Thursday, November 9, 2023

UMPAN MEMANCING - APA KEHEBATANNYA (Part 1)

MEMANCING IKAN
merupakan suatu kegiatan atau kaedah  menangkap ikan yang menggunakan alatan pancing dan umpan dimana ia dijadikan pekerjaan, hobi, olahraga atau kegiatan pertandingan sama ada di tasek, laut, sungai dan perairan lainnya dengan sasaran mendapatkan seekor atau beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan. Nelayan adalah golongan yang kerjanya menangkap ikan sebagai sumber rezeki dengan mana mereka menggunakan pelbagai jenis alatan menangkap ikan seperti jala, jaring, pukat, lukah, bagan termasuk cara memancing. Penulis blog memang mempunyai hobi memancing di laut dan memancing udang di sungai dahulu dimana mempunyai jadual memancing yang jitu. Paling tidak pun memancing udang di Sungai Endau merupakan satu kegemaran selama beberapa tahun sebelum berpindah kerja kelokasi lain yang jauh. Memancing ikan memerlukan serba kelengkapan daripada kelengkapan asas sehingga kepada kelengkapan canggih yang menelan ribuan ringgit. Alatan memancing ada pelbagai jenis dan juga alatan kelengkapan lain bergantung kepada bajet, kegunaan, buatan, kecanggihan serta kedai yang menjualnya. Salah satu asek penting dalam memancing ikan adalah keperluan UMPAN (Bait) yang digunakan. 
Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada mata kail (ada juga jenis umpan yang di bubuh pada perangkap dan lain-lain seperti bubu, lukan dan sebagainya) untuk memikat atau menangkap ikan. Kalangan pemancing menetapkan dimana memang tiada masa atau faktur penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan kerana ada banyak perkara menyebabkan ikan memakan pancing atau memasukki perangkap yang dipasang. Bagaimana pun dikalangan yang minat memancing atau digelar sebagai 'Kaki pancing' dimana golongan ini semestinya sudah tahu umpan apa yang istimewa untuk menjadi santapan 'mangsa' dan masa sesuai untuk menggunakannya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ini maka mereka perlu banyak membaca atau bertanya kepada kaki pancing yntuk mendapatkan umpan terbaik dan teknik memancing yang paling menggembirakan terutama mendapat ikan. Memang ada banyak jenis umpan boleh di cari atau dibeli sebelum pergi memancing dilokasi pilihan dan mendapatkan hasil yang terbaik. 
Memancing ikan di laut berlainan dengan cara memancing ikan di sungai atau tasek dimana peralat memancing dan juga umpan yang digunakan adalah tidak sama. Bagai kata bidalan 'Lain padang lain belalangnya' dimana kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu. Kalau hendak memancing ikan haruan tetepi gunakan gewang macam ia tidak kena dengan cara memancing yang sesuai. Pada penulis blog apa yang pasti dimana terdapat pelbagai jenis umpan boleh di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa jenis umpan serta umpan tiruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog dimana CACING TANAH merupakan sejenis umpan paling klasik yang prnah penulis blog kenal semenjak mula memancing dari masa kanak-kanak dahulu.  
Cacing Tanah sebagai umpan pancing bukanlah benda yang baru akan tetapi sebelum manusia mengenali akan segala jenis umpan termasuk jenis umpan tiruan dimana cacing yang berlendir dan berbau hanyir ini sangat memikat ikan dan sebagainya didalam kawasan memancing. Cacing tanah merupakan sejenis umpan hidup yang diperolehi dengan menggali tanah lembap di bawah tumpukan sampah dan lokasi lembab lainnya dana jika ada tahi cacing diatas tanah pasti dibawahnya ada cacing. Daru dahulu sehingga zaman ini walau pun banyak pilihan umpan akan terapi pada penulis blog cacing terbaik untuk memancing di sungai atau tasek. Berbanding dengan jenis umpan lain dilaporkan cacin tanah adalah sejenis umpan yang paling murah, tahan lama dan mudah diperolehi atau sesuai disimpan. Ramai kalangan pemancing boleh mencari sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal seperti mencari umpan yang lain. cacing boleh digunakan untuk kebanyak jenis ikan air tawar di fungai dan juga untuk udang serta belut. Umpan cacing yang di cucuk kepada matakail tahan lama dan tidak cepat mati dimana pergerakkannya juga mampu menarik ikan untuk memakannya. Pengalaman penulis b;og mendapati dengan umpan cacing mampu mendapatkan sesis ikan keli, ikan haruan, ikan seluang, ikan emas, ikan laga, tilapia, udang, ketam dan berjenis ikan lain. Apa pun dilihat dimana lazimnya c
acing yang digunakan sebagai umpan adalah ianya berwarna merah dan berukuran kecil. Cacing tanah yang berwarna keputihan dan montok umumnya tidak dipilih oleh para pemancing disebabkan ia warnanya terlalu menjolok mata berbau kuat didalam air. Sebaiknya untuk menjaga umpan agar tetap segar maka sebaiknya cacing dibungkus dengan daun pisang dengan gunakan sedikit tanah asal dari tempat hidup asalnya. Cacing ini akan bergulung-gulung menjadi satu didalam bungkusan ini dan terus hidup. Penulis blog pernah menerima petua dari nelayan sungai di Mersing dimana pastikan jika telah selesai memancing dan ternyata umpannya masih ada lagi atau bersisa dimana umpan ini tidak boleh dibuang ke tempat lokasi memancing sebab ikan dipercayai memang kurang suka dengan umpan buangan dan dia kenyang dimana ia tidak akan mahu makan umpan yang berada di mata kail. 


Kalau memancing di kampong memang mudah mencari umpan sendiri dan tidak perlu membelinya seperti jenis umpan Belalang, Cacing tanah, katak, biji kelapa sawit dan banyak jenis lagi. Pengalaman penulis blog yang suka memancing ikan di sawah dan di anak sungai selalu memggunakan jenis umpan yang boleh didapati di persekitaran kampong sahaja. Umpan biasa yang di cari untuk tujuan memancing adalah BELALANG (Grasshopper) yang mana ia merupakan sejenis umpan semulajadi yang terdapat dimana-mana sahaj dalam belukarm padang lapang dan semak samun di keliling kampong apa lagi kalau mencarinya kawasan bendang. Mencari belalang di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut mudah dengan menggunakan sauk kain. Belalang akan memasukki sauk tersebut dan dikumpulkan didalam bekas dan sebaiknya digunakan semaksa belalang hidup. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ dunia pembelajaran bagi pemancing dikalangan kanak-kanak sebelum dia belajar lebih jauh memancing semasa dewasa. Umpan belalang ini memang sesuai digunakan untuk menjadi umpan bagi semua jenis ikan darat atau ikan di sawah padi. Penting untuk tahu bagaimana cara menggunakan atau memasang umpan belalang pada matakail. Di syorkan agar dibuang kedua belah kaki belalang dan di cangkukkan sahaja pada mata kail dengan kukuh sebelum mencampakkan ke dalam air. Apa pun lazimnya umpan belalang ini amat sesuai digunakan jika memancing ikan di dalam parit atau anak sungai yang mana ada tumbuhan kiambang, kangkung air didalam taliair atau di kawasan sawah padi. Ikan yang melihat belalang yang terapong di permukaan air akan menyambarnya dengan kuat.


Pemancing ikan jenis tradisional yang popular adalah KATAK (Frog). Jenis katak hidup pada penulis blog [aling selalu digimnakan untuk mendapatkna spesis ikan menyambar seperti Ikan Haruan, Ikan Bujuk dan Ikan Toman Bunga. Cara mennjadikan katak sebagai umpan di matakail adalah dengan menc
angkukkan matakail pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip lain untuk mengepit mulut katak (Sila lihat foto disebelah). Gunakan klip tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut dimana ada pemancing yang bermain dengan joran untuk tarik atau mengunjunnya di celahan pokok. Umpan katak ini selalunya sesuai di gunakan dikawasan celah rumpaiar, tali air bendang dan juga dikawasan berpaya. Katak adalah tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia dan ia juga memerlukan kehidupan dua alam iaitu di kawasan daratan ketika dewasa dan kawasan berair ketika mengawan, bertelur dan perkembangan tumbesaran pada di peringkat larva (berudu). Katak apa yang penulis blog tahu dimana dia menggemari keadaan habitat atau persekitaran yang lembap dan sejuk. Dalam pada itu dilaporkan ada sesetengah spesies katak gemar berada di persekitaran yang kering, dan ada juga yang lebih gemar berada di permukaan daun. Sifat fizikal seperti kulit separa telap yang cenderung kepada kekeringan turut menjadi faktor pemilihan habitat. Kulit katak yang separa telap berkebolehan menyerap air pada apa-apa jenis kepada permukaan kulitnya supaya kekal lembap. Katak juga adalah haiwan berdarah sejuk dan sensitif terhadap perubahan suhu sekeliling ileh itu pada kebiasaannya katak memilih untuk berlindung di bawah teduhan bagi mengelakkan kehilangan air yang terlalu banyak. Kediaman manusia menyediakan pelbagai bentuk habitat yang sesuai dengan keperluan habitat katak. Kawasan laman bertanah, lantai simen yang sejuk, celahan batu-bata atau pasuan, longkang atau tumbuhan yang menakung air ketika hujan dan permukaan helaian daun sering kali menjadi tumpuan kehadiran dan kediaman katak. Apa yang penulis blog pernah dengan dimana terdapat dua jenis katak yang biasa digunakan sebagai umpan memancing haruan iaitu Katak Air dan Katak Sawah. Tetapi jenis katak sawah lebih popular di sukai ikan. Katak sawah (Hylarana erythraea)  dari keluarga Ranidae lebih banyak diguna pakai dan disukai ikan haruan. Katak sawah boleh dikenali dengan memerhati beberapa perkara dimana pada bahagian atas tubuh spesies ini berwarna kehijauan dan memiliki jalur berwarna krim dan kuning memanjang daripada mata sehingga dubur. Bahagian atas tubuh juga berbintik halus. Ianya mempunyai garisan pada bibir yang berwarna putih dan timpanum yang berwarna merah. Selalunya pada kaki yang panjang dan kurus itulah yang akan mendorong Katak Sawah untuk melompat dengan sangat pantas dan tinggi. Spesies ini adalah tidak beracun dimana purata ukuran panjang muncung hingga dubur bagi katak dewasa jantan adalah 45 mm dan betina 75 mm. Katak Sawah memang mudah didapatkan dari kawasan sawah padi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BANYAK JENIS UMPAN... BOLEH DI GUNA...
UMPAN HIDUP... DIGUNAKAN SEJAK LAMA...
CACING DAN KATAK...BELALANG PUN ADA...
UMPAN TIRUAN... SUDAH RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.