Friday, December 29, 2023

CEKUR MANIS DAN FAKTA MENARIK

SAYUR CEKUR MANIS
(Sauropus androgynus) adalah sayuran dari keluarga Euphorbiaceae dimana penulis blog dapati ia adalah merupakan sayuran tradisional. Ia adalah pokok yang tumbuh renek dan mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas. Ramai dikalangan rakyat Malaysia terutama generasi Y kurang kenal akan tumbuhan ini yang didakwa berkhasiat. Oleh itu saya akan paparkan bagaimana mengenali dan apakah khasiat cekur manis. Ini kerana mungkin ramai belum lagi mengenali pokok cekur manis apatah lagi ia merupakan sayuran tradisional yang biasanya diperoleh di kawasan luar bandar. Pada batang terdapat ranting ranting lateral pendek dan daunnya tumbuh secara berselang seli hingga ke hujung. Daun cekur manis beraroma sedikit bila diramas, buahnya globos berukuran1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan (Sila lihat foto diatas). Cekur manis juga dipanggil sayur pucuk manis atau asin asin dan mempunyai warna hijau gelap serta ditanam di Asia Tenggara, India,Sri Lanka dan selatan China. Cekur manis kaya dengan kabohaiderat, lemak, serabut, asid amino, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2 dan C. Dari segi khasiat makanan, daun, pucuk boleh dimasak air, digoreng atau dimakan mentah. Buah cekur manis boleh dijadikan jeruk manis. Khasiat ubatan cekur manis boleh merangsang pengeluaran susu ibu dan ubat bagi memulihkan wanita lepas bersalin, ia mengubat demam panas, masalah buang air kecil, merawat pening, melawaskan kencing dan hidung berdarah. Artikel subuh ini selepas solat subuh saya terus menuls dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta menarik tentang cekur manis serta mengupas akan kehebatan khasiat tumbuhan ini sekadar berkongsi maklumat dalam kedinginan pagi.



Cekur manis atau dikenali juga dengan nama lain seperti taruk manis, cekup manis, asin-asin, sweet leaf bush (inggeris), mani cai (cina), rau ngot (Vietnam) atau nama saintifiknya Sauropus androgynus adalah merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Tergulung dalam keluarga Euphorbiacea dimana pucuk daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan atau boleh juga dijeruk. Pokok cekur manis adalah sejenis pokok renek yang berbatang keras dan mempunyai banyak cabang yang keluar dari pangkal pokok. Daunnya kecil berwarna hijau tua, berbentuk lonjong, tirus dihujung dan lebar dipangkal. Daunnya tersusun pada tangkai secara berselang seli manakala tangkai daunnya tersusun berselang seli pada setiap cabang. Bunganya kecil berwarna merah tua, buahnya kecil, bulat dan berwarna hijau muda. Pucuk cekur manis dimakan sebagai sayuran yang dimasak rebus bersama ikan bilis atau udang kering. Boleh juga dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin. Pokok cekur manis mudah dibiakkan menggunakan keratan batang muda atau biji benih. Di kampong, tanaman ini tumbuh meliar di kawasan redup namun kini terdapat pengusaha atau petani yang mengusahakan secara komersil. Tumbuhan renek saka ini boleh tumbuh setinggi 8 meter jika tidak dicantas. Oleh itu tanaman separa berkayu ini perlu dicantas agar ia banyak bercabang serta dapat mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan dan dapat mereka mengekalkan ketinggian 1-2 meter untuk penghasilan yang tinggi. Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi. Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru.


Cekur manis merupakan sumber vitamin K yang baik dan berupaya menjadi pembersih darah dan awet muda jika dimakan sebagai sayur. Dalam perubatan tradisional melayu, cekur manis dikatakan mampu memperbanyakkan susu ibu dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan ditampal pada payu dara ibu hingga kering. Selain dari itu, air rebusan cekur manis juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi atau kencing tidak lawas manakala air rebusan akarnya boleh juga merawat demam serta rosak pundi kencing. Bagaimana pun menurut satu kajian di Taiwan, pengambilan air cekur manis secara berlebihan akan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Ini disebabkan kepekatan tinggi alkaloid papaverine yang terkandung dalam cekur manis. Cekur manis juga dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular). Dalam pada itu pernah jug dilaporkan dimana pembaca blog perlu berhati-hati semasa makan cekur manis agar bermanafaat. Pucuk cekur manis memang secara tradisinya dapat digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu dan ia merupakan sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral. Dilaporkan dimana kandungan zat dalam cekur manis adalah jauh lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain. Bagaimana pun dilaporkan dimana pucuk cekur manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin) dimana justeru itu fakta penting dilaporkan pengambilan ekstrak pucuk cekur manis yang berlebihan boleh menyebabkan toksik. Kesan ini di rasai dengan adanya simptom seperti pening, mengantuk dan juga sembelit. Dalam satu laporan dari Taiwan dimana ada lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan. Kemudian dilaporkan daripada jumlah tersebut dimana 5 pesakit pula terpaksa menjalani 'lung transplant' kemudian di hospital. Sebaiknya dielakkan memakan pucuk cekur manis mentah atau sebaiknya masak dulu dan jangan makan berlebihan walau pun suka.


Dalam beberapa penulisan dan laporan akhbar dilaporkan dimana sayuran cekur manis lawaskan kencing. Ini kerana masaalah kencing tidak lawas merupakan gejala yang memang merimaskan kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian terutama ketika penghidapnya berada di kawasan tumpuan umum atau sedang sibuk dengan tugasan penting. Gejala yang dikenali sebagai ''urge incontinence'' ini sebenarnya sering membelenggu pada kehidupan dan pemikiran pesakit yang kebanyakannya lelaki berusia 50-an dan ke atas. Ini kerana mereka lazimnya terlalu kerap berasa hendak membuang air kecil sedangkan air kencing yang keluar hanyalah sedikit. Dalam situasi lain pula dikalangan pesakit mungkin tidak puas ketika mereka membuang air kecil kerana merasakan masih ada baki air kencing yang tidak keluar. Ini menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama di dalam tandas ataupun jika ingin terus beredar akan sentiasa bimbang kemungkinan baki air kencing itu menitik atau mengalir tanpa disedari sehingga membasahi pakaian. Herba pilihan iaitu pokok CEKUR MANIS atau ASIN-ASIN atau nama saintifiknya Phyllanthus frondosus memang telah lama dikenali ramai kerana ditanam sebagai sayur-sayuran dan digunakan dalam masakan. Apa yag unik dimana selama ini anda tentu sering menikmati keenakan daun cekur manis yang dimasak lemak putih dicampur bersama keledek yang menimbulkan kesan aroma pembangkit selera (Sila lihat foto disebelah). Tetapi mungkin tidak ramai mereka yang mengetahui bahawa daun cekur manis juga sejak dulu sering digunakan oleh pengamal rawatan tradisional kerana ia juga mempunyai banyak khasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

CELUR MANIS... CEKUR BERBEZA...
MUDAH DITANAM... CACAK SAHAJA...
PETIK SELALU... BANYAK PUCUKNYA...
KHASIAT TERBAIK... PERLU AMALNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.