Saturday, March 18, 2023

HERBA MUDAH TANAM SENDIRI (PART 3)

MENANAM HERBA
sendiri dihalaman rumah merupakan satu perkara yang mudah dilakukan kalau ada minat, ilmu asas pertanian dan mempunyai kawasan serta asas yang sesuai. Kepada mereka yang tinggal di bandar seperti dirumah pangsa atau rumah teres masih boleh menanam beberapa jenis herba dan ulam-ulaman untuk kegunaan sendiri atau dijual jika jumlahnya banyak. Malaysia yang mempunyai cukup cahaya matahari boleh menanam herba dan ulaman untuk sepanjang tahun dimana hasilnya boleh diambil terus untuk digunakan dalam masakan pelbagai jenis kuliner kegemaran. Ramai kalangan pembaca blog yang membeli keperluan dapur daripada pasar basah atau pasaraya atau pasar malam didalam mereka mendapatkan bahan ramuan masakan seperti serai, cekur, daun limau urut, cili padi daun kunyit, daun limau purut, daun salam, ulam raja, daun pandan, halia, kunyit, daun kesum, daun bawang, daun kari, daun pudina dan lain2 lagi. Kalau sebelumnya ada pembaca blog ini yang menanam banyak tanaman hiasan dan bunga-bungaan untuk tujuan bagi mencantikkan halaman rumah kini disyorkan juga untuk menanam jenis tanaman herba yang boleh dimakan dan mampu mengurangkan kos belanja dapur. Tanaman herba ini yang boleh dipetik bila-bila masa untuk dimasak di dapur. Mereka yang tinggal dirumah yang ada ruangan kecil atau di rumah pangsa sebenarnya masih boleh menanam tanaman herba ini. Mereka yang mana hobinya suka berkebun di balkoni antara langkah penting perlu difahami adalah cara melakukannya. Pastikan untuk tujuan menyediakan ruang sesuai yang dapat cahaya matahari dan tidak menghaang laluan. Boleh juga dibina rak-rak sesuai dengan keperluan. Dapatkan bahan keperluan seperti media tanaman, benih, baja, sistem pengairan, bekas dan rak-rak untuk disusun tanaman. Pastikan untuk sediakan buku aeakan rekod ladang yang boleh dijadikan rujukkan dengan lekatkan notis bila tarikh menanam, pembajaan dan bila masa untuk menuai hasilnya. Memiliki kebun dapur sendiri adalah satu pilihan popular di kalangan mereka yang suka bercucuk tanam kerana ia bukan saja memberikan peluang untuk menikmati hasil segar tangan sendiri tetapi juga dapat menanam akan pelbagai jenis herba dan rempah yang menambahkan lagi rasa sedap masakan dirmuah. Tanaman dikebun dapur merangkumi mana-mana ruang (luar dan dalam) yang boleh anda gunakan khususnya untuk tanaman menambah rasa dalam makanan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan akan beberapa jenis tanaman herba sesuai ditanam sendiri dirumah untuk menjadi bahan rujukkan kepada pembaca semua.


(9) DAUN KUNYIT

Tanaman Kunyit (Cucuma domestica val.) adalah sejenis tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae yang mana selalaunya akan diambil umbisinya untuk pelbagai kegunaan. Daun Kunyit pula adalah bahagian daun kunyit yang selalu digunakan untuk masakan seperti singgang ikan dan pelbagai kegunaan lain yang sesuai dtanam sendiri dirumah (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan Kunyit merupakan tumbuhan herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan dengan ketingginannya mampu mencapai 1 meter dimana ia sealalu adalah berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya membentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahagian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Untuk mendapatkan rizom bahan tanaman yang sihat penulis blog nasihatkan agar memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil. Setelah ditanam cebisan pra-cambah maka ianya boleh ditanam ditengah-tengah pasu yang mengandungi media tanaman sesuai seperti cocopeat atau tanah campuran komersil. Susun ditempat yang ada banyak cahaya matahari dan disiram mengikut jadual. Pembajaan kunyit dengan menggunakan baja organik komersil pada kadar dinyatakan pada label baja tersebut. Tanaman kunyit yang khusus untuk diambil daunnya perlu dipotong beberapa helai dengan pisay pada pelepahnya sehingga tanaman meninggi dan boleh ditanam semula. 


(10) DAUN PUDINA

Tanaman daun PUDINA (Mentha pipenta) merupakan satu lagi jenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan atau pun sebagai ulam.
Tanaman Pudina sesuai ditanam sendiri dirumah dimana ia  merupakan tanaman menjalar yang cepat membesar terutamanya jika terdedah pada cahaya matahari dan disiram selalu. Tumbuhan ini mampu menjadi agresif dan menjalar ke pasu lain dan sebaiknya ia dipastikan ia kekal dalam pasu sendiri  an letakkannya di pinggir balkoni agar ia dapat menjalar di susur balkoni. Siram hanya apabila permukaan tanah kering dan pastikan lebihan air dapat mengalir keluar. Cara tanam pokok daun pudina dengan membeli daun pudina daripada kedai nurseri ataupun minta jiran yang ada menanamnya untuk ambil keratan batang daun pudina. Apabila daun pudina sudah mula berbunga sebaiknya ia hanya perlu kerat batangnya dalam 1 inci daripada tanah dimana ia akan tumbuh kembali dan disyorkan agar melakukan ini sebanyak 2 hingga 3 kali sebelum memerlukan tanaman pudina yang baru. Petik daunnya apabila diperlukan.

(11) DAUN BAWANG

Mungkin ramai tidak pasti adakah daun bawang merah (Allium cepa L) yang kita beli dipasar dan ditanam dalam pasu itu daunnya sama dengan bawang daun (Allium fitulosum). Pada penulis blog mendapati dimana bau dan bentuk mungkin sama tetapi sebenarnya ia dari spesis berbeza. 
Pokok bawang daun merupakan herba yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk panjang tirus sama ada berbentuk selinder atau leper bergantung kepada spesis. Daun tumbuh dari pangkal rumpun menegak dengan panjang yang berbeza-beza setinggi 8-12 inchi. Akar bawang daun adalah jenis akar serabut yang keluar dari bulb atau umbisi dalam tanah dan merupakan akar rambut yang cetek. Bunga bawang daun berbentuk komposit berwarna keputihan serta centrifugal berukuran 3-7 cm garispusat. Bawang daun di negara temperate mengeluarkan biji benih yang banyak bersaiz 3 mx x 2.5 mm berwarna hitam berbentuk globose. Tanaman iaitu Bawang Daun di Malaysia tidak menghasilkan bijibenih kerana sinaran matahari yang pendek. Apa pun kedua-dua bahagian ini adalah dari tumbuhan yang sama dan mempunyai fungsi tersendiri dan ia juga tumbuh dari bahagian bawah bawang lama. Daun bawang adalah sangat sesuai untuk ditambahkan ke dalam sup untuk rasa yang lebih sedap dan bahagian bawah pokok bawang digunakan oleh ramai orang sebagai bawang besar. Kalau ada yang tidak suka mengupas bawang besar kerana tidak suka menangis, gunakan bawang dari pokok bawang. Rasanya adalah hampir sama, dan ia tidak akan membuat anda menangis. Cara tanam bawang dan daun bawang (Spring onions/Green onions) dengan meletakkan bahagian bawah bawang tenggelam ke dalam air dan biarkan sehingga akar tumbuh. Akan melihat pucuk berwarna hijau mula tumbuh dan itu bermakna ia boleh memindahkannya kedalam pasu. Ketika hendak memetik daun bawang, jangan petik kesemuanya sekali. Untuk mendapatkan bawang yang lebih besar, ia memerlukan lapisan daun yang memberikan nutrien kepada setiap lapisan bawang. Jika terdapat 10 helai daun, bermakna bawang tersebut mempunyai lapan hingga 10 lapis yang sedang bertumbuh di bawah tanah. Ia mengambil masa 90- 120 hari untuk bawang tersebut tumbuh kepada saiz maksimum. Cara untuk memetik iaitu apabila ia mula untuk berbunga maka dopotong daun bawang itu dan terus gunakannya dalam masakan.

(12) DAUN SADERI

Tanaman 
Daun Saderi (celery) dengan nama botaninya Apium graviolens adalah antara tanaman yang paling berguna dan ia boleh beri hasil dalam kuantiti yang banyak hanya dengan sekali tanam sahaja. Daun saderi adalah sangat baik untuk kesihatan terutama ketika ia dimakan segar dan boleh ditanam dengan mudah dirumah. Ia didakwa memang boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan antioxidant dalam badan, dan mengurangkan keradangan badan. Ia juga sangat sedap untuk dimakan dalam salad atau sebagai snek. Bagaimana pun cara tanam saderi hanya perlukan tempat sesuai, sedikit pengetahuan dan tinggi minat dalam menanam tanaman sendiri. Sebaiknya benih diambil daripada pokok yang dibeli dipasar dan perlu lakukan dengan memotong bahagian bawah daun saderi. Ia kemudian perlu di cucuk dan gantung dengan pencungkil gigi di dalam gelas dan biarkan bahagian bawah terendam di dalam air adalah ini untuk mengelakkan bahagian yang lain rosak. Jika dillihat daun-daun kecil tumbuh dari bahagian tengah dan akarnya semakin tumbuh ke bawah. Pindahkan ke dalam tanah apabila akar mencecah satu inci panjang. Letakkan baja dan pastikan ia terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa yang singkat sahaja dimana kemudian akan dilihat daunnya tumbuh pada batang saderi yang tumbuh dengan sepenuhnya. Apa pun syor bagaimana cara untuk memetik dimana petik lapisan batang di bahagian luar mengikut keperluan dimana pokok saderi ini akan terus bercambah mengikut keperluan anda. Teknik menanam sendiri saderi ini bukan hanya jimat duit belanja dapur tapi anda juga dapat mengurangkan sisa bahan buangan daripada plastik dan kertas bungkusan. Memang semua pembaca blog boleh menjimatkan lagi dengan cara menggunakan sisa air basuhan beras atau air rebusan pasta sebagai air siraman yang efektif. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM HERBA... DIRUMAH SAHAJA...
PILIH HERBA...GUNA PASU ISI MEDIA...
LETAKKAN DITEMPAT... ADA CAHAYA...
CUKUP MASA... DI PETIK SENTIASA...

Created By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(25 Syaaban 1444H).
Posted from:
Suite No 2, VI Boutique Hotel,
Pasir Penambang,
Kuala Selangor, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.