Friday, November 10, 2023

UMPAN MEMANCING - APA KEHEBATANNYA (Part 2)

MEMANCING IKAN
merupakan suatu kegiatan atau kaedah menangkap ikan yang menggunakan alatan pancing dan umpan dimana ia dijadikan pekerjaan, hobi, olahraga atau kegiatan pertandingan sama ada di tasek, laut, sungai dan perairan lainnya dengan sasaran mendapatkan seekor atau beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan. Nelayan adalah golongan yang kerjanya menangkap ikan sebagai sumber rezeki dengan mana mereka menggunakan pelbagai jenis alatan menangkap ikan seperti jala, jaring, pukat, lukah, bagan termasuk cara memancing. Penulis blog memang mempunyai hobi memancing di laut dan memancing udang di sungai dahulu dimana mempunyai jadual memancing yang jitu. Paling tidak pun memancing udang di Sungai Endau merupakan satu kegemaran selama beberapa tahun sebelum berpindah kerja kelokasi lain yang jauh. Memancing ikan memerlukan serba kelengkapan daripada kelengkapan asas sehingga kepada kelengkapan canggih yang menelan ribuan ringgit. Alatan memancing ada pelbagai jenis dan juga alatan kelengkapan lain bergantung kepada bajet, kegunaan, buatan, kecanggihan serta kedai yang menjualnya. Salah satu asek penting dalam memancing ikan adalah keperluan UMPAN (Bait) yang digunakan. Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada mata kail (ada juga jenis umpan yang di bubuh pada perangkap dan lain-lain seperti bubu, lukan dan sebagainya) untuk memikat atau menangkap ikan. Kalangan pemancing menetapkan dimana memang tiada masa atau faktur penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan kerana ada banyak perkara menyebabkan ikan memakan pancing atau memasukki perangkap yang dipasang. Bagaimana pun dikalangan yang minat memancing atau digelar sebagai 'Kaki pancing' dimana golongan ini semestinya sudah tahu umpan apa yang istimewa untuk menjadi santapan 'mangsa' dan masa sesuai untuk menggunakannya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ini maka mereka perlu banyak membaca atau bertanya kepada kaki pancing yntuk mendapatkan umpan terbaik dan teknik memancing yang paling menggembirakan terutama mendapat ikan. Memang ada banyak jenis umpan boleh di cari atau dibeli sebelum pergi memancing dilokasi pilihan dan mendapatkan hasil yang terbaik. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa jenis umpan serta umpan tiruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Ramai yang kurang tahu akan UMPAN BIJI KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) untuk dijadikan umpan. Penulis blog dulu tidak percaya yang biji sawit juga disukai oleh ikan tertentu terutama memancing Ikan Kelah yang bersaiz besar. Umpan ini paling murah dan mudah didapatkan dimana-mana ada pokok kelapa sawit di seluruh negara. 
Paling terbaik dimana cari biji sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang direndam 4-5 hari (Biji sawit peram) sehingga biji sawit ini mampu mengeluarkan aroma bau tengik. Sebenarnya pemancing hebat tahu iaitu bukan mudah senang untuk menewaskan kelah dimana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada satu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi dimana kemudian memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran. Caranya membuat biji sawit peram ada dua cara dimana teknik mudah yang pertama dengan mendapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Periksa dan pastikan yang buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Buah sawit yang lerai berdekatan dengan kawasan pokok kemudian perlu dibungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar dan dipastikan kesemua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai. Langkah seterusnya memasukkan sawit dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Jenis pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan atau boleh juga bekas pek plastik pampers bayi pun bagus sebab jenis ini tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tidak boleh masuk dimana selepas 7 hari atau seminggu boleh ia buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengwapan. Kemudian digantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru dan proses ini diulangi semula untuk selama diperam lagi selama seminggu. Selepas minggu kedua diperiksa dimana biasanya sawit sudah sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut maka boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi. Ikan kelah paling suka umpan ini dan cara digunakan dengan mencangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit dan dipastikan mata kail dibenamkan kuat pada bahagian ‘buntut’ sawit. Umpan jenis ini sesuai digunakan untuk lokasi seperti di sungai berarus, hulu sungai atau di tasik yang bersambung dengan sungai.


Seterusnya umpan yang boleh digunakan untuk memancing adalah CENGKERIK atau Jangkerik. Pada penulis blog umpa ini paling tidak menjijikan berbanding dengan jeni sumpan lain sama seperti umpan belalang. Serangga 
Cengkerik (Gryllus spp) iaitu seranga dari jenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun. Kalangan orang kampong dimana ada yang panggil cengkerik sebagai jengkerik, keridik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris dimana selalunya cengkerik mampu untuk ia mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistemnya yang tersendiri. Mencari cengkerik dalam jumlah yang banyak kini mudah kerana ada banyak kedai-kedai komersial yang menjuak cengkerik hidup khusus untuk diberikan kepada ikan dalam akuarium terutama bagi ikan arowana. Melihat cengkerik dimana saiz badannya hanya kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi secara semulajadi cengkerik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam. Walau cengkerik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya cengkerik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan. Apa pun dilaporkan dimana serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada juga jenis cengkerik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang. Ada juga cengkerik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan cengkerik adalah ia berlaku lebih cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan di kedai-kedai. Cengkerik ini secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan cara memakan tumbuhan tunasnya. Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk para pemancing bagi jenis kebanyakan spesies ikan air tawar. Apa pun penulis blog tahu dimana cengkerik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Cara membawa atau menyimpan cengkerik dan kumpulan cengkerik dimana ia dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup. Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama cengkerik ini. Cara menggunakan cengkerik untuk memancing dengan mencangkukkan pada mata kail (Sila lihat foto disebelah). Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak akan tetapi sebaiknya jika hendak memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau. 

 
Umpan popular lain yang menjadi pilihan pemancing adalah UMPUN-UMPUN atau nama lainnya sebagai R
uat atau perumpun adalah daripada kumpulan haiwan invertebrata hampir sama dengan jenis cacing tanah. Pada penulis blog dimana jenis umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara sungai. Apa pun dilaporkan di Malaysia ada tiga jenis umpun-umpun yang dikenalpasti iaitu spesis umpun-umpun pasir, jangkau dan merah. Kepada orang kebanyakan mungkin agak geli meihat apa lagi memegang umpun-umpun kerana warnanya yang kemerahan dan saiznya agak lebig besar daripada cacing tanah dan dapat dilihat jelas ketaknya. Selalunya ia berbentuk agak lembut dan panjang sehingga mencapai 50 cm serta mempunyai kaki seperti lipan iaitu ciri yang membezakan spesies ini daripada cacing tanah yang sedia ada (Sila lihat foto disebelah)Habitat spesies umpun-umpun ini dimana ia boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ia bersarang di dalam lumpur itu sendiri. Lazimnya ia sebagai makhluk hidup akan memerlukan kaedah penyimpanan yang sempurna bagi membolehkannya tahan lebih lama. Sebaiknya elakkan dari cuba menyimpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta akan membunuhnya. Cara menyimpan juga merlu menjauhkannya dari kesejukan hawa dingin atau seperti dalam kereta berhawa dingin atau dalam bilik yang mempunyai air-cond jika boleh perlu ada ditambah sedikit air. Ini kerana angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengeringkan paras kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun. Cara lain menyimpannya adalah dengan ia disimpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif akan tetapi jangan menyimpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku. Dalam pada itu amalkan untuk menjauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya. Sebagai petua dimana apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya cara memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan maka boleh di simpan di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh. Apa pun penulis blog ingatkan dimana sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan. Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan dimana untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya. Selalunya jenis  ikan yang suka umpun-umpun adalah seperti Ikan Sembilang, Ikan Gelama dan juga Udang Galah. Cara gunakan dengan mencangkukkan sahaja pada mata kail iaitu sama seperti menggunakan cacing. Umpan ini sering digunakan untu memancing di muara, sungai atau di kolam udang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BANYAK JENIS UMPAN... BOLEH DI GUNA...
UMPAN HIDUP... DIGUNAKAN SEJAK LAMA...
CACING DAN KATAK...BELALANG PUN ADA...
UMPAN TIRUAN... SUDAH RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.