Saturday, October 7, 2023

CABARAN INDUSTRI GETAH DI MALAYSIA TERKINI (Pt 2)

TANAMAN GETAH (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang kedua terpenting di Malaysia selapsa tanaman kelapa sawit. Dari segi peranan di mana Malaysia pernah menjadi pengeluar getah terbesar dunia semenjak lama dahulu dimana sebelum kini pada tahun 2023 Malaysia pada kedudukan ke 7 terpenting didunia dalam pengeluaran getah asli. Merujuk dari pihak RISDA dimana status Industri Getah Malaysia 2022  seperti yang saya nyatakan diatas yang pada suatu ketika pernah menjadi salah satu komoditi terbesar negara tetapi pada akhir tahun 2021 dilaporkan kedudukan Malaysia dalam senarai pengeluar getah asli dunia jatuh ke tangga ketujuh (7) iaitu berdasarkan Statistik Industri Getah Malaysia 2021. Kini negara Thailand, Indonesia dan Vietnam mendominasi kedudukan tiga teratas dengan pengeluaran minimum 1.2 juta tan metrik manakala Malaysia hanya menyumbang sebanyak 0.5 juta tan metrik sahaja masa ini. Penurunan pengeluaran getah asli negara pada tahun 2021 didapati ia adalah ia disebabkan oleh beberapa cabaran yang dihadapi oleh perusahaan getah di Malaysia. Cabaran-cabaran ini pula jika dibiarkan dipercayai ia boleh menggugat akan kesinambungan dan kelestarian industri getah negara. Apa pun hasil dari laporan pihak RISDA dimana di antara cabaran yang dihadapi oleh pihak perusahaan getah di Malaysia termasuk aspek keluasan tanaman getah, pemilikan tanah, produktiviti, usia pekebun kecil getah, pasaran harga getah jatuh, persainagn dengan tanaman lain, teknologi tanaman getah dan juga serta isu penyakit tanaman getah. Penulis blog yang memang sejak kecil dikelilingi oleh pokok getah memang seisi keluarga dahulu bergantung kepada pokok getah. Bagaimana pun kini kebanyakan kebun getah sudah pun bertukar kepada tanaman kelapa sawit dan hanya tinggal beberapa ekar sahaja tanah pusaka keluarga yang masih ada pokok getah. Dri semua adik beradik dilihat tidak ada seorang pun yang menjadi penoreh getah juga dimana ini merupakan satu perkara yang lumrah didalam isdustri getah di Malaysia. Pada penulis blog memang tidak pelik kalau kedudukan industri getah Malaysia sudah jatuh di tempat ke 7 didunia masa ini. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai cabaran industri getah di Malaysia yang terkini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penurunan minat pekebun getah juga berkait juga dengan isu persaingan  Tanaman Getah dengan Komoditi Lain. Saya ada menulis satu artikel mengenai bagaimana 'Getah menjadi tanaman sawit' dalam blog ini yang boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila Klik DIsini). Apa pun kesan secara langsung ketidakstabilan harga pasaran getah menyebabkan berlaku  kecenderungan pemilik tanah beralih ke tanaman komoditi lain yang lebih baik. Pada penulis blog kecenderungan ini turut merangkumi ramai kalangan pekebun kecil sedia ada akan sekaligus menukar tanaman mereka dan seterunya akan menjejaskan keluasan tanah dan produktiviti getah semasa. Tanaman komoditi lain yang menjadi pilihan ramai pekebun termasuklah tanaman kelapa sawit, buah-buahan, sayuran, tanaman kontan dan sebagainya. Tanaman Kelapa Sawit  (Elaeis guineensis) dan Tanaman  Durian (Durio zibethinus)  merupakan pesaing terbesar tanaman getah memandangkan kedua-duanya merupakan jenis tanaman jangka panjang yang lebih menguntungkan. Tarikan utama kepada kedua-dua jenis tanaman ini ialah harga pasarannya yang lebih tinggi iaitu pada harga RM4,997.59 satu tan (bagi tanaman sawit) dan RM52.00 sekilogram (bagi tanaman durian musang king) berbanding harga getah SMR20 pada harga sekitar RM6.99 sekilogram berdasarkan harga semasa bertarikh 28 Jun 2022. Pihak RISDA kini perlu menghadapi cabaran untuk seterusnya dapat meyakinkan pekebun kecil sedia ada supaya terus dapat mengekalkan tanaman getah mereka terutama untuk berhadapan perbezaan ketara harga pasaran getah dengan tanaman komoditi lain. Dalam pada itu Teknologi Tanaman Getah  sudah masuk kepada tahap 'tepu' apabila dilihat tidak banyak teknologi baru tanaman getah yang sesuai dapat diperkenalkan. Sejak industri getah mula bertapak di Malaysia dimana perkembangan teknologi bagi industri ini sudah agak perlahan. Sehingga kini apa yang penulis blog tahu dimana pembaharuan dan penyelidikan teknologi getah pada peringkat huluan masih lagi di takuk lama. Dalam pada itu walau pun ada terdapat inovasi teknologi dan juga peralatan baharu untuk perusahaan getah moden, teknologi serta peralatan ini kurang praktikal. Malah, teknologi dan peralatan ini memerlukan kos yang tinggi di pihak pekebun kecil. Biasanya proses penghantaran teknologi dan peralatan baharu ini juga memerlukan perancangan logistik yang rapi sekiranya melibatkan kebun getah di kawasan pedalaman. Agak jarang di bincangkan isu Penyakit Getah di banyak forum di negara kita. Pada penulis bog sama seperti tanaman lain dimana tanaman getah juga terdedah dengan ancaman penyakit. Kebelakangan ini dilaporkam ada penyakit yang menjadi ancaman terbesar tanaman getah ialah penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP). Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis ialah sejenis penyakit kulat yang boleh ia menyebabkan daun pokok getah luruh dengan ketara. Luruhan daun ini mampu menjejaskan pengeluaran hasil getah sebanyak 50% kerana proses penghasilan lateks bermula pada daun pokok getah. Walau pun dilaporkan kini pihak RISDA berjaya mengenal pasti kebun-kebun terkesan dengan penyakit ini tetapi ia masih mengancam. Anggaran keluasan keseluruhan bagi kebun-kebun yang terjejas ialah seluas 39,000 hektar dimana dilaporkan terkini yang RISDA hanya mampu menangani isu penyakit LDP di sebahagian kebun-kebun getah yang terkesan sehingga keluasan 17,000 hektar. Kos pelaksanaan program rawatan dan pencegahan ini melibatkan jutaan ringgit dan merupakan penyebab kenapa keseluruhan program perlu dilakukan secara berperingkat.

 
Persoalan apakan kaedah dan strategi untuk mengatasi kesemua lapan cabaran industri getah di Malaysia akan penulis blog cuba dibincangkan. Pertama dimana isu status tanah pekebun kecil getah dimana ia memang libatkan keluasan tanah, pemilikan tanah dan usia pekebun kecil yang mungkin boleh perlukan konsep pembangunan Komoditi Getah bertujuan untuk menambah bilangan kebun getah matang berekonomik melalui insentif tanaman semula. Cara ini mungkin akan memudahkan proses pembukaan kebun getah di kawasan pedalaman melalui penghantaran teknologi serta peralatan. Pendekatan dengan memberi galakan pembukaan kebun getah baharu dengan memberi bantuan kepada para penoreh getah dan pekebun kecil. Produktiviti dan Pemasaran bertujuan dijalankan untuk ia dapat membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti getah melalui bantuan peralatan, baja dan tenaga kerja. Perlu juga kempen bagi menggalakkan pekebun kecil memasarkan hasil lebih lumayan seperti susu getah berbanding dengan getah sekerap sekarang ini. Bagi isu bagaimana dapat menyelesaikan isu ketidakstabilan harga pasaran getah dan saingan komoditi lain maka perlulah ia difokuskan peningkatan purata pendapatan pekebun kecil melalui galakan penceburan dalam bidang ekonomi lain. Caranya dengan menerapkan Aspek Keusahawanan, Aspek Agromakanan dan Asspek Industri Hiliran. Pendekatan dalam  Pembangunan Usahawan yang menggalakkan pekebun kecil menceburi bidang keusahawanan dengan membekalkan bantuan dan latihan sementara Aktiviti Ekonomi Tambahan yang memfokuskan pemberian bantuan keperluan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan pekebun kecil. Di perlukan juga Inisiatif Agromakanan bertujuan untuk menggalakkan pekebun kecil menerokai sumber baharu selain getah. Dilihat dengan cara menggalakkan pekebun kecil mengusahakan sumber baharu ini dalam bentuk agromakanan seperti tanaman cili, jagung bijirin, dan lain-lain akan menambah pendapatan. Apa pun perlu juga diberi bantuan dan keperluan lain kepada pekebun kecil untuk mengusahakan sumber baharu ini kepada pekebun kecil.


Strategi dengan mana getah SMR perlu memfokuskan usaha menyatukan sumber mereka bagi menjana Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) berjumlah RM248 juta sepanjang tempoh pelaksanaan MPSR 2021-2025. Hasil keuntungan ini disalurkan untuk mendokong peranan oleh RISDA dalam pembangunan pekebun kecil. Mungkin boleh dilakukan pendekatan Perniagaan Dalaman bagi memastikan SMR giat melaksanakan aktiviti perniagaan utama dengan lebih aktif demi memperkasakan SMR. Boleh juga diadakan Perniagaan Luaran untuk memastikan SMR melaksanakan aktiviti perniagaan lain dengan lebih aktif demi memperkasakan SMR atau melalukan Rintis Perniagaan dengan memastikan SMR menerokai sumber atau peluang perniagaan baharu demi memperkasakan SMR. Strategi lain adalah dengan merangka pelan bagi menangani semua isu utama dengan cara  menyelaraskan pengurusan operasi RISDA. Penyelarasan operasi RISDA ini bertujuan memudahkan pihak RISDA mengatur tenaga kerja untuk mencapai sasaran tertentu serta menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada pekebun kecil seperti proses penghantaran peralatan, pemantauan kebun getah, dan lain-lain. Strategi ini adalah bagi memfokuskan anjakan paradigma dan pembaharuan sistem penyampaian seiring dengan perkembangan teknologi semasa iaitu 'Internet of Things (IoT)' yang bertujuan bagi memudahkan proses pengendalian segala aspek dalam perusahaan getah pekebun kecil termasuk merekodkan profil pekebun kecil, memasarkan hasil pekebun kecil dan lain-lain melalui perangkaan pelbagai sistem dalam talian termasuk  'Green Management Practices (GMP) yang mana ia bertujuan menggalakkan penggunanan teknologi hijau melalui kaedah pelaksanaan program atau projek seperti Good Agricultural Practices (GAP) dan Kajian Impak. Merujuk kepada laporan  Hala Tuju Industri Getah Malaysia yang mana pada ketika ini sedang menurun jika berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia. RISDA pula sebagai badan atau agensi bertanggungjawab untuk mengawal selia industri getah dalam sektor pekebun kecil giat memastikan sektor ini akan terus membantu meningkatkan prestasi industri getah negara. Disasarkan dimana pendapatan pekebun kecil memperolehi purata pendapatan kolektif RM4,500 sebulan sekeluarga pada akhir tahun 2025. 
Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaity Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel panjang ini memberi info sesuai untuk rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI GETAH... IA MERUDUM DI MALAYSIA...
KEDUDUKAN KE 7...PENGELUARAN DI DUNIA...
BANYAK CABARAN... PEKEBUN TUA DAN HARGA....
PERLU DI LIHAT... BAGAIMANA PEMULIHANNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.