi menanam tanaman didalam bangunan dan menjalankan aktiviti pertanian di malam hari sudah di fikirkan untuk dilakkan. Perlua ada teknologi baru leibatkan penggunaan cahaya lampu untu tuumbuhan hidup subur. Teknologi penggunaan mentol lampu khas sudah agak lama di lakukan tertama di beberapa negara maju yang mana ia disesuaikan untuk penghasilan tanaman makanan terutama di musim sejuk (winter). Kini di pasaran di Malaysia sudah ada ada lampu tanaman LED yang dijual dan ia dapat disesuaikan dengan spektrum tanaman khususnya bagi memberi tanaman cahaya yang setanding dengan cahaya matahari. Dilaporkan dimana ia juga mampu meningkatkan kecekapan didalam proses fotosintesis tanaman. Bagaimana pun bagi tujuan untuk mengatasi  keadaan persekitaran yang berbeza ini melalui teknologi dalam menyediakan tanaman dengan persekitaran cahaya yang ideal untuk fotosintesis serta untuk dapat ianya mempromosikan pertumbuhan tanaman pada tahap yang berbeza boleh dilakukan. Warna cahaya putih yang sejuk dilaporkan ia  sesuai untuk menambah cahaya bagi tumbuhan jenis succulents dan bunga kecil. Secara amnya dilaporkan dimana jenis lampu LED adalah yang paling sesuai digunakan kerana ia mempunyai kelebihan penggunaan watt rendah dan juga ia menggunaan tenaga letrik yang rendah. Semasa membeli lampu jenis ini perlu teliti dengan tidak membeli mentol yang berharga murah sebab tidak dapat mencapai kesan cahaya tambahan. Lampu tumbuhan LED adalah mentol yang berikan kesan cahaya khas dengan panjang gelombang spektrum tertentu yang dirancang untuk menggantikan fungsi cahaya matahari. Lampu LED dapat mengawal panjang gelombang spektrum dengan baik dimana ia dapat memenuhi aspek keperluan tanaman untuk cahaya. Panjang gelombang spektrum yang diperlukan untuk fotosintesis tumbuhan biasanya dalam lingkungan 400 ~ 720nm. Dilaporkan jenis Lampu biru mempunyai gelombang 400 ~ 520nm dan cahaya merah dengan gelombang 610 ~ 720nm menyumbang paling banyak kesan fotosintesis tumbuhan. Panjang gelombang merah dan biru lampu tumbuhan LED berada dalam julat ini dimana ia dapat memberi tanaman panjang gelombang spektrum yang sesuai bagi pertumbuhan tanaman. Lampu LED juga mempunyai sifat yang baik seperti ketahanan kelembapan, saiz kecil dan jangka hayat yang panjang (lebih daripada 30,000 jam). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" di kongsikan maklumat kesan cahaya lampu untuk tumbesaran tanaman terutama di malam hari di Malaysia menjurus kepada aktiviti indoor planting dan juga 'night farming' yang efektif.


Ada beberapa kali penulis blog ditanya soalan klise seperti 'Bolehkah Lampu LED spektrum penuh ini digunakan untuk penanaman tumbuhan sepenuhnya menggantikan cahaya matahari?'. Masa itu memang agak sukar hendak menjawabnya kerana penulis blog belum mendalami mengenai isu ini. Umum semua pembaca tahu dimana proses penting bagi pertumbuhan tumbuhan memerlukan pertukaran nutrien melalui fotosintesis. Selepas tumbuhan diterangkan dengan cahaya lazimnya komponen klorofil pada daun tumbuhan boleh menukar karbon dioksida (CO2) dan air (H2O) di daun menjadi Tenaga atau Glukosa. Proses selanjutnya adalah dimana bahan glukosa akan berubah menjadi kanji untuk digunakan atau disimpan. Sebenarnya amat penting bagi tumbuhan menunggu bahan organik untuk membekalkan tenaga untuk tumbuh-tumbuhan tumbuh secara normal. Lazimnya dimana cahaya adalah seperti makanan manusia dimana sekiranya tidak ada makanan maka hidupan akan mati dan bagi tumbuhan tanpa cahaya akibatnya keseluruhan proses metabolik tumbuhan akan hilang dan akhiran tumbuhan ini akan mati. Sebenarnya penulis blog semasa belajar dari peringkat sekolah rendah sehingga ke universiti faham dimana tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh, berkembang, mekar dan berbuah hanya apabila terdapat cahaya. Semua bunga atau tumbuhan yang di tanam memerlukan cahaya dimana terdapat pelbagai jenis tumbuhan mempunyai tahap keperluan yang berbeza untuk keamatan cahaya dan panjang cahaya matahari. Selalunya dilihat semasa hari yang cerah dimana kedapatan cahaya langsung disinari oleh matahari disebut 'cahaya langsung' atau dalam bahasa sainsa 'direct sunlight'. Kebanyakan jenis tumbuhan perlu ditanam di bawah cahaya langsung untuk terus membesar berbuah dan membiak. Sekiranya berlaku keadaan cuaca mendung dimana kadr kedpatan cahaya juga rendah ia akan di panggil sebagai 'Cahaya Bertaburan'. Dalam keadaan ini lazimnya tumbuh-tumbuhan yang memerlukan naungan perlu ditanam di tempat yang rendang seperti tanaman koko, vanilla, orkid dan banyak jenis sebagainya. Tumbuhan jenis ini selalunya akan boleh tumbuh dengan baik selagi terdapat cahaya yang bertaburan.


Memahami akan 'Spektrum cahaya semulajadi' memang satu perkara yang perlu di ketahui. Apa pun pada penulis blog dimana didalam kebanyakan kes iaitu cahaya yang diperlukan untuk fotosintesis merujuk kepada cahaya semulajadi iaitu cahaya yang selalu ia dipancarkan oleh matahari akan tetapi apabila cahaya matahari ini digunakan untuk fotosintesis oleh tumbuhan terdapat jalur panjang gelombang yang tersedia untuk tumbuhan adalah kira-kira 400-700nm. Kadar dalam penggunaan setiap panjang gelombang tidak sama antara panjang gelombang. Cahaya campuran kompleks dalam cahaya matahari, diatur melalui panjang gelombang yang berbeda, adalah spektrum cahaya matahari, yang mencakup kurva spektral cahaya ultraviolet, cahaya terlihat, dan cahaya inframerah. Spektrum cahaya matahari boleh dipanggil spektrum penuh. Penting mengetahui akan asas Prinsip spektral cahaya buatan dimana didalam sumber cahaya buatan maka prinsip kerja adalah untuk meningkatkan kandungan merkuri unsur kimia dengan sewajarnya dalam tiub arka pemancar cahaya lampu pelepasan gas pelepasan arka, dengan itu meningkatkan tenaga cahaya bahagian cahaya ultraviolet, dan dengan menyesuaikan nisbah kandungan halida logam, bahagian cahaya yang kelihatan dibuat. Gabungan panjang gelombang dalam setiap jalur boleh dekat dengan spektrum suria. Sumber cahaya buatan perlu berada dalam julat cahaya yang kelihatan antara 400-800 panjang gelombang supaya spektrum ini akan sentiasa menghampiri cahaya matahari yang merupakan sumber cahaya yang paling berkualiti tinggi untuk persembahan warna. Terdapat hanya satu matlamat bahawa sumber cahaya buatan sentiasa menghampiri dimana suhu warna cahaya matahari berubah dengan empat musim dan masa pagi dan petang, jadi spektrum lampu spektrum penuh harus mengubah suhu warna berturut-turut dengan masa untuk mensimulasikan persekitaran cahaya semulajadi. Tumbuhan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan suhu untuk menjadi lebih selaras dengan undang-undang pertumbuhan semula jadi organisma. Kelebihan spektrum penuh dilihat dimana pda masa ini, pencahayaan tumbuhan dalaman terutamanya menggunakan gabungan LED merah dan biru, atau gabungan LED merah dan putih. Tidak sukar untuk melihat dari spektrogram bahawa walaupun spektrum lampu pijar yang digunakan untuk masa yang lama sebelum ini tidak diagihkan secara tidak sekata, spektrumnya agak komprehensif. Di bawah keadaan tahap pencahayaan tertentu, ia masih mempunyai kesan promosi tertentu terhadap pertumbuhan tumbuhan, tetapi ini Cahaya jenis ini mempunyai kelemahan kecekapan yang terlalu rendah, penggunaan tenaga yang agak besar dan hayat perkhidmatan yang pendek. Kini sudah terdapat juga lampu natrium dan lampu penjimatan tenaga yang biasa di pasaran. Lengkung lampu sedemikian sangat berbeza dan pengedaran spektral tidak sekata. Nisbah merah dan biru lampu tumbuhan LED biasa mempunyai kelebihan tertentu, tetapi spektrum dan spektrum penuh cahaya matahari tidak dapat dibandingkan. , dan dari perspektif kos, kosnya tinggi, warna cahaya berwarna ungu, yang tidak cantik, dan kecerahan tidak mencukupi. Oleh itu, membandingkan perkara di atas dimana ia tidak sukar untuk mengetahui bahawa cahaya tumbuhan spektrum penuh semasa adalah yang paling dekat dengan spektrum penuh cahaya matahari dalam aplikasi tumbuhan, dan merupakan yang paling ideal untuk rumah hijau pertanian, institut penyelidikan pertanian, taman ekologi pertanian dan tumbuhan landskap pejabat berskala besar. Isi sumber cahaya. Penyelidikan spektrum penuh semasa dan pembangunan sumber cahaya LED telah berlaku di peringkat antarabangsa selama bertahun-tahun, tetapi teknologi ini terhad kepada pembangunan bahagian cahaya yang kelihatan dalam setiap jalur untuk mencapai spektrum berterusan dan meningkatkan indeks rendering warna, tetapi sukar untuk mencapai spektrum berterusan dalam bahagian cahaya ultraviolet dan inframerah.


Lazimnya spektrum setiap manik lampu LED ultraviolet dan inframerah sangat sempit, dan ia terhad kepada jalur frekuensi tertentu, digabungkan menjadi spektrum berterusan, kesannya tidak memuaskan, dan kos pembuatan tidak rendah. Oleh kerana teknologi pencahayaan LED terus mendalam dalam bidang tumbuhan hari ini, ujian sebenar kepakaran dan teknologi terletak pada keupayaan untuk menyediakan keadaan pertumbuhan yang konsisten dan penggunaan tenaga yang rasional, sambil memastikan tanaman berkualiti tinggi untuk penanam dan pengguna akhir. Kebanyakan pengiraan TCO bergantung pada output cahaya jangka panjang yang cekap dan mampan. Pencahayaan tumbuhan adalah pasaran yang terus berkembang, dan teknologi sentiasa maju. Ini adalah era inovasi teknologi. Adalah dipercayai bahawa manusia akhirnya akan mengubah kehidupan mereka melalui teknologi. Lampu pertumbuhan tumbuhan spektrum penuh adalah berdasarkan undang-undang pertumbuhan tumbuhan, mensimulasikan pengedaran spektrum solar. Mengikut prinsip nisbah, sumber cahaya buatan yang dibangunkan dengan spektrum penuh mempunyai julat radiasi yang luas, mencapai lebih daripada 100LM setiap watt, yang benar-benar memenuhi keperluan pencahayaan hijau. Tidak kira cuaca, musim dan masa hari, tumbuh-tumbuhan, seperti manusia, memerlukan cahaya apabila mereka tumbuh, dan ia adalah penting untuk menggunakan strategi cahaya yang betul. Untuk rumah hijau pertanian, lampu spektrum penuh digunakan sebagai cahaya tambahan, yang boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa sepanjang hari supaya tumbuhan sentiasa dapat membantu dalam fotosintesis. Terutama pada bulan-bulan musim sejuk, masa pencahayaan yang berkesan boleh dilanjutkan. Tidak kira pada waktu senja atau pada waktu malam, ia boleh memanjangkan dan mengawal cahaya secara saintifik yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan, dan tidak terjejas oleh sebarang perubahan alam sekitar. Di makmal rumah hijau atau tumbuhan, ia boleh menggantikan cahaya semulajadi sepenuhnya untuk menggalakkan pertumbuhan tumbuhan. Selalunya penanaman dalam bangunan atau lebih dikenali sebagai ‘indoor farming’ merupakan kaedah yang semakin banyak digunakan memandangkan ia mampu memberikan hasil pengeluaran yang lebih tinggi sepanjang tahun. Di dalam teknik ini salah satu perkara penting adalah, penggunaan sumber cahaya tiruan bagi menggantikan cahaya matahari. Walaupun masih tiada cahaya yang mampu menggantikan cahaya matahari sepenuhnya, namun adakalanya cahaya tiruan memberikan hasil yang lebih baik. Penggunaan cahaya tiruan dalam penanaman tumbuhan mula digunakan oleh seorang botanist Russia iaitu Andrei Famintsyn pada tahun 1868. Walaupun cahaya matahari dilaporkan memberikan hasil penanaman yang lebih baik namun setiap tumbuhan memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Cahaya matahari mengandungi pelbagai spektrum cahaya, namun tidak kesemua spektrum cahaya ini digunakan oleh tumbuhan di dalam proses fotosintesis. Malah cahaya matahari yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan pada daun tumbuhan bagi sesetengah tumbuhan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!!...
CAHAYA LAMPU... PELBAGAI GUNA...
FOTOSINTESIS... JIK ADA CAHAYA...
DI DALAM BANGNAN... MALAM JUGA...
NIGHT FARMING... TANAMAN APA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 235, Grand Daruk Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(22 RabiulAkhir 1445H).