Friday, October 6, 2023

CABARAN INDUSTRI GETAH MALAYSIA TERKINI (Pt 1)

TANAMAN GETAH
(Elaeis guineensis) merupakan tanam yang kedua terpenting di Malaysia selepas tanaman kelapa sawit. Dari segi peranan di mana Malaysia pernah menjadi pengeluar getah yang terbesar dunia semenjak lama dahulu sebelum kini pada tahun 2023 Malaysia pada kedudukan ke 7 terpenting didunia dalam pengeluaran getah asli. Hasil kajian  dari pihak RISDA dimana status Industri Getah Malaysia 2022  seperti yang saya tulis diatas yang pada suatu ketika pernah menjadi salah satu komoditi terbesar negara tetapi pada akhir tahun 2021 ia telah dilaporkan kedudukan Malaysia dalam senarai pengeluar getah asli dunia jatuh ke tangga ketujuh (7) berdasarkan Statistik Industri Getah Malaysia 2021. Kini negara Thailand, Indonesia dan Vietnam telah mendominasi  kedudukan tiga teratas dengan pengeluaran minimum 1.2 juta tan metrik manakala Malaysia hanya menyumbang sebanyak 0.5 juta tan metrik sahaja masa ini. Penurunan pengeluaran getah asli negara pada tahun 2021 didapati ia mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan getah di Malaysia untuk tahun-tahun berikutnya. Cabaran-cabaran ini pula jika dibiarkan dipercayai ia boleh menggugat kesinambungan dan kelestarian industri getah negara. Apa pun hasil dari laporan wawancara khas bersama pihak RISDA dimana di antara cabaran yang dihadapi oleh pihak perusahaan getah di Malaysia termasuk aspek keluasan tanaman getah, pemilikan tanah, produktiviti, usia pekebun kecil getah, pasaran harga getah, persaingan dengan tanaman lain, teknologi tanaman getah dan juga serta isu penyakit tanaman getah. Penulis blog yang memang sejak kecil dikelilingi oleh pokok getah bersama seisi keluarga dahulu bergantung kepada pokok getah. Bagaimana pun kini kebanyakan kebun getah sudah pun bertukar kepada tanaman kelapa sawit dan hanya tinggal beberapa ekar sahaja tanah pusaka keluarga yang masih ada pokok getah. Dari semua adik beradik dilihat tidak ada seorang pun yang menjadi penoreh getah juga dimana ini merupakan satu perkara yang lumrah didalam industri getah di Malaysia. Pada penulis blog memang tidak pelik kalau kedudukan industri getah Malaysia sudah jatuh di tempat ke 7 didunia masa ini. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas iaitu mengenai cabaran industri getah di Malaysia yang terkini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Daripada beberapa sumber rasmi dilaporkan keluasan tanaman getah yang mana ia sebagai salah satu komoditi yang kedua terbesar negara. Dilaporkan terdapat sekitar 
1,240,000 hektar kawasan getah dengan mana ada penglibatan seramai 500,000 orang (mungkin angka ini sudah kurang tepat) dimana sekitar 73.4 % dari jumlah kawasan getah kini masih lagi berada di Semenanjung Malaysia. Dilaporkan industri getah Malaysia terikat dengan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN 2030) di mana badan terlibat seperti RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) perlu memastikan keluasan getah pada tahun 2030 ialah hanya seluas 1.115 juta hektar sahaja. Angka ini dirangka oleh DAKN berdasarkan pencapaian pada tahun 2020 iaitu kawasan tanaman getah seluas 1.107 hektar. Keluasan getah yang ditetapkan ini sepatutnya menjadi refleksi peningkatan pengeluaran getah asli menjelang tahun 2030. Pada penulis blog mendapati dimana jumlah keluasan tanaman getah ini hanya mengambil kira tanah-tanah yang mempunyai kebun getah yang berskala ekonomik. Cabaran utama untuk RISDA bagi mencapai matlamat ini ialah melaksanakan tanaman semula getah di kebun-kebun lama yang sudah tidak lagi mempunyai pokok getah berekonomik. Dalam tinjauan peribadi semasa penulis blog dikampong ada terlihat iaitu beberapa kebun getah sudah ditinggalkan atau tidak lagi diusahakan atau menjadi 'kebun getah terbiar' di kampong penulis blog di Muar, Johor. Mungkin disebabkan harga getah yang rendah faktur menyebabkan ramai penoreh getah beralih arah kepada pekerjaan lain. Apa pun dilaporkan dalam kes lain dimana pihak RISDA dilihat masih turut bertanggungjawab merangsang pembukaan kebun getah baharu bagi menambah keluasan tanah yang ditetapkan oleh DAKN. Secara teorinya demi memenuhi objektif yang sudah ditetapkan oleh DAKN maka pihak RISDA tetap mensasarkan keluasan bagi penanaman getah baru seluas 25,000 hektar setahun bagi proses penanaman semula getah dan juga aktiviti pembukaan kebun getah baru.


Isu bagaimana p
emilikan tanah juga menyumbang kepada cabaran industri getah negara adalah relevan. Terkini dilihat dimana perkongsian pemilikan tanah bagi perusahaan getah di Malaysia lazimnya terbahagi kepada dua iaitu pemilikan peribadi dan pemilikan korporat. Di Malaysia apa yang penulis blog faham dimana tanah milikan peribadi khususnya dalam kalangan pekebun kecil merupakan pihak majoriti. Berdasarkan pemerhatian RISDA dimana tanah milikan pekebun kecil di seluruh Malaysia mempunyai purata keluasan sebanyak sekitar 1.9 hektar sahaja. Pekebun kecil pula dimaksudkan sebagai kebiasaannya merupakan individu persendirian yang memilih untuk mengusahakan tanah mereka dengan tanaman getah. Ini mengakibatkan satu ketidaktentuan dan seperti ketidakseragaman lokasi kebun-kebun getah. Kebanyakan kebun-kebun getah yang diusahakan oleh pekebun kecil lazimnya berselerak dan ia terletak jauh di pedalaman. Situasi ini menyukarkan pihak RISDA untuk mengatur dan membantu pekebun kecil dalam skala yang lebih besar. Aspek produktiviti dari tanaman getah selalu diperkatakan dan ada di bincangkan. Dilihat dimana seiring dengan peningkatan keluasan tanah, DAKN turut mensasarkan peningkatan produktiviti getah negara sebanyak 1,950kg/hektar/tahun menjelang tahun 2030. Seperti angka perangkaan keluasan tanah dimana perangkaan sasaran peningkatan produktivit getah ini juga berdasarkan hasil pada tahun 2021. Pada tahun 2021 dilaporkan dimana jumlah produktiviti getah negara yang dilaporkan oleh Lembaga Getah Malaysia ialah sebanyak 1,422 kg/hektar/tahun dengan sektor pekebun kecil berada pada tahap sebanyak jumlah 1,573 kg/hektar/tahun. Apa pun jika sekadar asasnya mengambil kira produktiviti getah sektor pekebun kecil maka sasaran yang ditetapkan oleh DAKN memerlukan peningkatan sekurang-kurangnya sebanyak 19% lagi. Proses meningkatkan produktiviti getah perlu juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk aspek cuaca, kawalan penyakit dan pengurusan kebun. Faktor-faktor ini juga memberi impak berbeza di setiap kebun getah terutama mengambil kira lokasi dan kapasiti pekebun kecil.


Pada penulis blog betul dakwaan umum jika ramai kalangan pekebun getah  Usia Pekebun Kecil Getah adalah orang yang sudah berumur atau 'tua'. Isu ini amat berkait dengan produktiviti dimana apa yang dimaksudkan adalah kapasiti pekebun kecil termasuk keupayaan untuk mereka mejalankan operasi pengurusan kebun getah dengan lancar dan juga status kewangan. Berdasarkan laporan banci yang dilakukan oleh RISDA pada tahun 2013 dilaporkan seramai 58% pekebun kecil getah Malaysia berusia 51 tahun ke atas. Pekebun kecil pada usia sebegini dilaporkan mereka kurang berupaya untuk mengusahakan kebun getah mereka sendiri dengan optimum. Bagi menangani isu ini dilihat para pekebun kecil biasanya akan menggajikan penoreh getah untuk mengusahakan kebun getah mereka. Isu lain yang kemudian berbangkit dilapangan adalah biasanya ialah 'gaji penoreh' getah agak rendah kerana bergantung kepada jumlah kemampuan kewangan bagi pekebun kecil. Ini menyukarkan pekebun kecil mendapatkan bantuan tenaga kerja untuk kebun getah mereka. Ini sudah menjadi satu cabaran bagi RISDA ialah untuk menarik minat generasi muda dalam lingkungan usia 18 hingga 40 tahun untuk mengusahakan kebun getah mereka sendiri dan membantu membekalkan bantuan tenaga kerja yang cukup kepada pekebun kecil berusia. dalam pada itu pada hemat penulis blog isu terbesar sejak beberapa tahun berlalu adalah isu Harga Pasaran Getah yang terus tidak menentu bagi menjamin industri getah Malaysia terus bertahan. Ia kini sudah menjadi isu penting atau cabaran yang sering berbangkit dalam industri getah dimana ketidakstabilan harga pasaran getah. Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa pada tahun 2009 dimana harga purata SMR20 adalah RM6.37 dan harga pasaran getah ini mengalami peningkatan ketara pada tahun 2011 dengan harga purata RM13.48. Namun begitu kemudian harga purata SMR20 mula menurun pada tahun berikutnya sehingga serendah RM6.87. Selain itu dimana dilapangan majoriti hasil getah daripada pekebun kecil ialah dalam bentuk getah sekerap sedangkan susu getah (lateks) atau getah asli selalunya ia dalam harga lebih mahal. Ini juga yang menyebabkan direkodkan dimana kekerapan penoreh untuk mengumpulkan getah sekerap lebih jika dibanding dengan kutipan susu getah. 
Bagi pekebun kecil yang tidak mempunyai kudrat untuk menoreh getah dengan lebih kerap maka rata-rata mereka menoreh mengumpulkan saja getah sekerap yang menjadi satu-satunya hasil dari pokok yang dipasarkan. Ketidakstabilan harga pasaran getah adalah salah satu sebab pihak RISDA sukar menarik minat generasi baru dan memotivasikan pekebun kecil sedia ada untuk terus mengusahakan kebun getah mereka. Isu terbesar dalam ketidakstabilan harga pasaran getah ialah hakikat bahawa penetapan harga pasaran ini bergantung kepada pasaran getah dunia. Walau pun usaha dan proses menstabilkan harga pasaran getah memerlukan usahasama gigih antara Malaysia dan negara-negara pengeluar getah yang lain. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaity Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel panjang ini memberi info sesuai untuk rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI GETAH...IA MERUDUM DI MALAYSIA...
KEDUDUKAN KE 7...PENGELUARAN DI DUNIA...
BANYAK CABARAN..PEKEBUN TUA DAN HARGA....
PERLU DI LIHAT... BAGAIMANA PEMULIHANNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.