Wednesday, December 27, 2023

POKOK SEMAMBU - FAKTA MENARIK

POKOK SEMAMBU
atau Pokok Neem (Azadirachta indica) adalah tumbuhan iaitu pokok hijau berdaun lebat dengan mempunyai banyak cabang dan daun yang merimbun. Pokok ini mengeluarkan batang berdahan yang mempunyai helaian-helaian daun dimana setiap daun matang berwarna hijau gelap yang sama. Pokok ini akan mengeluarkan bunga putih kecil di hujung ranting apabila cukup matang (Sila lihat foto diatas). Apa yang seronok melihat pokok ini adalah dimana ia mengeluarkan buah berukuran 1.2 -1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10m- 10.5 meter tinggi dengan lilitan batang pokok berukuran lebih kurang 2 - 3 meters apabila cukup membesar. Batangnya keras dan apabila diuji didapati seakan bertonik dengan rasa pahit dimana ia amat memberi kesan memberangsangkan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang. Bijinya mempunyai bahan minyak dimana ia ada banyak kegunaan dikenali sebagai Minyak Neem. Minyak ini dianggap bernilai kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai bahan penting dalam kawalan serangga perosak tanaman. Antara elemen yang pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan sebagai ‘Nimbin’, ‘Nimbinin’ dan ‘Ninbidin’ iaiitu bahan aktif yang penting didalamnya. Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu bahan ‘Nimbidin’ mengandungi bahan iaitu Sulfur. Bahagian bunganya menghasilkan bahan iaitu Glukosid, Nimbosterin dan minyak kegunaan yang berbau sangat menusuk hidung. Sementara itu bahan Nimbosterol nimbecetin dan Asid fatty juga terkandung dalam bahagian bunga pokok Semambu. Bunganya yang juga mengandungi bahan yang pahit dan minyak pahit perengsa. Buah neem juga mengandungi bahan yang pahit iaitu bahan utama menghasilkan nimbin, nimbinin, nimbidin dan minyak kegunaan. Pokok neem mudah ditanam dan tidak ada masaalah serangan serangga perosak. 
Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai mambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa fakta menarik mengenai pokok semambu atau pokok neem sebagai salah satu bahan rujukkan kepada pembaca blog semua.


P
ada penulis blog yang it mendapati dimana pokok semambu dianggap sebagai sejenis pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan juga selalu banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India. Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat kesan terbakar.  Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.  Daun semambu juga didakwa ia boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imuniti, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walaubagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu sebaiknya mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu. Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox. Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.


Paling menarik adalah fakta bagaimanakah Cara Mandi Air Semambu bertujuan untuk merawat ruam badan. Kejadian '
naik ruam' di badan boleh berlaku kepada sesiapa dimana ia berlaku d anggota tertentu seperti ruam dibahagian dada, tangan, kaki dan sebagainya. Mengikut beberapa testimoni dimana  dikalangan masyarakat tepatan ada petua iaitu mandi AIR DAUN SEMAMBU untuk jadi salah satu kaedah rawatan. Beberapa kenyataan ada keluarkan testimoni dimana selepas 2 hari mandi air semambu maka kes batuk dan ruam pun berkurang (tanpa makan ubat moden). Ia adalah satu kaedah rawatan tradisiona dan dilaporkan sangat bagus semua pembaca apabila hendak guna cara-cara lama atau cara tradisional tanpa ubat-ubatan. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana daun semamdu boleh di makan dlam bentuk segar atau dalam bentuk pproses (tablet, pil dan sebagainya). Diantara khasiat daun seamambu termasuk ia boleh melegakan masalah penghadaman, sebagai penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga didakwa mampu untuk memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah selain dari mampu meningkatkan sistem imun. Daun semambu juga akan mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Apa pun yang paling penting adalah semasa hendak mengambil ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu. DIlaporkan juga minyak dari pokok semambu membantu untuk mencegah keguguran rambut, kejadian uban dan merawat kelemumur. Minyaknya juga sesuai dijadikan kepada produk minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang. Dalam pada itu daun semambu yang dijadikan air atau serbuk didakwa akan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, Alahan kulit, Ruam, Gatal-gatal,  kurap dan juga mampu untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar, Penulis blog paparkan bagaiman acara menjadikan daun semambu untuk diamalkan madi untuk atasi masaalah ruam. Pertama dimana petik daun semambu dan basuh sebersih-bersihnya kerana tidak mahu ada bakteria atau binatang lain di sebalik daun semambu. Seterusnya daun segar ini di kisar dengan bender bercampur air bersih. Ia dikisar sehingga kelihatan daunnya menjadi cukup halus. Langkah seterusnya adalah menapis daun semambu yang telah di kisar tadi. Ini supaya sewaktu dibilas nanti tiada sisa hampasnya dan ia boleh di tambah air untuk mengurangkan kepekatan air semambu didalam bekas untuk mandian. Kemudian air semambu siap dan boleh digunakan untuk bilas badan selepas mandi. Perlu diingatkan bilas juga air semambu di bahagian telinga, hidung dan mata. Air semambu ini memang rasanya pahit jika termasuk kedlam mulur dan sebaiknya cuba elakkan untuk diminum. Biarkan air semambu meresap ke badan seketika sehingga gak kering sebelum di lap dengan tuala sehingga bersih. Amalan mandi air semambu ini bukan sahaja untuk kanak-kanak sahaja akan tetapisesuai untuk orang dewasa asalkan air disediakan mencukupi. Daun semambu banyak ditanam di tepi jalan atau kawasan kampung yang mudah didapati untuk pelbagai tujuan.


Penyakit Demam Campak merupakan satu penyakit yang pernah menyerang manusia termasuk penulis blog suatu masa dahulu. Ada yang 
selalu tersilap antara demam campak dengan cacar air yang lebih dikenali sebagai chickenpox. Ibubapa perlu ketahui apakah tanda demam campak yang boleh terjadi pada anak dimana 'Measles' atau demam campak adalah jangkitan pernafasan yang mudah menular. Ia menyebabkan ruam kulit seluruh tubuh bersama gejala seperti selesema. Jangkitan ini berpunca daripada virus dan sangat berjangkit. Dianggarkan 9 daripada 10 individu tidak divaksin campak akan dijangkiti jika berdekatan dengan individu yang telah dijangkiti. Ia merebak melalui udara yang mengandungi titisan cecair yang dijangkiti virus daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Individu yang dijangkiti virus ini biasanya akan juga menunjukkan tanda demam campak selepas 7 hingga 14 hari. Mereka yang dijangkiti pula mudah menyebarkan penyakit ini bermula 4 hari sebelum dan selepas ruam berkembang, terutamanya semasa demam, hidung berair dan batuk. Faktor risiko terdedah kepada demam campak adalah termauk pesakit tidak menerima suntikan vaksin campak bagi melancong ke luar negara, terutamanya kepada negara membangun. Sesiapa yang mengalami kekurangan vitamin A selaludia cenderung mengalami gejala dan komplikasi teruk. Antara simptom demam campak adalah batuk kuat, hidung berair, demam panas dan mata merah. Bagi kanak-kanak dimana ia juga boleh mengalami tanda demam campak seperti 'Bintik Koplik' atau bintik merah kecil dengan biru-keputihan di tengah atau dalam mulut sebelum bermulanya ruam. Ruam akan berkembang selepas 3 hingga 5 hari simptom bermula, adakalanya dengan demam panas sehingga 40°C. Ruam merah atau coklat kemerahan akan bermula sebagai bintik merah rata pada dahi. Kemudian ia akan merebak ke seluruh muka, leher dan tubuh yang merangkumi tangan serta kaki. Demam dan ruam yang dialami biasanya secara perlahan-lahan akan surut setelah beberapa hari.Slain perubatan moden dilaporkan mandi air daun semambu juga boleh atasi demam ini. Bila sudah dapat daun semambu ia mesti dibersihkan daun dari kotoran dan makhluk yang menghuni pada daun. Pisahkan daun dari batang dan tangkainya dibuat dengan berhati-hati kerana pada bahagian tepi-tepi daun ini tajam atau ada yang sedikit berduri terkait jari boleh luka. Rebus daun tersebut sehingga bertukar warna sedikit untuk kegunaan mandi 2 kali sehari pagi dan petang. Masa hendak mandi sebaiknya diramas-ramas daun tu sekejap untuk mengeluarkan bahan yang di perlukan untuk merawat demam campak tu. Mandi seperti biasa dimna untuk mandian terakhir jiruskan air daun semambu bersama dengan daunnya sekali pada badan yang terkena demam campak dan tidak perlulah bilas kelak ia tidak berkesan pula rawatan. Sebagai ingatan dimana daun semambu yang digunakan untuk mandi terseut sebaiknya ia jangan di buang. Keringkan daun tersebut dimana ia boleh diletakkan sebagai hamparan di tempat tidur pesakit yang terkena campak, Ini untuk menyejukkan dan mengurangkan gatal, bisa dan miang agar seterusnya agar orang yang kena demam campak boleh tidur lena. Caranya tabur di atas tempat tidurnya dan dilapik dengan sehelai kain nipis (kain batik pun boleh). Dalam pada itu amalkan mengisar daun semambu dan gaulkan dengan bedak sejuk. Sapukan di tempat yang terkena campak untuk mempercepatkan pengecutan gelembung-gelembung campak yang tumbuh di badan. Juga untuk mengurangkan terjadinya kesan parut akibat dari demam campak itu. Campuran daun semambu dan bedak sejuk ini juga di katakan boleh merawat penyakit kurap. Sebaiknya untuk mempercepatkan bisa demam campak keluar adalah disarankan minum air kelapa muda. Kelapa muda segar tanpa apa-apa tambahan seperti dicampur gula atau air batu kerana akan hilang keberkesanannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK SEMAMBU... DAUN BERGUNA...
MUDAH DI CARI... ADA DIMANA-MANA...
DIJADIKAN UBAT...RUAM MUDAHNYA...
DEMAM CAMPAK... SESUAI AMALANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 122, Hotel Sri Malaysia,
Bandar Mersing, Mersing,
Johor,
Malaysia.
(15 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.