Monday, October 16, 2023

BURUNG PIPIT DAN FAKTA DI MEDIA

BURUNG PIPIT
merupakan sejenis burung kecil yang mana ia terdapat di negara kita terutama ujud dikawasan tanaman padi. Pada penulis blog yang membesar dikawasan kampong yang berhampiran dengan sawah padi dan tanaman padi huma zaman kanak-kanak dahulu memang kenal akan burung pipit ini. Dari segi pengkelasan burung ini ia adalah daripada Kingdom Animalia, Phylum - Chordata iaitu dalam kelas Aves serta Order Passeriformes. Seterusnya burung ini adalah dari keluarga Estrildidae dimana ia dipercayai natif dari kawasan India, Cina, Asia Tenggara, serta Benua Afrika. Jangkamasa umur untuk burung pipit sekitar 6-8 tahun bergantung kepada spesis. Burung pipit adalah burung kecil berparuh pendek yang makan biji-bijian. Sekilas pandang ada sedkit persaman fizikal diantara diantara burung pipit dengan burung gereja (house sparrow) iaitu dari segi saiz dan rupabentuk.
Burung Pipit merupakan sejenis famili burung kecil. Terdapatnya beberapa jenis burung pipit di Malaysia yang telah dikenali atau dikenalpasti iaitu Burung Pipit Raya, Burung Pipit Rumah, Burung Pipit Kepala Hitam, Burung Pipit Kepala Putih, Burung Pipit Batu, Burung Pipit Dada Kuning,  Burung Pipit Jawa, Burung Pipit Kuning, Burung Pipit Padi, Burung Pipit Pinang, Burung Pipit Rawa, Burung Pipit Rimba, Burung Pipit Tanah, Burung Pipit Tuli dan juga Burung Pipit Uban. Burung yang liar ini sering ditangkap menggunakan pelbagai cara termasuk memasang getah atau gam dikayu tempat burung tersebut hinggap. Kaki burung akan melekat pada gam dan burung diambil lalu dibersihkan dari gam dikakinya. Pada masa itu burung ini laku dijual dengan harga RM0.30 seekor. Kini burung pipit ada dijual di kedai burung. Ada burung pipit yang sesuai digunakan sepagai 'burung pikat' untuk menangkap burung pipit lain. Di kawasan Asia Tenggara terdapat beberapa jenis burung pipit yang dibezakan dengan warna pada kepala, badan dan corak yang ada. Pada penulis yang paling digemari adalah Pipit Haji dan Piit Hitam yang mudah dijumpai dikawasan sawah padi dan belukar. Kajian saintis menunjukkan sebenarnya terdapat lebih dari 40 spesies burung pipit diseluruh dunia. Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya saya menulis fakta menarik di media iaitu megenai burung pipit untuk dijadikan bahan rujukkan.


Merujuk kepada laporan mediaprima.com dimana kisah '
Si pipit bersuara lantang' memang menarik faktanya. Foto sebelah adalah jenis pipit Bangla yang menjadi ibu tumpang untuk mengeramkan telur Black Throat Singging Fitch. Burung Pipit Black Throat Singging Finch dikatakan berasal dari Afrika. Dilaporkan bagi seorang penternak tegar Black Throat Singging Finch tempatan iaitu Wan Mohd Azrulwadi memang dia telah mengakui kini memiliki sepuluh pasang burung berkenaan sejak lima tahun lalu dengan membelinya daripada pembaka dari Thailand pada harga kira-kira RM1,500 sepasang. Kini harga burung berkenaan semakin meningkat memandangkan kos import yang tinggi sekiranya membelinya dari pembaka luar negara. Sebenarnya dari luaran sekali imbas boleh dilihat burung ini sama seperti burung pipit rumah atau tree sparrow yang biasa didapati di Malaysia. Namun begitu bagi peminat burung biasanya mereka dapat membezakan Black Throat Singging Finch dengan pipit rumah dari segi alunan kicauannya. Penternak itu yang lebih mesra disapa Azrul dakwa bagi peminat tempatan mereka boleh memilikinya sama ada daripada pembaka tempatan atau negara jiran seperti di Thailand dan Singapura. Bagi membezakan jantina Black Throat Singging Finch adalah dari segi kekuatan kicauannya apabila si jantan lebih kuat berbunyi dan pelbagai alunan suara berbanding si betina. Burung Black Throat Singging Finch yang berusia lapan bulan boleh dikira matang dan sesuai untuk disatukan dengan pasangannya. Biasanya saya akan meletakkan sangkar si jantan dan betina berhampiran. Jika Black Throat Singging Finch jantan menyuap makan dan diterima si betina, maksudnya pasangan itu sesuai untuk diletakkan di dalam sangkar yang sama. Biasanya telur Black Throat Singging Fitch yang mengambil masa menetas kira-kira 15 hari untuk menetas. Black Throat Singging Finch adalah burung yang tidak boleh diletakkan di dalam sangkar yang sama kerana unggas itu berpotensi untuk bergaduh. Apabila pasangan itu sudah disatukan di dalam sangkar, pembaka biasanya akan mula meletakkan rumput-rumput kering di dalam sangkar berkenaan. Selain itu tulang sotong juga akan diletakkan di dalam sangkar untuk dapat mengetahui sama ada si betina sudah sampai masa untuk bertelur atau sebaliknya. Jika si betina mula makan tulang sotong, itu menandakan burung betina sudah bersedia untuk bertelur. Jika sudah matang dan hendak bertelur, Black Throat Singging Finch akan mula membuat sarang daripada rumput kering dan kapas yang diletakkan di dalam sangkar berkenaan. Sebaik sahaja si ibu mengeluarkan telur, burung Pipit Bagla betina akan menjadi ibu tumbang bagi mengeram telur berkenaan. Selalunya Black Throat Singging Finch tidak pandai menjaga anak kerana si ibu berpotensi untuk mencampakkan anakknya keluar dari sangkar. Bercerita mengenai penjagaan burung Black Throat Singging Finch amat mudah untuk dijaga kerana ia hanya memakan bijiran khas untuk burung yang dijual di kedai haiwan peliharaan dan sayur-sayuran seperti pak choy dan petola. Kos penjagaan burung ini tidaklah begitu mahal dan saya membelanjakan kira-kira RM80 sebulan bagi tujuan membeli makanan. Apa pun dilihat penjagaannya juga agak mudah dengan hanya memberi makanan yang mencukupi dan seminggu sekali disemburkan sedikit air untuk memandikan Black Throat Singging Finch. Ciri-ciri luaran burung ini tidaklah begitu mempunyai nilai estetika kecantikan yang tinggi, namun sebaik sahaja ia mengalunkan suara lunaknya, harga sepasang induk bagi bersaiz kurang lima inci boleh dikatakan mencecah RM3,000. Malah harganya boleh mencecah RM5,000 untuk tujuan pertandingan dan ia mampu meningkat sekiranya si pembeli mengetahui potensi Black Throat Singging Finch. Jangka hayatnya pula antara 10 hingga 15 tahun. Bagaimanapun, bagi peminat unggas itu, harga yang dijual kadang-kala mengikut tawaran si pembeli itu sendiri kerana mereka mempunyai penilaian yang subjektif. Bagi kalangan peminat Black Throat Singging Finch untuk dipertandingkan biasanya perkara paling utama diambil kira adalah dari segi keaktifan burung itu berkicau dan kemerduannya selain ciri-ciri luaran juga akan dinilai. Pada masa sama, Black Throat Singging Finch yang sihat apabila aktif di dalam sangkar dan berkicauan.


Paling menarik adalah fakta juga dari mediaprima.com.my bertajuk '
Banyak warna lagi mahal' yang belum pernah penulis blog membacanya. Apa pun dilaporkan burung pipit dengan tujuh  warna burung bersaiz kecil jadi pilihan kerana aktif dan juga bersuara lembut. Apa pun burung Gouldian Finch atau lebih dikenali sebagai pipit tujuh warna di negara ini antara spesies burung yang unik dan cantik. Apa tidaknya kalau burung yang berasal dari Australia ini memiliki bulu yang berwarna-warni termasuk biru, ungu, kuning, merah, hitam dan hijau sehingga menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan. Ia mempunyai ukuran panjang boleh mencapai sehingga 15 sentimeter dari paruh sehingga hujung ekor serta berat 14 gram dimana burung ini boleh dikategorikan sebagai burung bersaiz kecil. Karakter burung ini yang aktif dan memiliki suara lembut dan menenangkan. Pemilikny Wan Mohd Azrulwadiadalah diantara peminat dan pembiak burung Gouldian Finch baka tempatan yang cukup disegani di negara ini. Dia yang memiliki kira-kira 50 pasang burung spesies ini yang dipelihara bersama rakannya, Rusidil Bukhari Abdullah di Kampung Padang Balang, Gombak, Kuala Lumpur dan Gua Musang, Kelantan. Minatnya bagi hobi memelihara burung berwarna-warni sejak 10 tahun lalu sebagai hobi kerana tertarik dengan warna yang menyerlah berbanding burung lain. Dia sekadar menternak burung terbabit sebagai haiwan peliharaan hanya sekadar untuk mengisi masa lapang. Warna yang terdapat pada bulu burung ini, menjadikan ia sebagai pilihan dimana apabila diletakkan di dalam sangkar, burung ini memang tidak duduk diam dan akan sentiasa melompat dan terbang. Melihat burung ini sentiasa bergerak, ia dapat memberi ketenangan dan keterujaan kepada sesiapa sahaja melihatnya. Selalunya warna kuning dan biru mempunyai nilai yang tinggi. Dalam pada itu cara penjagaan burung ini sangat mudah dan tidak membabitkan kos tinggi bergantung kepada jumlah burung yang dipelihara. Pemiliknya perlu menyediakan air bersih yang tidak mempunyai klorin dan makanan burung diberikan dalam tempoh dua hari sekali kerana ia tidak makan banyak. Apa pun seminggu sekali, perlu diberikan makanan lembut iaitu telur dicampur dengan sayur (brokoli dan lobak) yang sudah dihancurkan. Dia turut memberikan vitamin dan makanan tambahan untuk tumbesaran dan kekal sihat. Setiap tiga bulan sekali, ubat cacing diberikan untuk mencegah penyakit cacing. Pada kebiasaannya dia akan membersihkan sangkar burung pada setiap dua hari sekali untuk mencegah jangkitan penyakit. Najis burung dibersihkan sebelum disembur dengan cecair pembasmi kuman. Apabila kebersihan diutamakan, amat sukar burung ini dijangkiti penyakit. Biasanya untuk kenal pasti burung sakit ialah apabila ia dilihat tidak aktif, bulu kembang dan warna najis yang berbeza. Apabila keadaan ini berlaku, burung akan diasingkan untuk dirawat. Disebabkan burung ini aktif, pemilik perlu menyediakan sangkar yang mempunyai saiz bersesuaian dengan jumlah burung. Untuk pelihara sekadar hobi, sangkar bersaiz 0.6 meter sesuai untuk menempatkan sehingga enam burung. Manakala, untuk tujuan pembiakan, setiap sangkar pada saiz sama perlu diletakkan sepasang burung jantan dan betina yang disertakan bersama kotak sarang dan rumput. Sangkar boleh diletakkan di dalam atau di luar rumah, kerana bunyi burung ini lembut dan tidak mengganggu. Ditanya berkenaan proses pembiakan burung ini, dia mengakui ia bukan tugas mudah kerana haiwan ini berasal dari luar negara. Dia mengambil masa agak lama sehingga berjaya menghasilkan baka tempatan yang lebih tahan lasak berbanding yang diimport dari luar negara. Harga burung ini dinilai berdasarkan warna yang boleh mencecah sehingga RM700 sepasang.


Dalam portal agensi dimana kisah '
Seludup burung pipit dalam alat kerinting rambut' dimana sebanyak 35 ekor burung pipit di dalam alat kerinting rambut di New York, Amerika Syarikat menarik dikongsikan. Kisah ini menyatakan seorang lelaki ditahan di sebuah lapangan terbang selepas didapati menyeludup 35 ekor burung pipit di dalam beberapa alat kerinting rambut yang dilekatkan pada badannya. Kevin McKenzie didakwa cuba menyeludup burung pipit ke Amerika Syarikat (AS) dari Guyana untuk pertandingan nyanyian burung di Queens, New York. Dia ditahan bersama burung pipit disembunyikan di dalam alat kerinting rambut semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy. Dia memberitahu polis bahawa dia ditawarkan wang sebanyak AS$3,000 (RM12,308) untuk menyeludup burung pipit ke New York. Polis laporkan McKenzie tiba di USA dengan menaiki pesawat udara dari Georgetown, Guyana bersama alat kerinting rambut yang dilekatkkan di sekitar buku lali dan disembunyikan di dalam kot. Kemudian pegawai Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS menemui burung pipit ditutupi kain jaring dan disembunyikan di dalam jaket dan seluarnya. McKenzie didakwa atas kesalahan import hidupan liar secara haram dan dibebaskan dengan bon sejumlah AS$25,000 (RM102,568). Sekiranya didapati bersalah, McKenzie boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.


Dalam hmetro.com pula dilaporkan dimana  kes '
Sembunyi 18 burung pipit dalam seluar' berkait dengan tajuk ini. Dipaparkan foto bagaimana pegawai sedang memeriksa seluar yang ada  menunjukkan burung pipit yang diikat pada kaki suspek. Kisah dari Bandar Ho Chi Minh City, Vietnam dimana taktik seorang lelaki yang cuba menyeludup 18 burung pipit dengan menyembunyikan haiwan itu di dalam seluarnya gagal apabila ditahan pihak berkuasa lapangan terbang. Apa pun seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City ketika mahu menaiki penerbangan ke Taiwan. Imigresen laporkan bagaimana lelaki itu ditahan selepas pihak berkuasa melihat suspek berjalan dalam keadaan mencurigakan. Ketika pemeriksaan kami menemui lapan ekor burung hidup yang diikat di bahagian keting lelaki itu. Kastam kemudian turut menemui 10 ekor lagi burung yang disembunyikan di dalam beg bagasi yang ada dibawanya. Beberapa gambar menunjukkan burung itu diikat pada keting suspek dan hanya kepala serta ekor haiwan itu yang kelihatan. Pihak berkuasa percaya dimana lelaki itu mahu menyeludup burung pipit dari spesies yang dilindungi itu ke Taiwan kerana harganya yang mahal. Kebanyakan spesies burung pipit disenaraikan sebagai haiwan yang diharamkan dieksport keluar dari negara itu. -Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG PIPIT... ADA BANYAK JENISNYA...
ADA YANG MURAH.. MAHAL JUGA ADA....
BURUNG KECIL... RAMAI YANG PELIHARA...
MEMBACA ARTIKEL... TIMBUL MINAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamam Cendana. Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.