Thursday, October 5, 2023

ISU KEMANA PERGI BERAS TEMPATAN?

ISU KEMANA PERGI BERAS TEMPATAN? di Malaysia yang menjadi tajuk paling popular dibincangkan dimana-mana pada dalam tahun 2023 ini. Isu ini ada di bincangkan dalam banyak media termasuk TV, Youtube, Tik Tok, Whatapps, Blog, media Suratkhabar, di kedai kopi, di kalanangan penduduk kampong dan orang ramai mengenai kenaikan harga beras. Foto seperti longgokan beras dan muka menteri terlibat selalu terpampang dimana-mana juga mengenai isu ini. Penulis blog pun masih banyak berfikir bgaimana isu penting makanan ruji rakyat Malaysia ini di kaitkan dengan isu asas iaitu larangan negara India yang melarang eksport beras mereka di jadikan modal pihak tertentu mingin. Dalam artikel tulisan saya ada banyak fakta yang menyatakan bahawa industri padi di Malaysia merupakan salah satu industri pertanian yang ke 3 terpenting iaitu selepas Kelapa Sawit dan Getah. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2021-2022 adalah seluas 647,859 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 orang pesawah. Purata pengeluaran hasil padi Malaysia adalah 3,749 kg sehektar dimana purata penghasilan di kawasan Jelapang Padi di Semenanjung sebanyak 4,206 kg/ha, di Sabah sebanyak 2,899 kg/ha dan di Sarawak pula sebanyak 1,792 kg/ha tan sehektar dimana. Hasil pengeluaran padi pada musim 2021-2022 adalah sebanyak 2.428 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.771 billion (Sumber: Laporan Statistik Agromakanan, Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2022). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,749 kg sehektar dengan penghasilan peling tinggi iaitu mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padi tersebut diproses kepada beras maka hasilnya adalah sebanyak 1.677 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimana sebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Banyak persoalan-persoalan di bincangkan didalam melihat isu beras di Malaysia dimana kalangan pengguna dan rakyat jelata masih tidak berpuashati dengan jawapan dan perlaksanaan cara isu ini hendak di selesaikan selama beberapa bulan. Ia sama juga dengan isu kenaikan harga minyak masak dan banyak barangan pengguna yang terus naik dan membimbangkan semua pihak. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi maklumat bagaimana isu ini dilaporkan didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Paling awal dikisahkan '
Cerita beras sebenarnya begini…' oleh portal berita harapancaily.com untuk di kongsikan. Dilaporkan dimana orang ramai akan beli beras dimana mereka akan tengok saja jenama saja dan tidak check pun itu sama ada ia beras import atau beras tempatan.  Tiba-tiba brand yang selalu beli itu naik harga sebab mereka membeli beras import. Itu yang keliru!... Contohnya dimana dulu harga RM30, sekarang dah RM40. Harga beras import ni kerajaan tidak kawal dan mengikut harga pasaran. Yang kerajaan kawal hanya harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilogram. Ada persepsi beras tempatan ni cepat basilah apa. Yang itu pengguna ramai yang tidak pasti. Mereka beli beras pun, tak tahu pun import ke apa. Beli saja asalkan beras. Sebab bukan hari-hari beli beras. Bukan hari-hari masak di rumah. Itu pun orang rumah guide. Sampai kedai apa yang ada saya sauk saja. Perempuan tau la detail detail ni. Orang lelaki tak store sangat dalam memori. Sekarang barulah tahu kod warna pada kampit tu. ungu (tempatan), biru (import), merah (wangi) dan oren (istimewa). Bila harga beras import naik mendadak, orang kita beralih ke beras tempatan. Itu yang ada tempat stok habis cepat sebab kejutan. Dilaporkan 'satu dunia kalut' dan keterjaminan makanan ni dah jadi isu dunia sebab perubahan cuaca ni ganggu negara pengeluar beras, ganggu rantaian bekalan makanan. Dilapirkan ada banyak negara gelabah. Stok dalam negara sendiri kena diutamakan. Itu yang India sekat eksport beras mulai Julai lepas. Harga beras putih dunia ini pun mencanak naik ikut harga dunia. Anda bayangkanlah dalam tempoh setahun ni saja harga import Thailand naik 400 USD ke 650 USD, 22 hingga 23 Ogos itu dah 62%. BERNAS yang tukang import ni mana boleh nak tahan. Kalau harga lama kekal, sebulan rugi RM80 juta. Sudah enam tahun bertahan harga lama. BERNAS kena terus survive sebab mereka satu-satunya entiti yang jaga stok penimbal beras negara supaya sentiasa cukup. Sebagai usaha kerajaan mereka telah minta pengilang beras tempatan bagi 20 peratus padi mereka pada BERNAS yang mana sebelum ini mereka jual terus. Bila jurang harga besar (26 dan 40) itu yang ada buat silap mata. Masa ini dilaporkan kerajaan cuba mula buat penguatkuasaanlah. Jangan ada yang tukar kampit beras tempatan jadi import. Jangan ada yang sorok beras tempatan sebab jangka kerajaan akan naikkan harga rapatkan jurang harga tu. Jangan ada yang seludup keluar beras tempatan sebab kita paling murah RM2.60 berbanding negara jiran. Apa pun sekilogram beras di Thailand RM3.40, Filipina RM3.70, Vietnam RM3.50, Indonesia RM3.90, Laos RM5.50, Kemboja RM4.50, Brunei RM6.00 dan Singapura RM4.50.
Diharap Kerajaan Perpaduan kuat untuk pastikan stok beras kita ini tidak terganggu. Faktor dunia ini di luar kawalan. Penulis blog tidak mahu komen laporan ini yang banyak fakta boleh di percayai.


Menarik kisah dalam portal berita iaitu  malaysiangazette.com dengan tajuk laporan '
Yang naik itu harga beras import, bukan beras tempatan - Mohamad' untuk di teiti laporannya. Media ini paparkan wajah gembira menteri terlibat dengan jelas kelihatan. Kisah dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana kerajaan memberi jaminan harga beras tempatan ketika ini kekal pada harga sekitar RM2.60 sekilogram.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras putih yang dilaporkan naik lima peratus itu merujuk kepada beras import yang berkualiti tinggi. Sekarang ini masih heboh mengenai beras putih naik harga lima peratus. Saya beri jaminan yang naik itu hanya harga beras import yang berkualiti tinggi, iaitu untuk makanan orang berada. Tetapi untuk orang awam, rakyat Malaysia, keadaan beras adalah terjamin di sekitar RM2.60 sekilogram  katanya di Dewan Rakyat. Beliau menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanyakan langkah-langkah diambil kementerian untuk menambah baik kedudukan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) Malaysia dan untuk memastikan bekalan bahan makanan penting seperti telur, gula dan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat. Kerajaan dilaporkan  sedang meningkatkan usaha untuk mencukupkan pengeluaran beras tempatan termasuk melaksanakan ‘Program Smart Sawah’ berskala besar. Katanya memang sekarang ini pesawah kebanyakannya dijalankan oleh mereka yang berumur. Dengan konsep berskala besar dan penggunaan teknologi baru, anak muda mula terlibat secara aktif misalnya di Kedah kita lihat pemandu dron semuanya anak-anak muda dan berkelulusan universiti. Mereka terlibat secara aktif dalam pertanian dan kita sedang galakkan lagi (penglibatan anak muda ini) dengan memberikan pelbagai insentif.  Beliau turut yakin Malaysia boleh mencukupkan Tahap Sara Diri (SSL) bagi beras jika terus berusaha dengan cara moden dan baru selain kerjasama dalam kalangan penanam padi. Sebelum ini pun, stok beras kita mencukupi walaupun dalam keadaan pandemik. Soal beras ini, tak berlaku kekurangan walaupun kadang ada kekurangan di satu dua tempat.


Memang menarik laporan dibuat oleh hmetro.com bertajuk '
Ada peruncit enggan jual beras tempatan' berkaitan dengan isu ini. Akhbar ini laporkan dimana pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan terdapat peruncit yang enggan menjual beras tempatan dan ini sekali gus antara faktor menyumbang masalah kekurangan barang keperluan itu di pasaran. Ketua Pengarah Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras KPKM, Datuk Azman Mahmood nyatakan ada peniaga mendakwa margin keuntungan diperoleh rendah iaitu antara 30 sen hingga 50 sen, yang menyebabkan ada segelintir daripada pihak itu enggan menjual beras tempatan. Beliau juga menafikan dakwaan peruncit yang mengatakan pihak pengilang hanya menghantar beras import kepada kedai runcit. "Itu dia (peruncit) tipu. Dia sendiri yang tak nak (beras tempatan) sebab nak lebih untung. Kalau dia jual beras import, dapat sekitar RM1.50 sen per kampit. "Kedai-kedai runcit tidak minat untuk nak jual beras tempatan sebab margin keuntungan mereka antara 30 sen hingga 50 sen sahaja. "Peruncit dakwa beras tempatan dah tak dapat, sedangkan memang dia sendiri tak nak jual. Mereka peniaga (tak boleh dipaksa), mereka bukan kerajaan. Beliau mengulas rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras tempatan di pasaran kebelakangan ini. Sebelum ini, tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan sekitarnya mendapati kebanyakan kedai menjual beras pelbagai jenama, namun semua setiap kampit dicop biru bulat tertera 'Beras Putih Super (Import). Dalam pada itu, Azman mengakui terdapat kemerosotan pengeluaran padi iaitu daripada 65 peratus pada 2021, manakala kadar mampu diri (SSL) dalam bekalan beras menurun kepada 62.6 peratus bagi 2022. "Data 2023 kita tak tahu lagi tetapi faktor cuaca memang mempengaruhi antara sebab penurunan itu," katanya. Beliau juga menjelaskan senario yang berlaku ketika ini apabila harga beras import terlalu tinggi, maka permintaan beras tempatan turut melonjak. Mengenai kenyataan Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) Ismail Awang semalam, yang mendakwa isu kekurangan beras tempatan terjadi berkemungkinan disebabkan pengilang berskala besar tidak mengeluarkan beras mencukupi untuk keperluan negara, katanya, ia hanya andaian yang tidak sepatutnya dikeluarkan hingga mengeruhkan lagi keadaan. "Dia (Ismail) kena buktikan. Jangan cakap kosong macam itu sahaja, tak boleh begitu. Kena beri bukti kilang mana berbuat begitu supaya kita boleh siasat terus. "Dia kena jujur, dalam benda (situasi) macam ini kena jujurlah dalam kita buat kenyataan. Kadang-kadang ada yang minta kerajaan subsidi untuk bagi projek kepada pihaknya. Kita tak mahu begitu, memang ada orang nak menangguk di air yang keruh," katanya. Sementara itu, Azman berpandangan tiada keperluan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diberi kuasa penguatkuasaan dalam hal berkaitan beras, memandangkan kementerian itu masih mampu melaksana tugas diamanahkan dan turut menjalin operasi bersepadu bersama. "Kita ada 194 penguat kuasa seluruh negara. Bukan setakat fizikal, kita juga memantau daripada sistem dibangunkan. Maknanya setiap kilang, pemborong dan peruncit mereka kena membuat pengisytiharan dalam sistem, kita guna teknologi dalam pemantauan. "Tidak semestinya ramai anggota penguat kuasa, kita boleh selesai masalah, bukan begitu," katanya. Semalam, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata dimana ada cadangan berkaitan 'extention of authority' (perluasan penguatkuasaan) itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikannya.


Paling menarik laporan dari portal berita  astroawani.com yang bertajuk '
Benarkah beras tempatan kurang di pasaran?' untuk ianya dikupas dan dikongsikan.  Tinjauan wartawan mendapati harga beras import dijual sekitar RM28.00 hingga RM40.00 bagi 10 kilogram. Jika dibandingkan dengan harga beras tempatan lebih murah. Isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran terus hangat diperkatakan rakyat terutama di sosial media. Astro AWANI telah turun ke lapangan bagi melihat sendiri sama ada benar dakwaan kurangnya beras tempatan berbanding beras import. Memang dilaporkan sukar temui beras tempatan. Wartawan pergi ke beberapa kedai runcit di ibu negara mendapati beras tempatan sukar untuk ditemui berbanding beras Super Import (SI). Menurut seorang pemilik kedai runcit yang tidak ingin dikenali dimana dia mendakwa keadaan itu sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu. "Betul, beras import kita jual, tapi stok tak banyak. Kami pesan 100 kampit beras, cuma sampai di kedai 40 kampit beras sahaja," kata peniaga secara ringkas. Bekalan beras Super Import (SI) menjadi pilihan peniaga runcit untuk dijual. "Harga naik, tiga hari lepas RM36, hari ini naik RM39.50.
Dalam tempoh enam bulan ada sahaja kenaikan,". Wartawan ini kemudian ke beberapa kedai di Taman Medan pula bagi melihat sama ada situasi sama berlaku. Hanya beras import sahaja ditemui, tiada beras tempatan dijual. Bagi pemilik kedai ini yang hanya ingin dikenali sebagai Adib mendakwa kurangnya permintaan pengguna membuatkan mereka memberhentikan pembelian beras tempatan. "Saya dah lama tak beli beras SST (Super Spesial Tempatan) sebab sebelum ini tak terjual. Kita ada cuma beras import, tapi itu pun dah kurang (stok)."Dulu ada jual (beras tempatan), tapi sampai keluar kutu sebab tak laku. Jadi kita tak beli lagi," kata Adib. Dalam tinjauan lain seorang peniaga nasi ayam, Rahmah Abd Rahman (58) dakwa dia amat terkesan dengan kenaikan harga beras di pasaran. Tinjauan mendapati harga beras import dijual sekitar RM28 hingga RM40 bagi 10 kilogram. Jika dibandingkan, harga beras tempatan lebih murah sekitar RM26. Kalangan peniaga terkesan dimana apa pula kesannya kepada peniaga makanan yang berasaskan nasi jika beras tempatan sukar ditemui di pasaran?. Wartawan mendekati beberapa peniaga makanan dimana mereka risau bila mula-mula pergi beli barang tengok harga lagi naik maka ada yang sudah pening kepala untuk berniaga. Peniaga ini sama ada hendak menaikkan harga (nasi ayam) atau menjualnya macam ini juga (harga asal) yang mungkin menyebabkan pembeli akan lari. Terbaru dimana jualan nasi ayamnya juga semakin berkurangan ekoran situasi ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini. Kalau harga beras lebih RM48 dimana semua kedai sama (jual harga sama), ada kedai berbeza harga tapi semua naik harga. Harga (nasi ayam) kena sama tak boleh naik lebih RM7 dimana nanti ramai akan terkesan sebab mahal sangat. Jika situasi berterusan maka Rahmah tidak menolak ramai peniaga di kaki jalan akan gulung tikar. Kini dia hanya tawakal teruskan perniagaan. Kini orang ramai banyak cakap beras naik akan tetapi tidak boleh buat apa sebab makan harian maka terpaksa lah membeli.


Menjawap kepada tajuk artikel yang  diatas di laporkan dalam bharian.com persoalan '
Mana pergi beras tempatan, minyak masak?' yang menarik untuk ia dikongsikan. Kini dulaporkan hanya beras import kelihatan di sebuah pasar raya di Sungai Balang, Muar iaitu hasil susulan kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) sejak beberapa minggu lalu. Kisah dari Muar, Johor ini nyatakan pengguna disini sudah sebulan tak nampak beras tempatan, yang ada beras import dakwa penduduk Zainab Ali (49) iaitu susulan dari ketiadaan beras tempatan di sekitar Sungai Balang serta kawasan berdekatan. Malah dilaporkan bekalan minyak masak paket juga sudah lama tidak kelihatan sejak beberapa minggu lalu. Kalau cari sekitar Sungai Balang atau mana-mana kawasan memang tiada. Kami di sini berhadapan masalah kekurangan bekalan beras tempatan, minyak masak dan gula. Dakwanya ini bukan baru berlaku tetapi sudah berminggu-minggu dimana bekalan gula kalau ada pun bekalan tidak banyak dan mereka berharap pihak berkuasa selesaikan masalah ini. Cuba bayangkan penduduk di sini bukannya berkemampuan sebahagian besar bekerja kampung. Untuk beli beras import mungkin berfikir dua kali atau pun terpaksa. Bagi peniaga pula dikenali sebagai Jamilah Saleh (55) dimana dia berhadapan masalah menggunakan beras import untuk menghasilkan jualan pagi seperti ketupat nasi. Kalau sebelum ini dia menggunakan beras tempatan dan ketupat nasi menjadi tapi bila guna beras import, ia jadi lembik. Banyak kali kami cuba tapi tetap berlaku perkara sama. Bagaimana pun dakwanya hendak ke tak nak dimana dia terpaksalah beli beras import kerana dia tiada pilihan selepas bekalan beras tempatan tiada. Dia hairan kemanakah perginya beras tempatan dari sawah di Malaysia?. Sementara itu mengikut ADUN Sungai Balang, Selamat Takim juga dakwa beliau akan mengajukan perkara itu kepada pihak berkaitan. Beliau juga sudah membuat pemeriksaan dan mendapati tiga barang keperluan terbabit sukar diperoleh. Kini bekalan beras tempatan memang sukar didapati di kawasannya. Selain itu dakwanya bekalan gula dan minyak bersubsidi juga terhad dan dia akan ajukan perkara ini kepada pihak berkenaan. Pada penulis blog isu ini memang perlu diatasi dengan cekap dan cepat bagi dapat mengelakkan ia akan menganggu ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERAS TEMPATAN... PERGI KEMANA...
BERAS IMPOPRT... DI JUAL MERATA....
PERMAINAN PENGILANG... PERIKSA...
RAKYAT MENDERITA... PERLU ATASINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.