Tuesday, October 17, 2023

PROGRAM AGROMAKANAN RISDA - APA DIA?

PROGRAM AGROMAKANAN RISDA  merupakan salah sati program yang sudah lama ada dan di manafaatkan oleh para pekebun kecil getah didalam usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka. Penulis blog merujuk portal RISDA dimana ada penjelasan iaitu Program Agromakanan RISDA merupakan salah satu inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu pekebun kecil meningkatkan penghasilan dan pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Program Agromakanan RISDA (PAM) ini adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025. Objektif Program Agromakanan RISDA termasuk bertujuan untuk mengurangkan aspek seperti kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil. Program ini juga ada menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk menjalankan aktiviti pertanian selain getah seperti tanaman jangka pendek dan ternakan. Ia akan menggalakkan pekebun kecil untuk menerokai sumber baru untuk meningkatkan pendapatan dimana bagi bertujuan menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Apa pun sasaran pihak kerajaan adalah mempastikan ada peningkatan pendapatan Pekebun Kecil kepada RM500/bulan pada akhir tahun 2025. Kumpulan Sasar yang sesuai bagi Program Agromakanan RISDA ini terbahagi kepada tiga iaitu para Pekebun kecil, Para Integrator dan Anchor. Setiap kumpulan sasar ini mempunyai kelayakan yang berbeza untuk memohon. Kategori Pekebun Kecil di definasikan sebagai mereka yang merupakan pemilik tanah yang jumlah keluasan kurang daripada 40 hektar, bertanam getah dan berdaftar serta menyertai program atau pembangunan RISDA. Pekebun kecil ini boleh menjalankan program ini sevata individu atau berkelompok. Pekebun kecil (pemilik pengusaha) adalah pekebun kecil getah yang memiliki tanah, mengurus dan mengusahakannya sendiri. Ahli isi rumah (AIR) adalah ahli keluarga pekebun kecil yang terdiri dariapda sama ada suami atau isteri atau anak terutamanya yang tinggal serumah dengan pekebun kecil. Kategori Integrator pula merupakan 'Ejen Pelaksana] atau ia merupakan kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang mana memang berpengalaman menjalankan projek dan perniagaan berkaitan bidang pertanian yang menguruskan pelaksanan 100% ke atas projek yang diuruskan dan pekebun kecil sebagai penerima faedah menerima dividen. Kategori Anchor pula merupakan Sayrikat Bumiputera Tempatan, Kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang berpengalaman menjalankan projek dan perniagaan berkaitan bidang pertanian bagi menguruskan pelaksanaan pembekalan input atau alatan, khidmat nasihat, tunjuk ajar teknikal, pemasaran dan pemantauan sepanjang pelaksanaan projek oleh peserta pekebun kecil. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu Program dibawah RISDA iaitu Program Agro Makanan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dijelaskan lagi dimana kalangan penerima Faedah Program Agromakanan RISDA adalah mereka yang merupakan  Pekebun kecil yang layak menerima faedah atau dividen dari projek yang dilaksanakan oleh integrator. Bagaimana pun dilaporkan keutamaan penerima faedah adalah pekebun kecil dari kategori B40 dan pekebun kecil peserta tanam semula di lokasi projek yang dijalankan oleh integrator/berkelompok pekebun kecil dan diperaku oleh Pejabat RISDA Negeri (PRN) atau Pejabat RISDA Daerah (PRD)/ Pejabat RISDA Jajahan (PRJ)/ Pejabat RISDA Bahagian (PRB). Menyentuh penjelasan tentang siapakah yang layak memohon Program Agromakanan RISDA dimana sesiapa yang ingin memohon insentif Program Agromakanan RISDA hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang dikemukakan. Terdapat dua jenis kelayakan untuk Program Agromakanan RISDA iaitu kelayakan bagi pekebun kecil dan juga kelayakan bagi integrator. Kategori Pertama kelayakan bagi Pekebun Kecil dimana dia mesti warganegara Malaysia dan juga Pekebun Kecil/ Ahli Isi Rumah (AIR) berumur 18-60 tahun serta mendaftar dengan RISDA. Bagi peserta Program Tanam Semula dimana hak milik tanah atau surat kebenaran guna atau sewa tanah min 2 tahun (jenis projek/ break even point). Mereka juga berkemampuan menjalankan projek separuh atau sepenuh masa. Pemohon akan menghadiri Kursus Agromakanan yang dianjurkan RISDA serta kemudian bersetuju dengan agihan keuntungan 60:40 (antara Ketua Kumpulan & Ahli lain) bagi projek Pekebun Kecil Berkelompok (3-5 orang). Bagi peserta tersebut mesti bersedia untuk membiayai kos projek selain daripada bantuan RISDA. Apa pun keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon dimana bagi peserta AET atau PPP KDW tidak layak mohon bantuan dalam tempoh 2 tahun.


Syarat kelayakan bagi Integrator pula dimana ia mesti warganegara Malaysia dan merupakan Kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil seliaan RISDA atau Syarikat Bumiputera Tempatan yang berlatar belakangkan bidang pertanian dan mempunyai pengalaman menjalankan projek atau perniagaan berkaitan bidakng pertanian. Pemohon juga merupakan usahawan Agromakanan atau Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang berpengalaman mempunyai kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baru dan mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh. Mempunyai latar belakang bidang pertanian dan ada pengalaman jalankan projek yang dipohon serta mempunyai kepakaran dan juga ada berkeupayaan membentuk usahawan baru. Bagi permohonan ini hak milik tanah perlu ada atau ada surat kebenaran guna atau sura menyewa tanah minimum 2 tahun (mengikut jenis projek atau pun tahap break even point). Ia juga telah berdaftar dengan pihak SSM, PBT atau MOF atau mana-mana lesen berkaitan. Mempunyai kewangan stabil 10% daripada nilai bantuan. Bagi jenis Integrator ejen pelaksana ianya akan di urus projek sendiri tanpa pihak ke-3. Sebaiknya sudah mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh dan bersedia untuk membiayai kos projek selain bantuan RISDA. Dalam kes ini keluasan tanah projek adalah saiz yang munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon. Intergrator juba mesti berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak yang bersesuaian. Syarat lain adala mesti bersetuju dengan agihan keuntungan 50:50 (iaitu diantara Ketua Kumpulan dan para ahlinya) bagi projek Projek yang jenis berkelompok. Perlu juga ada disediakan SOP projek, pelan pelaksanaan dan juga pelan pemasaran yang lengkap.


Menarik mengenai Jenis dan kategori bantuan didalam program ini untuk di fahami. Terdapat 3 jenis bantuan yang ditawarkan iaitu Tanaman Jangkapendek, Ternkan dan juga Pemasaran. Pertama bagi Bantuan Tanaman Jangka Pendek dijelaskan dimana tanaman yang mengeluarkan hasil sekali sahaja dan mempunyai jangka hayat tidak lebih 2 tahun. Apa pun diantara pilihan tanaman jangka pendek untuk Program Agromakanan RISDA termasuk jenis tanaman sayuran berdaun, Buah-buahan (nanas, pisang, betik dan lain-lain),  Tanaman herba (Serai, halia, kunyit dann lain-lain), Tanaman kontan (Jagung, tebu dan sebagainya),  Tanaman makanan ternakan (Napier, buluh, Jagung bijian dan sebagainya) serta juga lain-lain tanaman yang diluluskan Jawantankuasa. Apa pun kaedah penanaman boleh dijalankan melalui secara on farm atau off farm, kaedah konvensional (batas, polibeg, dll), kaedah tanpa tanah (fertigasi/hidroponik atau akuaponik dll), Secara  Penggiliran tanaman adalah digalakkan sekiranya ada keperluan bagi mengelakkan serangan perosak dan penyakit. Bagi jenis ke 2 iaitu Bantuan Ternakan pula merupakan aktiviti yang melibatkan kaedah pemeliharaan atau secara pembiakbakaan atau lain-lain kaedah yang bersesuaian mengikut jenis ternakan. Ia termasuk Ternakan Ruminan (Lembu, Kambing, Kerbau dan lain-lain), Ternakan Unggas (Ayam, Itik, Puyuh dan lain-lain), Ternakan bukan ruminan dan bukan unggas (Arnab, Landak dan lan-lain) serta Akuakultur dan Ternakan lebah (mungkin termasuk kelulut). Kaedah Ternakan dengan cara pemeliharaan (fidlot/integrasi) bagi ternakan ruminan,  Pembiakbakaan dan lain-lain kaedah yang bersesuaian mengikut jenis ternakan. Bantuan ke 3 adalan Bantuan  Pemasaran dimana kategori pemasaran meliputi aktiviti seperti bantuan pembinaan Pusat pengumpulan, Pusat pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran hasil serta mendapatkan rakan strategik, Pengedar dan juga Ejen bagi pemasaran serta aktiviti kajian serta khidmat pelanggan pemasaran. 


Akhir sekali peling penting adalah Kadar Bantuan Program AgroMakanan RISDA yang ditawarkan kepada mereka yang berjaya. Bagi kadar bantuan untuk  Pekebun Kecil (Individu) bernilai RM20,000 seorang. Bagi kategori  Pekebun Kecil yang memohon secara Berkelompok (3 - 5 orang) maka ia layak menerima bantai dengan kadar RM60,000 - RM100,000 atau pun bersamaan dengan kadar RM20,000 setiap peserta. Bagi kategori bantuan untuk Integrator Anchor dinyatakan jumlah bantuan bernilai RM300,000 bagi satu projek sementara bagi kategori bantuan untuk Integrator Ejen Pelaksana ia bernilai sebanyak RM300,000 setiap projek. Dalam program ini juga ada jenis Bantuan Infrastruktur Agromakanan RISDA (kadar 30%) dimana ia melibatkan aktiviti penyediaan dan kerja pembersihan kawasan sama ada ia dibina baru atau membaik pulih infrastruktur ladang, membina sistem pengairan dan perparitan. Bantuan ini juga menyediakan kerja-kerja menyediakan kemudahan elektrik, air, Kemudahan pagar dan juga memasang papan tanda. Jenis bantuan yang ketiga adalah bantuan Input, Peralatan dan Konsultasi Agromakanan RISDA (sekitar kadar 70%) iaitu bagi tujuan pembelian input pertanian, baka ternakan, makanan ternakan dan ubat-ubatan. Ia termasuk juga pembelian peralatan, mesin, jentera untuk kegunaan ladang serta kemudahan pembungukusan dan perlabelan. Bantuan ini memberikan teknologi pertanian moden, kerja kajian tanah, aktiviti khidmat perundingan atau promosi, latihan, khidmat nasihat dan aktiviti bimbingan. Ia juga ada terlibat dengan bagaimana perlindungan insurans projek dari bencana alam, penyakit dan sebagainya boleh dibantu. Apa pun terdapat klausa jenis lain-lain keperluan yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Semua pertanyaan mengenai progra ini digalakan bertanya dengan pihak RISDA yang terdekat,. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN MAKANAN... BANTUAN RISDA...
BANYAK JENISNYA.. TANAMAN PUN ADA...
PROJEK TERNAKAN... ADA BANTUANNYA...
TINGKATAN PENDAPATAN... YANG BERJAYA...


By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 RabiulAwal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.