Saturday, May 20, 2023

MINYAK GELAM DAN FAKTANYA

POKOK GELAM (Melaleuca cajuputi Powell) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang terdapat dinegara kita dan kawasan rantau ASEAN yang lain sebagai khazanah alam. Terkini terdapat beberapa fakta menarik mengenai minyak gelam yang dibuat kajian dan dijadikan produk. Tumbuhan ini tumbuh secara semulajadi dibeberapa lokasi khususnya tanah dikawasan rendah yang lembab dan jenis tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae yang mana ia juga menjadi sebahagian daripada tanaman spesis perlindungan. Di Malaysia kawasan tumbuhan hutan gelam ini banyak terdapat dikawasan tanah lembab seperti dikawasan tebing sungai, kawasan tepi laut dan juga kawasan pendalaman yang banyak air. Tumbuhan ini memang tidak dipedulikan oleh masyarakat tempatan dahulu kerana ia dikatakan jarang dimenafaatkan kecuali untuk dijadikan kayu api, bahan untuk buat perabot, kayu untuk kraf kayu, kayu untuk buat pondok kebun dan pagar kebun. Bagaimana pun kini ramai orang sudah tahu akan kepentingan hutan gelam sebagai sistem pengimbang alam sekitar dan juga sumber nektar yang amat baik untuk ternakan lebah madu. Kini industri penternakan lebah madu yang masih produktif adalah daripada kawasan hutan gelam dengan menggunakan Lebah Madu Impot (Apis mellifera), Lebah Keran (Apis cerana) dan juga jenis Lebah Kelulut (Trigona spp). Kawasan hutan gelam juga sering ujud sarang Labah Tualang (Apis dorsata) yang mana dikawasan hutan gelam memang banyak sumber makanan. Madu lebah daripada bunga gelam juga dijual dengan harga premium sekitar RM70 - RM200 sebotol kerana kualiti yang amat baik berbanding dengan madu dari sumber makanan lain. Pokok Gelam mempunyai bentuk pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 20 - 25 meter. Antara keunikan pokok gelam adalah bahagian batangnya yang dikatakan mempunyai kulit nipis seperti kertas yang berlapis-lapis dan kayunya adalah jenis kayu keras. Pokok yang dikategorikan sebagai ukuran yang sederhana besar ini mempunyai banyak cabang iaitu dibahagian atas dengan banyak ranting-ranting terbentuk dimana dihujungnya ada banyak daun. Daun pokok gelam berbentuk kecil dan bujur tirus tajam dihujungnya dengan saiz daun sekitar 10 -12 cm panjang dan 3 - 5 cm lebar dengan warna hijau pekat. Daun muda lazimnya kecil dengan ujud seakan berbulu yang keluar berangkai. Pokok gelam lazimnya tumbuh disatu lokasi dengan banyak dan akan membentuk apa yang dikatakan sebagai 'Hutan Gelam'. Bagaimana pun terdapat beberapa Majlis Kerajaan Tempatan yang telah menanam pokok gelam dibeberapa lokasi tertentu seperti taman permainan atau taman rekreasi sebagai sejenis tanaman landskap yang menarik. Artikel pagi Khamis 27 Syawal 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai minyak gelam dan fakta menarik untuk ia dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog memang agak jarang tahu akan produk minyak yang berasal dari pokok gelam wangi dimana kini aia telah digunakan di negara kita malahan dilaporkan sudah mendunia. Bila membuat searching dimana memang sudah ada beberapa produk dari minyak gelam khususnya minyak gelam putih yang dijual secara runcit atau atas talian juga (Sila lihat foto disebelah). Produk ini yang dikenali sebagai minyak pokok teh didakwa memang mempunyai banyak kegunaan homeopati. Orang Asli Australia menyedut minyak untuk merawat batuk dan selsema. Dilaporkan tapal yang dibuat dari daun gelam juga sering digunakan pada luka untuk membantu penyembuhan dan mencegah jangkitan kulat. Memang terdapat juga laporan dimana bahagian daun gelam yang dikunyah didakwa ia  membantu meredakan sakit kepala dan penyakit lain. Dalam membaca laporan lain dinyatakan dimana antara k
hasiat pokok gelam kayu putih dimana buahnya (fruit) adalah apabila direbus bersama daun cucur atap lalu air rebusannya diminum untuk mengatasi pelbagai masalah perut. Dalam pada itu bahagian daun (leaf) pula sesuai dibuat sebagai 'teh herba' untuk diminum bagi perawatan penyakit busung dan asma. Paling diviralkan pada penulis blog adalah produk 'minyak gelam' yang diperoleh dengan cara proses penyulingan daun gelam. Dilaporkan kuantiti sedikit minyak gelam boleh ditelan (sebagai tonik) bagi mempercepatkan degupan jantung, merangsang peluh dan juga mengatasi masalah kekejangan. Kehebatan lain juga termasuk ia dapat merawat asma, batuk, cacing dalam perut dan usus, jangkitan pada sistem kecing, selesema, kejang perut dan perut memulas dan untuk mengaktifkan otak dan badan. Cara guna dengan mengambil sedikit minyak gelam dicampur dengan sedikit gula dan ditelan untuk merawat mulas perut dan kolera, sebagai tonik perut, metenteramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak gelam yang dicampur kapur lalu sesuai untuk disapu pada kaki bagi kurangkan sakit gout. Minyak gelam juga digunakan untuk mengurut sakit sendi, lenguh anggota, gigitan serangga, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit tekinga, kejang otot kaki, pelbagai penyakit kulit, kulit lecur atau terbakar,menghalang jangkitan, mencuci luka, masaalah reumatisme dan sakit saraf dikepala dan muka. Minyak gelam boleh dihidu untuk mengubati penyakit bengkak membran mucus dalam hidung dan selesema. Pokok gelam putih ini apabila kulitnya ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk untuk mempercepatkan bisul masak dan mengeluarkan nanah. Kegunaan lain minyak gelam yang sesuai seperti sebagai bahan perisa masakan dan pewangi yang memang ia menyegarkan dalam bahan pembersih, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan produk campuran bagi sabun.


Dalam beberapa media tempatan yang dirujuk dilaporkan '
Ekstrak minyak pati gelam jana pendapatan' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Kisah dari Kuala Nerus, Terengganu menyatakan pokok gelam yang tumbuh meliar sering dilihat tidak berguna didapati ia sebenarnya dilapor mempunyai nilai komersial tinggi serta boleh menjana pendapatan lumayan. Daun pokok gelam sebenarnya sudah digunakan secara tradisional oleh masyarakat zaman dahulu terutama untuk rawatan luka dan menghilangkan pening. Hakikatnya pada penulis blog tidak ramai yang tahu produk minyak pati dari daun pokok itu kini sudah digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk menghasilkan produk kecantikan, kebersihan, alahan kulit dan kesihatan. Minyak pati gelam atau Cajupati juga digunakan sebagai sebahagian daripada produk ubat herba untuk melegakan simptom batuk, selesema, minyak urut dan aromaterapi. Menyedari nilai komersial tinggi itu, pasukan penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta alat penyulingan khas bagi membolehkan penduduk di negeri ini memproses minyak pati berkenaan di rumah. Bagi Ketua penyelidik terlibat iaitu Prof Madya Dr Hafizan Juahir nyatakan dimana dalam usaha menukarkan 'waste to wealth' (bahan buangan kepada kekayaan) maka pihak ESERI telah bentuk peralatan penyulingan mesra komuniti bagi membolehkan pengekstrakan minyak daun gelam dilakukan sendiri penduduk kampung pada kos paling murah. Foto sebelah juga menunjukkan minyak yang berjaya dihasilkan daripada daun gelam. Dilaporkan mengikut pasaran terkini 100 mililiter (ml) minyak pati Cajupati yang dijual harganya yang boleh mencecah sehingga RM1,500/100 mililiter
iaitu satu nilai yang baik. Apa pun penyebaran maklumat terlebih dahulu penting diberikan kepada masyarakat kerana ramai tidak tahu daun pokok gelam mempunyai nilai komersial dan mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan serta antarabangsa. Apa pun berdasarkan hasil kajian bersama soal selidik serta pemerhatian pasukan saintis ini mendapati pokok ini tumbuh melata dan kelihatan tidak bernilai di mata penduduk tempatan. Disebaliknya kini pokok gelam ini didapati mampu membantu menjana pendapatan komuniti setempat.


Dilaporkan dimana k
ualiti minyak gelam memang ia dikaji secara berterusan terutama aspek kajian perbezaaan kualiti minyak yang terhasil daripada sampel daun pokok gelam yang dikutip di negeri berbeza di seluruh Semenanjung Malaysia. Dilaporkan pati minyak berkenaan diekstrak di dalam makmal kita dalam tempoh empat jam dengan suhu lebih 100 darjah celsius. Proses penyulingan dijalankan di makmal ini membolehkan pihak kami menguji kualiti minyak dan komposisi bahan kimia organik yang terdapat dalam daun pokok gelam. Dakwa Dr Hafizan dimana kajian dijalankan oleh pihaknya juga mendapati kawasan tanah dan cuaca tropikal di Malaysia berpotensi besar untuk menjalankan penanaman pokok berkenaan secara besar-besaran dan hasil minyak pati yang diperoleh boleh dieksport ke pasaran antarabangsa. Apa pun sekiranya penggunaan minyak ini meluas di dalam negara maka kelak ia akan dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk. Kehebatan minyak ini akan beri peluang terutama masyarakat luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan menerusi aktiviti menanam dan mengutip daun gelam sebelum diserahkan kepada kami untuk proses penyulingan. Dilaporkan 'Minyak Cajuputi' mempunyai sifat anti inflamasi dan sedatif dengan baunya menyenangkan dan ia boleh digunakan bagi mententeramkan fikiran dan ia dapat meredakan sakit. Media lain laporkan 'Kelab Belia ‘buat duit’ daripada produk pokok gelam' dimana di Setiu ramai tidak menyangka apabila produk berasaskan pokok gelam yang diusahakan Kelab Belia Padang Jejawi sejak tiga tahun lalu mampu menjana pendapatan kira-kira RM20,000 sebulan. Dilaporkan pengerusinya, Mohd. Noor Azri (35) dakwa dimana mereka menghasilkan lima produk iaitu air hidrosol, minyak sapu, sabun mandi, cecair sanitasi dan balm. Produk yang diusahakan 10 ahli kelab belia itu dihasilkan melalui proses yang teliti bagi mengekalkan kualiti pada tahap terbaik sebelum dijual pada harga antara RM10 hingga RM20 untuk setiap satu. Menerusi kajian saintifik dimana air rebusan atau ia dipanggil hidrosol yang merupakan produk paling laris,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemprosesan Minyak Gelam Kampung Padang Jejawi (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selain bermanfaat dari sudut kesihatan dan perubatan, minyak gelam berpotensi dibangunkan sebagai industri utama seperti dilakukan negara jiran, Indonesia. Usaha Kelab Belia Padang Jejawi itu mendapat sokongan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia dalam bentuk dana RM25,000 untuk pembelian empat unit mesin pengekstrakan serta latihan. Pihaknya juga merancang membangunkan beberapa produk baharu untuk dipasarkan dengan lebih meluas antaranya ubat gigi dan syampu. Sebanyak 70 peratus pengeluaran pokok gelam di negara adalah di Terengganu dan antara yang mengkaji kelebihannya ialah Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) serta Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Selain daripada menghasilkan produk baharu kini merekajuga merancang meningkatkan kualiti pembungkusan dan pemasaran bagi membolehkan ianya dieksport ke luar negeri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MINYAK GELAM... DARI DAUNNYA...
DIBUAT KAJIAN... DI ESERI, UNIZA...
MINYAK BERKHASIAT... MAHAL JUA...
USAHAWAN MENCUBA... OLEH BELIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.