Fakta paling perlu diketahui pembaca blog ini tentunya apakan manfaat kecipir untuk kesihatan dan kecantikan dimana ia juga dipengaruhi oleh kandungan nutrisinya. Dalam 100 gram kecipir mentah ada terkandung sebanyak 409 kcal tenaga, Asid panthotenic (0.795 mg), Riboflavin (0.45 mg) dan Vitamin B6 (0.175 mg). Apa pun kecipir sendiri merupakan tumbuhan merambat yang hampir semua bahagiannya boleh dimakan. Antaranya adalah bahagian Buah, Biji, Umbi sehingga bagi daunnya untuk dijadikan sayuran atau ulaman. Sayuran yang juga dikenal sebagai 'winged beans' ini sesuai untuk ianya dijadikan resepi yang lazat yang menyihatkan pengguna. Apa pun asasnya kecipir dapat memengaruhi kesihatan dan juga kecantikan seseorang. Selain memiliki kandungan nutrisi yang telah disebutkan di atas dimana kecipir juga mempunyai info kandungan bahan antioksidan tinggi. Ia juga merupakan satu sumber folate yang memiliki manfaat luar biasa untuk wanita hamil dan janinnya. Pertama dilaporkan dimana ia mampu untuk Membantu Penurunan Berat Badan dan Membantu Awet Muda dan pada masa sama ia juga dapat Membantu Penurunan Berat Badan. Manfaat kecipir yang pertama berkaitan dengan kandungan kalori dan seratnya dimana sayur ini mempunyai kandungan kalori yang rendah oleh itu ianya akan membantu penurunan berat badan secara sehat. Kandungan bahan serat tinggi dan kalori rendah membantu membuat pengguna akan sentiasa merasa kenyang sehingga mengurangkan untuk makan berlebihan yang mana amalan ini dapat menyebabkan kenaikan berat badan. Kecipir adalah tinggi bahan antioksidan semulajadi yang dapat membantu mencegah membran sel diserang oleh radikal bebas yang menyebabkan kerusakan kulit. Vitamin C dan vitamin A kecipir mencegah timbulnya penuaan dini dan melindungi kulit dari berkedut, bernoda dan berlaku kerosakan akibat usia lanjut. Aktiviti memperbarui sel-sel kulit dikalukan zat kecipir dengan membantu dalam merawat ketegangan kulit yang mulai berkurang akibat faktur umur. Manfaat kecipir sangat baik untuk kulit disebaabkan nutrisinya dapat melindungi kulit dari kerosakan luaran (external damage) dan juga kerosakan kulit dalaman (internal damage). Selalunya kandungan vitamin C tidak hanya membatasi timbulnya kedutan pada kulit akan tetapi juga membantu pertumbuhan kolagen. Kandungan ini membantu menjaga elastisiti pada kulit sehingga melindungi kulit dari cepat berkedut atau cepat kendur.
Mengambil kacang botol atau kecipir segar dilaporkan akan meningkatkan Kekebalan Tubuh dimana kecipir yang memang ia kaya akan vitamin C dan vitamin A akan membantunya. makan bahan dari kumpulan kekacang selalu akan membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh manusia sehingga tubuh tidak akan mudah di serang infeksi dan penyakit lain. Vitamin C dalam kecipir berperanan sebagai pelindung, penyembuh penyakit dan menjaga tubuh untuk tetap sihat. Dalam pada itu khasiat lain adalah ia mampu untuk mengurangkan masaalah peradangan. mengambil kecipir segar akan dapat membantu mengurangkan isu peradangan disebabkan bahan bersifat antioksidan yang dikandung seperti bahan mineral di dalamnya yang akan bantu mengelakan terseliuh atau kejadian pembengkakan yang disebabkan oleh peradangan pada anggota badan. Bagi mereka yang ada masaalah berkaitan derita radang sendi adalah bagus mengambil kecipir ini agar dapat membantu mengubati masaalag seperti perkara Defisiensi Superoksida Dismutase (SOD) atau faktor yang menyebabkan peradangan tersebut. Siapa sangka fakta kecipir termasuk mampu untuk meredakan Asma dan Mencegah Diabetes?. Apa pun khasiat kecipir seterusnya ini kemampuannya meredakan masaalah lelah atau asthma. Ia disebebkan kandungan bahan mineral Magnesium (Mg) yang tinggi sehingga akan menenangkan otot mengawal pernafasan. Kemudian Mg ini membantu dalam pernafasan pesakit ini menjadi lebih lancar dan teratur dimana penderita lelah disyorkan memakan kecipir secara rutin. Kaitan kecipir dengan pencegahan diabetes berpunca daripada gabungan antara vitamin D dan Kalsium bermanfaat untuk mencegah timbulnya diabetes. Proses ini berlaku iaitu dengan mengoptimakan kadar proses metabolisme glukos dalam tubuh. Lazimnya kedua nutrisi ini secara langsung bertindakbalas pada sel-sel pankreas sehingga mengawal pengeluaran (secretion) insulin dan kadar gula darah. Apa pun dengan menyeimbangkan kadar gula dalam darah maka kebaikan makan kecipir dapat membantu didlam usaha untuk mencegah masaalah berkaitan kencing manis. Makan kecipir membantu meningkatkan Kesihatan Mata kerana kandungan tiamin dalam kecipir akan dapat mencegah masalah terkait penglihatan. Makan kecipir secara teratur dapat membantu mencegah timbulnya masalah seperti masalah penyakit glaukoma dan masaalah katarak. Thiamin ini mampu untuk meningkatkan memberi isyarat kepada otot dan saraf yang sangat penting dalam hubungan antara mata dan otak. Benarkah kecipir mampu mengubati masaalah Anemis?. Bahan folate yang tinggi didalamnya membantu meningkatkan darah di dalam tubuh dimana ini mampu mengubati dan mencegah anemia. Jika kecipir diambil bersama bahan suplemen lain mak ia baik untuk meningkatkan tenaga atau stamina. Kecipir sangat berguna untuk menghasilkan darah kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Mengambil kecipir dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam tubuh iaitu dengan cara membantu meningkatkan kadar sel darah merah yang rendah.
Buah kacang botor atau kecipir selalunya mempunyai bau kurang enak (dalam bahasa jawa ia adalah 'Bau Langu'). Ada orang yang tidak suka dengan bau ini apa lagi untuk memakannya segar dicicah dengan sambal belacan. Kacang botor ini mudah diperolehi di belakang rumah yang ditanam sendiri dan berbuah tanpa henti atau membeli sahaja dengan harga amat berpatutan di pasar basah, pasar malam, pasaraya dan juga dari kedai runcit. Kecipir ini bahasa Inggris sayuran ini disebut 'winged beans' sebab dilihat ia memang ukurannya panjang dan memiliki 'sayap' yang termasuk dalam keluarga kekacang memang aia mempunyai rasa yang agak manis dan tekstur yang cukup rangup. Salah satu masalah yang kerap timbul semasa hendak makan kecipir adalah baunya yang langu. Apa pun dilaporkan sebenarnya cukup mudah caranya bagi menghilangkan bau langu kecipir ini. Pertama cara didalam menghilangkannya adalah dengan Merebus dengan Air yang Ditambah Sedikit Garam. Cara ini sangat mudah dimana sebaiknya rebus kecipir dengan air yang diberi sedikit air garam. Melalui cara ini bau langu kecipir boleh dihilangkan dan teksur rangup kecipir masih boleh dirasai juga. Apa pun petua penting adalah agar JANGAN direbus terlalu lama kerana masa terbaik merebus cuma sekitar kurang 10 minit. Apa pun pada penulis blog paling suka makan kecipir yang sudah di sediakan Resepi Kecipir Urap atau Kecipir Pecel Sayur. Selalunya kecipir yang sudah direbus amat sesuai untuk terus dinikmati atau diolah lagi menjadi sayuran urap atau pecel. Rasa manis kecipir yang dikombinasikan dengan ramuan khas urap akan jadi perpaduan yang lazat dimakan bersama nasi putih. Pada penulis blog pecel sayur yang ada sambal kacang mengandungi cili dan cekur memang enak dimakan setiap kali ada kenduri. Bagaimana pun kalangan rakyat Malaysia mereka paling suka makan kacang botor sebagai ulam dimakan dengan sambal belacan (Sila lihat foto disebelah). Makanan kuliner ini memang ia ada dijual iaitu dikebanyakan restoren masakan asli melayu untuk hidangan makan tengahari dimana sahaja. Kecipur muda yang segar memang masih lembut (jangan ambil kacang botor tua yang sudah liat dan keras) sesuai dicicah dengan sambal belacan atau sambal asam sama ada begitu sahaja atau sudah dipotong-potong. Kalangan surirumahtangga pula pastinya suka memacak kacang botor tumis pedas atau sederhana. Caranya mudah dilakukan dengan menyediakan ramuan dan potong-potong kacang botor sepanjang 2-3 cm sebelum ditumis dalam kuali. Bagi menambah keenakan boleh di tambah debgan udang, sotong atau daging serta ikan bilis secukupnya. Enak diakan semasa baru masak dengan nasi putih suam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DITANAM.. DI RUMAH SAJA...
BANYAK BUAHNYA..PETIK SENTIASA...
MENJADI ULAM... BANYAK KHASIATNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.