Wednesday, October 18, 2023

MINUMAN 'NESLO' - BAGAIMANA?

MINUMAN 'NESLO' merupakan diantara minuman paling viral di Malaysia masa kini dimana masih ramai orang yang suka dengan minuman ini. Penulis blog memang masih suka untuk teruskan meminum kopi panas atau minum coklat panas (tidak kira jenama yang ada sama ada Milo, Vico, Koko Minda (satu produk koko bumiputra dan produk koko lain) dimana ianya memang amat padu rasanya. Ada beberapa kali penulis blog ujirasa minuman Neslo ini yang mana agak suka juga dengan minuman ini. Penulis blog juga sebelum ini sudah puluhan tahun tidak minum Nescafe. Apa pun diluar sana Minuman Neslo ini merupakan salah satu pilihan ramai peminatnya mengikut bajet dan kegemaran. 'NESLO' panas iaitu sejenis minuman yang popular di Malaysia dan dihasilkan dengan kombinasi campuranSerbuk Milo dan Serbuk Nescafe (menjadikan gabungan menjadi 'NES' bagi kopi dan 'LO' bagi Milo yang sangat sedap dan memberikan tenaga untuk menempuh hari yang semakin sibuk. memang minuman ini ada yang youtuber dari luar negara sebagai sejenis minuman terbaik didunia dimana ia memang enak untuk dinikmati sama ada sebagai 'Neslo Panas' atau pun 'Neslo Ais'. Apa pun jika di kaji dari segi pengeluar kedua-dua produk tersebut ianya adalah dari Syarikat Nestle (M) Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat gergasi berkaitan dengan makanan kesihatan sejak berkurun dahulu. Bergantung kepada kreativiti peniaga dimana penyediaan minuman Neslo ini di sesuaikan dengan citarasa pengguna yang berlainan mengikut lokasi dan keadaan premis. Lazimnya saya akan minum Neslo Panas dengan di letakkan harga diantara RM4.50 sehingga RM6.00 di rangkaian restoren bagi kebanyakan rakyat marhaein. Mungkin harga neslo ini akan menjadi jauh lebih makhal di premis yang hebat dan hotel-hotel yang ada banyak bintang. Bagaimana pun kalau hendak lebih puashati penulis blog selalu membuatnya sendiri di rumah sahaja kerana kesemua bahan produk tersebut memang mudah sahaja diperolehi di banyak kedai dan pasaraya malahan boleh membelinya secara on-line sahaja. Resepi asas didalam membuat minuman neslo ini dengan menggunakan 1 sudu teh serbuk nescafe, susu pekat manis secukupnya, air panas yang dimasukkan ke ke dalam mug dan kemudian ditambahkan milo secukupnya. Akhir sekali adalah dikacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan. Penulis blog memang suka minuman neslo panas berbanding dengan Neslo Ais. Bagaimana pun dikalangan ahli keluarga yang lain memang ada yang suka minuman Neslo Ais. Ia juga amat mudah disediakan iaitu mengambil 2 sudu besar serbuk Milo, 1 sudu besar serbuk Nescafe Classic, Susu pekat manis secukup rasa, setengah gelas air panas dan kiub ais. Mula-mula di campurkan serbuk Milo dan Nescafe Classic ke dalam gelas. Kemudian dimasukkan air panas setengah gelas dan dicampurkan susu pekat secukup rasa. Sebaiknya dengan gunakan gelas kosong untuk "tarik" Neslo panas tersebut sehingga mengeluarkan buih. Akhir sekali adalah perlu dimasukkan ais secukupnya dimana neslo aie sudah sedia untuk diminum. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan minuman terhebat dunia iaitu Neslo unbtuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Jenama produk minuman seperti 
Milo, Ovaltine dan Vico adalah jenama-jenama minuman berasaskan malt berperisa coklat. Ramai pembaca blog pasti sudah biasa melihat minuman ini dijual di kedai-kedai tempatan, sama ada dalam bentuk serbuk untuk dibancuh atau dalam tin, sedia untuk diminum. Dilaporkan dimana disebabkan kandungan malt daripada barli atau gandum dalam produk ini maka rasanya sangat berbeza dengan jenis minuman berasaskan serbuk koko biasa. Dilaporkan dimana berkat idea kreatif rakyat Malaysia maka ada pelbagai jenis hidangan inovatif sudah terhasil daripada malt coklat ini. Apa pun lazimnya sesiapa memesan minuman dan makanan di aneka kedai makanan dan gerai akan ada banyak pilihan makanan dan minuman yang berasaskan malt coklat. Apa pun pada penulis blog ada sebanyak lima (5) jenis hidangan yang mudah berasaskan malt coklat yang anda boleh sediakan sendiri di rumah atau boleh dapatkan di kedai makan. Pertama adalah Minuman Malt Coklat Tabur iaitu sejenis minuman yang perlu diminum sejuk. Ia tersedia apabila air coklat ais yang telah siap dibancuh dan kemudian ia akan ditaburkan pula dengan serbuk minuman malt coklat pada permukaannya. Serbuk malt coklat tidak larut kerana bancuhan asas dingin. Ini memberi peluang untuk penggemar merasai terlebih dahulu serbuk minuman coklat semasa menghirup minuman. Bergantung jenama minuman malt coklat yang digunakan, sesetengah tempat memberikan nama seperti 'Milo Dinosaur' atau 'Milo Tabur' kerana ia selalunya akan menggunakan serbuk Milo. Kuantiti yang ditaburkan berbeza-beza, mengikut tempat makan. Kebiasaannya golongan kanak-kanak akan tertarik dengan hidangan ini namun perlu diingatkan, penambahan serbuk malt coklat juga bermaksud penambahan kandungan gula dalam minuman. Jadi berpada-pada ketika meminumnya. kedua adalah Miinuman Neslo iaitu sejenis minuman yang menggabungkan serbuk Nescafe dan serbuk Milo. Ia dibancuh bersama dan dihidangkan secara sejuk atau panas. Neslo mempunyai rasa manis dan rasa coklat Milo bersama rasa sedikit pahit dari Nescafe selain aroma enak yang datang dari campuran dengan susu pekat atau gula secukup rasa. Kini di Malaysia pada penulis blog memang orang ramai boleh mendapatkan minuman ini di semua kedai makan malah anda sendiri boleh cuba membuatnya di rumah. Paling enak dinikmati di waktu pagi dalam bentuk panas. Seterusnya adalah Aiskrim Malt Coklat dimana sebagai rakyat Malaysia anda pasti mengenali ‘Aiskrim Malaysia’ yang merupakan manisan ais ciptaan warga tempatan. Aiskrim Malaysia berperisa malt coklat adalah antara perisa favourite ramai dan boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mudah. Jika tidak jumpa plastik aiskrim Malaysia memang boleh juga gunakan acuan 'popsicle' atau aiskrim biasa yang boleh didapati di kedai-kedai biasa. Sesiapa saja hanya perlu bancuhkan serbuk malt coklat pilihan mengikut cita rasa anda dan masukkan ke dalam plastik aiskrim dan kemudian bekukannya dalam peti ais. Ia boleh dihidangkan semasa majlis keraian atau dibawa untuk berkelah dan sebagainya. Pastikan agar jangan kedekut dengan serbuk malt coklat dan letakkan sedikit susu cair dan susu pekat dalam bancuhan aiskrim anda untuk menjadikan ia lebih enak. Keempat adalah Roti Tabur Malt Coklat dimana kini kebanyakan masyarakat dunia menjadikan roti sebagai makanan utama di waktu sarapan. Anda boleh mencuba untuk membuat roti tabur malt coklat. Caranya mudah, gunakan roti buku biasa, lebih elok jika roti putih. Taburkan serbuk malt coklat dan tuangkan sedikit susu pekat di atasnya. Kalau mahu variasi, boleh tambahkan hirisan pisang atau sedikit mentega kacang. Ia sesuai juga dibuat bekal untuk anak-anak ke sekolah mahupun anda yang mahu ke tempat kerja. Ringkas dan mudah untuk disediakan. Akhir sekali makanan yang berasaskan coklat pastinya adalah Kuih Berasaskan Malt Coklat dimana ia mudah didapatkan dan mudah dibuat. Apa pun sebagai contoh seperti kuih lapis malt coklat boleh dibuat menggunakan cara pembuatan yang sama seperti kuih lapis tradisional. Variasi kuih lain yang boleh dicipta dimana ia berasaskan minuman malt coklat adalah puding coklat, dadih coklat dan sebagainya. Kuih-muih dan manisan ini menarik untuk dijadikan sajian minum petang.  


Keunikan Malaysia kini adalah dengan banyaknya premis kopitiam yang ada dimana-mana sahaja. Kopitiam sudah sebati dengan masyarakat Malaysia dimana memang ada banyak minuman-minuman klasik dan makanan enak yang disediakan di kopitiam mempunyai rasa dan aroma yang tersendiri. Gelaran bagi Kopitiam, kedai kopi, warung kopi, atau apa saja anda gelar premis perniagaan ini, memang cukup sebati dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Umumnya pada setiap pagi atau waktu lain khususnya sewaktu hujung minggu banyak premis kopitiam di seluruh negara akan penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan dari segenap isi masyarakat yang datang untuk menikmati secangkir kopi. Penulis blog percaya kalangan pembaca blog ini ramai yang pernah berkunjung ke kopitian dan boleh belajar cara membuat minuman kopitiam yang popular.  Minuman pertama adalah Minuman Teh Tarik yang mana ia adalah klasik. Cara membuatnya dengan sediakan bahan iaitu 1 liter air, 1.5 sudu besar serbuk teh, 1 uncang teh hitam tempatan, 1/4 cawan susu pekat manis, 2 sudu besar susu cair dan 1/4 sudu teh garam. Cara buat dengan memanaskan periuk sederhana besar, masukkan air dan didih sampai air menggelegak. Pastikan api sederhana besar. Masukkan teh dan kacau dia dibiar terseduh selama 3 -5 minit. kemudian dimasukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau dan biar mendidih selama 3 minit. Boleh dirasa dan suaikan menurut citarasa. Kedua adalah jenis Minuman Kopi Cham dimana Kopi Cham dihasilkan dengan gabungan rasa teh (cham) dan kopi. Kopi Cham merupakan minuman yang cukup unik dimana ia adalah sejenis minuman klasik kopitiam ini dihasilkan dengan menggabungkan rasa teh (cham) dan kopi. Rahsia untuk menyediakan kopi cham yang enak ialah keseimbangan antara rasa teh dan kopi serta jenama kopi dan teh yang anda gunakan. Bahan-bahan yang perlu adalah 2 uncang kopi, 2 sudu besar serbuk teh, 3 cawan air panas dan 4 sudu besar susu pekat manis. Cara buatnya dengan campur kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dan dimasak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko dan campurkan susu pekat manis dan disesuaikan rasa dan hidangkan. ke tiga adalah Minuman Kopi Peng iaitu satu lagi kopi yang menjadi kegemaran ramai di kopitiam. Apa pun mudah membuatnya dengan bahan 250ml air, 1 paket kopi kampung atau 2 sudu besar kopi kampung dan 3 sudu besar susu pekat manis. Cara-cara nya didalam periuk boleh didihkan air atas api sederhana besar. Tunggu hingga menggelegak kira-kira 2 minit. Masukkan serbuk kopi dimana kalau hendak rasa kopi yang lebih lemak maka dimasukkan 1/4 sudu besar mentega cair panas dan kacau dengan serbuk kopi hingga sekata. Biar serbuk kopi terseduh selama 1-2 minit. Kalau anda nak kopi anda lebih pekat, masukkan 1/2 sudu besar serbuk kopi lagi dna dipadamkan api. Masukkan air kopi panas ke dalam cawan. Masukkan susu pekat manis dan kacau. Jika anda puas dengan kepekatan dan rasa manis, masukkan ais dan siap untuk diminum. 


Seterusnya yang popular adalah namanya Minuman Neslo iaitu sejenis minuman  ‘mocha’ di kedai-kedai kopitiam. Rakyat Malaysia memang cukup menggemari minuman-minuman kopitiam ‘hybrid’ seperti neslo diman ia merupakan minuman ‘hybrid’ kopi dan coklat. Dalam erti kata lain, neslo ialah ‘mocha’ di kedai-kedai kopitiam. Bahan digunakan adalah 2 sudu besar serbuk Milo, 1 sudu besar serbuk Nescafe Classic, Susu pekat secukup rasa, Setengah gelas air panas dan Ais (jika hendak sejuk).  Cara membuatnya dengan mencampurkan serbuk Milo dan Nescafe Classic ke dalam gelas. Masukkan air panas setengah gelas dan dicampurkan susu pekat secukup rasa. Guna gelas kosong untuk “tarik” Neslo panas tersebut sehingga mengeluarkan buih. Masukkan ais secukupnya. Neslo sudah sedia untuk diminum. Jenis minuman popular di kopitiam yang dihidangkan dan boleh dibuat sendiri dirumah adalah Minuman Milo Tabur. Ia juga dinamakan dengan nama 'Milo kaw’ kerana selalu ia ditabur serbuk milo sehingga popular dipanggil Milo Tabur. Produk Milo merupakan sebahagian daripada produk nostalgia di Malaysia semenjak pulohan tahun dulu yang di keluarkan oleh Nestle iaitu pada penulis blog tahu semenjak dari zaman persekolahan lagi. Minuman Mio juga sering dikaitkan dengan minuman kesihatan dan sukan dimana ia sebenarnya adalah coklat dari buah koko yang diproses. Malaysia walau pun sudah luas lagi menanam pokok koko (Theobroma cacao) kerana masaalah serangan UPBK (Ulat Pengorek Buah Koko) di Malaysia sekitar tahun 1980'an menyebabkan tanaman ini terus berkurang. Malaysia kini menjadi salah satu negara yang mengimport produk koko untuk industri yang berkembang pesat. Sebenarnya banyak premis dan
 pemilik-pemilik kopitiam tempatan tahu tentang kepentingan Milo selama ini dan mereka telah menambah baik resepi minuman Milo sedia ada dengan meningkatkan tahap ‘kaw’ Milo dengan menyediakan minuman dipanggil ‘Milo Tabur’. Cara membuat minuman Milo Tabur dengan sediakan bahan 4-5 sudu besar serbuk Milo dan 250ml susu sejuk. Cara-cara membuatnya dengan memasukkan 2 sudu besar Milo ke dalam gelas dan kemudian dituangkan susu. Seterusnya dimasukkan 2 hingga 3 sudu besar Milo lagi dan ia sudah sedia untuk dinikmati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 7,704 kali ini. Wasallam!!!....
MINUMAN ENAK... NESLO NAMANYA....
CAMPURAN NESCAFE... MILO JUGA...
DIMINUM PANAS... SEJUK PUN SUKA...
MINUMAN TERHEBAT...DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 RabiurAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.