Sunday, May 28, 2023

UDANG LIPAN - KENALI DIA

UDANG LIPAN
 dari order Stomatopoda mempunyai bentuk paling unik kerana ia mempunyai bentuk dibahagian kepala seperti kepala lipan. Selain nama 'Udang Lipan' ia juga ada dipanggil sebagai 'Udang mentadak' atau 'Udang ronggeng' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Mantis shrimp' iaitu merupakan sejenis spesies udang yang selalu dijual dan dimakan. Hidupan ini merupakan sejenis spesies udang laut yang diberi nama kerana bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat seperti lipan dan udang. Ia mampu mencecah ukuran sehingga 30cm panjang sehingga 38 cm dengan banyak jenis di laporka ada diseluruh dunia sesuai dengan habitatnya. Ia pempunyai kulit luar karapas yang menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segmen pertama toraks. Udang lipan terdapat dalam pelbagai warna iaitu dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang. Harga udang lipan agak murah di negara kita bergantung kepada musim dan lokaliti  iaitu diantara RM18 - RM20 sekilogram. Pada penulis blog Udang (Prawn) merupakan sejenis hidupan krustacea yang mana ia banyak di buru untuk dijadikan makanan yang kaya dengan protin dan chitin. Dalam habitat semulajadi biasanya udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar atau air payau. Pada masa ini dilaporkan dimana udang air masin dan udang air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara sebagai satu komoditi penting dimana ia mampu untuk memberikan pulangan baik kepada penternak industri. Dilapor di Malaysia dimana aktiviti ternakan udang komersil dilakukan dibeberapa negeri tetapi terkini ia luas diusahakan di Pahang dan Sabah untuk pasaran domestk dan eksport terutama jenis udang harimau (tiger prawn). Dalam banyak maklumat teknikal dimana penulis blog dapati dimana udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun bentuk udang selalu kelihatan seakan ia sama sahaja dengan udang-udang lain akan tetapi jenis udang berbeza dengan udang lain dari segi struktur insangnya, bentuknya, makannya, saizya, harganya dan banyak faktur lain mengenai udang itu sendiri. Makanan dan khasiat udang banyak diperkatakan kerana keenakannya, khasiatnya dan ancamannya jika dimakan berlebihan. Ini adalah kerana uudang adalah dikenal pasti sebagai sumber protein yang tinggi dan juga kolesterol. Bagaimana pun secara teorinya udang mempunyai protein yang sangat tinggi dan ianya penting untuk menyokong dan juga membantu membina sel-sel baru tumbesaran. Ianya juga sangat penting dan dapat membantu menggantikan sel-sel tisu yang telah rosak. Selain itu terdapat juga bahan Omega-3 pada udang dimana ia juga penting untuk menyokong kesihatan jantung dengan cara mengurangkan kandungan lemak dalam saluran darah. Terdapat banyak perdebatan mengenai kendungan kolesterol yang tinggi didalam udang. Ini kerana ada laporan mendakwa kadar kolesterol boleh menurun apabila seseorang makan udang dan ia dikaitkan juga apabila kadar kolesterol dapat menurun serta boleh meningkatkan aliran hempedu dan melegakan hati jika makan udang. Walau pun ada dakwaan dimana makanan laut boleh juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghilangkan sakit kepala tetapi kenyataannya ramai yang merasai sebaliknya. Udang juga didakwa akan dapat memberi kesan sistem pencernaan berfungsi dengan baik, menghilangkan pedih ulu hati dan gastrik. Fungsi yang lain adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dan berat badan yang seimbang. Sebaiknya makan udang dengan jumlah berpatutan dan elaan makan berlebihan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai udang lipan yang sesuai untuk diketahui pembaca semua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penulis blog dapati dimana u
dang lipan atau udang mentadak (mantis) adalah kumpulan stomatopod iaitu ia adalah jenis krustasea air masin dimana terdapat sekurang-kurang 450 spesies udang lipan di perairan dunia. Dilaporkan kalangan  masyarakat Assyrians kuno ia digelar ‘belalang laut’ sementara di Australia pula ia digelar ‘udang pembunuh’ dan juga ‘pemotong ibu jari’ kerana keupayaan haiwan ini untuk menimbulkan kesakitan luar biasa jika tidak ditangani dengan baik ketika memegangnya. Apa pun dilaorkan dimana ia juga mempunyai kuku cakar berkuasa yang digunakan untuk membunuh mangsa atau memecahkan cengkerang mangsa. Di Malaysia udang ini lebih dikenali sebagai 'udang lipan' saja walaupun rupanya lebih mirip kepada mentadak (mantis). Dari segi ukuran dimana udang lipan biasanya membesar sekitar 10 cm namun ada sesetengah spesimen boleh mencapai sehingga 38cm saiznya. Udang lipan terbesar yang pernah ditangkap mempunyai panjang 46 cm dan ia ditangkap di Indian River, Fort Pierce, Florida, di USA . Merujuk kepada marfologinya dimana bahagian kerapas (carapace) udang ini memang ianya berkulit tebal dan kuat yang merangkumi krustasea dan beberapa spesies lain) merangkumi hanya bahagian belakang kepala dan empat segmen pertama thorax. Dalam habitat asalnya dimana udang lipan adalah antara pemangsa yang paling penting di kebanyakan habitat laut cetek, tropika dan subtropika. Walau bagaimanapun ia kurang difahami kerana banyak spesies menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam kolong dan lubang. Udang lipan yang selalu ketengahkan di beberapa lokasi adalah dari jenis udang lipan yang biasa digunakan oleh pemancing sebagai umpan yang kerap digunakan untuk memancing ikan dasar bersisik di laut seperti jenahak dan kerapu. Apa pun antara ciri keunikan lain dari udang ini bila ia mempunyai dua mata yang berputar 360 darjah berfungsi sebagai radar. Kebiasaan udang ini bersembunyi dan berdiam diri di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya. Udang lipan termasuk salah satu haiwan karnivor yang boleh membunuh ikan dengan ukuran lima kali lebih besar dari badannya. Dan jenis udang lipan yang menjadi pilihan kami ini membawa nama umum silver mantis shrimp atau squilla mantis.


Seperti dinyatakan diatas dimana terdapat sekurang-kurang 450 spesies udang lipan di perairan dunia. Ciri penting peru diketahui dimana ia mempunyai kuku cakar berkuasa yang digunakan untuk membunuh mangsa atau memecahkan cengkerang mangsa. Dari segi kedapatan dimana udang lipan adalah antara pemangsa yang paling penting di kebanyakan habitat laut cetek, tropika dan subtropika. Walau bagaimanapun kehidupan udang ini masih kurang difahami kerana banyak spesies menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam kolong dan lubang. Apa pun jika dijadikan umpan memancing dimana pada kebiasaannya udang ini bersembunyi dan berdiam diri sahaja  di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya. Udang lipan merupakan sejenis udang yang mudah dimakan dan dimasak dengan pelbagai resepi. Dilaporkan dimana s
elain enak dimakan udang ini konon katanya boleh merawat atau menyembuhkan penyakit yang tidak berhenti-henti buang air kecil. Ada juga mitos yang mengatakan dimana apabila makan udang ini khusus untuk kaum lelaki boleh menambah keperkasaan lelaki (tenaga dalaman) dimana mitos ini mungkin masuk akal juga sebab udang ini sangat tinggi kadar kandungan proteinnya yang ada kaitan rapat dengan libido. Sayangnya dimana umumnya di Malaysia isu udang seperti ini tidak laku di pasaran ikan, selain peminatnya sedikit udang ini tidak banyak dagingnya untuk dapat dimakan dan di anggap aneh bagi mereka tau pelanggan yang sebelum ini memang dia sama sekali tidak pernah melihat apa lagi pernah peluang memakannya. Dilaporkan dimana udang lipan yang suatu ketika dulu menjadi bahan buangan yang sekelas dengan ikan baja akan tertapi terkini ia sudah menjadi sumber makanan golongan elit berikutan mendapat permintaan tinggi terutama di pasaran luar negara. Apa pun be beberapa negara lain udang jenis ini sangatlah popular iaitu seperti di Jepun dimana dilaporkan Udang Lipan ini merupakan bahan baku untuk membuat masakan Shasami (dalam bahasa jepang di sebut shako). Dalam pada itu di China udang ini juga popular sebagai makanan yang cukup mahal terutama dikalangan orang Canton menyebutnya "pissing shrimp" atau lài niào xiā, dalam bahasa Mandarin dan laaih liu hā dalam dialek Bahasa Canton Moden). Udang Jenis ini juga sangat popular dinegara Filipina, Thailand serta ia sangat popular di beberapa negara Mediteranian sehingga ke Eropah. Selalunya nelayan pantai di negara tersebut menjadikan udang lipan sebagai tangkapan utama. Mereka menggunakan bubu yang dibubuh umpan atau gunakan pukat khas (pukat udang lipan) atau juga gunakan alat pukat tunda kecil sebagai alat menangkapnya.


Antara isu untuk menyediakan udang lipan sebelum dimasak adalah bagaimana c
ara menyiang tanpa tangan terluka kerana kulitnya yang keras. Dilaporkan dimana citarasa udang lipan memang sedap dimakan akan tetapi isu untuk memproses menyiang udang lipan memang susah sikit yang di sebabkan oleh tekstur kulitnya yang keras dan tajam ia boleh buat tangan akan terluka. Cara untuk siang udang ini tanpa buat tangan jadi luka sebaiknya menggunakan alatan seperti gunting yang tajam (Sila lihat foto disebelah). Ambil setiap ekor udang lipan dan dibuang sahaja terus kepala udang yang macam bentuk mentadak. Sebaiknya dimulakan memotong dari leher sebab dibahagian kepala udang lipan memang tidak ada isinya. Langkah seterusnya adalah membuang organ tajam dekat bahagian hujung udang kerana ia penting disebabkan kalau termakan memang akan berikan ancaman kerana terluka.
Potong duri tajam bahagian keliling udang termasuk kaki udang dengan berhati-hati. Kemudian udang ini dicuci berseih sebelum sedia untuk dimasak atau pun untuk disimpan didlam freezer. Bagaimana pun penulis blog syorkan kepada mereka yang kali pertama mencuba menyiang udang lipan ini sebaiknya memakai sarong tangan (glove) yang agak tebal sedikit untuk mengelakkan daripada terluka. Selalunya kulit udang biasa tidak payah pun hendak buang sebab isi udang lipan ni mudah terlerai. Jadi kulit ini sebenarnya ia berfungsi sebagai protection supaya isi udang tak ‘hilang’. Udang lipan memang tidak menjadi pilihan ramai pengguna kerana faktur kesukaran untuk meniangnya dan isinya juga sedikit jika berbanding dengan udang kertas, udang pengantin, udang harimau dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waasallam!!!..
UDANG LIPAN... UNIK BENTUKNYA....
BERKULIT KERAS.. SUSAH SIANGNYA...
HARGANYA MURAH... MUDAH BELINYA...
DI MASAK SAMBAL... ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room21-12, Pinetree Marine Resort,
Iskandar Puteri Habour, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(5 Dzulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.