Thursday, February 9, 2023

KERBAU DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

KERBAU
(Buffalow) memang haiwan yang ada fakta dan data menarik untuk penulis blog kongsikan kali ini. Kerbau adalah haiwan mamalia yang biasa menjadi haiwan ternakan popular terutama untuk wilayah di Asia termasuk di Malaysia dan Indonesia. Hasil ternakannya adalah berupa daging dan bahkan juga kadangkana kerbau ini diambil susunya untuk dijadikan penghasilan. Sejak zaman dulu dimana tenaga haiwan ini juga kerap dimanfaatkan sebagai haiwan untuk jadi penggerak, membajak dan pengangkutan yang penting. Saya ada menulis beberapa artikel sebelum ini mengenai kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan. Kerbau yang mana ia memiliki nama latin Bubalus bubalis kini semakin berkurangan akan populasinya di Malaysia kerana kurang yang menternak seperti dahulu. Memang sudah susah untuk menemui haiwan kerbau yang diternak kecuali dibeberapa buah kampong tradisional sahaja. Kisah bagaimana kanak-kanak di Terengganu yang manja dengan ternakan kerbaunya pernah viral sebelum banyak kerbau yang mati diserang penyakit. Kehebatan Muhammad Syukur Khamis (14 tahun) yang pernah menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu kini mssih menjadi ingatan ramai selepas gambarnya bersama sekumpulan kerbau tular di media sosial. Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Terengganu. Dia diraikan dalam satu majlis penganugerahan ringkas dari mendapat populariti selepas gambar yang memaparkan kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya tular di media sosial (Sila lihat foto paling bawah). Penulis blog merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dimana pada tahun 2022 mengikut Perangkaan Ternakan 2022 dianggarkan populasi ternakan lembu dan kerbau negara adalah 763,674 ekor dan saban tahun terdapat sedikit peningkatan populasi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu terdapat pengurangan yang signifikan bagi ternakan lembu dan kerbau yang diimport bagi tujuan sembelihan untuk tempoh lima bulan pertama tahun 2022. Ini kerana ia dipengaruhi oleh sekatan kebenaran membawa ternakan dari Thailand susulan daripada masaalah penularan Lumpy Skin Disease (LSD). Bagaimana pun satu mesyuarat dan perbincangan teknikal khas antara Malaysia dan Thailand diadakan bertujuan memudah cara prosedur teknikal pengimportan lembu hidup dari Thailand untuk tujuan seperti penyembelihan korban. Persetujuan bersama dicapai dengan menambah baik prosedur teknikal pengimportan lembu hidup dari Thailand untuk memenuhi keperluan bekalan bagi tujuan penyembelihan korban di Malaysia. Pada masa ini selain di Thailand dilaporkan antara negara pengeksport lembu hidup ke Malaysia ialah Australia, New Zealand dan Brazil. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan maklumat mengenai fakta menarik berkaitan kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan.


Fakta ke 11 mengenai kerbau adalah dimana k
erbau air yang biasa ditemukan di Asia sudah diternak sejak 5,000 tahun yang lalu. Kerbau air ini digunakan bagi mendapatkan daging, susu, kulit, tanduk dan juga tenaganya. Populasinya dalam keadaan kerbau liar dianggarkan sekitar tinggal 4,000 ekor saja akan tetapi dilaporkan populasi kerbau Amerika masih sekitar 900,000 ekor. Fakta ke 12 dimana bagi menentukan mana kerbau jantan mana betina tidak hanya boleh dilihat dari ukurannya tapi juga bentuk pada tanduknya. Tanduk kerbau jantan cenderung lebih panjang dan melengkung ke belakang sementara tanduk kerbau betina selalunya akan dilihat ia berukuran lebih kecil dan lurus. Bagi fakta kerbau yang ke 13 adalah dimana ketika kawanan kerbau Amerika akan mula berpindah habitat dimana mereka dalam beberapa dari mereka akan berdiri dan membiarkan anggota lain memilih jalur laluan mana yang akan diikuti. Jalur laluan yang paling banyak akan diikuti oleh anggota kawanan kerbau lain dan ia akan menjadi tujuan migrasi selanjutnya yang dipimpin oleh seekor kerbau Amerika betina. Fakta ke 14 adalah meski pun kerbau Amerika adalah jenis haiwan herbivora tetapi kerbau Amerika ini tidak akan segan untuk menyerang manusia dan predator lainnya untuk melindungi anggota kawanan. Mereka diketahui mempunyai sifat yang sangat protektif terutama terhadap anggota kawanan yang sedang sakit atau yang sudah tua. Ada banyak filem dokumentari seperti dalam National Geografik yang boleh lita lihat bagaimana kawanan kerbau Amerika ini bergerak dan mereka bertarung dengan musuh-musuhnya secara berkumpulan. Kerbau merupakan haiwan yang dekat dengan budaya masyarakat Malaysia dan Indonesia dan juga serata dunia. Salah satu bukti kedekatan haiwan bertanduk ini dengan masyarakat adalah dimana ia dijadikan sebagai salah satu lambang dalam sistem kalendar China. Kerbau dilambangkan sebagai bentuk dari semangat kerja keras atau pantang menyerah. Kerbau, lembu, atau sapi memang biasa digunakan sebagai haiwan pekerja, penyubur tanah sekaligus sebagai satu sumber protein bagi kehidupan manusia.  
 

Maklumat tentang kerbau secara canggih memang masih kurang di dapati. Habitan kerbau yang selalu berjauhan dengan kawasan manusia juga menyebabkan agak tidak banyak penyelidikan dilakukan oleh saintis. Kerabu selalu dilihat ,eragut rumput dengan ada hobi berkubang jika dianalis merupakan ia berperanan dalam membentuk ekosistem khas. Keberadaan dan populasinya pun menjadi faktor penting penentu kelangsungan hidup beberapa haiwan predator yang lain. 
Kerabat kerbau di Asia Tenggara  yang paling dominan adalah Kerbau Air yang mana ia juga dianggap sebagai spesies asli yang dikenalpasti. Apa pun kerbau yang hidup liar di berbagai habitat di Asia Tenggara agak sedikit berbeza dengan kerbau domestik yang dipelihara masyarakat di kampung. Perbezaan ini berkait dengan mana ia merupakan hasil proses penjinakan dan pemeliharaan dari kerbau liar sehinggakan ia mampu memahami arahan verbal yang di katakan oleh pemilik kerbau. Kerbau akan mendengar arahan tuannya semasa kerja-kerja membajak sawah, menarik treller muatan barangan dan juga arahan lain yang diamalkan. Tahukah anda bahawa pasar kerbau terbesar di dunia ternyata berada di Indonesia?. Pasar kerbau yang berada di Toraja Utara, Sumatra menjadikan ia  prospek perdagangan ternakan kerbau sangat berpotensi untuk dikembangkan di kedua Kabupaten dimana ianya adalah berkait dengan keperluan ternakan kerbau yang memberikan pulangan lumayan tinggi. Penternakn kerbau dikalangan masyarakay Toraraja bukanlah hal yang harus dihindari lagi kerana ia telah libatkan perdagangan ternak kerbau yang menjadi kebudayaan nasyarakat. Disini ada sistem jualbeli kerbau dimana masyarakat tempatan akan melakukan penjualan dan pembelian kerbau dengan jumlah bilangan kerbau yang banyak sehingga beribu ekor terletak di Pasar Tedong ini ialah Kabupaten Tana Toraja, Mamasa, Luwu Utara, Sumatra (Sila lihat foto paling bawah). Terdapat banyak spesis kerbau yang diniagakan disini dalam keadaan sihat dengan pelbagai harga daripadaKerbau Balaau berwarna putih kepada Kerbau Bunga dan pelbagai spesis lainnya. Pasar Kerbau atau panggilan tempatan sebagai 'Pasa’ Tedong' ini merupakan satu tarikan pelancong yang meminati untuk melihatnya. Tedong adalah nama tempatan bagi kerbai di Toraraja. Kerbau bagi kalangan masyarakat disini amat penting bagi majlis kesyukuran, perkahwinan dan kematian dimana darjat seseorang itu dikira daripada berapa ekor kerbau yang mereka miliki. Pasar kerbau terbesar didunia dahuku dilakukan satu kali dalam seminggu tetapi kini pasar kerbau dibuka dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Sabtu. 

Menarik fakta dan kkisah dari Thailand menyatakan 'Jual Air Mani Kerbau Pun Boleh Cecah pendapatan RM3.9 Juta anan tetapi Kena Lihat Baka Kerbau Dulu' memang menarik dikongsikan. Berita dipaparkan didalam media utama Thailand pada Januari 2023 melaporkan tidak siapa menyangka air mani dari baka kerbau yang berkualiti mampu mencecah jutaan ringgit. Dilaporkan seorang petani di Thailand telah menjana pendapatan melalui penjualan air mani kerbau sahaja lapor TheThaiger semalam. Petani tersebut memperoleh pendapatan mencecah 1 juta baht (RM130,879) secara bulanan hasil penjualan air mani tersebut. Antara air mani yang menghasilkan pendapatan paling lumayan datang daripada bsks ‘Big Billion’ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta). Apa pun proses permanian berhadas adalah teknik di mana air mani kerbau dimasukan ke dalam kerbau betina untuk melahirkan generasi kerbau sama seperti induknya. Pemilik Big Billion iaitu Mongkol Mongphet nyatakan pendapatannya bukanlah sekadar daripada penjualan air mani malah kerbau tersebut juga adalah seekor haiwan ladang yang kust bekerja (Sila lihat foto disebelah).  Menurut Mongkol lsgi dimana kerbau diibaratkan traktor tanpa kos dimana najisnya boleh digunakan sebagai baja untuk suburkan tanaman padi. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HAIWAN KERBAU... BANYAKNYA FAKTA...
JENIS RUMINAN...RUMPUT MAKANANNYA...
BERANAK SEEKOR... LAMA HAMILNYA...
POPULASI BERKURANG... BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.