Friday, February 10, 2023

PENYAKIT SAMPAR - APA DIA?

PENYAKIT SAMPAR 
atau Newcastle Disease (ND) adalah sejenis penyakit ayam yang menduduki tangga pertama (Nombor 1) dalam membunuh ayam secara berkelompok. Sampar yang juga dikenali sebagai 'hawar' dimana ia mampu membunuh hingga 100 % bilangan ayam di reban penternak. Keadaan ini mampu membuat para penternak ayam akan kecewa apabila impian menjual ayam-ayam tersebut gagal  akhirnya. Penyakit Sampar adalah kategori wabak di mana ianya sangat cepat tersebar dan mampu membunuh dengan rakus ayam yang ada dipersekitaran wabak berlaku. Penulis blog semasa dulu tinggal di Kampong di Gersik, Muar dimana ada beberapa kali kes serangan penyakit sampar kepada ayam-ayam kampong yang selalu di ternak dikeliling rumah. Memang ada banyak juga ayam yang mati disebabkan isu ini dan memang merugikan. Masa itu lagi orang kampung sudah tahu ia adalah 'Penyakit Sampar Ayam' yang cepat merebak dan memusnahkan. Persoalan apakah penyebab penyakit ini pada ayam dijelaskan dalam tulisan ini. Kuman penyebab penyakit ini dikenali sebagai Virus Newcastle Disease. Newcastle Disease Virus (NDV) adalah serupa dengan virus yang dikenali sebagai avian paramyxovirus serotype 1 (PMV-1). Ayam adalah antara jenis unggas yang paling terkesan dengan wabak ini manakala unggas air seperti itik adalah yang paling kurang terkesan walaupun ada yang terjangkit tapi peratus kematian dan insidennya kurang. Selain ayam dan itik ada didapati burung merpati dan ayam turkey juga boleh dijangkiti oleh sampar. Bagaimana ia berjangkit dengan cepat menjadikan ancaman kepada semua. Virus sampar bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga terdapat di kebanyakan negara Asia termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand. Bagi negara-negara barat contohnya USA dan Kanada dilaporkan insiden ini adalah sangat kurang terkesan dengan penyakit ini yang berlaku. Pakar veterinar mendapati dimana cara v
irus sampar disebarkan melalui 3 cara iaitu melalui udara yang keluar dari hidung, melalui air liur atau mukus yang keluar dari hidung atau mulut dan juga melalui Najis. Manakala ejen pembawa virus ini daripada satu kawasan ke kawasan yang lain adalah  terdiri daripada pergerakan oleh unggas itu sendiri bila dipelihara secara lepas bebas, melalui burung-burung liar yang singgah dari satu kawasan ke kawasan lain untuk makan dan minum dan juba boleh merebak melalui haiwan lain seperti tikus dan termasuk manusia yang singgah dari satu kawasan ke kawasan lain. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info teknologi mengenai Penyakit Sampar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Seingat penulis blog dimana apabila wabak sampar berlaku maka sibuk orang kampong dapatkan 'vaksin' dahulu. Akan ada ayam yang divaksin pada musim sampar menyerang agar ayam-ayam lain selamat tidak terjangkit. Apa pun akan ada ayam-ayam jiran berdekatan yang bermain bersekali dengan ayam-ayam sendiri dimana kemudian hampir semua mati terkena sampar. Begitulah kejadian dulu dikampong sekitar 1970'1n sehingga 1980'an dikampong. Kemudian baru yakin bahawa teknologi pemvaksinan adalah salah satu usaha yang wajib dilakukan selain berdoa juga. Kini bila ada insiden perlu laporkan kepada Jabatan Perkhhidmatan Veterinar (JPV) bagi mandapatkan khidmat nasehat dan bekalan vaksin sampar terdekat. Aktiviti 
pemvaksinan pada ternakan ayam apabila dilakukan akan mengurangkan lagi risiko kes sampar terjadi (dalam banyak kes didakwa sebenarnya tiada langsung bila ayam sudah divaksin). Kalau ada pun mungkin ayam tersebut 'tertiggal' atau 'miss' semasa proses pemberian vaksin. Penduduk kampong yang ada ayam kampong dan juga penternak ayam sebolehnya cuba ikuti langkah-langkah pemvaksinan yang disarankan oleh JPV atau pakar-pakar ternakan berkaitan. memang pegawai JPV lazimnya mereka samada telah mempunyai pengalaman yang berguna untuk dijadikan tauladan bagi penternak yang baru berjinak-jinak dengan ternakan unggas ini. Menternak ayam kampong secara tradisional kini semakin berkurangan tidak seperti zaman dahulu lagi. Penternakan Ayam Kampong komersial yang ada dipasaran sekarang sudah dibuat dengan cara menggunakan pendekatan pengurusan yang komersial. 


Dilapangan diman apenternak ayam semestinya tahu akan g
ejala yang terpamer pada ayam dan unggas lain yang dijangkiti sampar kerana lazimnya ia adalah berbeza dari setiap ekor haiwan bergantung kepada jenis unggas, strain virus, umur unggas, jangkitan sedia ada pada unggas, stress persekitaran dan status imun unggas. Kadang-kala strain virus sampar yang rendah pun dapat membunuh semua unggas pada satu kawasan sekiranya tahap imun unggas kawasaan tersebut sangat lemah disebabkan pelbagai faktor. Jika unggas ini terdedah kepada virus ini kesannya unggas hanya akan mula menunjukkan gejala selepas 2-12 hari dan bukannya serta merta dapat dilihat. Dari itu digalakkan agar penternak kadang-kala tidak sedar bahawa ternakan mereka sudah terjangkit kerana dilihat ianya seakan masih sihat lagi. Tanda sampar dimana diantara gelaja yang sering dilihat pada unggas yang terjangkit adalah pertama berlaku gejala pada pernafasan seperti bersin, bernafas dengan mulut ternganga dan berbunyi. Gejala kedua dimana ayam ini dilihat tubuhnya menggigil, kepak dan kaki lumpuh, leher terpusing atau terkulai, unggas bergerak berpusing-pusing atau mengundur dan seterusnya lumpuh total (Sila lihat foto disebelah). Tanda lain dimana tembolok tidak hadam dan juga berlaku insiden cirit-birit. Bagi gejala lain dimana ia akan kurang bertelur dan juga jika ada dilihat telurnya cacat seperti bentuk herot-petot, kecil dan kulit berwarna ganjil dari sebelumya. Gejala paling teruk adalah dimana jumlah kematian adalah pelbagai tetapi boleh mencecah kepada 100% jumlahnya. Pengawasan perlu sentiasa dilakukan apabila kedengaran ada wabak sampar dipersekitaran dengan lebih kerap.


Paling penting mengenai perkara ini adalah mengetahui tindakan selanjutnya yang perlu dibuat terutaa dalam aspek Kawalan, Pencegahan dan Rawatan. Buat masa ini didakwa masih 
tiada rawatan khusus yang disahkan berkesan bagi mengubati unggas atau ayam yang telah terjangkit kerana terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh virus terhadap tubuh unggas yang telah dijangkiti. Jika ada rawatan yang berjaya pun dilaporkan berlaku atas faktor terpencil dan bukan semua unggas yang telah terjangkit dapat diselamatkan menggunakan kaedah rawatan yang sama. Ramai penternak yang pernah menggunakan bermacam-macam ubatan untuk menyembuhkan sampar pada ayam. Dilaporkan diantara bahan yang ada digunakan pada masa kritikal di awal tahun 90-an dulu adalah ramuan campuran akar bakawali, kunyit dan halia diberi minum dan dulu dikampong ada yang memberi pil panadol juga. Ada kalangan penduduk kampong cuba mengasapkan reban dengan cara membakar kulit bawang dicampur cili kering. Ada petua lain yang menanam pokok rotan tepi reban untuk pencegahan. Bagaimana pun ia hany apetua yang mana masih tdiak dapat merawat semua yang ayam terjangkit walau pun ada segelintir ternakan yang tahap awal sahaja berjaya diselamatkan. Banyak juga yang cacat kekal (lumpuh atau kepala teleng) dan akhirnya terpaksa juga disembelih untuk dibuat lauk. Bagaimana pun terkini sudah ada banyak pilihan boleh dilakukan. Kini ada  beberapa perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda ingin mencegah sampar di reban iaitu pertama dengan mempastikan membeli unggas dari ladang yang diyakini tidak mempunyai ayam sakit. Kedua sebaiknya mengelakkan membeli unggas dari ladang lain buat sementara waktu pada musim wabak sampar sedang berlaku dan sebaiknya selalu membasmi kuman di reban anda sebaiknya sebulan sekali. Langkah seperti mempastikan tiada burung-burung liar yang selalu datang singgah makan dan minum di reban anda kerana mereka kadang-kala membawa penyakit juga boleh dilakukan. Cara ke 5 adalah dengan cara mempastikan tiada pelawat dari reban lain dibimbangi beliau juga membawa virus ke reban sendiri atau membasmi kuman seluruh tubuh pelawat sebelum masuk ke reban. Boleh juga diamalkan memberi pengunjung sepasang pakaian khas (PPE) supaya virus dari tubuh beliau tidak bergerak ke reban anda. Akhir sekali sebagaipencegahan boleh sentiasa ikut jadual pemvaksinan penyakit sampar. Kaedah pencegahan yang paling terpercaya buat masa ini adalah pemberian vaksin sampar. Terdapat 2 jenis vaksin sampar iaitu jenis live (hidup) dan jenis killed (mati). Vaksin live biasanya perlu diberikan setiap 3 bulan secara dalam air minuman manakala untuk jenis killed diberikan setiap 6 bulan melalui suntikan ke dalam daging dada unggas (intramuscular). Dengan memberikan vaksin kepada unggas yang masih sihat, ia akan mengaktifkan sistem pertahananan tubuh unggas dalam melawan virus sampar. Vaksin samada live atau killed adalah lemah dan tidak akan memberi kesan penyakit kepada unggas, ia hanya bertindak sebagai ‘virus tipu’ supaya tubuh unggas segera mengaktifkan antibodi khusus untuk melawan virus sampar. Sekiranya dalam tempoh 3 atau 6 bulan mendatang, jika virus sampar sebenar sampai, maka imun tubuh unggas terhadap sampar masih ada dan mampu menahan serangan tersebut. Dengan ini unggas bebas dari jangkitan dan gejala sampar. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PENYAKIT SAMPAR... IA MERBAHAYA...
PERLU DILIHAT... SEMUA GEJALANYA...
BERIKAN RAWATAN... DENGAN SEGERA...
MEMBACA ARTIKEL... ADA FAHAM JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.