Tuesday, May 30, 2023

CARA MEMBUAT MINUMAN KOPI (Part 2)

MINUMAN KOPI
(Coffee drinks) adalah sejenis minuman yang berasal daripada biji benih buah dari tanaman Pokok Kopi (Coffea spp) yang dipanggang dan dihancurkan menjadi serbuk (powder). Apa pun pada penulis blog yang menulis banyak artikel mengenai kkopi mendapati dimana serbuk biji kopi ini kemudiannya akan dicampurkan bersama air panas dan sedia untuk diminum begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain. Pada penulis blog minuman kopi susu menjadi pilihan penting dan suka meminumnya terutama semasa sarapan pagi. Minuman ini yang berasaskan biji kopi ini juga biasanya akan disertakan bersama bahan-bahan lain seperti susu, krim dan gula dimana ia dapat menghasilkan minuman berperisa pahit manis. Kini generasi baru teruja kerana minuman kopi ini dimana semakin ramai penggemarnya yang tersendiri oleh kerana kandungan bahan peransang kafien yang terdapat di dalamnya. Malah ada individu fanatik yang menyediakan sudut kopi ekslusif di kediaman mereka sendiri bersama 'coffee maker' supaya mereka dapat menikmati minuman ini pada bila-bila masa. Kini memang terdapat pelbagai cara pembuatan air kopi sama ada dinikmati secara panas, sejuk atau dihancurkan bersama ais (ice-blended) serta digabungkan bersama toppings seperti boba pearl, jelly, dan bijirin. Malah kewujudan kedai dan kafe berasaskan kopi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menambahkan pelbagai variasi serta perisa kopi untuk dicuba oleh si pecinta kopi. Dari kepelbagaian menu minuman kopi yang mana ia sudah diinovasikan berasaskan kopi pada penulis blog dimana secara umum perisa utama yang sering menjadi pilihan adalah seperti kopi Cappucino, Latte, Mocha, Americano, Esspresso dan Machiato. Bagaimana pun dilihat terdapat juga pilihan lain berdasarkan kepada aspek pemprosesannya seperti kopi segera tiga dalam satu, kopi kisar halus (powder) atau kasar (granules), dan biji kopi original yang perlu di kisar sendiri terlebih dahulu. Bukan itu sahaja fakta menarik mengeni kopi dimana industri ini sudah menjadi lebih dari sekadar sebuah minuman sahaja tetapi mempunyai nilai pasaran tinggi serta gaya hidup yang dikelasnya sendiri. Ia telah berinovasi dari menjadi minuman berkafien kepada sebuah fenomena global. Populariti kopi mendapat pengiktirafan masyarakat diperingkat antarabangsa sehingga menjadi antara perisa pilihan dalam makanan komersial seperti kek, kuih, roti, ais krim, dan pelbagai lagi menu lain. Kini selain dari bahagian biji ada produk berasaskan kepada bahagian daun dan batang pokok kopi turut dikomersialkan dan dijual dalam bentuk cenderahati, minyak wangi, aromaterapi, penghilang bau, penanda buku, serta sebagai dekorasi hiasan dapur. Dilaporkan dimana kini dalam bidang perubatan bahan kopi juga menjadi salah satu alternatif penyembuhan penyakit manakala di dalam bidang fitness atau kecergasan aktiviti pengambilan kopi dengan kadar yang bersesuaian terbukti dapat membantu didalam cara meningkatkan metabolisma badan seterusnya memberi kesan positif dalam proses pembakaran lemak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai cara-cara membuat minuman kopi terbaik untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kaedah membuat minuman kopi yang ketiga adalah dengan cara menggunakan Alat Pot Moka. Kini sudah ada r
amai kalangan peminat kopi yang melihat penggunaan pot moka sebagai cara bajet untuk mendapat kopi seakan-akan espresso. Hasil kopinya selalunya lebih pekat kerana ia menggunakan tekanan aliran daripada air yang sedang mendidih. Ia juga sesuai untuk situasi dimana anda tidak ingin menggunakan elektrik, sebaliknya hanya ada ingin menggunakan dapur api sahaja. Apa pun cara untuk dapat menyeduh kopi menggunakan moka pot perkara yang pertama dilakukan adalah menambahkan air panas ke dalam bottom chamber. Biasanya ada penutup disediakan di sekitar tiga perempat bahagian atas alatan ini dan dituangkan air terus ke dalamnya sampai menyentuh bahagian bawah. Langkah seterusnya adalah mengisi penapis (filter basket) dengan serbuk kopi sampai rata. Setelah itu boleh di pasang dengan baik pada 'slot bottom chamber' dan tutup ruang atas ke tempatnya. Kemmuidan diletakkan moka pot ke atas dapur pemanas. Semasa air didalam bottom chamber mulai untuk mendidih maka wap yang dihasilkan akan menciptakan satu  tekanan dan memaksa air naik ke atas melalui filter basket. Proses ini akan terjadi akan ada suara gemericik yang mana ia disebabkan oleh karung wap air yang bergerak ke ruang atas (upper chamber). Membuat air minuman kopi dengan cara moka pot bergantung kepada 3 faktor iaitu jumlah serbuk kopi yang digunakan, saiz serbuk kopi digunakan (kasar atau halus) dan juga cara penekanan serbuk kopi (tamping) iaitu sama ada ia dibiarkan saja atau ditekan dengan cara menutup dibahagian dengan padat. Walau pun cara membuatnya agak sama dengan menggunakan mesin ekspresso teteapi hasilnya agak berlainan. Cara ini dari segi bajet adalah sederhana dimana kelebihannya adalah ia boleh membancuh kopi yang lebih pekat tetapi kekurangannya adalah kerana ia mesti memerlukan api untuk membancuh.


Kaedah ke empat membuat minuman kopi adalah dengan menggunakan sejenis alat 
Aeropress. Apa pun teknik ini merupakan satu kaedah yang agak baru dalam dunia kopi dimana alat khusua bagi membancuh kopi dengan menggunakan aeropress. Pada penulis blog bila melihat alatan ini yang mana bentuknya dan fungsinya seakan-akan picagari yang besar memang unik. Bagaimana pun cara membuatnya sangat senang dimana perlu di masukkan kopi dikisar dan air panas dalam alatnya dan hanya di tunggu beberapa minit sahaja. Kemudian perlu di tekankannya seperti picagari untuk paksa bagi mengeluarkan air kopi. Ia juga dikatakan boleh membuat minuman kopi seakan espresso juga akan tetapi ada kalangan peminat kopi yang mendapati rasa kepekatannya dan rasanya tidak sehebat cara gunakan mesin espresso atau pun gunakan alatan pot moka. Terdapat beberapa alatan aeropress yang dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan bajet. Apa pun orang kata 'ada harga ada ruma' atau 'good quality high price' memang berkaitan dengan apatan seperti ini. Sebaiknya banyak bertanya kepada rakan-rakan jenama apa yang terbaik untuk menyediakan minuman kopi dengan alatan aeropress ini. Peralatan seperti Aeropress ini dari segi bajet adalah sederhana sahaja dengan ciri kelebihan yang mana ia senang dan menjimat masa untuk digunakan. Aspek kekurangan pula didakwa ada beberapa cara menggunakan Aeropress dan mengambil sedikit masa untuk belajar teknik yang sesuai. 


Cara membuat kopi yang kini semakin popular dikenali sebagai Alat French Press
Kaedah French Press adalah antara cara bagaimana penggemar kopi mendapatkan dos kafein dengan cara sangat mudah dan tanpa memikirkan dengan serius dan memenatkan. Kaedah ini menggunakan konsep seakan seperti Aeropess dimana perlu di masukkan biji kopi dengan air panas dalam alatnya. Langkah selanjutnya adalah dengan menekan “plunger” ke bawah untuk pisahkan serbuk kopi dari air dan sedia untuk minum. Alatan ini sesuai dibawa kepada ramai pengembara dan travellers dimana sahaja dalam aktiviti outdoor juga. Alatan French Press ini mempunyai banyak model dengan bajet untuk mendapatkannya dari alatan yang murah sehingga ke[ada harga yang sedernaha sahaja dan memang mampu milik. Bagaimana pun antara ciri kelebihannya adalah cara ini merupakan cara menyediakan kopi paling senang akan tetapi kelemahannya dimana ia selalunya amat membosankan dan menjemukan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MEMBUAT KOPI... BANYAK CARANYA...
DI TUANG AIR PANAS... CARA BIASA,,,
GUNAKAN MESIN... HEBAT PAHITNYA...
KOPI PAHIT... KAFIEN KANDUNGANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.