Wednesday, February 8, 2023

KERBAU DAN FAKTA MENARIK (Part 1)

KERBAU
(Buffalow) memang haiwan yang ada fakta dan data menarik untuk penulis blog kongsikan kali ini. Kerbau adalah haiwan mamalia yang biasa menjadi haiwan ternakan popular terutama untuk wilayah di Asia termasuk di Malaysia dan Indonesia. Hasil ternakannya adalah berupa daging dan bahkan juga kadangkana kerbau ini diambil susunya untuk dijadikan penghasilan. Sejak zaman dulu dimana tenaga haiwan ini juga kerap dimanfaatkan sebagai haiwan untuk jadi penggerak, membajak dan pengangkutan yang penting. Saya ada menulis beberapa artikel sebelum ini mengenai kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan. Kerbau yang mana ia memiliki nama latin Bubalus bubalis kini semakin berkurangan populasinya di Malaysia kerana kurang yang menternak seperti dahulu. Memang sudah susah untuk menemui haiwan kerbau yang diternak kecuali dibeberapa buah kampong tradisional sahaja. Kisah bagaimana kanak-kanak di Terengganu yang manja dengan  ternakan kerbaunya pernah viral sebelum banyak kerbau yang mati diserang penyakit. Kehebatan 
Muhammad Syukur Khamis (14 tahun) yang pernah menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu kini mssih menjadi ingatan ramai selepas gambarnya bersama sekumpulan kerbau tular di media sosial. Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Terengganu. Dia diraikan dalam satu majlis penganugerahan ringkas dari mendapat populariti selepas gambar yang memaparkan kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya tular di media sosial (Sila lihat foto paling bawah). Penulis blog merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dimana pada tahun 2022 mengikut Perangkaan Ternakan 2022 dianggarkan populasi ternakan lembu dan kerbau negara adalah 763,674 ekor dan saban tahun terdapat sedikit peningkatan populasi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu terdapat pengurangan yang signifikan bagi ternakan lembu dan kerbau yang diimport bagi tujuan sembelihan untuk tempoh lima bulan pertama tahun 2022. Ini kerana ia dipengaruhi oleh sekatan kebenaran membawa ternakan dari Thailand susulan daripada masaalah penularan Lumpy Skin Disease (LSD). Bagaimana pun satu mesyuarat dan perbincangan teknikal khas antara Malaysia dan Thailand diadakan bertujuan memudah cara prosedur teknikal pengimportan lembu hidup dari Thailand untuk tujuan seperti penyembelihan korban. Persetujuan bersama dicapai dengan menambah baik prosedur teknikal pengimportan lembu hidup dari Thailand untuk memenuhi keperluan bekalan bagi tujuan penyembelihan korban di Malaysia. Pada masa ini selain di Thailand dilaporkan antara negara pengeksport lembu hidup ke Malaysia ialah Australia, New Zealand dan Brazil. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan maklumat mengenai fakta menarik berkaitan kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan.

Seperti tajuk artikel dimana b
erikut adalah 14 rangkuman fakta yang menarik mengenai kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan. Pertama dimana kerbau yang biasa kita lihat berkeliaran di sawah padi mungkin kurang biasa (familiar) jika hendak dibandingkan dengan haiwan sejenisnya yang terdapat di Amerika. Ada kalangan mereka yang masih suka menyamakannya dengan haiwan Bison Amerika yang meski dilihat ciri fizikalnya macam serupa atau mirip tetapi ia sebenarnya adalah berasal dari genus yang berbeza. Fakta menarik kedua adalah dimana jenis kerbau air yang berhabitat di Asia mempunyai ukuran dan berat badan yang lebih besar jika dibandingkan dengan kerbau yang mana ia berada di Amerika. Kerbay yang ada berhabitat di Asia boleh ia membesar sehingga 2.7 meter tingginya dan memiliki berat badan sampai 1,200 kg atau 1.2 ton metrik. Fakta ke 3 yang menarik dimana kerbau liar berhabitat di hutan tropika dan subtropika Asia yang mana mereka akan menghabiskan banyak waktunya berendam di dalam air misalnya di kawasan paya dimana ia di gelar sebagai 'Asian Water Buffalo'. Memang hebat haiwan kerbau ini dimana agar tidak mudah tenggelam di dasar paya yang berlumpur dalam didapati haiwan ini dilihat mempunyai kuku yang lebar dan besar. Fakta ke 4 dimana ciri bagi haiwan Bison atau Kerbau Amerika meski mereka tidak menghabiskan banyak waktu di dalam air namun mereka tidak pernah jauh dari sumber mata air berdekatan. Selalunya jenis ini bagi tujuan untuk menyejukkan badannya ia lebih suka berteduh di bawah pokok rendang sahaja. Kelima dimana faktanya adalah kerbau adalah merupakan sejenis haiwan yang bergerak secara kelompok atau disebut dengan berkawananan. Apa pun bagi jenis kerbu di Asia dilihat dimana mereka membahagikan kelompok kepad dua kawanan. Kumpulan pertama adalah kumpulan maternal yang terdiri dari kerbau induk dan yang masih anak-anak dan kumpulan yang kedua adalah terdiri dari gerombolan atau kumpulan kerbau jantan. Wow!.. cukup menarik fakta ini!...

Seterusnya fakta menarik berkaitan kerbau dimana selalunya k
erbau muda akan tinggal di dalam kawanan maternal hingga usianya mencapai 3 tahun. Setelah itu, para pemuda tersebut akan meninggalkan kawanan maternal dan bergabung dengan kumpulsn kerbau jantan. Selalunya gerombolan atau kumpulan maternal secara umumnya berjumlah hingga 30 ekor, sedangkan kawanan jantan kerbau Asia berjumlah 10 ekor jumlahnya. Berlainan dengan jenis Kerbau di Amerika yang dilihat akan membentuk gerombolan atau kawanan secara campuran dan boleh opulasinya berjumlah hingga sekitar 1,000 ekor dalam satu kawanan. Fakta menarik ke 8 adalah dimana semua jenis kerbau adalah haiwan jenis Herbivora yang hanya memakan tumbuhan. Makanan yang paling disukai adalah rumput dan juga tumbuhan herba yang hijau. Bagaimana pun apabila habitatnya kekurangan atau tiada tidak ada rumput hijau mereka masih boleh memakan tumbuhan semak belukar, anak pokok dan juga tanaman yang ada di dalam air. Fakta ke 9 dimana apa yang membuat kerbau liar semakin susah untuk ditemui adalah kerana tahap  kelahiran atau pembiakan yang memang rendah. Satu ekor kerbau betina hanya mampu untuk melahirkan satu anak saja setelah 9 - 11 bulan hamil lamanya. Keadaan dimana nantinya anak kerbau jantan akan tinggal bersama ibunya selama 3 tahun sebelum pindah kawanan jantan juga melambatkan proses pembakaan. Fakta ke 10 dimana jika memiliki dalam habitat kerbau tersebut mempunyai sumber makanan yang cukup dan tidak terancam oleh predator atau haiwan pemangsa (carnovore) maka lazimnya kerbau Asia boleh ia hidup selama lebihkurang selama 25 tahun. Dilaporkan dimana bagi jenis kerbau di Amerika jangkahayat hidupnya agak lebih lama sedikit iaitu sekitar 26 tahun. Sebenarnya jangkahayat kerbau adalah perkara yang subjektif kerana ada banyak faktur yang menentukan umurnya. Serangan beberapa wabak penyalit seperti FMD, LSD dan sebagainya akan menyebabkan kehilangan populasi kerbau dengan signifikan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HAIWAN KERBAU... BANYAKNYA FAKTA...
JENIS RUMINAN...RUMPUT MAKANANNYA...
BERANAK SEEKOR... LAMA HAMILNYA...
POPULASI BERKURANG... BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.