Monday, May 8, 2023

RAGI DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

RAGI (Yeast)
merupakan sejenis agen yang digunakan dalam proses fermentasi terutama dalam menyediakan makanan. Ragi lazimnya merujuk kepada mikro-organisma sama ada ia dari jenis Bakteria atau Kulat yang menyebablkan proses fermantasi. Di Indonesia ragi juga dipanggil sebagai 'Fermen' sementara dalam Bahasa China di panggil sebagai 'Qu' atau 'Chu', dalam bahasa Korea (Nuruk ; Meju), dalam bahasa Jepun (Koji), dalam bahasa India (Marchaar ; Ranu ; Bakhar ), Bahasa Tagalog Filipina (Bobod) dan Bahasa Thailand (Loopang). Ragi di Malaysia banyak dikaitkan dengan aktiviti membuat tapai pulut, tapai ubi, tempe, minuman kesihatan dan pelbagai jenis makanan lain lagi. Di Kawasan pendalaman Sarawak dan Sabah dimana ragi sering dikaitkan dengan pembuatan 'Air Tuak' iaitu di kawasan perumahan seperti rumah panjang kaum dayak. Apa yang unik dimana sejak dahulu nenek moyang kita menggunakan ragi untuk membuat proses bioteknologi bagi membuat tapai ubi atau tapai pulut yang sangat manis dan dihidangkan didalam majlis-majlis seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Budaya di Melaka ketika majlis kenduri kahwin memang sering dihidangkan tapai pulut dan agar-agar merah (gula batu) sebagai buah mulut dimana ia sering dihidangkan terutama dikawasan kampong. Ragi apa yang penulis blog faham selalunya berfungsi didalam proses penapaian bahan-bahan makanan yang mengandungi banyak karbohiderat dan gula. Pada penulis blog dimana dalam proses penapaian (Fermentation process) lazimnya ragi akan menukarkan gula (sugar) kepada Karban dioksida (CO2) dan juga Alkohol. Peranan ragi dalam pembuatan minuman alkohol telah diketahui berkurun-kurun lamanya dimana pengusaha akan memproses pelbagai bahan hasil tanaman untuk membuat minuman beralkohol dan minuman arak. Beberapa rujukan yang dibuat dari buku mendapati organisma yang sering dikatakan sebagai ragi di tempat kita adalah dari kumpulan Rhizopus, Aspergillis, Mucor, Amylomyces dan juga Endomycopssis. Sebenarnya terdapat sebanyak 1,200 spesis mikrob yang dikatakan sama berfungsi seperti ragi dimana dilaporkan kurang dari 1% daripada spesis kulat yang ujud didunia ini. Di negara kita dan di Indonesia ragi untuk membuat tempe telah di komersilkan sebagai satu produk barang dagangan yang mudah didapati dan dibeli dari kedai-kedai runcit. Tempe adalah satu produk istimewa yang memang enak dan berkhasiat kalangan masyarakat dimana sahaja. Artikel tengahari ini selepas pulang dari KLIA2 iaitu didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Ragi untuk menjadi bahan rujukkan pembaca blog semua.


Fakta ke empat adalah dimana kaedah terbaik bagaimanakah cara p
enyimpanan ragi agar tahan lama atau awet.  Asasnya adalah dimana agar ragi tahan lama maka sebaiknya ia disimpan dalam bekas yang tertutup dengan kemas dan dalam bekas aluminum foil kerana cara ini ia mampu bertahan hingga 12 bulan (Sila lihat foto disebelah). Selalunya jika ragi disimpan dengan cara menggunakan kemasan plastik saja maka biasanya hanya boleh bertahan hingga 3 bulan sahaja. Hasil kajian dilakukan dimana ragi yang agak padat dalam keadaan normal lebih cepat rosak dan akan kehilangan daya penapaian jika disimpan dalam suhu 2°C selama 4 - 5 minggu. Ragi yang padat harus selalu disimpan ditempat sejuk atau dingin iaitu seperti peti sejuk. Ragi yang telah rusak memang ia tidak layak untuk digunakan dalam pembuatan makanan kerana apabila ragi tersebut sudah tidak dapat berfungsi dalam proses fermentasi lagi. Kajian menunjukkan dimana agar keadaanya tetap baik dan tidak kehilangan keupayaannya makan ragi harus disimpan pada suhu 4.5 °Celcius . Keadaan ragi akan semakin memburuk apabila disimpan pada udara yang panas sebab udara panas akan meyerap haba dan kemudian akan menjadi pecahan kecil-kecil atau hablur (remah). Adanya pecahan kecil ini ia merupakan pertanda awal dimana didalam ragi telah terjadi proses fermentasi yang dikenal dengan istilah 'autolysis' yang disebabkan oleh enzim dari ragi itu sendiri. Pada akhirnya ragi akan berubah bentuknya dimana ia menjadi bahana yang apabila dipegang sedikit melekit, berbau tidak enak, berwarna gelap dan tidak boleh digunakan lagi. Apabila ragi tersebut sudah ada tanda ini sebaiknya ia di buang sahaja.


Dalam beberapa rujukkan dimana didakwa pada umumnya ragi adalah bahan yang digunakan dan ia berfungsi atau pun ia berperanan sebagai bahan 'pengembang adunan semasa membuat roti dan pelbagai produk lain' makanan sepertinya. Bukan hanya itu saja dimana dilaporkan bahan ragi juga membantu dalam membangkitkan bau atau aroma kepada roti. Dilaporkan dimana kebanyakan pengusaha membuat roti sendiri dirumah akan menggunakan 'ragi instant' kerana ia didapati lebih praktikal semasa membuat adunan roti. Namun perlu juga ia diperhatikan dimana kalau bahan aktif yang terdapat pada ragi boleh mati jika tidak disimpan dengan cara yang betul menyebabkan adunn yang dibuat tidak menjadi. Maka akan kecewa apabila ragi mati akhirnya kan merosakkan adunan membuat roti yang ditunggu oleh ahli keluarga untuk menikmatinya. Dalam penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana ada beberapa cara untuk menyimpan ragi instant yang betul agar bahan ragi tetap aktif dan tahan lebih lama. Cara terbaik untuk simpan ragi instant adalah didalam peti sejuk bagi jenis ragi instant yang mempunyai bentuk seperti serbuk kering yang lebih kecil dari ragi kering. Ragi instant dilihat ia memang mempunyai daya tahan yang kurang tahan lama dibandingkan jenis ragi lainnya. Biasanya ragi instant ini akan dijual dalam bentuk kemasan sachet. Semasa pengguna ingin menggunakannya dengan kuantiti yang sedikit sahaja sebaiknya ragi instant yang masih berbaki lagi dalam bungkusan sachet ini disyorkan agar dipindahkan ke dalam bekas seperti balang atau botol kaca atau bekas plastik yang mana ia adalah kedap udara. Sebaiknya bagi tujuan untuk menyimpan ragi instant sehingga berbulan-bulan maka disyorkan agar menyimpannya didalam bekas yang kedap  udara dan diletakkan dalam peti sejuk atau freezer sejuk beku. Jika tidak mempunyai bekas kaca yang kedap udara maka boleh juga bekas ragi instant yang dikoyakkan atau digunting dengan cermat ini dilekatkan semula dengan menggunakan selotip kuat dibahagian terbuka agar tertutup rapat dan kuat. Ia juga sebaiknya diletakkan dalam peti sejuk dimana ia akan dapat 
bertahan hingga enam bulan.


Kalau di Malaysia ramai pembaca blog pernah membeli atau melihat ragi jenama Mauri-pan (Sila lihat foto disebelah) untuk membuat kueh donut, roti dan kuih apam serta lain-lainnya tetapii di negara jiran Indonesia mereka mempunyai jenama Fermipan. Merujuk kepada Jakarta Post dimana ragi jenama seperti 
Fermipan ini adalah salah satu produk ragi instant yang popular. Dengan kata lain dimana produk fermipan adalah salah satu bahan pengembang instant iaitu dari Jenis Ragi Kering. Ragi atau dikenal juga dengan sebutan 'yeast' ini juga adalah produk merupakan bahan yang mengandungi mikroorganisme dari jenis Saccharomyces cerevisiaeRagi salah satu bahan asas didalam membuat kueh tertentu ataupun roti untuk dijadikan produk makan sendiri atau dikomersilkan. Lazimnya produk ragi mempunyai fungsi untuk memfermentasi karbohidrat dan menghasilkan CO2 (karbon dioksida) dan menciptakan alkohol dalam tepung. Tidak hanya digunakan untuk membuat kueh atau roti dimana dilaporkan bahan ragi juga boleh ia sesuai digunakan untuk membuat makanan yang lain seperti acar, tempe, tapai dan minuman beralkohol. Ragi instan seperti fermipan sangat mudah ditemukan di pasaran. Bahkan ada kalangan pembaca blog juga selalu membelinya di kedai runcit sahaja atau dipasaraya. Bagaimana pun uuntuk dapat menghasilkan makanan berasaskan ragi yang enak dan berkualiti sebaiknya adalah penting untuk memperhatikan cara penggunaan ragi instant fermipan yang baik dan cara yang betul.  Kegunaan Fermipan sama seperti ragi lainnya adalah bahan untum menaikkan adunan yang kemudiannya akan digunakan untuk membuat kueh atau roti agar menjadi lebih kembang. Cara tindakan fermipan adalah ia dicampurkan dengan gula dan air dimana ia kemudian akan mengubah gula menjadi karbondioksid sehingga adunan roti atau kueh menjadi mekar sesuai yang resepi yang diinginkan. Apa pun lazimnya selain dapat adunan jadi mengembang dimana bahan fermipan juga dapat menambah cita rasa pada roti atau kueh tersebut. Manfaat lain yang dihasilkan dari fermipan ini adalah berkaitan dengan sifatnya yang 'instant' yang membuat proses pembuatan kueh menjadi lebih mudah dan cepat. Apa pun produk fermipan atau di Malaysia produk Mauri-pan ini juga tahan lama dan ia boleh disimpan dengan cara betul agar lebih tahan lama untuk digunakan. Sebaiknya sisa bahan ragi ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk.


Fakta menarik bagaimana cara dalam menggunakan bahan ragi instant seperti Mauri-pan dan fermipan ini sesuai juga diketahui. Teknik yang betul dalam guna bahan ragi ini perlu 
diperhatikan kerana ia sedikit sebanyak akan menentukan kelak keberhasilan roti atau kueh yang akan dibuat. Penggunaan Mauri-pan atau  fermipan biasanya hanya 2.5% saja kadar maksima dari jumlah takaran tepungnya sebagai agen untuk mengembangkan adunan. Fermipan sama seperti produk ragi instant  di mana ia harus segera digunakan sebaik sahaja ia dibuka agar cara tidaakbalasnya jadi lebih maksima. Periksa agar dapat mengetahui apakah fermipan berfungsi dengan baik atau tidak dengan periksa ragi tersebut melalui dengan cara memasukkan sedikit fermipan ke dalam air hangat. Jika masih muncul buih dilihat maka fermipan tersebut masih lagi dalam keadaan baik untuk digunakan. Penting diingatkan agar perlu diingat bahawa ragi instant ini tidak sesuai untuk dicampurkan dengan garam sebab ia dapat membunuh mikroorganisme di dalamnya. Agak pelik fakta dimana ragi ini tidak hanya berguna untuk makanan tetapi ia ternyata adalah juga baik untuk perawatan kulit. Produk ragi ini dilaporkan dapat untuk membantu menghidrasi kulit. Kehebatanragi untuk perawatan kulit yang pertama adalah dapat menghidrasi kulit. Perkara ini tidak lepas dari bahan khusus iaitu kandungan lipid yang ada dalam ragi bertindak sebagai biosurfaktan. Unsur ini membantu melembabkan dan menutrisi kulit anda. Umumnya proses hidrasi merupakan unsur penting bagi semua yang menginginkan kulit sihat. Kandungan biosurfaktan dalam kes ini meningkatkan proses hidrasi pada kulit anda. Meski pun ia sesuai digunakan akan tetapi perlu diperhatikan kerana apabila pengguna juga tertarik membuat masker ragi pastikan agar jangan mencampur pula dengan campuran rawatan yang lain. Ini disebebkan dimana iamungkin boleh menyebabkan mengaktifkan ragi sedangkan sebahagian produk perawatan kulit lainnya bersifat non-aktif yang menrosakkan pula kulit. Dalam kes lain fakta mendapati dimana manfaat ragi untuk perawatan kulit yang selanjutnya adalah dapat membantu mempertahankan integriti kulit. Bagi sesiapa yang sering menghabiskan waktu di luar rumah dimana tanpa disedari gangguan pencemaran akan hinggap pada permukaan kulit yang menyebabkan kulit akan tampak kusam. Kandungan vitamin B pada ragi mampu menangalkan akan partikel jahat dengan meningkatkan integriti kulit. Cara ini akan elakkan kekotoran pada kulit untuk melawan timbulnya jerawat serta mencegah peradangan kulit. Ragi memiliki sifat antioksidan yang sangat baik dimana bahan Beta-glukan boleh membantu dalam proses pergantian sel melalui proses detok (detoxicfication) fdan akhirnya membantu mencerahkan kulit. Fakta menegnai penggunaan ragi pada kulit adalah dimana penggunaan ragi sesuai untuk perawatan kulit dimana produk kosmetik akan menjadi tahan lebih lama. Ini kerana ragi membuat bahan-bahan produk kulit mudah diserap serta meningkatkan ketahanan kosmetik. Bahan Asid Amino dan zat Peptide akan berfungsi untuk membantu pergantian sel kulit dan juga meningkatkan sintesis kolagen. Artikel ini ditulis dalam tiga (3 segmen) iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai untuk dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!..
NAMANYA RAGI... SELALU DIGUNAKAN...
MAKANAN LEMBUT... MUDAH DISEDIAKAN...
MEMBUAT RAGI... IA SUDAH DIAJARKAN...
MEMBACA ARTIKEL... FAKTA DIPAPARKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.