Sunday, March 19, 2023

KAWAL MONYET DENGAN ULAR PLASTIK?

MONYET
atau KERA (Monkeys) merupakan salah satu haiwan yang diketegorikan sebagai perosak tanaman terutama buah-buahan dan jenis tanaman lain. 
Ada juga petani yang memberikan umpan makanan yang telah dicampur dengan racun kepada monyet dan memasang perangkap. Saya sudah menulis beberapa artikel mengenai bagaimana cara mengawal kehadiran monyet atau kera kedalam kebun dalam blog ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dijadikan rujukkan. Ada kaedah dimana kalangan petani dilaporkan memberikan makanan beracun sebagai umpan untuk dimakan monyet dan akibatnya ia akan menyebabkan monyet itu kehausan dan mencari air untuk minum dan kemudian ia akan mati. Monyet lain yang tidak makan akan membiarkan umpan tersebut apabila melihat rakan kumpulannya telah mati. Bagaimana pun cara ini merbahaya untuk binatang lain yang memakannya umpan tersebut termasuk haiwan ternakan petani. Penggunaan pemberian racun ini sangat merbahaya dalam rantaian habitat dimana ia dipanggil sebagai 'racun 7 keturunan' iaitu jika biawak atau gagak yang makan bangkai monyet kena racun tersebut pun akan mati sama.  Penulis blog juga nyatakan dimana ada satu lagi petua menghalau gerombolan monyet yang didakwa mengganggu disekitar kampong dan kebun iaitu dengan cara menangkap KETUA MONYET dan kemudian disembur cat dengan warna merah atau putih dan dilepaskan kepada kumpulannya. Apa yang dipercayai berlaku adalah dimana ia akan melarikan diri atau disingkirkan dari kumpulan monyet yang tidak akan datang mengganggu lagi maka ia akan menyebabkan monyet kurang menganggu tanaman dikebun. Bagaimana pun artikel kali ini pula saya kupas kaedah yang viral dalam Facebook iaitu kaedah menggunakan ULAR GETAH PLASTIK diletakkan dikebun dimana ada gangguan oleh monyet. Ular getah plastik ini ada dijual dengan pelbagai saiz, warna dan juga bentuk boleh boleh menakutkan sang monyet. Artikel pada malam ini sambil menonton perlawanan bolasepak JDT vs Selangor (JDT Menang 4-0) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah viral bagaimana kaedah ular sawa plastik mampu kawal monyet dikebun.


Ular Plastik kini mudah didapati ada dijual secara on-line dalam Shopee atau Lazada atau portal lain dengan mudah untuk ia diperolehi. Disemak dari iklan dimana harga ular plastik adalah diantara RM7.00 (berukuran kecil) sehingga RM43.00 seekor (ular sawa yang bersaiz besar - inflatable). Ada berbagai warna ular plastik dipasaran biasa yang mungkis juga sesuai digunakan untuk tujuan ini. Ada beberapa petani yang penulis blog pernah jumpa semasa bertugas di Pahang dahulu pernah menggunakan ular plastik dan harimau untuk kawal kehadiran monyet dan babi hutan didusunnya. Dinyatakan dimana ia sangat berkesan pada peringkat awal dia guna tetapi kemudian agak kurang berkesan jika menggunakan ular dan harimau sama. Sebaiknya ia digilirkan dengan cara lain mengawal monyet seperti didlam tulisan saya sebelum ini. Ular Sawa dilaporkan paling berkesan digunakan dakwa beberapa petni kerna saiznya besar dan isinya angin yang mempu bergerak-gerak didahan pokok buah-buahan. Jenis  Ular Sawa Batik (Python reticulatus) dewasa boleh tumbuh mencecah 7meter panjangnya tetapi lazimnya adalah sepanjang purata 3 - 6 m sahaj. Ular sawa merupakan jenis haiwan reptelia yang terpanjang di dunia dimana cara menyerang mangsa adalah dengan menjerutnya. Ia akan menjerut mangsanya terutama haiwan buruannya dan menelannya. Dilihat coraknya ia mempunyai 
corak geometri kompleks yang menerapkan berbagai-bagai warna dan berbagai. Ular sawa sebagai perenang yang mahir dan bergerak dengan senyap untuk memangsa buruannya. Apa pun diaporkan antara makanan semula jadi ular ini termasuk mamalia dan adakalanya burung. Haiwan kecil sepanjang 3-4 dimakan terutamanya rodensia dan tikus selain daripada musang, monyet, babi hutan dan sebagainya. Selalunya  pada kebiasaannya ular sawa ini kelihatan mampu menelan mangsa sebanyak ¼ panjangnya dan sehingga sama dengan beratnya. Pernah dilaporkan ular swa memakan monyet.


HAIWAN MONYET
atau KERA (Sub-order: Haplorhini) adalah haiwan yang sering mudah dijumpai dikawasan taman rekreasi, kebun, kampong dan juga dimana-mana ia boleh mendapatkan makanan dan membiak. Haiwan ini adalah haiwan jenis omnivor iaitu ia lazimnya akan boleh makan tumbuhan (Bahagian buah, daun bunga, biji dan pucuk) dan juga menjadi haiwan pemangsa kepada haiwan lain yang diburunya. Terdapat lebih daripada 260 spesis monyet diseluruh dunia dimana monyet adalah jenis haiwan mamalia berdarah panas yang dari Order Primate. Monyet juga jenis haiwan yang mampu bergerak dengan cepat diatas pokok, diatas darat malahan berenang merentasi sungai. Kepantasan bergerak didahan dan batang pokok serta jarak lompatan jauh membolehkan haiwan ini akan menganggu kehidupan manusia sama ada menyerang dapor rumah atau didalam kebun-kebun petani. Kehadiran kelompok monyet atau gerombolan monyet ketika tanaman sedang berbuah hampir masak dimana ia menyebabkan petani akan marah bila berlaku kehilangan hasil pendapatan. Serangan monyet ini dengan memakan buah-buahan yang masih muda atau buah mentah apalagi kalau ia telah hampir masak. Selain daripada makan buah dilaporkan serangan oleh monyet juga akan merosakkan tanaman dengan mematahkan dahan atau menruntuhkan buah-buahan yang ada pada pokok. Kajian yang dijalankan dilaporkan dimana mendapati purata masa makan seekor monyet ialah lebihkurang selama 20 minit dan boleh makan sehingga 20 kali berat badannya. Makanannya terdiri daripada pelbagai jenis seperti buah-buahan, batang pokok, ketam, bunga-bungaan, serangga, cendawan, rumpai, malah ada kalanya memakan tanah liat. Tabiat pemakanan yang lahap itu menjadikan monyet menjadi masalah kepada para petani. Ia mudah dan cepat membiak jika mempunyai makanan yang cukup dan sering tinggal berkelompok. Apa pun ia ada musuh semulajadi dihabitatnya seperti harimau, ular, beruang dan pastinya manusia. 


Dalam portal hmetro.com melaporkan dimana 'Bantu sawa muntah monyet' oleh pihak angkatan 
Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud apabila dilapor berjaya menangkap ular sawa sedang menelan monyet peliharaan di Kampung Pirasan, Kota Belud, Sabah sesuai dirujuk. Ular Sawa itu dikatakan membaham monyet peliharaan berkenaan dalam kejadian kira-kira 8 pagi  berhampiran rumah penduduk. Apa pun dilaporkan dimana pemilik haiwan berkenaan terkejut apabila melihat ular di dalam kandang sedang membaham monyet peliharaannya.  Berikutan itu dia terus menghubungi APM Kota Belud untuk bantuan menangkap ular berkenaan. DIkatakan pihak APM Kota Belud apabila mereka tiba di lokasi mendapati ada sawa sepanjang 4.1 meter dalam kandang monyet sedang membaham haiwan peliharaan pengadu. Kemudian anggota APM mengambil kira-kira empat minit sebelum menangkap ular sawa berkenaan dimana ular seberat 32 kilogram kemudian dibawa ke pejabat APM Kota Belud untuk tindakan lanjut. Di pejabat APM tiba-tiba haiwan itu secara perlahan-lahan memuntahkan monyet yang ditelannya dimana para anggota bantu sawa itu kerana takut ular itu pula mati tercekik. Kisah ini menunjukkan dimana ular sawa juga memang 'berminat' untuk memakan monyet. Apa kata jika kaedah menghalau kedatangan monyet kekebun yang menganggu diletakkan beberapa ekor ular plastik (termasuk ular sawa plastik inflatable) yang mungkin boleh menjauhkan kehadiran monyet dikebun. Ada beberapa laporan dimana ular plastik ini dletakkan pada pokok betik, pokok durian, pokok pisang, pokok jambu batu dan dialih-alihkan mengikut kesesuaian. Ini kerana monyet akan tahu kberadaan ular plastik ini jika statik. Ada video yang menunjukkan ular plastik ini diikatkan dengan umpan (pisang dan buah-buahan) dimana ia akan mengikuti monyet yang mengambilnya!. Semuga artikel ini menjadi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ULAR SAWA PLASTIK... MUDAH DIBELI...
LETAK DIPOKOK... MONYET JADI NGERI...
ALIHKAN KEDUDUKAN... BEBERAPA HARI...
KITA BERUSAHA... SEMUGA IA MENJADI...

By,
M Anem,
Room Suite 2, Tingkat 3,
VI Boutique Hotel, Penambang,
Kuala Selangor, Selangor,
Malaysia.
(27 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.