Monday, May 22, 2023

CARA AMBIL MINUMAN KOPI YANG SIHAT

MINUMAN KOPI
(Coffee drinks) adalah sejenis minuman yang berasal daripada biji dari buah tanaman pokok Kopi (Coffea spp) yang dipanggang dan dihancurkan menjadi serbuk (powder). Apa pun pada penulis blog yang menulis banyak artikel mengenai kopi mendapati dimana serbuk biji kopi ini kemudiannya akan dicampurkan bersama air panas dan diseduh sedia untuk diminum begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain. Pada penulis blog minuman kopi susu menjadi pilihan penting dan suka meminumnya terutama semasa sarapan pagi. Minuman ini yang berasaskan biji kopi ini juga biasanya akan disertakan bersama bahan-bahan lain seperti susu, krim dan gula dimana ia dapat menghasilkan minuman berperisa pahit manis. Kini generasi baru amat teruja kerana minuman kopi ini dimana sudah semakin ramai penggemarnya yang tersendiri oleh kerana kandungan bahan peransang kafien yang terdapat di dalamnya. Malah ada individu fanatik yang menyediakan sudut khas kopi ekslusif di kediaman mereka sendiri bersama 'coffee maker' supaya mereka dapat menikmati minuman ini pada bila-bila masa. Kini memang terdapat pelbagai cara pembuatan air kopi sama ada dinikmati secara panas, sejuk atau dihancurkan bersama ais (ice-blended) serta digabungkan bersama toppings seperti boba pearl, jelly dan bijirin. Malah kewujudan kedai dan kafe berasaskan kopi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menambahkan pelbagai variasi serta perisa kopi untuk dicuba oleh ramai pecinta kopi. Dari kepelbagaian menu minuman kopi yang mana ia sudah diinovasikan berasaskan kopi pada penulis blog dimana secara umum perisa utama yang sering menjadi pilihan adalah seperti kopi Cappucino, Latte, Mocha, Americano, Esspresso dan Machiato. Bagaimana pun dilihat terdapat juga pilihan lain berdasarkan kepada aspek didalam pemprosesannya seperti kopi segera tiga dalam satu, kopi kisar halus (powder) atau kasar (granules) dan biji kopi original yang perlu di kisar sendiri terlebih dahulu. Bukan itu sahaja fakta menarik mengeni kopi dimana industri ini sudah menjadi lebih dari sekadar sebuah minuman sahaja tetapi mempunyai nilai pasaran tinggi serta gaya hidup yang dikelasnya sendiri. Ia telah berinovasi dari menjadi minuman berkafien kepada sebuah fenomena global. Populariti kopi sudah pun mendapat pengiktirafan masyarakat diperingkat antarabangsa sehingga menjadi antara perisa pilihan dalam makanan komersial seperti kek, kuih, roti, ais krim dan pelbagai lagi menu lain. Kini selain dari bahagian biji kopi, ada produk berasaskan dari bahagian daun dan batang pokok kopi turut dikomersialkan dan dijual dalam bentuk cenderahati, minyak wangi, bahan aromaterapi, penghilang bau, penanda buku serta sebagai dekorasi hiasan dapur. Dilaporkan dimana kini dalam bidang perubatan bahan kopi juga menjadi salah satu alternatif bagi penyembuhan penyakit manakala di dalam bidang fitness atau kecergasan aktiviti pengambilan kopi dengan kadar yang bersesuaian terbukti dapat membantu didalam cara untuk ia meningkatkan metabolisma badan seterusnya memberi kesan positif dalam proses pembakaran lemak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai cara-cara membuat minuman kopi terbaik untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam banyak penulisan saya memang telah dikhabarkan dimana minuman air kopi 
adalah salah satu minuman yang paling popular di dunia. Ramai pakar kesihatan percaya ia juga salah satu yang paling sihat. Bagi sesetengah orang percaya kopi adalah satu-satunya sumber antioksidan terbesar dalam diet iaitu ia mengatasi makanan dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Penulis blog pernah ke kawasan Chiang Rai di utara Thailand selama seminggu untuk dapat menghadiri Seminar Kopi Antaraabangsa mewakili Malaysia bagi melihat bagaimana industri Kopi Organik dengan 12 buah persijilan organik antarabangsa mampu meraih pasaran dunia. Beberapa ilmu bagaimana untuk menjadikan bahan kopi yang diminum sebagai minuman sihat juga di ajarkan oleh pakar kopi antarabangsa. Semasa membuat ujirasa kopi organik ini nyata ada banyak rahsia didedahkan oleh pakar-pakar kopi antarabangsa sepanjang lawatan dijalankan. Di tunjukkan cara minum kopi yang sihat adalah dengan 'Jangan tambah gula' semasa menyediakannya. Penulis blog memang terkejut apabila disajikan dengan kopi tanpa gula dengan rasa yang 'sangat pahit' pada mulanya (sehingga terpejam mata) dan beberapa minit kemudian barulah dirasai akan nikmat rasa 'caffien' sebenar. Selalunya walaupun minuman kopi asalnya sihat tetapi dengan sendirinya ramai pengguna dengan mudah akan dia mengubahnya menjadi sesuatu yang merbahaya. Cara yang dibuat adalah dengan mereka selalu meletakkan sejumlah besar gula di dalamnya kerana style minum kopi dengan menambah gula boleh dikatakan salah satu bahan terburuk dalam diet moden. Penulis blog sebelum ini sering meletakkan beberapa sudu, sachet atau kiub gula untuk menghilangkan rasa pahit semasa minum kopi tetapi kini sudah berubah cara minumnya. Ini kerana jumlah kandungan bahan fruktosa yang tinggi sering ia dikaitkan dengan pelbagai penyakit serius seperti masaalah obesiti dan kencing manis (diabetes). Jika pembaca blog perlukan sesuatu yang manis sebaiknya menggunakan gunakan bahan pemanis semulajadi seperti stevia atau yang setaraf dengannya. Menikmati air minuman kopi kini sudah dipelbagaikan dan dikomersialkan dengan terdapat banyaknya jenama dan premis tempatan dan antarabangsa yang menawarkan minuman kopi diseluruh dunia. Sebut sahaja hendak minum kopi jenama apa sudah ada dipasaran dan harganya pun bukan murah lagi.


Dipasaran terdapat terlalu banyak produk kopi yang dijual dengan kepelbagaian daripada produk seperti jenis Kopi Serbuk (powder coffee), Kopi Segera (Instant Coffee), Kopi Tiga Dalam Satu (3-in-1 mixture), Kopi Luwak dan banyak lagi. Bagi mendapatkan minuman kopi sihat disyorkan agar memilih jenama berkualiti dan kopi organik. Memang dipasaran mungkin ramai pengguna tidak menyedari adanya jenis kopi organik yang dipersijilkan. Ini kerana kualiti kopi memang boleh berbeza-beza bergantung kepada kaedah pemprosesan dan bagaimana biji kopi ditanam. Di kebun kopi dimana tanaman kopi akan lebih cenderung disembur dengan racun kimia sama ada jenis racun perosak sintetik dan bahan baja kimia untuk mengawal serangan serangga perosak, mengawal penyakit dan juga menyuburkan tanaman kopi. Almalan agronomi penanam kopi komersial memang manjadikan bahan kimia sebagai input penting didalam menghasilkan biji kopi yang sihat, berkualiti dan produktif. Walau pun asasnya penggunaan bahan kimia ini tidak dimaksudkan untuk kegunaan manusia akan tetapi jika penggunaannya tidak mengikut amalan agronomi (MyGAP di Malaysia) maka ia akan menjadikan biji kopi ini ada kesan sisabaki. Amalan perkebunan organik pula tidak menggunakan bahan kimia dan ini lebih selamat untuk biji kopi organik yang dihasilkan dan melalui proses persijilan peradangan organik (MyOrganik di Malaysia). Jika anda bimbang tentang kandungan racun perosak kopi anda, pertimbangkan untuk membeli biji kopi organik. Ada dakwaan dimana harga produk produk kopi organik selalunya lebih mahal berbanding dengan kopi biasa dan mungkin agak sedikt sukar untuk mendapatkan bekalannya disesetangah lokasi. Bagaimana pun produk kopi organik memang ada dijual secara atas talian dan ada jaminan daripada pengeluarnya.  Kopi Lumak dari Indonesia dilaporkan diantara jenis kopi yang paling mahal. Anda boleh membaca artikel mengenai kopi luwak dengan pautan (Sila klik disini). Kopi luwak adalah biji kopi yang di ambil dari najis musang (chivet) dan diproses kemudian menjadi minuman kopi. 


Sebaiknya dalam mengambil minuman kopi cuba 'Elakkan dari minum kopi secara berlebihan' kerana ia akan mendatangkan kesan lain. Memang walaupun pengambilan kopi yang sederhana adalah sihat namun minum terlalu banyak boleh mengurangkan manfaat keseluruhannya. Pengambilan bahan kafein yang berlebihan mungkin mempunyai pelbagai kesan sampingan walaupun sebenarnya tahap sensitiviti orang berbeza-beza. Daripada beberapa sumber rujukkan dimana secara umum pihak Health USA dan Canada mencadangkan agar ianya tidak melebihi kadar iaitu sebanyak 1.1 mg per kg (2.5 mg per kg) dari kadar berat badan sehari. Memandangkan purata cawan kopi mungkin mengandungi kira-kira 95 mg kafein maka kadar ini masih lagi sepadan dengan kira-kira maksima dua cawan kopi sehari untuk seseorang yang beratnya 176 paun (80 kg). Penulis blog suka dengan produk kopi nanas yang disediakan oleh pemiliknya iaitu penyanyi Amy Search dan kopi ini pernah di lancarkan di Tokyo, Jepun pada tahun 2018 (Sila lihat foto disebelah). Kopi nanas mempunyai aroma kopi dan rasa nenas sebagai minuman hebat. Amalan minum kopi dengan di tambahkan sedikit kayu manis merupakan cara minum kopi sihat sesuai diamalkan. Ini kerana kayu manis adalah herba yang lazat yang bercampur dengan baik dengan rasa kopi. Kajian yang dibuat menunjukkan dimana herba kayu manis didakwa ia boleh menurunkan glukosa darah, kolesterol dan trigliserida dalam pesakit kencing manis. Sekiranya peminat kopi ini memerlukan sedikit rasa maka bolen mencuba tambah sedikit kayu manis. Pastikan agar tidak meletakkan terlalu banyak bahan kayu manis didalamnya. Ini kerana walaupun sejumlah kecil kayu manis menjadikan minuman sihat akan tetapi jangan ambil terlalu banyak boleh kerana ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan juga. Minuman kopi dengan kayu manis hanya popular dikalangan peminat tertentu dan negara tertentu sahaja.


Pada penulis blog amalan terbaik adalah dengan 'Tidak mengambil kafein selepas jam 2 petang' sebagai satu amalan baik cara minum kopi. Ini kerana umumnya kopi adalah salah satu daripada sumber semula jadi kafein yang terkaya dalam diet. Kafein adalah bahan yang mampu untuk perangsang dimana ia juga merupakan salah satu sebab utama kopi begitu popular. Ia selalunya akan memberi anda tenaga yang kuat dan membantu pengguna berjaga apabila berasa letih dan hilang rasa mengantuk.  Amalan yang boleh mengganggu seperti jika minum kopi pada mas lewat dengan kuantiti agak tinggi dimana cara ini ia boleh mengganggu tidur di malam hari menyebabkan kesan 'tidak cukup tidur'. Penulis blog banyak kali mengelami situasi tidak mengantuk dimalam hari selepas mengambil minuman kipi dari jenis kopi tertentu. Keadaan situasi tidur yang buruk ini memang ia sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kepada tahap kesihatan. Atas sebab ini maka pada pakar permakanan ada mengesyorkan memang penting untuk tidak minum kopi pada waktu yang lewat terutama sebelum tidur. Sekiranya ada yang memerlukannya pakar syorkan agar memilih secawan teh sahaja (seperti tech cina tanpa guna) yang mengandungi kurang kafein daripada kopi dan tidak menganggu tidur. Ada kenyataan yang mendakwa dimana pengambilan kopi selepas jam 2-3 petang adalah gaya hidup atau sebagai satu panduan yang baik. Perkara ini bagaimana pun bergantung kepada indiividu juga kerana tidak semua orang sama sensitivitinya terhadap kopi. Dilaporkan ada sesetengan orang boleh tidur dengan baik selepas minum kopi pada masa lewat akan tidak terganggu. Walau bagaimanapun secara umumnya adalah dinasihatkan bagi dapat meningkatkan kualiti tidur dengan baik maka cuba mengelakkan kopi lewat hari menjadi strategi yang efektif. Semuga artikel ini dalam blog anim agro technology dapat memberikan panduan kepada pembaca blog ini semuanya. Wasallam!!!...
MINUMAN KOPI... ADA CARANYA...
GAYA SIHAT... ADA FORMULANYA...
ELAKKAN BERLEBIHAN...BAHAYA...
KOPI ORGANIK... ELAKKAN GULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.