Saturday, May 27, 2023

KISAH TERATAI DI MEDIA

TUMBUHAN BUNGA TERATAI
(Nelumbium nelumbo Druce) merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang mempunyai beberapa nama lain seperti Seroja, Water Lily, Lotus, Padma, seroia, Eygptian Seeds, tarate, taratai besar dan beberapa lagi. Tumbuhan daripada famili Nelumbaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang boleh diambil sebagai bahan makanan dan juga tanaman oranmental yang menarik. Tanaman akuatik yang perlukan banyak air ini mampu tumbuh selama bertahun yang hasilkan keindahan dimana ia adalah sesuai di Asia. Teratai ditanam secara komersil terutama dibeberapa negara seperti China, India dan beberapa negara lain. Di China sahaja mereka menanam lebih daripada 300,000 hektar dimana rakyat China adalah pemakan hampir 70% teratai dunia daripada penggunaan untuk makanan terutama dimakan sebagai sayuran. Ia juga sesuai ditanam di kawasan berair atau pun didalam kolam, tasik cetek dan paya. Didalam keadaan liar tumbuhan ini akan hidup subur. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rizomnya tebal bersisik dimana ia juga tumbuh menjalar. Daun dan bunga keluar terus dari rizomnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat disambungkan oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0.5-1 cm dan panjangnya 75-150 cm. Daun tersembul ke atas permukaan air dan ia menegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin dimana warnanya hijau keputihan, tepi rata, bahagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi dengan saiz diameter 30-50 cm. Bunganya berbau harum yang tumbuh menegak di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kukuh dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, dengan benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar dan ada yang kelopak dimana ada dilihat lipatan dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang. Setelah bunga layu maka mahkota bunga akan gugur sehingga tertinggal pangkal atau perdu bunga yang akan membekalkan buah dan biji didalamnya. Bentuk buah seperti Kon (cone) yang terbalik dengan mana pada permukaannya adalah mendatar seakan span mandi dan berlubang-lubang yang berisi 15-30 biji dengan warna buah adalah hijau kekuningan. Ia kemudian menjadi hijau dan akhirnya coklat hitam dimana ada garisan tengah 6-11 cm. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai sejenis tumbuhan akuatik iaitu teratai serta khasiatnya untuk dijadikan rujukan semua pembaca blog.


Menarik kisah dari Johor Bahru bertajuk 'Redah kolam petik bunga teratai' dimana demi menambah rezeki bagi menampung kehidupan dimana seorang pemuda sanggup meredah kolam sedalam paras pinggang untuk memetik bunga teratai yang berkembang cantik. Kisah ini dipaparkan oleh utusan.com dimana pemuda tersebut, Mohd. Rahmat (31 tahun) dari Masai akan memasuki kolam yang ditumbuhi banyak pokok teratai di Jalan Masai Utama, Johor. Dia akan memetik bunga teratai dengan mengharungi air kolam selama kira-kira dua jam sambil membawa bekas plastik untuk diletakkan bunga tersebut. Biasanya dia akan memetik bunga teratai sambil mengharungi air paras pinggang. Dia memberitahu menerima sebanyak RM30 daripada orang yang mengupahnya untuk dijadikan bunga teratai sebagai hiasan dan acara keagamaan. Dia hanya datang ke sini setiap dua minggu kerana teratai akan berbunga dengan cepat setiap kali dipetik. Selalunya akan memetik hanya pada waktu pagi kerana cuaca redup dan bergantung kepada keadaan air kolam sekiranya hujan kolam itu akan dipenuhi air dan sangat dalam,” katanya yang bekerja sebagai seorang pencuci. Memang terdapat banyak ikan sungai di kolam tersebut antaranya ikan keli dan haruan selain kawasan kolam tersebut menjadi tumpuan pemancing pula pada sebelah petang.  


Kisah bagaimana '820 kilogram akar teratai dicemari tanah dirampas' dilaporkan oleh bharian.com amat menarik juga dikongsikan dan ditulis semula. Dilaporkan pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 820 kilogram (kg) sayur jenis akar teratai dicemari tanah di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Pengarah MAQIS Negeri Johor dakwa hasil pemeriksaan oleh pegawai penguasa mendapati akar teratai itu dimuatkan dalam 82 kotak bernilai RM7,000 dan dibawa masuk dari Singapura. Seteral pemeriksaan terhadap sebuah lori yang membawa pelbagai jenis sayur-sayuran pada jam 2.50 petang dimana mereka menemukan muatan 1,060 sayur jenis akar teratai dan mendapati sebanyak 820kg sayur itu dicemari dengan tanah. Apa pun sayur tercemar ini disorokkan di bahagian bawah dan ditindih menggunakan kotak sayuran yang bersih bagi mengaburi mata pegawai pemeriksa dan telah ditahan untuk tindakan lanjut. Dalam peraturan sedia ada dimana aktiviti mengimport produk pertanian dengan kehadiran perosak, penyakit atau bahan cemar adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. MAQIS sentiasa memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah, dan mikro organisme yang diimport ke negara bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.


Menarik kisah dari Melaka bertajuk 'Teratai Tarik Jadi tarikan Baru Pelancong' untuk ianya dikongsikan iaitu lokasi yang berada 
di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Lendu, Masjid Tanah, Melaka. Dilaporkan dimana Tasik Taman Rekreasi Bukit Beringin di sini yang mana jika sebelum ini kering kontang tetapi ia kini dipenuhi pokok teratai berikutan musim hujan sejak tiga minggu lalu. Keindahan di tasik berkenaan menarik penggemar buah teratai untuk hadir, bukan setakat bagi menikmati keindahan pemandangan, malah memetik teratai untuk dimakan. Bagi pekerja syarikat pembersihan dikenali Amran Sharif (53) dan rakannya, Mohd Rafiz Sidek mendakwa dimana kelazatan buah teratai menarik minat mereka untuk hadir di tasik berkenaan selalu. Meraka kni sering datang ke sini untuk memancing ikan haruan, puyu dan keli dan setiap kali ke sini dan pasti mereka akan memetik buah teratai untuk saya makan. Buah teratai bukan setakat lemak, malah seakan-akan ada masin sedikit dan ia menjadi kegemaran saya sejak kecil. Tumbuhan teratai tidak mampu subur di kawasan tasik atau paya atau kolam yang terlalu dalam, sebaliknya tumbuh subur di dalam tasik yang kadar kedalamannya kira-kira 0.3 meter (satu kaki).  Tasik Teratai berkenaan sering dikunjungi pekerja asing terutama kalangan warga Vietnam yang menggemari keenakan buah teratai. Warga ini semeas ditanya mengapa mereka gemar buah teratai dimana mereka menyatakan di negara mereka, buah itu adalah antara buah yang mudah didapati dan dicampur dengan minuman buah laici. Selain buah teratai dimana bunga pokok teratai menjadi kegemaran penganut agama Hindu untuk memetiknya sebagai antara bahan yang digunakan dalam upacara sembahyang di kuil. Lazimnya apabila musim hujan berakhir pada bulan Febuari maka tasik berkenaan akan kering dan pokok teratai mati begitu sahaja. Semuga tulisan dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TERATAI... BANYAK CERITA....
MEMUNGUT DIKOLAM... SATU KERJA...
DIRAMPAS MAQIA... MENGIKUT AKTA....
TARIKAN RAMAI... DI LENDU MELAKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.