Friday, May 19, 2023

6 JENIS BUNGA PERLU ADA DI LAMAN RUMAH (Pt 2)

TANAMAN BUNGA HIASAN
(Ornamental Plants) dihalaman rumah merupakan satu aktiviti yang penting untuk menambah akan keindahan permandangan dikeliling rumah. Sama ada tinggal dirumah kampong, rumah banglow, rumah teres, rumah flat atau rumah kondo semuanya boleh di hiasi dengan tanaman pelbagai jenis bunga. Ada banyak jenis dan cara tanaman bunga boleh dilakukan dimana semuanya adalah bergantung kepada minat dan ilmu yang memang diperlukan. Terdapat tanaman bunga diluar rumah dibawah panas matahari, bunga yang sesuai ditanam didalam rumah, diletakkan didalam bekas khusus mengandungi air dan disesuaikan dengan kawasan yang sempit. Di Malaysia ini ada banyak nurseri dan kedai yang menjual pelbagai jenis bunga daripada yang bersaiz besar berbentuk pokok sehingga tanaman kaktus mini didalam bekas yang amat kecil dimana ia sesuai diletakkan didalam bilik tidur diatas meja atau tepi katil. Pada penulis blog berbanding dengan kawasan rumah dikampung dimana situasi kehidupan dibandar ini biasanya terasing daripada pokok-pokok hijau kerana kedudukan rumah yang agak rapat seperti kawasan rumah teres. Ada kalangan penilik rumah dibandar yang mana apabila mejenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit menghijau sebalika dia akan melihat nampak jiran dekat blok sebelah menyidai baju, tempat kenderaan diletakkan atau timbunan sampah yang tidak menarik. Bila keluar rumah pula akan menyedut udara yang mungkin penuh dengan asap kereta, bsu busuk dan kurang enak serta ini menjadikan seseorang itu akan menjadi keadaan 'sress' yang tidak dalam dielakkan. Pada penulis blog bergantung kepada jenis rumah, saiz rumah, lokasi rumah dimana semuanya berpeluang untuk menanam bunga hiasan yang asli bukan bunga plastik yang boleh disusun dan ianya diletakkan dikawasan strategik. Selalu dilihat dipasaraya terkenal ada promosi jualan tanaman keliling atau dalam rumah dijual dengan pelbagai jenis pilihan. Penulis blog yang berkunjung kekomplehks belibelas dan pasaraya melihat ia ada yang dijual RM1 satu unit sehingga kepada yang berharga ratusan ringgit sedia dibawa pulang untuk dijadikan tanaman hiasan dirumah terutama untuk diletak dalam rumah sendiri. Kelebihan pokok sebanr adalah kerana ia mampu untuk menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksijan yang diperlukan untuk pernafasan manusia. Elakkan membeli jenis bunga plastik ayang dijual dengan sangat banyak pilihan, tahan lama, berwarna warni dan menawan tetapi ia tidak menyumbangkan kesegaran dirumah dan bekalan oksijan. Menanam tanaman pokok bunga dikawasan rumah selain menambah kecantikan ia juga mampu untuk mengurangkan kemurungan penghuninya, membantu peredaran udara dalam rumah, membantu memori dan kesihatan mental serta terkini ia memang dapat mengurangkan kesan cuaca panas. Perlu dipupuk hobi untuk menanam bunga, tanaman ulam-ulaman, tanaman hiasan, tanaman herba dan sebagainya yang mana ia disesuaikan dengan persekitaran untuk faedah kebaikan. Apa pun artikel pada kedinginan subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info enam jenis pokok bunga yang sesuai ditanam diluar rumah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


(4) BUNGA SIANTAN
Bunga Siantan (Ixora spp) merupakan sejenis bunga dari keluarga Rubiaceae yang ditanam di kawasan keliling rumah kampong penulis blog di Gersik, Muar, Johor. Ia juga dilihat ada di taman-taman bunga sebagai pokok hiasan dan juga pokok pagar. Terdapat lebih dari 500 spesis pokok bunga siantan diseluruh dunia dengan pelbagai bentuk bunga, warna dan habitat serta marfologi yang berbeza. Pokok Bunga Siantan juga di panggil sebagai Long Chuan Hua (China), West Indian Jasmine ; Jungle Frame ; Jungle Geranium (English) dan bahasa lain seperti santan, Ponna (India); Chan Tannea; Techi ; Jarum-jarum dan Pan. Antara spesis bungan siantan yang popular di Malaysia adalah Bunga Siantan Merah (Ixora chinensis atau Ixora coccinea), Bunga Siantan Putih, Bunga Siantan Oren dan Bunga Siantan Kuning. Pokok Bunga Siantan merupakan tumbuhan yang tumbuh renek dan menegak dengan tahap ketinggian maksima 4-6 kaki (1.2 - 2 m) dan selalunya berbunga sepanjang tahun. Pokok siantan mempunyai banyak cabang dimana batangnya berwarna coklat kehitaman. Bagaimana pun batang siantan yang masih muda mempunyai warna coklat kemerahan. Daunnya berwarna hijau gelap dengan susunan bertentangan atau bersilang dan ukuran 6-13 cm panjang serta 3-4 cm lebar. Daun siantan adalah berdaun tunggal dimana hujung dan pangkal daun berbentuk tajam serta daunya berkilat. Semua spesis bunga siantan keluar secara berumpun dari pangkal ranting dengan mempunyai 5 kelopak dan warna dari merah, putih, kuning, oren dan sebagainya. Buah siantan berwarna merah keunguan berbentuk bulat dengan saiz 7-8 mm. Tanaman bunga siantan ini pada penulis blog paling mudah ditanam dan dijaga.


(5) BUNGA RAYA
Pokok Hiasan Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis) merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia yang banyak ditanam sebagai tanaman hiasan dihalaman rumah, ditepi jalan, di kompleks pejabat, di taman bunga dan banyak premis lain. Pada penulis blog yang telah menanam beberapa spesis bunga raya mendapati diantara bunga raya yang popular adalah yang berwarna merah, merah jambu, putih atau jingga (Sila lihat foto disebelah) memang cantik apabila mekar terutama jika ada banyak kombinasi warna. Pokok bunga raya merupakan bunga yang mudah ditanam dengan keratan batang sama ada ditanam diatas tanah atau pun didalam pasu yang bersaiz agak besar. Pokok bunga raya yang dijaga baik dan subur akan boleh tumbuh agak tinggi (2-3m) dan amat tahan lasak dalam banyak keadaan dan kurang diserang perosak dan penyakit. Daunnya yang berwarna hijau dengan banyak dahan membolehkan pokok bunga raya amat digemari ramai untuk sessi berfoto ditaman-taman. Kini dengan teknologi biakbaka yang baru terdapat banyak kombinasi warna bunga raya yang dilihat dalam sekuntum bunga menjadikan nilai pokok bunga raya meningat tinggi dipasaran. Peminat tanaman bunga raya boleh mendapatkan sumber benih daripada rumah teman atau beli sahaja di nurseri yang mempunyai banyak pilihan. Amat cantik juga dicampurkan bersama beberapa jenis bunga lain dimana ia akan menceriakan halaman rumah.


(6) BUNGA LIDAH BUAYA
Tanaman Pokok Lidah Buaya (Aloe vera) pada penulis blog merupakan tanaman hiasan yang mudah ditanam dan dijaga. 
Tumbuhan ini adalah mudah didapati daripada keluarga Xanthoreaceae yang ada beberapa jenis. Dikalangan masyarakat tempatan ia dikenali sebagai pokok lidah buaya. Penulis blog ada menanam dua pasu pokok ini diletakkan di kawasan letak kereta dan mendapat sinaran matahari (Sila lihat foto disebelah). Pembaca semua boleh membaca artikel yang saya tulis mengenai tumbuhan ini dengan pautam iaitu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Ia mudah dibiakkan dengan jenis tumbuhan renek ini mempunyai cairan yang mana dimanfaatkan didakwa jenis bagai penyubur rambut, penyembuh luka dan mulai dikembangkan sebagai bahan asas dalam industri kosmetik, farmasi dan makanan-minuman kesihatan ini. Bagaimana pun kajian terkini juga mendapati lidah buaya yang ditanam dirumah ternyata ia juga mempunyai kemampuan sebagai penyerap gas tercemar atau bahan polutan atau toksik kepada manusia. Tumbuhan Aloe vera dikatakan memang mampu meneuteralkan jenis racun seperti jenis racun benzin, formaldehyde (formalin) dan serta berbagai bahan kimia lainnya. Menanam pokok ini dirumah amat sesuai diletakkan juga didalam rumah sebagai indoor plant tetapi perlu ianya dikeluarkan selalu untuk mendapatkan cahaya matahari.  Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info atau maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIRUMAH SENDIRI...MENANAM BUNGA...
PILIH YANG SENANG... MUDAH DIJAGA...
TUMBUH BAIK...IA SEJUKKAN MATA...
RUMAH DI MELAKA... DAN DIPUTRAJAYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Taman Cendana, Melaka,
Malaysia.
(18 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.