Sunday, May 21, 2023

TERATAI DAN FAKTA MENARIK

TUMBUHAN TERATAI
(Nelumbium spp. Druce) adalah merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang mempunyai beberapa nama lain seperti Seroja, Water Lily, Lotus, Padma, seroia, Eygptian Seeds, tarate, taratai besar dan beberapa lagi. Tumbuhan daripada famili Nelumbaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang boleh diambil sebagai bahan makanan dan juga tanaman oranmental yang menarik. Tanaman akuatik yang perlukan banyak air ini mampu tumbuh selama bertahun yang hasilkan keindahan dimana ia adalah sesuai di Asia. Teratai ditanam secara komersil terutama dibeberapa negara seperti China, India dan beberapa negara lain. Di China sahaja mereka menanam lebih daripada 300,000 hektar dimana rakyat China adalah pemakan hampir 70% teratai dunia daripada penggunaan untuk makanan terutama dimakan sebagai sayuran. Ia juga sesuai ditanam di kawasan berair atau pun didalam kolam, tasik cetek dan paya. Didalam keadaan liar tumbuhan ini akan hidup subur. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rizomnya tebal bersisik dimana ia juga tumbuh menjalar. Daun dan bunga keluar terus dari rizomnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat disambungkan oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0.5-1 cm dan panjangnya 75-150 cm. Daun tersembul ke atas permukaan air dan ia menegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin dimana warnanya hijau keputihan, tepi rata, bahagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi dengan saiz diameter 30-50 cm. Bunganya berbau harum yang tumbuh menegak di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kukuh dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, dengan benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar dan ada yang kelopak dimana ada dilihat lipatan dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang. Setelah bunga layu maka mahkota bunga akan gugur sehingga tertinggal pangkal atau perdu bunga yang akan membekalkan buah dan biji didalamnya. Bentuk buah seperti Kon (cone) yang terbalik dengan mana pada permukaannya adalah mendatar seakan span mandi dan berlubang-lubang yang berisi 15-30 biji dengan warna buah adalah hijau kekuningan. Ia kemudian menjadi hijau dan akhirnya coklat hitam dimana ada garisan tengah 6-11 cm. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai beberapa fakta menarik tumbuhan akuatik iaitu teratai untuk dijadikan rujukkan semua pembaca blog.


Fakta menarik mengenai bagaimana '
Pakar temukan teratai gergasi terbesar dunia' yang dilaporkan media merupakan spesis teratai gergasi jenis Victoria Boliviana yang tersenarai dalam Guinness World Record. Di La Paz, Mexico dimana spesies teratai gergasi berasal dari Amerika Selatan yang telah ditemui  beberapa bulan lalu berjaya memecahkan beberapa rekod melibatkan flora air terbesar di dunia.  Guinness World Record mengiktiraf Victoria Boliviana sebagai spesies teratai air terbesar, daun teratai terbesar dan daun terbesar yang tidak berbelah bahagi. Spesies itu baru-baru ini dikenal pasti sebagai spesies berbeza oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh pakar hortikultur penyelidikan saintifik dan botani Kew Garden, Carlos Magdalena. Spesies itu dikenal pasti telah wujud di Royal Botanic Gardens di London selama 177 tahun. Tetapi sebelum penemuan spesies yang berbeza itu, teratai air gergasi berkenaan dipercayai milik spesies berasingan dipanggil Victoria Amazonica. Justeru spesies berkenaan juga mencatat rekod sebagai spesies baharu pertama teratai air gergasi yang ditemukan dan didokumenkan selepas lebih 100 tahun. Secara rasminya Victoria boliviana dinamakan sebagai teratai air gergasi terbesar di dunia. Penemuan yang dibuat tahun lepas kini memegang gelaran Guinness World Record untuk spesies teratai air terbesar, daun teratai terbesar, daun terbesar tidak berbelah bahagi.  Di bahagian tengah daun teratai Victoria boliviana mampu menampung berat sehingga 79.8 kilogram dan boleh tumbuh dan membesar sehingga melebihi 3 meter. Spesimen terbaru yang direkodkan itu ditanam di taman La Rinconada di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia dan mempunyai diameter 3.19 meter.


Mengenai '
Keistimewaan teratai' hanya sebahagian sahaja pembaca blog ini yang mengetahuinya. Dalam portal hmetro.pm dipaparkan fakta bagaimana flora akuatik unik daripada keluarga Nymphaeaceae berasal dari Asia biasanya tumbuh di atas air yang tenang seperti kolam, sungai dan bekas lombong mempunyai kisahnya tersendiri. Mekar kembang di atas permukaan air dimana selalunya bunga teratai memiliki daun berbentuk oval dikatakan mempunyai lebih lebih 50 spesies seluruh dunia. Ia juga memiliki ukuran diameter bunga antara lima hingga 10 sentimeter, bunga teratai mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, putih kekuningan, ungu, ungu lembut, biru, merah jambu dan merah muda. Antara spesies bu­nga teratai yang popular termasuk jenis Nymphaea caerulea berwarna biru keunguan juga dipanggil lotus Mesir biru, Nymphaea gigantea violacea berwarna putih campuran ungu, Nymphaea jamesoniana berwarna putih kekuningan dan Nympaea pubescens berwarna merah jambu. Ia juga menjadi bunga rasmi bagi India, Mesir dan Vietnam dimana bunga teratai mempunyai khasiat tersendiri terutama kesihatan termasuk mengubati batuk berdarah, panas dalam badan, mengurangkan insomnia, menormalkan tekanan darah, menghilang­kan tekanan dan memelihara kesihatan mata. Apa pun bunga teratai daru Mesir iaitu berikutan peninggalan kuno di makam Ramses II telah dipercayai teratai digunakan dalam upacara tradisional masyarakat Mesir kuno. Merebak ke wilayah Yunani dan digunakan sebagai per­sembahan bagi Nymphs (nama wanita cantik), akhirnya teratai mendapat nama jolokan Nymphae dalam bahasa latin. Uniknya, teratai akan timbul di permukaan air dan kembang mekar pada waktu pagi. Menjelang petang, bunganya kembali kuncup dan tenggelam ke dalam air.


Portal media Agensi melaporkan dimana 'Teratai gergasi tarikan baharu di London' adalah menarik faktanya. Kisah dari London, UK dimana spesies teratai gergasi ditemui di Taman Botani Diraja Kew (Kew Gardens) menjadikan ia adalah penemuan terbaharu dalam tempoh beberapa dekad. Saintis di barat daya London itu mendakwa dimana spesies teratai itu terbesar dalam tempoh beberapa dekad dengan para penyelidik dan botansit menyatakan lokasi asalnya di Bolivia. Pada 2016, Institut Botani Bolivia Santa Cruz de la Sierra Botanic Garden dan La Rinconada Gardens menyumbangkan benih teratai gergasi yang disyaki terbesar itu kepada Kew Gardens. Apa pun kemudian spesies itu bercambah di Kew Gardens dan diletakkan bersebelahan dengan dua spesies teratai yang lain. Saintis juga mengkaji asid deoksiribonukleik (DNA) ketiga-tiga tumbuhan itu dan mendapati masing-masing adalah berbeza. Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Plant Science itu mencadangkan spesies baharu berkenaan paling hampir dengan spesies Victoria Cruziana yang ditemui kira-kira sejuta tahun lalu. Natalia Przelomska yang juga seorang saintis di Kew yang mengusahakan projek itu nyatakan dimana tugas menghidupkan spesis baharu ini mencabar susulan kadar kehilangan biodiversiti yang pantas. Mereka berharap rangka kerja pelbagai disiplin mungkin memberi inspirasi kepada penyelidik lain yang mencari pendekatan untuk mengenal pasti spesies baharu dengan pantas.


Menarik fatkta 'Menara inspirasi teratai'  atau juga dipanggil sebagai 'Flower of Clouds di bandar Da Lat, Vietnam. Ia juga telah menjadi pemenang perak bagi A' Design Award 2021 untuk kategori Arkitek, Bangunan dan Rekaan Struktur mengambil inspirasi bunga teratai tegak di permukaan tasik sebagai rekaan Menara Tinjau dan Kafe di Da Lat, Vietnam (Sila lihat foto paling bawah sekali). Menara yang diberi nama Flower of Clouds itu direka arkitek, Vu Van Hai dari firma Vha Architecs menampilkan struktur berketinggian 12 meter dengan keluasan bagi ruang kafe ialah 600 meter persegi pada ketinggian lapan meter. Konsep berkenaan sesuai dengan reputasi Da Lat iaitu kawasan tanah tinggi dan menjadi tumpuan sebagai pusat penanaman bunga di negara itu selain biasanya mempunyai pemandangan awam mengagumkan. Ia dilaporkan mendapat inspirasi daripada bunga teratai yang kelopaknya kembang. Di buka kepada orang ramai dimana ia dibina di sebuah lokasi berbukit dengan ketinggian 1,000 meter dari paras laut bagi memberi pandangan di sekitar kawasan itu yang turut popular sebagai salah satu destinasi pelancongan. Sokongan utama dalam pembinaan struktur menara ialah penggunaan rangka besi selain diperkukuhkan dengan stuktur konkrit sebagai tapak asas. Antara yang membuatkan rekaan itu menonjol dan cukup istimewa ialah saduran kelulu kapur (corten steel) yang mana memberi pesona kombinasi warna merah dan oren pada bangunan menara itu. Ia menjadi bangunan ikonik di bandar Da Lat, menara yang turut menempatkan kafe dan restoran makanan segera popular, turut meraikan alam semula jadi di sekitarnya. Kini ia juga berdasarkan ruang di bumbung atau bahagian meninjau atas menara memberi pandangan 360 darjah sekitar kawasan berhampiran. Dilengkapi 'mood' kepada pengunjung menikmati pemandangan di sana, bakal disediakan ialah taman atau landskap di kawasan itu. Pembinaan menara itu dikatakan antara struktur penting dalam projek pembangunan pembinaan kompleks resort berkeluasan 250 hektar di kawasan berbukit itu. Bagi akses untuk masuk ke menara itu, pengunjung boleh melalui ruang dewan kecil yang terdapat di bahagian pintu masuk sebelum menuju tingkat ruang makan dan menara. Terdapat juga laluan pejalan kaki di antara struktur besi membolehkan pengunjung menikmati bagaimana pemandangan di celah ruang terbuka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TERATAI... PELBAGAI FAKTA...
TERATAI GERGASI...DI LONDON SANA...
BUNGA CANTIK...LAMBANG NEGARA...
DI TANAM,,, ADA BANYAK GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agriculture Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.