Monday, May 29, 2023

CARA MEMBUAT MINUMAN KOPI (Part 1)

MINUMAN KOPI
(Coffee drinks) adalah sejenis minuman yang berasal daripada biji benih buah dari tanaman pokok Kopi (Coffea spp) yang dipanggang dan dihancurkan menjadi serbuk (powder). Apa pun pada penulis blog yang menulis banyak artikel mengenai kkopi mendapati dimana serbuk biji kopi ini kemudiannya akan dicampurkan bersama air panas dan sedia untuk diminum begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain. Pada penulis blog minuman kopi susu menjadi pilihan penting dan suka meminumnya terutama semasa sarapan pagi. Minuman ini yang berasaskan biji kopi ini juga biasanya akan disertakan bersama bahan-bahan lain seperti susu, krim dan gula dimana ia dapat menghasilkan minuman berperisa pahit manis. Kini generasi baru teruja kerana minuman kopi ini dimana semakin ramai penggemarnya yang tersendiri oleh kerana kandungan bahan peransang kafien yang terdapat di dalamnya. Malah ada individu fanatik yang menyediakan sudut kopi ekslusif di kediaman mereka sendiri bersama 'coffee maker' supaya mereka dapat menikmati minuman ini pada bila-bila masa. Kini memang terdapat pelbagai cara pembuatan air kopi sama ada dinikmati secara panas, sejuk atau dihancurkan bersama ais (ice-blended) serta digabungkan bersama toppings seperti boba pearl, jelly, dan bijirin. Malah kewujudan kedai dan kafe berasaskan kopi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menambahkan pelbagai variasi serta perisa kopi untuk dicuba oleh si pecinta kopi. Dari kepelbagaian menu minuman kopi yang mana ia sudah diinovasikan berasaskan kopi pada penulis blog dimana secara umum perisa utama yang sering menjadi pilihan adalah seperti kopi Cappucino, Latte, Mocha, Americano, Esspresso dan Machiato. Bagaimana pun dilihat terdapat juga pilihan lain berdasarkan kepada aspek pemprosesannya seperti kopi segera tiga dalam satu, kopi kisar halus (powder) atau kasar (granules), dan biji kopi original yang perlu di kisar sendiri terlebih dahulu. Bukan itu sahaja fakta menarik mengeni kopi dimana industri ini sudah menjadi lebih dari sekadar sebuah minuman sahaja tetapi mempunyai nilai pasaran tinggi serta gaya hidup yang dikelasnya sendiri. Ia telah berinovasi dari menjadi minuman berkafien kepada sebuah fenomena global. Populariti kopi mendapat pengiktirafan masyarakat diperingkat antarabangsa sehingga menjadi antara perisa pilihan dalam makanan komersial seperti kek, kuih, roti, ais krim, dan pelbagai lagi menu lain. Kini selain dari bahagian biji ada produk berasaskan kepada bahagian daun dan batang pokok kopi turut dikomersialkan dan dijual dalam bentuk cenderahati, minyak wangi, aromaterapi, penghilang bau, penanda buku, serta sebagai dekorasi hiasan dapur. Dilaporkan dimana kini dalam bidang perubatan bahan kopi juga menjadi salah satu alternatif penyembuhan penyakit manakala di dalam bidang fitness atau kecergasan aktiviti pengambilan kopi dengan kadar yang bersesuaian terbukti dapat membantu didalam cara meningkatkan metabolisma badan seterusnya memberi kesan positif dalam proses pembakaran lemak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai cara-cara membuat minuman kopi terbaik untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Terdapat banyak cara menyediakan minuman kopi yang sesuai dilakukan oleh peminatnya dan juga premis perniagaan komersial diseluruh dunia. Minuman kopi merupakan minuman yang kedua diminum diplanet ini selepas minuaman air mineral atau air putuh sahaja. Kini kopi sudah menjadi produk perdagangan terhebat didunia dalam sektor makanan dan minuman dimana ia mendudukki tempat penting bagi sesetengah nagara. Pengambilan minuman kopi sebaiknya diamalkan agar ia memberikan kesihatan terbaik kepada penggemarnya. Cara minum kopi yang sihat termasuknah ia tidak ditambahkan dengan gula kerana penggunaan gula yang banyak dalam minuman kopi akan memberikan kesan sampingam. Umumnya dimana-mana ramai yang menambah gula sehingga melebih kadar disyorkan untuk hilangkan rasa pahit kafien. Disyorkan juga jangan mengambil minuman kopi pada kadar berlebihan kerana ia juga memberikan kesan sampingan. Cara minum kopi yang sihat adalah dengan maksima mengambil sebanyak dua cawan sahaja sehari minuman kopi bagi badan seberat 80 kilogram. Dalam pada itu amalan meminum air kopi yang ditambah dengan sedikit kayu manis dilaporkan amat baik dimana bahan ini mampu unuk menurunkan kadar glukosa darah, kolesterol dan juga bahan trigliseride dalam badan. Apa pun cara minum kopi sihat termasuk jangan minum selepas jam 2 petang atau tidak menum lewat kerana ia boleh mengganggi waktu tidur seseorang. Akibat minum koli lewat maka seseorang itu tidak cukup todur seterusnya akan memberikan kesan negatif untuk keesokkan harinya seperti mengantuk, tidak enak badan, fikiran lesu dan sebagainya. Kepada para 
penggemar air kopi sudah semestinya semua boleh membezakan diantara kualiti kopi yang dibuat menggunakan kopi segera, kopi sedia ada dalam tin dan kopi yang dibuat segar. Apabila kopi yang akan dibancuh menggunakan biji kopi yang masih baru dipanggang maka  biasanya ia akan memberi rasa yang terbaik dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan produk kopi yang lain. Sejak dulu memang ada banyak cara untuk membancuh kopi dimana setiap satunya ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Malahan apa yang penulis blog lihat ada juga sesetengah pemanggang kopi mungkin akan syorkan iaitu menggunakan teknik tertentu untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari kopi mereka. Artikel ini cuba kupas secara ringkas beberapa teknik yang biasa orang gunakan untuk membuat kopi di rumah.


Salah satu cara yang di amalkan untuk membuat minuman kopi adalah dengan Cara Tuang dan Titis (
Pour Over and Drip) dengan alatan khusus. Teknik ini boleh dikatakan antara teknik yang klasik dan biasa orang gunakan dirumah sendiri dimana ia memang mudah dan berbaloi. Ianya adalah antara cara yang murah, senang untuk dipelajari dan jika dibuat dengan baik dan ia juga boleh menyerlahkan nota rasa halus yang berada di dalam kopi. Konsepnya juga sangat senang iaitu mengambil kon kopi dan letakkan atas teko dan kemudian diletakkan kertas penapis kopi dalam kon. langkah seterusnya adalah dengan memasukkan biji kopi yang sudah dikisar dan kemudian di curahkan air panas dan keluarlah air kopi dari bahagian bawah kon kedalam teko. Kaedah ini juga biasanya akan menghasilkan kopi yang tidak terlalu pekat dengan rasa kopi yang lebih jelas. Memang mudah dan simpel cara ini dengan menggunakan peralatan asas seperti Kon Kopi, Kertas Penapis Kopi dan juga Teko. Sebenarnya ada pelbagai jenis peralatan cara membuat kopi cara ini daripada kaedah yang klassik sehingga peralatan lebih moden dan mahal harganya. Bagaimana pun asasnya kaedah ini juga antara kaedah yang kosnya agak rendah. Apa pun melihat diantara ciri kelebihan cara ini dimana ia sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dunia kopi. Ciri keekurangannya pula dimana cara ini memang tidak ada teknik standard dan ia juga perlu pelajari teknik yang sesuai untuk cita rasa diri sendiri dan boleh diulangcuba banyak kali.


Di zaman moden ini pembuatan apa yang popular semasa membuat minuman kopi sudah lebih maju apabila pengguna gunakan Alat Mesin Expresso yang menggunakan Kuasa Eletrik dimana ia sudah menjadi satu trend. Dilaporkan dimana dian
tara sebab orang selalu mengunjungi kedai kopi adalah pelbagai jenis kopi yang boleh diperolehi di premis tersebut daripada jenis murah kepada jenis mahal. Dari segi kelengkapan premis mamang tidak sah suatu kedai tersebut jika mereka tidak menggunakan 'mesin espresso;. Mesin ini sudah pun menjadikan minuman kopi jadi komersil yang digunakan dimana harganya boleh mencecah ribuan ringgit sebuah bagi yang premium. Bagaimana pun untuk kegunaan sendiri dirumah memang sudah ada terdapat mesin espresso yang lebih kecil dan agak murah sesuai dengan bajet. Walau pun secara umumnya kosnya masih tinggi jika dibandingkan dengan membuat kopi dengan cara lain akan tetapi jika masih ramai peminat kopi yang mahu lebih serius untuk membuat kopi di rumah. Bagi kalangan peminat tegar espresso dimana cara menyediakan minuman kopi ddengan alat mesin ini mungkin cara terbaik untuk dinikmati. Apa pun alatan yang diperlukan adalah Mesin Kopi, Mesin Pengisar Kopi, alatan penimbang berat, aksesori seperti tamper, tamper mat dan juga WDT walau pun bajetnya memang tinggi. Diantara beberapa ciri kelebihan dimana vara ini boleh membuat kopi espresso serta membuat kopi latte dan sebagainya. Apa pun dari segu kekurangan kerana mesin ini memang lebih teknikal dimana pengguna baru perlu lebih masa untuk menggunakan mesin dan perlu menyelidik peralatan yang terbaik untuk bajet peminatnya. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MEMBUAT KOPI... BANYAK CARANYA...
DI TUANG AIR PANAS... CARA BIASA,,,
GUNAKAN MESIN... HEBAT PAHITNYA...
KOPI PAHIT... KAFIEN KANDUNGANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.